|

5 STRATEGI BAGAIMANA FOUNDER BERSAING DENGAN COMPETITOR, TANPA PERLU BUANG HARGA

Siapa kat sini dia rasa BENGANG DENGAN COMPETITORS?

Rasa bengang sebab competitors asyik buang harga. Sampai rosak market. Lepas tu, siap hantar spy masuk fb group untuk sailang agen. Rembat pelanggan. Lepas tu, tiru strategi marketing lah. Tiru packaging lah. Konsep lah..

Isu atas ni bukan jer baru start sebulan dua ni atau setahun dua ni, tapi dah bertahun2, dari zaman dulu lagi. Dan isu ni tak pernah selesai! Tak akan selesai! Sebab akan sentiasa ada je orang baru..

So, point dia.. Tak perlu layan, tak perlu nak emo sangat. Kena cepat MOVE ON!

Korang tahu tak…

Bukan korang jer yang kena isu2 camni, BIG BRAND pun melalui benda yang sama jugak! Orang buat fake lah, copy orilah.. tiru sana tiru sini, adjust sikit design lepas tu tukar logo je. Senang betul buat duit! Huhu…

Tapi, apa yang BIG BRAND ni buat? Ada mereka kesah?

Mereka IGNORE, dan tetap focus pada – tingkatkan VALUES & BRANDING!

Thats why lah pelanggan tetap memilih mereka, orang membeli dengan rasa bangga, rasa sangat worth it, rasa happy, teruja, excited bila jadi pelanggan mereka, kerana kualiti, servis dan values yang diberikan!

Apapun, jangan terlalu fikirkan benda yang dah berlaku, baik kita fikirkan..

“MACAM MANA CARA AKU BOLEH UBAH GAME NI UNTUK SEKARANG, DAN AKAN DATANG SUPAYA AKU TETAP WIN!..”

Ada faham?

Kejap lagi ni, saya nak share 5 strategi yang boleh buatkan korang tetap WIN tanpa perlu buang harga. Yang buatkan pelanggan tetap pilih korang walaupun ada yang lebih murah kat pasaran. Jom baca…

1. PRODUCT VALUE

Orang membeli sebab value produk kita, bukan sebab harga murah je.

Apa manfaat produk kita untuk customer? Apa masalah yang boleh produk kita selesaikan? Macam mana customer support kita? Apa bonus atau free gift yang mereka akan dapat?

Ada banyak lagi cara nak naikkan value produk kita ni.

Bila kita boleh bagi high value, customer sanggup bayar mahal. Win-win situation. Kita untung, customer pun puas hati!

Seller yang letak harga murah pun boleh tutup kedai, sebab tak boleh lawan dengan game kita.

2. DEVELOP BRAND

Nak win dalam persaingan, kita wajib bina personal atau business brand. Bila brand dah kuat, kita boleh letak harga mahal. Untuk long term game, kita kena fokus bina brand identity dan positioning.

Customer lebih loyal dengan brand yang mereka suka dan ingat, walaupun ada brand lain yang offer harga lebih murah.

Insha’Allah, brand yang strong akan buatkan bisnes kita lebih kekal lama.

3. UPGRADE PRODUCT

Produk perlu sentiasa tambah baik. Sampai satu masa, kita kena upgrade supaya existing customer akan membeli lagi dengan kita. Cara ni juga dapat menarik customer baru untuk cuba produk kita.

Tak tau nak upgrade apa?

Contohnya, dari segi packaging, bahan2, design, logo, warna dan lain2, supaya produk kita akan nampak baru dan fresh.

4. CREATE USP

Be different. Kalau produk kita sama je macam pesaing, customer boleh buat pilihan.

Macam mana nak bagi produk kita nampak unik, berbeza dari yang lain?

Kita kena buat SWOT analysis! Kaji siapa pesaing, study apa kelemahan dan kelebihan mereka. Dari data ni, kita boleh cipta USP yang powerful untuk brand kita.

Mungkin kita boleh offer dari segi customer service yang tip top, atau target spesifik audience yang berbeza dari competitor.

5. GIVE FREE PRODUCT

Next, kita bagi sample percuma untuk orang test dulu. Lepas tu, follow up untuk minta feedback mereka, set appointment untuk free consultation.

Kemudian, kita boleh upsell lagi dengan produk premium.

Inilah strategi funnel! Kita bukan saja2 bagi produk percuma, tapi sebenarnya nak dapatkan trust dan engage dulu dengan customer.

Macam ni la strategi nak lawan competitor yang jual harga murah. Insha’Allah, lepas korang apply, bisnes korang akan lebih win, brand akan lebih strong, dan potensi dapat repeat customer lebih tinggi!

Okay? Boleh faham?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *