KERANA BISNES, GADIS 22 TAHUN NI TERGAMAK ‘PAKSA’ IBU NYA BERHENTI KEJE!
Tercengang kami bila gadis pemilik nama Mardina Safiyya ni ceritakan story beliau. Famili bukan famili senang. Yg support famili pun ibu beliau sendiri selama ni. Yg selama ni bersusah payah membesarkan mereka siang dan malam. Bergerak dr rumah ke rumah…
Tapi atas nama bisnes kononnya, beliau sanggup “paksa” ibunya berhenti keje! Yes, paksa!!
Bisnes apa yg beliau buat? Apa yg berlaku sebenarnya? Jom baca story ni hingga ke titisan noktah terakhir..
SAYA MARDINA SAFIYYA, DAN INI KISAH SAYA…
Biasanya org panggil saya Mar. Founder bagi brand Mardina Safiyya Hijab. Bisnes ni saya mulakan sejak 4 tahun lepas. Ye, masa saya baru berumur 18 tahun.
Fesyen yg saya ketengahkan adalah busana muslimah yg patuh syariah, jenis yg labuh2 gitu..
Sebab apa?
Sebab..actually dulu2, masa saya kecik, saya naakkkk sangattt jadi ustazah! Saya suka berdakwah..Siyes! Itulah ‘dream’ job saya selama ni. Sebab tu saya sekolah di sekolah agama..
Sayangnya..atas sbb2 tertentu, cita2 tu xdapat diteruskan. Tapi niat saya utk berdakwah xpernah hilang!
Persoalannya..mcm mana saya nk teruskan? Nak berdakwah cara mana? Apa yg bleh saya buat?
Saya terdiam. Berfikir. Hinggalah soalan ni tiba2 terkeluar di fikiran saya..
“Mar, apa yg kau minat sebenarnya?”
FESYEN! Ya, fesyen!
Saya sukakan fesyen, terutama pakaian muslimah. Nampak lembut, ayu, sopan..dan dalam masa tetap nampak bergaya..
“Heii..apa kata aku berdakwah melalui fesyen?!”
Maka dari situ, bermulalah perjalanan brand yg dinamakan MARDINA SAFIYYA HIJAB…
“APA SUSAH2 BUAT BISNES, KAWEN JE LAH..KAN SENANG..”
Dari awal2 buat bisnes lagi Mar dah prepare mental dan fizikal. Sbb Mar tahu bisnes ni adalah suatu dunia yg mencabar. Tapi Mar silap, rupa2 nya, dunia bisnes ni..MENCABAR GILER! Hahaha..
Sepanjang 4 tahun bisnes ni, Ya Allah…hanya Dia je yg tahu dan paham jerit perit Mar selama ni. Bisnes suam2 kuku. Sale macam chipsmore, kejap ada kejap xde. Marketing pun x berapa nak tau..yela, kita kan budak sekolah agama..
Tapi, cabaran yg lebih PADU dari semua tu, adalah kata2 ‘manis’ dari org2 terdekat..
Keluarga Mar bukanlah dr keluarga yg senang..
Mar buat bisnes ni pun sbb nak bantu famili..
Jadi bila ada yg tgk Mar mcm bersusah payah buat bisnes ni, adalah ‘org2 terdekat’ yg dtg ke rumah dan suruh ibu Mar kawen kan aje Mar. Ye, mmg ada yg datang hantar rombongan ke rumah Mar. Tapi Mar rasa belum masa nya lagi..
Bila kami tolak, ada yg kata pada kami..
“Haaa..memilih sgt la tu..mesti nak cari yg kaya. Yg ada kereta, yg ada rumah..”
Ya Allah. Sedih hati ni. Bukan itu sebabnya. Mar tahu apa yg Mar buat dan Mar ingin capai impian tu terlebih dahulu..Mar belum terfikir utk berkeluarga lagi setakat ni.
Sebab Mar ingin bantu famili Mar dahulu..terutamanya ibu Mar…
KALAU BUKAN KERANA IBU, DAH LAMA RASANYA MARDINA SAFIYYA HIJAB GULUNG TIKAR…
Mar lihat depan mata sendiri bagaimana ibu Mar membesarkan kami 3 beradik seorang diri. Ibu keje susah. Dari rumah ke rumah. Setiap hari..
Pernah satu hari tu, Mar cuba gantikan keje ibu. Mar buat apa yg ibu buat.
Ya Allah, pada hari itu, barulah Mar tau betapa susah dan sukarnya keje yg ibu buat setiap hari. Utk tanggung kami sekeluarga. Sbelum ni Mar hanya melihat ibu bekerja. Balik rumah ibu tetap balik dengan wajah yg ceria..
Bila Mar sendiri yg buat..Mar xdapat nak bayangkan betapa sebuah sosok tubuh yg sudah berusia itu, tetap mengagahkan diri bekerja sebegitu kuat utk pastikan kami boleh meneruskan kehidupan seperti anak2 org lain juga..
Mar sedih sangat. Sampaikan Mar terduduk tepi jalan, dan menangis seorang diri..
“Ya Allah..berilah aku kekuatan. Aku berjanji utk pastikan suatu hari nanti, ibu ku tidak lagi berkerja keras seperti ni. Biarkan aku yg menggajikan ibu ku, walaupun ibuku hanya duduk berehat sahaja di rumah..”
MAR BERHEMPAS PULAS, NAMUN TARGET MASIH JAUH DI ‘ANGKASA LEPAS’..
Sejak hari itu, Mar mmg all-out! Semua keje Mar buat. Design Mar buat, sale Mar buat, marketing pun Mar buat. Tiap hari Mar berjalan kaki beberapa kilometer ke pejabat pos utk hantar parcel. Kemudian update ilmu2 berkaitan fesyen dan juga bisnes.
Penat, tapi Mar xkisah. Sebab Mar tahu apa yg Mar kejar. Wajah ibu Mar sentiasa di minda Mar
Namun..
Setelah 4 tahun..Mar masih sama. Dalam hati Mar kata..
“Apa yg x kena ni? Apa lagi yg kurang ni? Nape bisnes aku ni cam susah sgt nak berkembang ni?”
Hinggalah satu hari, sorang kawan Mar memperkenalkan Mar dgn Sifufbads..
“OHHHH..INI SILAP AKU RUPANYA!”
Oktober 2017, bermulalah episod saya berguru dgn Sifufbads. Nama yg saya x pernah dgr pun sbelum ni. Dan saya x amik peduli pun..
Dan, bermula dari sesi pertama berguru dgn Sifufbads, rasa macam pipi Mar kena penampar 4-5 kali! Siap back-hand skali!
Aduhh..pedih rasanya…
Rupa2 nya..terlalu banyak kesilapan yg Mar buat selama ni, dan Mar realize, inilah punca kenapa susah sangat brand Mardina Safiyya Hijab ni nak pergi jauh…
Antara kesilapan2 itu adalah:
- FB ads main hentam
- Content di page x ‘menyelerakan’
- Update page ikut mood sendiri
- Copywriting ntah apa2..
- Xtau kira2 ads – ROI ke laut
Mar x tunggu lama. Cita2 Mar perlu dicapai secepat mungkin. Mar balik dan terus apply apa yg patut Mar baiki..
SALES MAKIN MENINGKAT, KONSISTEN ROI LEBIH DARI 10 SELAMA 6 BULAN!
Alhamdulillah, itulah yg berlaku selepas Mar perbaiki apa yg sepatutnya Mar buat dari dulu lagi. Kadang2, kita rasa kita dah buat sehabis baik. Tapi bila ada mentor, mereka nampak apa yg kita x nampak selama ni..
Antara perubahan ketara pada strategi Mar skrg ni, yg memberi impak luar biasa adalah:
- Update page lebih kerap
- Gunakan gambar yg lebih WOW, beremosi
- Buat sales mengikut trend
- Buat kempen mengikut konsep tertentu (cth: travel, cikgu..)
- Buat ads pada audiens yg tepat
- Adjust strategi mngikut result ads
Dan mcm2 lagi..semuanya HIGH IMPACT! Cuba bayangkan, Mar x pernah sangka, dgn umur baru 22 tahun, masih mentah lagi dgn selok belok bisnes, Mar boleh buat sales 5-6 angka sebulan, dgn ROI lebih dr 10..alhamdulillah..
Tapi..
MAR GERAM! MAR MENYESAL! SILAP BESAR RUPANYA MAR JUMPA SIFUFBADS NI OKTOBER LEPAS..
Yaaa..saya sngat2 geram! Membuak2 kegeraman saya pada Sifufbads..
Sebab apa?
Sebab..saya sepatutnya jumpa Sifufbads LEBIH AWAL LAGI!
Apa tidaknya..
Skrg ni, saya bersyukur sgt2..cita2 saya sudah pun tercapai..apa yg saya impikan, BIG WHY saya kini dah jadi kenyataan!
Saya dah berjaya PAKSA ibu berhenti keje. Now ibu duduk di rumah, sambil goyang kaki, pergi mengaji..hujung bulan saya bagi gaji. Syukurr alhamdulillah..
Bayangkan, kalau saya jumpa Sifufbads lebih awal..kan dah lama dah saya ‘gajikan’ ibu saya tu..hee…tu yg saya geram tu..
PESANAN MAR UTK ANAK MUDA YG INGIN BERJAYA DLM BISNES..
Mar org muda. Dan Mar masih setahu jagung dalam dunia bisnes ini. Tapi, Mar dah lalui susah senang membangunkan sesebuah bisnes itu sendiri.
Dan Mar tau, ramai anak muda di luar sana yg beriya-iya ingin menjalankan bisnes, kan? Mar suka!
Jadi, ini pesanan Mar utk anda yg ingin menceburi dunia bisnes(terutama org muda..):
1. MULAKAN DGN APA YG KITA SUKA – Mar buat bisnes fesyen sbb Mar suka. Its my passion. Sbb tu susah mcm mana pun, Mar tetap berusaha habis-habisan hingga capai apa yg Mar inginkan. Sama juga spt anda. Carilah bisnes yg anda suka, sbb bila anda buat apa yg anda suka, insyaAllah anda x akan cepat muda give-up..
2. FIND YOUR BIG WHY – apa sebab anda buat bisnes? Utk famili? Kepuasan diri? Setelkan hutang? Pergi umrah? Apa sahaja yg menjadi sebab utama kenapa anda ingin berjaya. Jadikan ia BIG WHY anda. Lihat BIG WHY anda ini setiap hari. Pesan pada diri anda setiap hari. InsyaAllah, sesusah mana pun cabaran yg anda hadapi, BIG WHY anda akan menjadi pembakar semangat anda utk bangkit semula.
3. JANGAN BERHENTI BELAJAR – sehebat mana pun kita, ilmu tu xkan pernah habis. Belajar dan teruslah belajar utk upgrade diri dan bisnes anda. Jika perlu, pergilah berguru. Carilah org yg 10x lebih hebat daripada anda. Kerana ilmu mereka, pengalaman mereka insyaAllah boleh membantu kita utk sesuatu yg kita terlepas pandang selama ni..
Mar harap, kisah Mar ini boleh memberi isnpirasi pada anda yg membaca.
Mar xhebat pun. Cuma Mar kongsikan apa yg mungkin boleh memberikan ‘sesuatu’ utk renungan kita bersama ok.
Nahh….itulah dia kisah si gadis kecil Mardina Safiyya..so mcm mana, anda dapat sesuatu kali ini?
Anda pernah alami situasi yg hampir sama macam Mar ni?
Cuba kongsikan apa yg anda dapat dari story Mardina ni..cer share kat ruangan komen bawah ni k..
Jgn lupa share story ni kalau anda rasa ianya boleh membantu membakar semangat anda dan kengkawan selepas ini.