5 PUNCA FOUNDER GAGAL, JANGAN SAMPAI KORANG BUAT SILAP YANG SAMA!

Kalau korang perasan, ramai founder yang naik cepat, tapi tak kurang juga yang jatuh pun cepat. Kenapa boleh jadi macam ni?

Dalam post ni, saya nak share punca kenapa ramai founder bisnes gagal.

Maybe korang ada buat silap ni, atau at least, boleh elak daripada terjebak.

Bila kita tahu punca, kita boleh belajar daripada kesilapan orang lain dan improve bisnes kita sendiri.

#1. No Mindset Founder

Korang kena ada mindset founder yang betul. Apa tu mindset founder?

Mindset founder ni adalah cara korang fikir sebagai seorang leader, seorang yang handle bisnes, bukan sekadar buat duit tepi.

Kalau mindset korang masih nak main-main atau tak serius, macam mana bisnes korang nak grow?

Banyak yang gagal sebab still anggap bisnes ni macam hobby je.

Founder yang berjaya ada mindset untuk push diri di luar comfort zone, belajar dari kegagalan, dan sentiasa bersedia untuk fight balik bila ada cabaran.

Mindset founder bukan hanya “nak buat untung”, tapi “nak create value” untuk pelanggan dan team korang.

Korang kena bersedia untuk ubah cara fikir, berani buat keputusan yang besar, dan tak mudah give up bila berdepan masalah.

Setiap kali ada masalah, anggap ia peluang untuk korang belajar dan grow.

#2. No Big Dream

Ramai founder gagal dalam bisnes sebab takde impian yang besar.

Diorang rasa cukup dah dengan sekadar survive atau buat untung sikit-sikit.

Tapi realitinya, kalau korang takde big dream, takde sebab untuk korang fight lebih keras.

Big dream ni lah yang bagi korang motivation untuk terus push, walaupun ada halangan.

Korang kena ada impian yang boleh buat korang teruja setiap kali bangun pagi.

Nak bawak bisnes ke tahap mana?

Nak capai apa dalam hidup korang?

Fikir besar, buat besar. Impian besar juga akan bantu korang nampak peluang yang lebih besar.

Bila korang ada big dream, korang akan attract orang yang sama mindset dengan korang, dan lebih mudah untuk grow bisnes tu.

Founder yang berjaya akan ada impian besar yang lebih daripada buat duit – diorang nak bantu orang, nak ubah industri, nak tinggalkan legacy.

#3. No Knowledge

Ni klise, ramai dah tahu – knowledge is powerful. Bisnes ni bukan je kena tahu jual barang, tapi korang kena faham pasal market, strategi marketing, kewangan, dan cara nak handle team.

Ramai founder gagal sebab diorang tak ambil masa untuk belajar.

Diorang rasa cukup dengan skill jualan, tapi lepas tu blur bila kena handle cashflow atau buat decision yang penting.

Jangan malas nak belajar, cari ilmu, attend seminar, belajar dari mentor.

Semua tu penting untuk survival bisnes korang. Founder yang berjaya tak pernah berhenti belajar.

Diorang sentiasa up-to-date dengan trend terkini, teknik pemasaran baru, dan cara untuk improve operation bisnes.

Selain tu, korang juga kena belajar tentang competitor korang – apa yang diorang buat lebih baik, dan apa yang korang boleh buat untuk jadi lebih baik daripada diorang.

Jangan anggap belajar ni hanya setakat masa mula-mula start je, tapi sepanjang perjalanan bisnes korang.

Korang tak boleh berhenti menuntut ilmu!

#4. No Plan

Bisnes tanpa plan macam tak ada hala tuju. Takde visi dan misi jangka panjang. Korang main redah je, macam mana nak sampai destinasi?

Banyak founder tak buat perancangan yang proper.

Diorang cuma ikut rasa, ikut trend, atau buat apa yang nampak best masa tu.

Padahal, bisnes perlukan strategi jangka pendek dan jangka panjang. Korang kena tahu apa target bulan ni, apa target tahun depan.

Plan bukan untuk bagi korang stress, tapi untuk bagi korang direction.

Supaya korang tahu mana nak pergi, dan apa step yang korang kena buat seterusnya.

Kalau takde plan, korang akan mudah terikut-ikut dengan benda yang tak penting, dan akhirnya bisnes korang akan hilang arah.

Setiap founder perlu ada business plan yang jelas – dari segi marketing, kewangan, development produk, dan sebagainya.

Selain tu, plan juga membantu korang track progress.

Bila ada plan, korang boleh evaluate apa yang dah capai, apa yang belum, dan apa yang perlu diperbaiki.

Ini akan bantu korang kekal fokus dan tak mudah terbabas dari matlamat asal.

#5. No Leadership

Nak jadi founder, leadership perlu ada. Korang tak boleh buat semua benda sorang-sorang. At one point, korang kena ada team.

Kalau korang tak reti jadi pemimpin yang baik, team korang akan hilang arah, tak semangat, atau worse, tinggalkan korang.

Founder gagal sebab diorang tak tahu macam mana nak inspire team, tak tahu macam mana nak bagi direction, atau tak reti nak communicate dengan baik.

Leadership ni bukan sekadar bagi arahan, tapi juga kena pandai dengar, pandai faham masalah team, dan jadi contoh terbaik.

Seorang pemimpin yang baik juga tahu macam mana nak hargai usaha team.

Bila korang appreciate team korang, diorang akan rasa lebih dihargai dan lebih motivated untuk bagi yang terbaik.

Leadership juga bermaksud korang kena bertanggungjawab atas setiap keputusan – baik atau buruk.

Korang perlu ambil tanggungjawab bila ada masalah.

Founder yang berjaya sentiasa ada di depan bila team perlukan guidance, dan tak pernah lari dari cabaran.

Selain tu, korang juga kena belajar delegate tugas.

Jangan semua benda nak buat sendiri, nanti korang burnout.

Trust your team, bagi diorang peluang untuk berkembang, dan guide diorang bila perlu.

Boleh faham ke?

So, kalau korang nak jadi founder yang berjaya, elakkan lima punca ni.

Set mindset korang sebagai seorang founder, ada impian besar, cari ilmu, buat perancangan yang jelas, dan jadi leader yang baik untuk team korang.

Bisnes ni memang perlukan preparation yang betul, baru korang boleh sampai ke puncak.

Untuk bina bisnes yang sustain, korang kena create value dan tinggalkan impak positif kepada masyarakat.

Korang kena ada vision yang jelas, semangat yang kuat, dan keinginan untuk sentiasa improve diri.

Bila korang berjaya, jangan lupa bantu orang lain pula untuk berjaya.

Selagi korang ada impian yang besar, teruskan berusaha, dan teruskan berjuang!

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *