7 FAKTOR YANG BUATKAN PROFIT MARGIN BISNES SEMAKIN NIPIS
“Saya ni dah buat bisnes bertahun, tapi untung tu macam tak nampak.. Sedih betul rasa huhu..”
Korang ada masalah macam ni.. kita penat-penat buat bisnes, tapi profitnya haus sangat.. Tipis..
Margin profit dalam bisnes, boleh menentukan kita untung atau tidak dalam bisnes.
Ianya menentukan juga bisnes kita boleh growth atau tidak..
Ianya menentukan sustainability kita dalam bisnes..
Ada beberapa faktor yang buatkan profit margin kita semakin rendah! Nak tahu?
Baca bawah ni, saya dah share sekali solutionnya…
#1. Pricing
Kalau korang tetapkan harga yang betul, confirm bisnes korang boleh untung besar.
Tapi kalau salah harga, boleh lingkup tau!
So, macam mana nak tetapkan harga yang untung?
Sebelum korang letak harga, korang kena listkan dulu semua kos yang terlibat.
Contohnya, kos bahan mentah, kos buruh, kos penghantaran, dan lain-lain.
Kalau korang tak ambil kira semua kos ni, korang mungkin letak harga yang tak cukup untuk cover kos korang.
Lepas tu, korang tak dapat untung pun, malah makin rugi!
Seterusnya, korang kena lihat siapa sasaran customer?
Kenal pasti target market korang sebab harga yang korang letak kena sesuai dengan kemampuan mereka.
Contohnya, kalau korang jual barang mewah, korang boleh letak harga tinggi sebab target market korang mampu beli.
Tapi kalau korang jual barang murah, letak harga rendah untuk target market yang suka harga murah.
Kaji harga pesaing korang. Kalau pesaing korang letak harga yang lebih rendah tapi produk diorang sama dengan korang, korang kena fikir balik strategi pricing yang lebih efektif.
Mungkin korang boleh bagi added value macam free gift atau service yang lebih baik untuk justify harga korang yang lebih tinggi.
Boleh cuba letak psychological pricing, teknik ni yang ramai usahawan guna.
Contohnya, letak harga RM9.99 instead of RM10.00.
Nampak macam beza kecil je, tapi secara psikologi, pelanggan rasa harga RM9.99 tu lebih murah walaupun beza satu sen je.
Satu lagi cara, Value-Based Pricing..
Letak harga berdasarkan value yang produk korang beri pada pelanggan.
Kalau produk korang ada added value yang tinggi, korang boleh letak harga tinggi.
Pelanggan yang faham value tu, akan sanggup bayar lebih.
Antara idea yang kita boleh buat.. tambah produk baru, susun funnel marketing, offer servis atau produk dengan harga premium.
So, pricing ni memang banyak yang korang kena consider.
Jangan main letak harga je, sebab pricing yang betul boleh buat bisnes korang lebih profitable.
#2. Production Cost
Kalau korang boleh kurangkan kos ni tanpa kurangkan kualiti, memang profit margin korang akan naik!
Bila nak set profit margin, kos production penting, tapi yang jauh lebih penting % markup dari kos production per unit tu
Jom kita tengok macam mana nak manage production cost ni..
First sekali, korang kena listkan semua kos yang terlibat dalam production.
Kos ni termasuk bahan mentah, kos buruh, kos penyelenggaraan mesin, dan lain-lain.
Buat senarai semua kos ni supaya korang tahu mana yang boleh dikurangkan atau dioptimumkan.
Kalau korang beli bahan mentah dalam kuantiti besar, korang boleh dapat harga yang lebih murah.
Contohnya, beli kain untuk buat baju secara borong daripada supplier, korang boleh dapat diskaun dan jimat banyak.
Tapi, make sure bahan mentah tu boleh disimpan lama supaya tak membazir.
Gunakan teknologi dan automation dalam proses pengeluaran korang.
Contohnya, guna mesin yang boleh buat kerja dengan lebih cepat dan tepat berbanding tenaga manusia.
Walaupun kos permulaan untuk beli mesin tu tinggi, tapi dalam jangka masa panjang, korang akan jimat banyak sebab kos buruh berkurang.
Rajin-rajinlah survey supplier untuk dapatkan yang bagi harga paling berbaloi tapi still jaga kualiti.
Jangan malas buat research, sebab supplier yang bagus boleh bantu korang jimat banyak. Jangan takut untuk nego harga dengan supplier!
Jangan overstock bahan mentah sebab ia boleh menyebabkan pembaziran kalau bahan tu tak digunakan dan rosak.
Sebaliknya, buat forecast yang tepat untuk tahu berapa banyak bahan yang korang perlukan dalam satu-satu masa.
Jimatkan penggunaan tenaga macam elektrik dan air dalam proses pengeluaran.
Kos tenaga ni nampak kecil, tapi sebenarnya boleh jimat banyak kalau korang manage dengan betul.
Paling penting, pastikan produk yang korang hasilkan tu berkualiti tinggi supaya tak ada return atau komplain daripada pelanggan.
Produk yang tak berkualiti boleh buatkan kos tambahan untuk repair atau replace.
Jadi kualiti ni penting untuk jaga profit margin korang.
#3. Operation Cost
Operation cost ni, termasuk semua kos yang korang kena tanggung untuk jalankan bisnes macam sewa kedai, gaji pekerja, bil elektrik, dan lain-lain.
Sales besar, gross profit besar, tapi lepas bayar gaji, bayar sewa, macam hilang je profit tu. Tak tahu pergi mana. Siapa macam tu?
Jadi, korang kena pandai manage kos operasi ni..
Kalau korang ada kedai fizikal, sewa kedai ni salah satu kos besar.
Cari lokasi yang strategik tapi masih dalam bajet korang.
Jangan over budget sebab sewa tinggi boleh makan profit korang.
Kalau boleh, nego dengan owner untuk dapatkan harga sewa yang lebih berbaloi.
Ada pekerja? Ni aset penting tapi kos dia pun boleh tahan, bila dah semakin ramai.
Korang kena pastikan gaji yang korang bayar tu berbaloi dengan produktiviti mereka.
Selain tu, korang boleh pertimbangkan guna part-time atau freelance workers untuk tugas-tugas tertentu supaya korang tak perlu bayar gaji full-time.
Kos utiliti macam elektrik dan air pun boleh makan profit kalau korang tak manage dengan betul. Pastikan semua peralatan yang tak digunakan dimatikan.
Kalau bisnes korang perlukan inventory stock, pastikan korang ada sistem penyimpanan yang efisien.
Jangan simpan terlalu banyak stok sampai terpaksa tambah ruang dan kos.
Buat forecast yang tepat untuk tahu berapa banyak stok yang korang perlukan dalam satu-satu masa.
Kalau bisnes korang ada penghantaran produk, kos pengangkutan dan logistik kena manage dengan betul.
Cari courier service yang bagi harga terbaik tapi still reliable.
Guna route planning untuk pastikan penghantaran berjalan dengan efisien dan jimat masa serta kos.
Korang boleh pertimbangkan untuk outsource tugas-tugas tertentu macam accounting, HR, atau IT.
Dengan outsourcing, korang tak perlu hire full-time staff untuk tugas-tugas ni, dan boleh jimat banyak dari segi gaji dan benefits.
Pastikan semua maintenance peralatan dan fasiliti korang dijaga dengan baik supaya tak ada breakdown yang tak dijangka.
Kos maintenance setiap bulan boleh jadi lebih murah, daripada kos repair bila peralatan dah rosak teruk.
Selain tu, peralatan yang diselenggara dengan baik boleh tahan lebih lama.
Korang kena check balik kos operasi ni.
Yang penting, profit bisnes jangan terbang melayang, sampai company rugi!
#4. Reward/Komisen
Bagi reward, komisen atau bonus yang berbaloi boleh bagi semangat tambahan kat pekerja korang, dan boleh tingkatkan prestasi kerja mereka.
Tapi kena hati-hati, jangan bagi reward sampai buat bisnes korang rugi.
Biasanya, ada 3 jenis reward yang kita bagi..
- Komisen Jualan: Ni paling common. Korang bagi percentage dari setiap jualan yang pekerja buat. Contohnya, kalau pekerja korang berjaya jual produk RM1000, bagi 5% komisen, so dia dapat RM50. Komisen ni boleh motivate pekerja untuk jual lebih banyak.
. - Bonus Prestasi: Kalau pekerja capai target tertentu atau perform dengan cemerlang, korang boleh bagi bonus. Contohnya, kalau pekerja korang berjaya capai sales target bulanan, bagi bonus tambahan RM200. Bonus ni boleh jadi motivasi extra untuk perform lebih baik.
. - Recognition: Kadang-kadang, pengiktirafan pun dah cukup buat pekerja rasa dihargai. Korang boleh buat Employee of the Month dan announce kat dalam meeting atau di media sosial syarikat. Recognition ni boleh boost morale dan rasa bangga.
Tapi ramai founder tak sedar.. nak jaga hati tim/agen, tak sedar kita berbelanja besar, dan ini kurangkan profit margin kita.
Jadi korang kena ada sistem reward dan kiraan komisen yang betul..
Pastikan ganjaran yang korang bagi tu tak membebankan kos bisnes korang.
Korang kena kira berapa banyak kos yang boleh ditanggung dan pastikan ganjaran tu berpatutan dengan prestasi.
Jangan bagi ganjaran sampai habis profit bisnes!
Pastikan target yang korang tetapkan untuk komisen atau bonus tu realistik dan achievable.
Pastikan semua pekerja faham macam mana sistem reward dan komisen ni berfungsi.
Jelaskan dengan jelas apa yang diorang perlu buat untuk layak dapat ganjaran.
Ini untuk elakkan salah faham dan buat semua orang jelas dengan expectation.
Contohnya, korang boleh bagi komisen 10% untuk setiap jualan yang pekerja buat. Bila pekerja capai target jualan RM5000 dalam sebulan, bagi bonus RM300.
So, itulah caranya ye..
#5. Marketing Cost
Nak kejar sales punya pasal, kita selalu inject bajet kepada kos marketing.. asyik topup bajet, tanpa sedar amount spent kita makin melambung..
Ini beri kesan besar kepada profit margin tau.
Biasanya founder yang kuat main advertising, banyak hauskan profit margin ni, korang ke macam tu?
Kos ni boleh jadi besar kalau tak manage dengan betul, tapi dengan strategi yang tepat, korang boleh jimat banyak dan still capai target pemasaran korang.
Jom kita tengok macam mana caranya..
First sekali, korang kena tetapkan budget marketing korang.
Berapa banyak korang sanggup spend untuk promosi?
Budget ni akan tentukan strategi marketing yang korang boleh guna.
Contohnya, kalau budget korang limited, mungkin korang tak boleh afford iklan TV tapi masih boleh guna media sosial.
Jangan buang duit untuk sales channel yang tak sesuai dengan target audience korang.
Fokus pada platform yang paling berkesan untuk reach audience korang.
Contohnya, kalau korang jual produk kepada orang muda, Instagram dan TikTok mungkin lebih effective daripada surat khabar tradisional.
Jangan bazir duit untuk aktiviti marketing yang tak memberi impak.
Pastikan setiap ringgit yang korang spend tu ada ROI (Return on Investment).
Contohnya, kalau korang buat flyers tapi response sangat sikit, mungkin korang boleh stop dan fokus pada channel lain yang lebih effective.
Buat perancangan jangka panjang untuk marketing.
Jangan fokus pada promosi short-term je. Perancangan yang baik akan bagi korang lebih kontrol ke atas kos dan result.
Buat marketing calendar untuk susun semua aktiviti, dan pastikan kos terancang dengan baik.
Faham, kan?
#6. Market Situation
Ni kena perati juga situasi dalam market. Perang harga, musim perayaan, trend demand, dll boleh beri kesan kepada profit margin kita.
Kalau korang tahu macam mana nak handle dengan situasi market ni, bisnes korang boleh terus grow walaupun dalam market ekonomi, demand, competition yang berubah-ubah.
Apa yang kita boleh buat?
Tengok apa yang pesaing korang buat. Kalau pesaing korang tengah buat promosi besar-besaran, mungkin korang pun perlu buat sesuatu untuk bersaing.
Analisis kekuatan dan kelemahan pesaing, dan cari peluang untuk korang tunjukkan kelebihan produk korang.
Jangan just follow apa pesaing buat, tapi juga cari cara untuk lebih unik dan standout.
Kena faham apa yang pelanggan korang betul-betul perlukan dan nak.
Buat survey atau research untuk tahu kehendak dan expectation pelanggan.
Kalau permintaan tinggi untuk sesuatu produk, korang boleh fokus lebih pada produk tu.
Tapi, korang kena monitor demand sebab trend boleh berubah.
Masalah ekonomi boleh juga berikan affect besar kepada bisnes korang.
Contohnya, masa ekonomi slow, orang mungkin kurang beli barang mahal.
Jadi, korang kena adjust harga atau offer special promosi untuk tarik pelanggan.
Sebaliknya, kalau ekonomi tengah naik, korang boleh tingkatkan harga atau tawarkan produk premium.
Kena aware dengan sebarang perubahan dalam undang-undang atau polisi yang boleh affect bisnes korang.
Contohnya, kalau ada perubahan dalam cukai atau regulasi, korang kena adjust kos atau strategi bisnes korang.
Kena selalu follow news dan update dari pihak berkuasa untuk elakkan masalah di kemudian hari.
Lagi satu…
Keperluan pelanggan boleh berubah berdasarkan musim atau event tertentu.
Contohnya, kalau musim raya, orang mungkin lebih cenderung beli hadiah atau produk berkaitan dengan raya.
Sesuaikan promosi dan produk korang dengan keperluan musim atau event tertentu.
Ok? Boleh sambung lagi?
#7. Revenue
Income tinggi, profit margin tinggi. Tapi kalau income rendah, profit margin juga low!
So, penting untuk korang faham macam mana nak boost revenue supaya profit margin korang tak turun.
Sales adalah punca utama revenue korang.
Lagi banyak korang jual, lagi tinggi revenue.
Jadi, penting untuk korang ada team sales yang power dan strategi jualan yang padu.
Latih team sales korang supaya mereka boleh close deal dengan lebih efektif.
Buat promosi dan kempen marketing untuk tarik pelanggan baru dan kekalkan pelanggan lama.
Jangan bergantung pada satu jenis produk je. Diversifikasi produk korang supaya korang boleh reach lebih banyak market.
Contohnya, kalau korang jual baju, tambah produk macam aksesori, kasut, atau beg tangan.
Dengan cara ni, korang boleh tarik lebih ramai pelanggan dan tingkatkan revenue.
Tambah value produk korang supaya pelanggan rasa lebih berbaloi untuk beli.
Contohnya, bagi packaging yang cantik, offer warranty, atau bagi servis lepas jualan yang tip top.
Pelanggan akan rasa produk korang berbaloi, dan mereka akan repeat purchase lagi.
Pricing yang korang letak pada produk sangat penting untuk tarik pelanggan dan maintain revenue.
Jangan letak harga terlalu tinggi sampai orang tak mampu beli, tapi jangan juga terlalu rendah sampai tak dapat cover kos.
Variasikan pelbagai pakej produk, ada yang murah, ada harga premium.
Buat research harga pasaran dan tentukan harga yang paling menguntungkan.
Partnership atau collaboration dengan brand lain boleh bantu tingkatkan revenue korang.
Cari brand yang complement produk korang dan buat promosi bersama.
Contohnya, kalau korang jual produk kecantikan, kolaborasi dengan salon untuk buat bundle package.
Belajar sesuatu?
So, itulah dia 7 faktor yang boleh mempengaruhi profit margin bisnes korang!
Semua ni akan berikan kesan penting untuk tentukan sama ada bisnes korang untung besar atau sekadar cukup makan je.
Tak kiralah korang baru nak start bisnes atau dah lama dalam bisnes ni, tips dan strategi yang saya share ni, boleh bantu korang untuk optimize kos, tingkatkan revenue, dan maintain profit margin.
Semoga sharing ni membantu bisnes korang!