Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Lelaki Ni Ngajar Tuisyen Jer…

Diterbitkan pada Sep 1, 2015 oleh

Ustaz Mohd Arif Asa'ad

Nak baca, bacalah.. Maybe beri inspirasi kpd orang yang ada buat training…
(Tak nak baca pun takpe.. ada ku kisah?”

Fanpage beliau – INFITAH TRAINING & CONSULTANCY

Nama diberi Mohd Arif Asa’ad Bin Johari. Berasal dari Sabak Bernam, Selangor. Saya sudah berkahwin, mempunyai seorang isteri, seorang anak perempuan dan 4 orang anak lelaki. Pengasas Infitah Training & Consultancy.

Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memilih saya untuk berkahwin di usia muda.

Pada hari konvokesyen ijazah, bukan sekadar bersama isteri & ibubapa, malah bersama 2 orang anak dan baby dalam perut isteri hampir 5 bulan. Berkahwin muda menyebabkan setiap masa digunakan untuk fikir menambahkan kualiti kehidupan keluarga baru ini.

Cabaran ekonomi memang sangat besar. Perkara lazim yg dialami setiap keluarga dengan tanggungan keluarga yang ramai & muda adalah faktor kewangan. Sebelum menubuhkan Infitah, saya pernah mengajar selama 1 tahun di sekolah swasta.

Sebelum itu, saya pernah ulang alik dari Seremban ke Shah Alam setiap hari dengan elaun hanya RM30 bersama salah seorang sahabat yang juga salah seorang Co-Founder Infitah Training & Consultancy, Mohd Noor Mohd Tahir. Membantu konsultan training dalam program2 mereka.

Mengajar di sekolah swasta, alhamdulillah ramai ibubapa yang faham tentang konsep ‘Home Tuition & Quranic Home Based’. Kerana mereka sukakan pakej yang eksklusif & privasi. Saya pun dirisik oleh ibubapa pelajar saya sendiri untuk membimbing anak mereka subjek akademik & mengaji.

Ketika itu, semuanya OK je. ON je semua kelas. Yela, dalam proses menambah income sambil mencari ‘passion’ saya yang sebenar. Bila dah penuh kelas setiap malam dengan mengajar ke rumah2 pelajar, Isnin – Jumaat, siapa larat?

Pagi, sekolah swasta. Petang, KAFA pula. Malam kelas sendiri. Langsung tiada masa rehat sepanjang weekdays. Masa untuk family juga berkurang.

6 hingga 7 petang wajib tidur kerana dah ‘flat’ dari pagi mengajar, malam nak mengajar lagi. Risau jika berterusan, mahu jadi gila dibuatnya (tak elok tidur lepas asar). Pagi, petang dan malam bekerja tetapi income masih ‘cukup-cukup makan’.

Pertengahan tahun 2009, bermula idea penubuhan Infitah, berfokus kepada perkhidmatan ‘Tuisyen & mengaji di rumah’. Disebabkan den bukan orang Somban, den tanyalah pendapat beberapa orang ustaz tentang perkhidmatan ini.Tempat orang, kenalah tanya orang setempat dulu.

Golongan ‘tua’, menentang keras. Adab belajar, anak murid cari tok guru. So, mulalah down. Malah, ada yang memberitahu agar usah ubah budaya ini. Jumpa ustaz golongan ‘muda’, buat je Arif. Sampai bila nak tunggu mereka mencari kita?

Kita je cari mereka. Yang penting, manfaat yang kita nak kongsikan, sampai kepada mereka. Berkobar semula semangat!

Selepas Home Tuition & Quranic Home Based mula mendapat sambutan, Infitah Training & Consultancy mengorak langkah untuk menganjurkan program cuti sekolah pada Nov 2009. Program yang dirancang ialah Motivasi Al-Quran.

Perancangan program sudah dibuat awal tetapi masih kurang sambutan, walhal ketika itu lagi, 2 minggu sahaja program akan dibuat. Pelbagai usaha telah dibuat termasuk edar flyers,gantung bunting dan banner. Time tu mana ada guna smartphone. Gerila Marketing hingga sakit kepala dan muntah2.

24 Nov 2009 adalah hari bersejarah yang saya tidak boleh lupakan kerana pada hari tu bermulanya program Motivasi Al-Quran anjuran Infitah Training & Consultancy.

Sehari sebelum program saya mengikuti seminar di UIAM sebagai peserta, disebabkan kekalutan untuk persediaan program, saya meminta pertolongan dari isteri saya untuk mencari bahan2 untuk program.

Ketika itu, isteri mengandung masuk 36 minggu (9 bulan). Sambutan amat menggalakkan dan diluar jangkaan untuk program tersebut. Semua orang jadi kalut. Mana tidaknya, saya sediakan bahan untuk 100 orang tetapi peserta yang join program hampir 170 org. Isteri pula sudah keluar tanda untuk bersalin. Ikutkan due date lagi sebulan.

Alhamdulillah, syukur saat itu kerana saya mendapat 2 nikmat yang tidak langsung saya jangkakan. Nikmat dapat membuat program yang julung kalinya dan nikmat memiliki zuriat yang ketiga.

Infitah Training & Consultancy menguruskan Home Tuition & Quranic Home Based pada awalnya di Seremban. Kemudian di Bangi (Mohd Noor), Shah Alam (Badrul) dan Lembah Klang (Mior). 3 tahun marketing Home Tuition & Quranic Home Based secara offline.

Dulu saya seorang yang tak percaya pada online. Ye ke online ni? Boleh percaya ke?

Hp pun guna yang tak boleh online. Online hanya di laptop sahaja. Hingga 2012, disebabkan dipush oleh partner, barulah terima pakai idea online.

Sebelum ‘percaya’ online, semuanya secara offline. Edar flyers di masjid, surau, pasaraya, dan semua tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Semasa mengedarkan flyers, isteri dan anak2 turut terlibat sama. Isteri akan tolong letakkan flyers disurau perempuan.

Tengah malam, macam biasa, jadi burung hantu sampai ke subuh, untuk gantung bunting. Bengkak mata tahan tidur. Nak gantung siang, malu. Orang nampak & kenal kita..

Sampai bila setiap bulan nak edar flyers dan gantung bunting serta banner (tanpa permit), penat badan. Tidur siang tak puas seperti tidur malam. Tunggang langgang juga rutin harian. Selepas itu, baru mula percaya kepada ‘online’.

Nov 2013, baru join kelas FB Ads dengan Sifu Jamal. Saya ibarat budak yang baru belajar. Minda mula celik dan semangat berkobar2 untuk menguruskan Akademi Infitah.

Dengan offline, saya hanya boleh cover 1 cawangan sahaja. Tak cukup kaki & tangan nak uruskan yang lain. Bila belajar Fb Ads, tup tup, terus buka cawangan lain, walaupun jauh dari rumah. Terus boleh buka Ipoh, Sungai Petani & lain2.

Alhamdulillah, kini Infitah ada 20 cawangan di seluruh Malaysia termasuk di UK yang diuruskan oleh sahabat saya, Mohd Noor. Setiap cawangan yang aktif dan bagus mampu mencecah RM20k setiap bulan.

Jika menggunakan offline sahaja, kami masih ‘self-employed‘. Semua kami buat. Marketing, admin, akaun & lain2. Masa tu, suka sangat kerana telefon bertalu2. Tengah makan pun, orang call. Tengah drive pun orang call. Tengah tidur pun, ada juga yang call/SMS. Tak menentu orang call.. tapi sales tak dapat banyak juga kerana masih kedekut nak ‘hired’ orang bantu dalam pengurusan.

Dah belajar FB Ads, hidup lebih best bersama keluarga. Hanya fokus marketing FB Abds, yang lain semua dikendalikan oleh pengurus.

Tak perlu jawab call lagi. Tak diganggu seperti dulu. Hidup lebih tenang, alhamdulillah. Fokuskan FB Ads capai ke sasaran je. Kini, saya sangat bersyukur kerana urusan dipermudahkan Allah. Isteri tidak perlu lagi bekerja dan saya hanya perlu fokus untuk mengembangkan bisnes. Bila2 masa dan dimana2 sahaja saya boleh buat marketing asalkan ada internet.

Hidup perlu berilmu, hendak berilmu perlu berguru. hidup perlu memberi, Barulah hidup akan diberkati. Betullah kata-kata tu. Semakin banyak saya perlu belajar dan semakin banyak saya perlu memberi peluang orang kepada diluar sana untuk membantu orang lain untuk menuntut ilmu.

Terima kasih kepada sifu Jamal & team yang membimbing FB Ads pada saya. Terima kasih kepada mama, abah, ayah, mak, adik beradik saya serta seluruh ahli keluarga besar saya yang sentiasa menyokong saya dalam bisnes ni.

Alhamdulillah, doa dan restu ahli keluarga tercapai apa passion saya yg sebenar.

Terima kasih juga kepada semua usahawan pengurus cawangan kami & para tutor yang hampir 500 orang. Terima kasih para partner Infitah yang setia. Jatuh bangun dalam bisnes itu lumrah dalam bisnes.

Wallahu’alam.. ALHAMDULILLAH, terima kasih Allah atas ujian ini. “

Tu dia perkongsian dari beliau… habis baca tak ni?

Nak dipendekkan citer, tak kira waktu susah atau senang.. kita perlu sentiasa ada sikap POSITIF dan SABAR dalam apa jua situasi. Cuba jauhkan diri dari perkara-perkara NEGATIF yang boleh buatkan kita hilang keyakinan pada diri sendiri.

Komentar (2)

  1. Assalamualaikum…

    Inilah yang dikatakan “hendak seribu daya….”. Jika pemilihan jenis perniagaan yang tepat pada keperluan masyarakat serta tepat pada masa, keadaan dan cara ia dipromosikan, maka insha Allah akan dapat sambutan yang positif.

    Biarlah kita bermula dengan perniagaan yang kecil tetapi berhasil dalam memberi pulangan jangka pendek dan panjang. Paling mustahak jangan buat pinjaman untuk memulakan perniagaan kerana ia mampu “membunuh” perniagaan berkenaan. Buat pinjaman (sekiranya perlu) hanya untuk “membesarkan” perniagaan.

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!