Bagaimana Split Test Mampu Jimatkan Kos Marketing Sehingga 3 Kali Ganda

Split test ni adalah salah satu cabang solusi terbaik utk anda dapatkan kos marketing yg lebih murah, lebih jimat dan lebih targetted.

Split test jugak mmpu bantu anda utk improve-kan (ROI) Return of Investment utk bisnes anda hingga 10x ganda!.

“WAHHH..BETUL KE SIFUFBADS?”

Yezza..Betul ler..Byk element yg korang boleh test sebenarnya. Even dari kecik2 testing pon mampu improve korang punya performance iklan dan bisnes anda.

“SIFUFBADS, APO BONDO YG BOLEH DI-TEST?”

Banyak…Banyak…Nak tahu? Baca bawah ni..

Anda boleh buat split test dari segi….

ADS DESIGN

Apa yg dimaksudkan dgn ADS DESIGN ni adalah termasuklah gambar, text pd gambar, placement dan headline.

Katakan, anda nak headline mana yg lebih power dan paling banyak engagement-nya..

Anda boleh buat 3 post berbeza dan buat set-kan post tersebut sbgai DARK POST. Setiap post berbeza headline-nya. Mgkin…

POST 1: Anda gunakan headline jenis TESTIMONI
POST 2: Anda gunakan headline jenis USP
POST 3: Anda gunakan headline jenis PROBLEM

Pastu, anda buat iklan dgn gunakan gambar, placement, location dan interest yg sama. Budget pon sama gak. Lps 24 jam iklan berjalan, check data yg mana lagi ok.

Anda juga boleh buat split test dari sudut…

ADS TARGETTING

Ia termasuklah negeri, jantina, interest yg digunakan, umur, pendidikan, status perkahwinan dan banyak lagi..

Sama gak, anda boleh buat 3 post yg berbeza. Katakan, kali ni anda nak tgk negeri mana yg paling banyak engagement dan respon.

Boleh guna steps yg sama mcm ADS DESIGN tadi, cuma kali ni anda tukar lokasi yg anda target utk setiap post.

Contohnya…

POST 1: Anda target Kuala Lumpur
POST 2: Anda target Shah Alam
POST 3: Anda target Putrajaya

Bila dh lebih 24 jam iklan berjalan, analysis data iklan anda dan cari iklan mana yg lagi baik performance-nya.

Anda juga boleh buat split test dari sudut bidding (when you get charge). Iklan A, anda pilih IMPRESSION dan Iklan B, anda pilih PAGE ENGAGEMENT.

Sebenarnya, split test banyak membantu anda men-optimize-kan kos marketing anda. Mmg peringkat awal, anda kena keluarkan kos marketing yg lebih sikit, tp bila dh dpt data yg ok. Ia dh bantu kurangkan kos marketing anda.

Tak caya? Cuba ler…

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *