6 Langkah Hasilkan Reach Yang Tinggi

reach_fbads_slow_3

Reach? Mereka yang buat fb ads, pasti tahu bukan?

Reach – jumlah audiens (sasaran) yang telah melihat iklan yang telah dibuat.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang menjalankan iklan fb ads menghadapi masalah sukar untuk mencapai reach yang tinggi. Buat iklan, letak bajet tinggi pun, iklan masih tak berjalan! Reach masih slow, tak bergerak. Kalau reach tak begerak, bagaimana mahu dapat klik ? Bagaimana mau dapat sales ?

Dalam seminggu dua ini, sifufbads banyak terima aduan yang mana menyatakan iklan mereka tak berjalan, reach slow! Iklan yang berjalan laju sebelum ini, kini bergerak macam siput sedut..Sikit-sikit. Tension melihatnya!

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan kepada kami.

” Iklan saya tak jalanlah sifu! Sales pun drop 90% ni”

” Reach saya, sehari nak capai 1000 pun susah”

” Klik dalam sehari 50-200 klik saja! tension woooo..”

” Sifu, bantu saya! Iklan saya tak jalan! Takde orang pm, takde orang wassappppsss”

Ramai yang cuak, ramai yang dah mula takut! Tak relevan lagi kah fb ads ni ?

PENTING SANGATKAH REACH  NI ?

Pertama, ianya bagi bertujuan untuk dapatkan KLIK YANG TINGGI!

Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa untuk memperolehi klik yang tinggi, anda juga perlu dapatkan reach yang tinggi juga. Jika ROI dan CR iklan anda berada di tahap yang terbaik , anda boleh tingkatkan lagi keuntungan jualan anda dari iklan dengan meningkatkan jumlah reach. Oleh kerana itu, kami katakan REACH memang penting! Reach tinggi, sales pun boleh tinggi!

Bagaimana nak tahu samada reach kita berada di tahap yang bagus ataupun tidak?

reach_fbads_slow

Selepas 24 jam, jika reach iklan anda masih lagi di bawah 1000,  mungkin terdapat masalah pada iklan anda.

Bagaimana nak tahu maximum reach yang boleh dicapai dari iklan anda?

 

reach_fbads_slow_2

Anda boleh lihat maklumat ini di bahagian ads anda. Jadi persoalannya, bagaimanakah caranya nak tingkatkan reach yang banyak?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, kita perlu ketahui faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah reach yang diperolehi terlebih dahulu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah reach bagi sesuatu iklan adalah;

  1. CTR – Ctr tinggi, ianya mampu membantu meningkatkan reach iklan anda!
  2. Jenis iklan – iklan jenis video merupakan iklan yang paling mudah perolehi iklan yang tinggi.
  3. Jenis bid – Bid OCPM mampu bantu tingkatkan reach dengan laju.
  4. Placement – Iklan yang dipaparkan di sidebar lebih tinggi reachnya dalam masa 24 jam
  5. Jumlah audience – semakin besar audience, semakin besar reach boleh diperolehi.
  6. Bajet Iklan – Semakin besar bajet iklan anda, semakin besar reach.
  7. Persaingan audience – semakin ramai pesaing dalam pemilihan satu-satu audience, semakin rendah reach yang diperolehi.

 

Ada banyak kaedah untuk tingkatkan reach ini sebenarnya, tapi di sini saya share 6 langkah mudah untuk naikkan reach iklan anda.

#1 : Tambah Ad Set Yang Sama

Katakan anda dah bina satu iklan, tapi reach nya agak rendah selepas 24 jam. Bina beberapa ad set lagi, di dalam satu campaign yang sama. Untuk semua ad set tersebut, gunakan iklan yang sama, setting yang sama, placement yang samaa & audiens yang sama. Hanya duplicate ad set sahaja.

#2 : Duplicate Campaign

Kaedah kedua ini adalah kaedah lanjutan yang boleh digunakan. Apabila anda sudah selesai membina campaign yang pertama tadi, anda masuk dalam power editor untuk duplicate campaign tadi. Katakan campaign pertama tadi, anda bina 3 ad set yang mana setiap ad set mengandungi satu ad. Jadi, untuk campaign pertama tadi, anda telah membina 3 ad set bagi iklan yang sama. Setelah anda berjaya duplicate campaign pertama tadi, anda kini telah memiliki 2 campaign yang baru. Iklan anda telah bertambah, iaitu dari 3 kepada 6.

Anda boleh guna kaedah ini jika audiens sasaran anda besar jumlahnya. Mungkin 100 ribu, 300 ribu, atau lebih banyak.

#3 : Guna Akaun FB Ads Lain

Ni satu cara lagi, iaitu guna akaun fb ads yang lain. Bina satu lagi akaun fb ads yang lain, kemudian run iklan dengan menggunakan setting yang sama. (anda boleh gunakan akaun adik beradik anda ke..wife ke…Pastikan debit card/kredit card digunakan adalah berbeza)

#4 : Tingkatkan Potential Audiens

Masukkan precise interest sehingga boleh capai audiens sebanyak 500,000 – 1,000,000. Cara ini sesuai jika anda ingin membina branding dan juga awareness tentang produk anda.

Selain itu, pastikan anda gunakan bidding CPC. Reach dan klik boleh berjalan dengan laju tetapi anda perlu monitor setiap masa kerana khuatiri duit anda akan disedut dengan laju. (salah satu kaedah yang selamat, gunakan bajet yang rendah)

#5 : Tingkatkan Daily Budget Berperingkat – OCPM

Sebelum ini, dengan menggunakan bid jenis OCPM, bajet yang diletakkan mampu dihabiskan dalam masa yang diinginkan (biasanya 24 jam). Tapi, kini tidak lagi! Kita letak bajet RM30, tak habis! Letak bajet RM100 pun tak habis! (bukan semua ya, tapi kebanyakannya)

So, bagaimana nak dibuat?

Apa yang anda boleh buat adalah ; anda perlu tingkatkan bajet harian secara  berperingkat, mulakan dari RM5-15 sehingga bajet yang anda inginkan. Naikkan selepas 3-4jam dan seterusnya. Pastikan anda gunakan bidding OCPM.

AMARAN: Anda perlu monitor iklan anda dalam masa 1-2 jam. Mengapa ? Sebabnya adalah – tindakan menaikkan bajet ini agak berisiko di mana ianya berpotensi menaikkan kos per klik iklan anda juga. (sila pantau!)

#6 : Placement Sidebar

Ini satu cara lagi! Gunakan placement sidebar! Bina satu post khas untuk iklan di sidebar mengikut saiz yang diberikan oleh facebook atau gambar jenis wide (landscape). Gunakan placement sidebar semasa membina iklan!

Anda boleh mulakan dengan bidding jenis CPC, bid permulaan letakkan RM0.12 hingga RM0.35 dengan bajet harian sebanyak RM15-RM50. Jika iklan masih tak bergerak atau reach kosong, gunakan bid jenis OCPM dan naikkan bajet harian secara berperingkat. Biasanya reach akan mencapai tinggi, dan bestnya dengan kos lebih rendah!

Begitulah…

Ada banyak kaedah lagi yang anda boleh gunakan. Salah satu kaedah paling efektif adalah menggunakan TEKNIK OREN. Dengan teknik oren, bukan saja reach tinggi, tapi sales juga mampu capai lebih tinggi dari biasa.

Anda dapat sesuatu dari artikel ini? Sharekan di bawah ini.

Semoga artikel ini dapat berikan manfaat untuk anda.

Similar Posts

22 Comments

  1. saya amat berminat dengan tips yang diberi, tapi saya gagal hendak mulakan, saya buntu dan cetek limu.
    Saya tak tahu macam nak mulakan, jika di izin Allah mau saja saya hadirkan diri dalam ertikata Krusus untuk dapat limu lebih mantap.
    Saya Pengusaha coklat dan cookies ,mempunyai premis, sijil halal, pekerja tapi saya sedih ,

    pencapaian saya tidak stabil,mana kala hutang tidak dapat diatasi dengan baik.

    Saya Mohon jasa baik sifubads , dalam membantu saya , saya ingin benar membantu keluarga, masyarakat, dll sekiranya perniagaan berjaya. Kini ramai luahan remaja yang tidak dapat pekerjaan, sekiranya perniagaan saya baik, boleh la saya membantu bangsa saya.

    Semoga kehidupan ini mendapat keberkatan dari Allah, Amin .

    Terima kasih

  2. Sifu saya pernah fb ads bajet sye rm20 like hanya 45 sahaja tpi sorng pon x komen x tinggalkan no. Whatsapp sy nk pgi seminar sifu tpi umur bwh 18 tahun… Minta jasa baik sifu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *