Saya Ni Pemalu Orangnya…

zacheela

Harini saya share satu lagi kisah inspirasi dari student Sifufbads…

“ Hai semua, nama saya Tengku Shaheela, panggil je Kusha. Boleh tak saya nak citer sikit kisah hidup saya yg dulu hingga la skrg. Boleh kan? 🙂

1) Kisah dahulu – Saya telah memulakan perniagaan online sejak July 2013. Saya bermula dengan mencuba sendiri Fb Ads dengan membeli CD dan mengikuti group2 FB yang mengajarkan ilmu Fb ads. Saya sering menjual di FB dengan ‘TAG’ rakan2 dan sering join GROUP IKLAN.

Namun, hasilnya sangat menghampakan. Nak sampai sales RM1k sebulan pun sangat susah. CD yang saya beli juga tidak banyak membantu. Stok yang saya kumpul hampir membukit, namun saya gagal menjual. Saya pemalu orangnya. Saya tidak pandai berniaga offline utk berjumpa orang atau memperkenalkan produk di hadapan orang ramai.

Kdg2, ada juga saya cuba mengikuti beberapa event seperti karnival jualan, bazar hujung minggu dan sebagainya, namun hasilnya tidak memberangsangkan. Saya hampir putus asa dan saya rasa saya tidak mampu untuk berniaga.

Syukur alhamdulillah, setelah beberapa bulan saya cuba berniaga pakaian muslimah secara online dan hampir putus asa, akhirnya saya terlihat iklan Sifufbads di wall Fb saya.

Riang hati saya bagaikan tak terkata walaupun saya telah mencuba pelbagai ilmu Fb Ads dari pelbagai sumber yg tak pernah menjadi, namun kali ni hati saya kuat untuk mencuba lagi.

Saya telah daftarkan diri untuk pergi belajar dengan Sifufbads, dari situ byk input yg saya dapat. Kemudian, saya pun berguru dgn Sifu Jamal utk belajar dgn lebih mendalam. Selepas praktikkan apa yang diajar, sales meningkat dari bulan ke bulan!

Dari berniaga secara kecil-kecilan di rumah, saya telah mampu membuka butik pertama saya atas jenama sendiri iaitu Butik Zacheela di Keramat Mall pada May 2014.

Dan baru2 ini, saya telah membuka cawangan ke-2 Butik Zacheela di Bangi Sentral. Melalui Fb Ads, saya telah dapat mencapai impian saya menjadi seorang usahawan yang berjaya. Impian saya adalah untuk membuka cawangan Butik Zacheela di seluruh Malaysia. Selepas setahun, akhirnya saya berjaya capai sales sehingga 6 angka.

2) Semasa menggunakan FB Ads, byk strategi marketing yang saya dah gunakan utk tarik audiens ke website dan instagram saya. Utk mencapai pembeli yg betul, saya perlu kenal dulu siapa targeted audience bisnes saya. Barulah kerja close sales jadi lebih mudah.

3) Tips untuk newbie, laburkan duit untuk mencari Ilmu. Bisnes yang hanya berbekalkan modal duit tanpa ilmu yang mantap tidak akan menemui jalan kejayaan.

Cari guru yang mampu membantu dan ikhlas dlm memberi sesuatu. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih pada Sifu Jamal yang banyak membantu saya, secara tak langsung dalam perniagaan online saya selama ini. Beliau sangat mudah untuk dihubungi dan sangat mudah didekati oleh semua pelajar beliau. Ilmu yang mantap, guru yang terbaik. Nasihat saya, usahalah sehingga jadi, jangan putus asa. Usaha berdoa dan tawakkal.

4) Pesanan saya untuk orang yang nak ceburkan diri dalam perniagaan butik Muslimah, buat kajian tentang dunia fesyen, buat kajian tentang pembeli online baju muslimah, buat kajian tentang dunia perniagaan online sebelum anda melaburkan duit untuk perniagaan ini, kemudian carilah ilmu dari sumber yang boleh dipercayai sahaja agar anda dapat menjumpai jalan yang betul. Anda hanya tinggal usaha ,dan tawakal sahaja. “

KATA-KATA HIKMAH..

Jadikan perniagaan itu sebagai LADANG PAHALA. Niatkan berniaga untuk jihad ekonomi umat Islam. Berniagalah dengan jujur, ikhlas, penuh amanah dengan niat untuk menambah nilai hidup orang lain.

Apabila kita mencari peluang untuk memberi nilai dalam hidup orang lain, secara tak langsung, org terpaksa mencari produk kita. Akhirnya, ia akan membuatkan kita terpaksa kaya dan berjaya di dunia & akhirat.

Insya Allah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *