|

9 CHECKLIST YANG FOUNDER PERLU SEMAK SUPAYA BISNES TAK ‘MENINGGAL’…

Sebagai founder walaupun anda dah capai tahap yg boleh dibanggakan, tapi anda tetap tak boleh lari dari melakukan sebarang kesilapan… lumrah lah kan apabila manusia melakukan kesilapan?

Tapi, janganlah anda anggap ia sebagai 1 kelemahan… Sebaliknya, jadikanlah ianya sebagai 1 pengalaman yg memberi pengajaran!

Sama lah juga bila founder buat bisnes, nak bukak syarikat dan nak rekrut team nampak macam mudah, tapi berapa ramai yg dah berjaya dan mampu pergi jauh?

Anda tak nak bisnes ‘meninggal’? Jom semak checklist ni…

#1 RANCANG STRATEGI BISNES

Merancang strategi dalam bisnes sangat penting! Kerana ia adalah satu keperluan utama untuk menjayakan sesuatu syarikat. Tak kira la syarikat tu kecil atau besar, anda kena buat perancangan yg rapi.

Ambil masa sekurang2nya setahun sekali untuk ‘audit’ segala perancangan strategi dan matlamat yg dah dibuat sebelum ini.

Ini untuk memastikan visi & misi syarikat tak tersasar… Jika anda gagal merancang, bermakna anda merancang untuk GAGAL!

#2 WUJUDKAN PLAN MARKETING

Plan marketing yg berkesan dan konsisten mampu meningkatkan sales syarikat dengan pantas. Marketing juga adalah elemen yg sangat penting untuk tarik orang ramai supaya kenal bisnes anda…

Banyak cara, kaedah dan platform untuk jalankan marketing ni…semuanya bergantung kepada siapa sasaran pelanggan anda.

Tanpa plan marketing yg betul, anda hanya akan buang masa dan duit sahaja. Duit marketing dah banyak keluar, tapi hasilnya sangat menyedihkan!

Apabila marketing anda power, proses nak menjual akan jadi sangat mudah dan cepat. Orang tak fikir panjang, anda jual jer orang terus nak beli. Itulah pentingnya marketing!

#3 BINA TEAM

Buat marketing sendiri, close sales sendiri, packing barang sendiri, post barang sendiri… Haihhh penatnya! Sampai bila nak buat semua sendiri?

Nak grow kan bisnes, kena grow kan team! Anda sebagai founder fokus utamanya adalah fikirkan strategi nak kembangkan bisnes.

Leveragekan kerja2 tersebut pada staff supaya anda ada lebih masa untuk tumpukan perkara yang lebih penting.

#4 ENGAGE DENGAN CUSTOMER SENDIRI

Komunikasi antara founder dengan customer sangat membantu dalam perkembangan bisnes. Walaupun dah taraf founder, sekali sekala tu apa salahnya engage dengan customer terutamanya customer yg setia dgn brand anda tu.

Antara cara nak ‘dekat’ dengan customer adalah melalui sesi LIVE… galakkan mereka bertanya soalan, melalui cara ini juga anda dapat memahami apa kemahuan mereka dan seterusnya dapat improve kualiti produk/servis anda!

Okay, kalau rasa tak konpiden nak buat live…buatlah survey dan offer hadiah khas kepada customer anda sahaja. Dengan cara ini, selain daripada anda dapat feedback, anda juga akan dapat memahami apa yg pelanggan nak dan perlukan.

#5 TAK ‘MENCURI’ DUIT BISNES SENDIRI

Ingat, duit bisnes adalah duit bisnes! Anda tak boleh gunakannya sesuka hati. … Jangan curi duit hasil bisnes sendiri walaupun anda adalah foundernya!

Bisnes dan syarikat susah nak berkembang jika founder sendiri gunakan duit bisnes untuk kepentingan diri. Kalau dibiarkan, alamatnya melingkuplah bisnes tu!

Jadi, untuk elakkan perkara ni anda kena lah letak gaji untuk diri sendiri. Kalau tak camner nak sara hidup anda kan? Berapa jumlah nak letak tu, terpulang la nak letak berapa.. .tapi, kena kira untung dulu. Lagi tinggi untung bisnes, lagi tinggi la gaji anda.

#6 REKOD CASHFLOW SYARIKAT

Setiap bulan, sudah pasti anda kena restock semula produk yg habis dijual. Jadi, anda WAJIB rekod segala duit keluar masuk dalam akaun syarikat tak kesah lah kalau nilainya singgit dua sekalipun… ingat, sentiasa masukkan ke dalam rekod!

Jika transaksi online, anda boleh lihat di bank statement…Jika transaksi offline, anda perlu simpan resit. Barulah anda boleh tahu part mana yg paling banyak keluarkan duit.

Secara tak langsung, anda boleh kenalpasti dan jimat daripada melabur untuk kos2 yg tak diperlukan… Ingat, pengurusan cashflow perlulah sentiasa diurus dengan sistematik supaya mudah untuk anda semak pada bila2 masa.

#7 AMBIL BERAT KEBAJIKAN STAFF/TEAM

Tak dinafikan, nak menguruskan kebajikan staff/team ni sememangnya mencabar! Founder tak boleh hanya fikirkan kepentingan syarikat dan bisnes tapi abaikan staff.

Moral dan motivasi staff sangat penting untuk tingkatkan produktiviti syarikat… Jika founder gagal bab ni, memang bisnes akan susah nak berkembang!

Staff juga perlu dijaga. Jika ada untung lebih, berikan bonus pada staff yg layak. Barulah mereka akan lebih bersemangat dan suka nak bekerja dengan anda.

Ingat! Staff adalah ASET dalam syarikat anda.

#8 ORGANIZE DATABASE ANDA

Database adalah nyawa syarikat! Anda wajib susun dan asingkan mereka dengan sistematik… tapi, camner nak susun database ni? Alright, caranya adalah dengan asingkan database prospek dan customer.

Untuk database prospek, anda perlu fokus untuk convertkan mereka menjadi customer. Sentiasa educate mereka dengan info2 mengenai produk/servis anda… lama2, bila mereka dah semakin suka dan kenal anda.. mereka akan beli juga apa yg anda offer.

Untuk database customer pula, anda perlu sentiasa menjaga mereka. Merekalah yg paling berkualiti. Anda boleh offer mereka dengan harga yg lebih mahal… lagi banyak database pelanggan, lebih tinggi keuntungan yg syarikat anda boleh dihasilkan.

#9 SENTIASA UPGRADE ILMU BISNES

Nak grow kan sesuatu bisnes, anda perlu berguru supaya objektif anda tak tersasar. Jika anda hanya mampu hasilkan sales RM10,000 sebulan, maka bergurulah dengan orang yg dah hasilkan sales RM50k sebulan atau lebih.

Nak belajar sendiri? Boleh!

Tapi, hasilnya berkemungkinan lambat.. sebab anda perlu lalui banyak jalan yg salah untuk capai matlamat tersebut…

Jika anda ada guru, hasilnya akan lebih cepat, Guru akan tunjukkan apa yg perlu ubah dan baiki untuk kembangkan bisnes anda.

Memang seronok sebenarnya bila dapat bina syarikat dan bisnes sendiri.. Yes, mesti rasa bangga tapi ingat, jangan gelojoh!

Nak bina sesuatu syarikat atau bisnes yg berjaya bukan mudah dan perlukan perancangan yg baik serta teratur. Ia adalah proses yg mencabar!

Anda kena berikan masa untuk bisnes berkembang sikit demi sedikit… Jangan terlalu laju, jangan terlalu lambat.

Dapatkan nasihat dari yg lebih pakar dalam bab bina syarikat dan bisnes ni. Insyaallah, segalanya akan berjalan dgn lancar!

So, amacam? Faham dak tu? Full 9/9 tak checklist anda tu? Ke kureeeng?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *