7 Cara Tarik Trafik ke Website dengan Facebook Ads
Mengikut laporan dari Shareaholic, Facebook adalah social media yang tarik trafik paling banyak ke website. Kita dapat lihat pada graf di bawah, social media yang terkenal seperti Youtube, Pinterest, Twitter, Google+ dan Reddit tidak banyak membawa trafik ke website malah peratusnya menurun.
Jika anda ada website, anda boleh gunakan Facebook untuk tarik lebih banyak trafik ke kandungan artikel blog anda. Di sini saya berikan anda 7 cara untuk tarik trafik ke website anda dengan Facebook Ads.
#1: Post Pada Waktu Yang Paling Optimum
Anda perlu post artikel anda di fanpage pada waktu yang paling optimum. Anda perlu bina fans dulu sebelum post artikel anda di fanpage. Untuk pastikan bila waktu terbaik untuk post, anda perlu buat beberapa eksperimen dulu untuk lihat waktu mana yang paling banyak engagement di fanpage anda.
Sudah tentu, post yang berkualiti juga memberi kesan pada engagement dan trafik, tetapi mengurangkan persaingan post di News Feed Facebook juga adalah penting.
#2: Promosikan Post Pada Fans
Anda boleh promosikan artikel hanya pada fans sahaja. Jika anda tahu menggunakan Power Editor, anda boleh menggunakan fungsi ‘Ads Scheduling’ untuk promosikan post artikel anda pada waktu yang paling optimum.
Walaupun anda memiliki fanpage yang mempunyai beribu-ribu likes, tak semua fans akan dapat melihat post anda. Setiap kali anda bina post, jumlah organic reach yang bakal menjumpai post anda hanya lebih kurang 5-10% sahaja.
#3: Promosikan Post Pada ‘Website Visitor’
Apabila anda buat post baru, anda boleh buat 2 jenis iklan yang berlainan audiens;
- Target fans fanpage anda
- Target ‘Website Visitors’ (30 hari)
Untuk promosikan artikel pada ‘Website Visitors’, anda perlu buat dulu ‘Website Custom Audiences’ untuk website anda. Pada bahagian ‘Custom Audiences’, anda setkan Include dan pilih ‘Website Custom Audiences’ yang telah anda buat.
#4: Promosikan Post Pada ‘Specific Website Visitor’
Anda boleh promosikan link url artikel blog yang mempunyai keyword tertentu dengan menggunakan ‘Website Custom Audiences’. Setelah ‘Website Custom Audiences’ sudah dibuat, anda boleh target audiens yang sama untuk baca artikel blog yang lain.
Contohnya, jika saya ingin buat ‘Website Custom Audiences’ menggunakan url keyword ‘facebook-ads’, semua url artikel blog yang ada keyword tersebut akan disimpan di bahagian Custom Audiences. Dengan adanya Custom Audiences ini, saya boleh buat artikel yang berkaitan ‘Facebook Ads’, kemudian saya target semula audiens yang pernah baca topik tersebut.
#5: Tapis Audiens Yang Pernah Baca Post Anda
Gunakan fungsi ‘Exclude Audiences’ untuk tapis audiens yang pernah baca artikel blog dari target ‘Audiences’ iklan anda. Untuk gunakan fungsi ‘Exclude Audiences’, tukar ‘Include’ ke ‘Exclude’, kemudian pilih ‘Website Custom Audiences’ yang telah anda buat dan setkan dalam ‘Custom Audiences’.
#6: Gunakan Fungsi ‘Interests’
Ini adalah cara paling mudah untuk tarik trafik ke website anda. Anda hanya perlu target pada ‘Interest’ yang berkaitan dengan topik artikel anda. Contohnya, jika anda promosikan artikel berkaitan saham, masukkan keyword yang berkaitan saham pada bahagian ‘Interest‘.
#7: Gunakan Fungsi ‘Lookalike Audiences’
Dengan menggunakan fungsi ‘Lookalike Audiences’, anda boleh cari audiens yang sama dengan ‘Custom Audiences’ yang pernah anda buat. Ini dapat menarik pelawat yang baru ke website anda melalui Facebook Ads.
Untuk menarik trafik ke website, penting untuk anda gunakan ‘Website Custom Audiences’ dalam Facebook Ads. Jadi, mulai hari ini, gunakan ‘Website Custom Audiences’ supaya mudah untuk anda promosikan semula artikel blog pada audiens yang sama.
Semoga artikel ini bermanfaat..
Assalamualaikum tuan Jamal,
Memang tidak dinafikan, saya sendiri mengakui bahawa traffik ke laman blog saya banyak datangnya dari facebook.
Tetapi, saya ada terbaca satu kajian yang dilakukan, traffik dari Google plus adalah lebih berkualiti dari media sosial yang lain, termasuk facebook.
Tetapi saya yakin, ini adalah teori kajian. Pada saya, dengan strategi yang betul, semua laman media sosial perlu dimanfaatkan untuk dapatkan keputusan yang optimum.
Tutorial cara buat website custom audiences
tuan boleh baca di sini http://sifufbads.com/blog/tutorial-fb-ads/tutorial-cara-buat-website-custom-audiences-wca/
saya pun banyak dapat trafik dari fanpage. tapi selama ni saya maib post je. sekarang baru saya tahu cara yang sebetulnya.
Insyaallah akan dipraktikkan.
Terima kasih Sifu FB Ads.
sama2, sekarang ni kalau nak dapat trafik pantas guna fanpage je…
Fan yg like fanpage masih tak ramai :(. Tapi xpe pelan2 kayuh. Thanks atas perkongsian sifu 🙂
betul tuan, nak buat bisnes kena byk bersabar.. belajar kemudian amalkan
Memang best kalau dapat traffic dari FB dan Google organics. Tapi nak kena slow and steady.
betul, kena nampak natural, bagus untuk seo
tq info
sama2 kak
Terima kasih atas perkongsian tuan. Saya ingin bertanya, apakah cost ads untuk artikel ini akan berjalan setiap masa atau kita boleh setkan seperti ads biasa?
kita boleh setkan mcm iklan biasa, cuma tak perlu buat post di fanpage.. terus buat iklan ke website
bagaimana cara membuat custome audience?
thank
tuan boleh baca di sini http://sifufbads.com/blog/tutorial-fb-ads/tutorial-cara-buat-website-custom-audiences-wca/
Terima kasih tuan atas nasihat dan tips tuan.
http://Www.gigahertz.com.my
boleh tanya, chapter f ni tentang apa? sebab ingat nak pergi seminar tp chapter a-e pn xpenah pergi.
dalam chapter f ni, saya akan kongsikan mengenai fb integration.
Ini adalah cara nak tingkatkan jualan menggunakan gabungan facebook, blog dan email marketing.
Hai Tuan Jamal,
Sy sering membaca blog tuan dan post berkenaan iklan di fb…saya sangat tertarik utk join kursus tuan…tapi sy berada jauh di sabah…tuan ada pernah merancang buat kursus di sabah?atau jual cd rakaman kursus? sy betul2 berminat dengan fb ads ini..
terima kasih tuan jamal..
Makasi ka udah bagi ilmu nya