|

PELANGGAN DAH LARI? INI TIPS BAGAIMANA FOUNDER BOLEH DAPATKAN REPEAT CUSTOMER YANG SETIA!

Kalau korang nak bisnes kekal lama, sila buat benda ni.. wajib jaga hubungan dengan customer. Kita perlu jual produk yang berkualiti dan berikan servis yang terbaik!

Barulah customer kita akan setia dan jadi repeat buyer.

Dengan adanya loyal customer, kita dapat jimat banyak kos marketing, tingkatkan profit bisnes, dan paling penting.. korang tak perlu risau lagi dengan pesaing yang cuba sailang customer korang dari belakang.

Tapi..

Ramai founder yang abaikan customer service. Mereka lebih suka cari customer baru setiap hari. Customer lama? Terabai.. sebab itu mereka pun lari dari kita.

Nak tau bagaimana buatkan customer sentiasa loyal dengan bisnes kita? Baca tips bawah ni…

1. STAFF TRAINING

First step, korang kena latih staff, bagi training yang berkesan, kuasai product knowledge, kenal siapa customer, sediakan tools untuk bantu staff jaga customer. Jika staff tak tahu semua ni, customer service kita akan hancur.

2. BE RESPONSIVE

Kita perlu cepat respon segala pertanyaan dari customer dengan cekap. Jika customer whatsapp, sila reply segera. Nak lebih cepat, guna je software automation. Sekarang ni, kita boleh setting chatbot yang boleh respon 24 jam, tanpa rehat, tiada cuti. Kita hanya perlu sediakan skrip closing dan susun flow dalam sistem chatbot tu.

3. PERSONALIZE CUSTOMER

Setiap customer, ada masalah dan keperluan yang berbeza. Jangan layan macam robot. Cuba kenal dan memahami mereka. Tanya apa masalah dan berikan solution terbaik untuk bantu mereka. Ini juga salah satu teknik closing untuk memujuk customer beli produk kita.

4. WELCOMING

Siapa sini founder yang ada kedai fizikal sendiri, korang boleh buat decoration yang unik dan menarik, untuk bina suasana yang selesa. Ini dapat buatkan customer suka dan kerap datang ke kedai korang, malah mereka akan viralkan dan ajak lebih ramai lagi kenalan mereka.

5. GRATITUDE

“Terima kasih encik sebab membeli produk kami, jumpa lagi ye!” Ayat ni simple tapi sangat bermakna! Customer akan rasa lebih dihargai. Kita juga boleh berikan kupon diskaun sebagai penghargaan, supaya mereka membeli lagi dengan kita akan datang.

6. FOLLOW UP

Jangan lupa untuk tanya pengalaman mereka selepas berurus niaga dengan kita. Berikan feedback form atau survey form, supaya kita tahu apa yang mereka suka, dan bagaimana nak tambah baik servis kita. Dengan cara ini, kita dapat mengenali lebih mendalam siapa customer kita, dan apa yang mereka perlukan daripada produk kita.

7. COMPLAINT HANDLING

Kalau ada customer komplen, jangan takut. Itu perkara biasa. Kita perlu tenangkan customer, berbincang dengan baik dan ambil berat perasaan mereka. Kita cuba fahamkan apa yang mereka tak suka, dan cuba bagi solution kepada mereka.

Inilah antara teknik yang korang boleh buat untuk tingkatkan repeat order, bina customer yang loyal untuk tempoh lama, dan dapatkan positive review.

Bukan tu je, kita juga dapat tingkatkan sales dan profit bisnes.

Akhir sekali, jangan cepat rasa selesa! Kita perlu sentiasa tambah baik strategi dan teknik dalam customer service, untuk cipta pengalaman luar biasa supaya customer selalu ingat dan rindu kita.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *