5 Tips Menulis Ayat Iklan Page Post Engagement (PPE)

5 Tips Menulis Ayat Iklan Page Post Engagement

Anda susah nak tulis ayat iklan untuk page post engagement (PPE)? Anda tercari-cari apa kekurangan yang ada dalam ayat anda?

Sebenarnya, menulis ayat iklan ini tidaklah sesukar mana.

Cara mudah untuk menulis ayat iklan adalah anda perlu kenal siapa prospek anda. Semuanya mengenai prospek anda.

Bagi anda yang ada masalah atau tak tahu cara menulis ayat iklan, di sini saya berikan 5 tips  yang perlu anda tahu semasa menulis ayat iklan untuk page post engagement (PPE);

#1: Beritahu Manfaat yang Prospek Bakal Dapat

Walaupun ciri-ciri yang ada pada produk juga penting, tetapi prospek lebih utamakan manfaat dan penyelesaian produk berbanding ciri-ciri produk.

Contohnya;

Jika anda baru keluarkan produk lebatkan rambut, anda boleh beritahu ciri-ciri yang ada produk tersebut, cara penggunaannya, apa bahan-bahan yang digunakan dan lain-lain.

Kemudian, ceritakan manfaat produk tersebut yang boleh mengubah hidup prospek anda menjadi lebih baik dari sebelumnya. Berikan mereka impian dan harapan.

Anda perlu tarik minat prospek dengan manfaat produk, kemudian pukau mereka dengan maklumat tambahan.

#2: Beritahu Kelebihan Yang Prospek Akan Dapat

Anda juga boleh berikan sedikit kelainan dan kelebihan dari pesaing anda, bab ini saya ada ceritakan dalam artikel mengenai Unique Selling Proposition. Anda boleh tulis dalam ayat iklan beberapa kelebihan yang prospek dapat dari anda.

Contohnya;

Anda jual shampoo untuk lebatkan rambut. Anda boleh buat produk tambahan seperti krim mencegah keguguran rambut. Letakkan kuota terhad bagi prospek yang berminat untuk dapatkan produk utama dan produk tambahan dalam satu pakej jimat.

Dengan memberikan sedikit kelainan dari pesaing, anda akan dapat menarik perhatian prospek untuk membeli dari anda. Sentiasa berikan kelebihan kepada prospek anda, ini akan buatkan prospek tak sabar -sabar nak beli dari anda.

#3: Ayat Tidak Perlu Terlalu Panjang

Semasa menulis aya iklan, anda tak perlu ayat yang terlalu panjang untuk yakinkan orang beli. Anda hanya perlu tulis ayat-ayat yang penting sahaja. Paling penting ayat yang boleh menyentuh minda prospek seperti;

  • Masalah – Apa masalah yang sedang dihadapi oleh prospek?
  • Ketakutan – Apa yang jadikan prospek takut jika masalah mereka tidak diselesaikan?
  • Inspirasi – Apa yang mampu memberi inspirasi kepada prospek?
  • Impian – Apakah yang diimpikan oleh prospek?

Jika anda dapat menjawab persoalan-persoalan ini, pasti anda akan dapat mempengaruhi emosi prospek dengan berkesan.

#4: Gunakan Ayat Yang Ringkas dan Mudah

Pecahkan ayat-ayat anda kepada beberapa perenggan. Mudahkan prospek memahami maklumat yang anda ingin sampaikan kepada mereka. Caranya;

  • Buat sekurang-kurangnya 3 baris ayat untuk 1 perenggan. Format begini lebih mudah dibaca.
  • Gunakan bullet point atau numbered lists untuk senarai manfaat atau ciri-ciri produk.
  • Bold atau besarkan perkataan-perkataan penting yang ingin anda ingin tekankan.
  • Letak gambar yang relevan dan menarik perhatian prospek anda.

Ayat Pertama

MY QALAM 4 KIDS – Direka khas sejak 2013 lagi bagi membantu ibubapa memupuk anak-anak kecil mereka MINAT BELAJAR seawal usia 2 tahun.

Ianya dicipta untuk bantu anak , belajar mengenal huruf, belajar membaca, belajar mengira, belajar menyebut, belajar mengaji, belajar bahasa inggeris dan belajar solat.

Ayat Kedua

MY QALAM 4 KIDS – Direka khas sejak 2013 lagi bagi membantu ibubapa memupuk anak-anak kecil mereka MINAT BELAJAR seawal usia 2 tahun.

Ianya dicipta untuk bantu anak;

– BELAJAR MENGENAL HURUF

– BELAJAR MEMBACA

– BELAJAR MENGIRA

– BELAJAR MENYEBUT

– BELAJAR MENGAJI

– BELAJAR BAHASA INGGERIS

– BELAJAR SOLAT

Cuba anda bandingkan, anda rasa ayat mana yang lebih mudah dibaca dan difahami maksudnya? Mesti ayat kedua kan?

#5: Ceritakan Lebih Mengenai Prospek

Kunci utama dalam membina ayat iklan adalah anda dapat yakinkan produk tersebut sebagai satu keperluan untuk prospek anda. Ceritakan, jika mereka dapatkan produk tersebut, mereka akan dapat selesaikan masalah yang mereka hadapi. Itulah yang perlu anda tekankan.

Ayat Pertama

“Produk X ini telah membantu saya selesaikan masalah rambut gugur dengan 3 langkah mudah sahaja”

Ayat Kedua

“Produk X ini bakal membantu selesaikan masalah rambut gugur anda dengan 3 langkah mudah sahaja”

Ayat pertama lebih sesuai digunakan dalam ayat testimoni. Ayat kedua pula lebih kepada manfaat yang prospek bakal dapat. Anda boleh gunakan kedua-dua ayat ini mengikut kesesuaian dalam ayat iklan anda.

Secara ringkasnya, prospek mahu tahu bagaimana produk anda mampu membantu mereka capai apa yang mereka impikan. Jika anda mampu ceritakan semuanya dalam ayat iklan page post engagement anda, peratus untuk prospek membeli adalah sangat tinggi.

Kesimpulannyapenulisan ayat iklan adalah satu seni pujukan. Memahami apa yang prospek anda mahu adalah langkah pertama yang penting. Menyampaikan maklumat produk anda sebaik mungkin adalah kunci untuk jadikan prospek anda sebagai pembeli.

Semoga bermanfaat.

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Saya suka penerangan Tuan Jamal,
    Simple sahaja 🙂

  2. Penulisan iklan ni lebih pendek lebih baik.Tetapi pastikan pendek dan dapat menangkap perhatian pembaca. Sebab pembaca hanya ada lebih kurang 3 hingga 5 saat sahaja untuk membaca iklan kita.

    Sebab kita semua tahu yang pengguna internet mencari maklumat dengan cara melakukan imbasan,bukan membaca. Apabila sekali imbas, dan iklan kita mampu menangkap perhatian mereka, bermakna iklan kita berkesan.

    Terima kasih juga kepada Tuan Jamal yang tidak lokek berkongsikan pelbagai ilmu tentang fb ads.

  3. deeno says:

    Betul tuan, penerangan tuan terang dan jelas.

    Tak sabar tunggu updates dari tuan hehe

  4. Azman Saadin says:

    Alhamdulillah penerangan dan penjelasan amat baik dan membantu individu
    yang sedang memulakan perniagaan internet ataupun yang ingin membuat
    pemasaran produk dengan FBads terima kasih Tuan Jamal -SifufbBad

  5. Saya setuju dengan tips tuan 🙂 Last sekali letak ayat Call To Action – Cara yang paling mudah kalau nak order..

    1. betul tu tuan, kalau boleh permudahkan semua perkara untuk pelanggan

    2. Ila says:

      Mcm mne nk close sale

      1. kene byk tanya soalan kat pelanggan, bantu mereka. jd seorang consultant, bukan penjual.

  6. zyhana says:

    Alhamdulillah..tq atas perkongsian yg sangat bermanfaat utk newbie macam saya..
    serius masih belum pandai buat ayat utk iklan..
    namun saya akan cuba buat cara yg tuan bg nie..
    tq sgt2..

    1. sama2, kalau tahu caranya memang boleh jadi senang

    1. baguslah kalau senang faham 🙂

  7. eda says:

    sy mmg bermasalah part buat ayat huhu

  8. Muaz says:

    Terima kasih tuan, info ini sangat membantu membuat ayat iklan yang baik.

  9. Jeeva says:

    TQVM sifu

  10. […] sasaran anda. Penggunaan gambar dan video lebih menarik berbanding teks biasa. Anda juga perlu bina ayat iklan yang beremosi supaya audiens akan terus membaca ayat iklan anda. Ok, untuk hasilkan iklan yang berkualiti memang […]

  11. syamsuzzaman says:

    Terima kasih Tuan Jamal atas perkongsian ini. Menulis iklan memang satu kekurangan yang saya hadapi. Saya akan manfaatkan tips-tips yang tuan kongsikan ini.

  12. azie says:

    Alhamdulillah..tuan sudi berkongsi..
    saya amat tak pandai nak buat ayat..sy akan jadikan panduan tips yg tuan kongsikan
    Tq

  13. Alhamdulillah terima kasih Sifu Jamal

  14. achai says:

    Salam tuan..awal pg ni sy bru berjinak nk berniaga..produk kt kepala ni kerepek pisang je.. Adakah kerepek pisang ni berbaloi diniagakan?

  15. […] 5 Tips Menulis Ayat Iklan Page Post Engagement (PPE) […]

  16. Tengku Sofia says:

    Terbaik! Terima kasih atas perkongsian.

  17. hafiz says:

    terima kasih untuk perkongsian percuma

  18. Syed Azhar says:

    Nampaknya kena buat pembaharuan dlm ayat2 saya..hehe

  19. tikamsenak says:

    ade skil writing yg terbaru ka tuan?

  20. muhammad says:

    Nice info…..dah lama ..cari info ni..ringkas..

  21. kamaruzaman says:

    Pertama-tama nya terimakasih Allah sebab jumpakan saya blog ni.
    dan keduanya
    terima kasih sifu jamal…
    saya newbie dalam fb ads ni..
    blog ni banyak banyak membantu dalam saya merangka jualan saya diinternet
    semuga Allah mudahkan urusan sifu jamal sekeluarga.amin

  22. Teruja sgt nk ke Apprentice Sabtu ini! Cant wait to learn a lot from Sifu Jamal. Cepatla Sabtu!!!

  23. Terima kasih Sifu Jamal untuk tips yang simple tapi power 🙂

  24. azuha says:

    salam sifu jamal…..saya nak tanya sifu ada ambil upah tak kalau nak minta bina copywritting yang power utk saya buat fb ads produk saya ….sebab saya dah buat 2 ads sebelum ini tetapi tidak ada respon buyer …tq

  25. barakah says:

    salam sifu ..sy dh try boost page dh habes rm 100 . ada org like shj tapi x de yg pm berminat . apa cara yang terbaek utk saya buat ? sifu ada suggest c ayat yang power . sy dh try create ayt sendiri tapi x memjadi .

Program @ Sifufbads

28/04/2018
Seminar HIIM X Raya 2018
SACC, Shah Alam

31/01/2018
Seminar Chapter C 2018
SACC, Shah Alam

27/01/2018
Seminar Online Marketing Branding Kickstart (OMBK) 2018
IDCC, Shah Alam

Follow Instagram @sifufbads

  • Lebih byk org yg kita doakan insyallah lbh cpt juga
  • Alhamdulillah Rezeki Bila rezeki dtg ianya dgn izin Allah Betul
  • Tak byk org yg excited hari Isnin ni termasuk org
  • Dtg teman org ke Anugerah Personaliti Industri Usahawan Malaysia
  • Tak lama dah Rahsia2 online branding yg bkl menaikkan
  •  GENG KASI LANGGAR INI TEMPAT KASI SENGATT Dlm
  • Tahniah to jaziraorange atas kejayaan menerima award Inovasi Produk Penjagaan
  • Dari Drebar Bas Ke Jutawan Perfume Live esok SifuTalk bersama
  • on9branding in the making Belanja skit sifufbads
Ebook BOS’18 Branding Online Strategy 2018
Ebook BOS’18 Branding Online Strategy 2018

DOWNLOAD PERCUMA! Dah tiba masanya untuk upgrade brand anda ke NEW LEVEL! Ketahui bagaimana 7 strategi branding ini bakal membantu bisnes anda. Jangan isi form dibawah jika tak berani nak upgrade bisnes anda SEKARANG!