|

5 TIPS ADD VALUE PADA BRAND ANDA

“Tambah Value! Tambah Value! Tambah Value!” Bunyi macam senangkan? Tapi produk dah buat, so macam mana pula nak tambah value lagi? Kena keluarkan kos lagi ke untuk nak tambah value lagi nih?

First, bergantung pada situasi dan kes bisnes korang juga, kalau semua marketing strategi dah buat tapi masih lagi sales drop. Maksudnya ada kelemahan di produk korang yang perlu di ubah atau upgrade.

Tapi untuk yang produk memang berkesan, existing customer masih repeat, masalahnya bila nak reach ke customer baru tu.. itu yang payah nak naik-naik. Haa untuk kes ni yang korang kena tahu, nak menang hati bakal pelanggan korang ni, kenalah tambahkan lagi value pada brand korang.

Ada tak yang tertanya-tanya, kenapa tambah value pada brand? Bukan pada produk? Senang jer jawapan dia.. boleh bukan tak boleh, kalau nak tambah value pada produk–TAPI untuk yang ada satu produk jer sesuai lah. Macam mana pula yang ada 2-3 atau lebih? Kita tak nak juga produk-produk lain tenggelam pula.. satu lagi masalah nak kena up-kan balik produk-produk lain kan? So, tambahlah value tu pada brand korang. Persepsi bakal pelanggan kepada brand korang tu lah yang akan tingkatkan sales produk korang.

So, nak tahu kan? Tips dan cara untuk tambah value pada brand ni.. Kita pecahkan ke 5 bahagian;

#1 CEPAT

First yang paling mudah korang boleh tambah adalah “CEPAT/PANTAS/SPEED”.  Cepat ni pula ada dua.. Pertama pada servis, kedua pada produk. Kita kupas dulu yang No.2 (produk).. Bagi niche produk kesihatan biasanya, kalau produk korang boleh beri kesan positif yang lebih cepat berbanding dengan produk lain di market, gunakan sebaik mungkin untuk jadikan dia advantage korang. Inilah value yang ada pada produk korang. Marketkan advantage ni bagi audiens aware.

Bagi yang tak ada kelebihan speed pada produk, korang boleh tambahkan speed pada servis korang. Orang sekarang semuanya nak cepat! Usaha yang korang bagi untuk pelanggan korang ni akan jadi VALUE pada brand korang. Ya! semudah tu jer nak tambah value bila cerita speed ni. Orang suka pada brand yang kisahkan berapa cepat pelanggan boleh terima produk yang dibeli.

#2 QUALITY

Value dari segi kualiti ni juga yang korang boleh tingkatkan lagi. Tujuan kualiti ni sebenarnya, boleh mempengaruhi bakal pelanggan pilih brand korang. Kualiti pula perlu di bagi pada produk dan servis kepada pelanggan. Pada produk korang mungkin boleh improve dalam ketahanan, dan kualiti pada design produk. Banyak case study student-student di sifuBad yg improve packaging jer, terus sales terpaksa meningkat.

Kualiti servis pula, masih ramai usahawan yang berebut kejar sales tapi leka pada kualitinya. Macam2 boleh dipetik ni, ada yang free gift lupa bagi, ada yang parcel tak dibungkus elok-elok, ada yang dapat layanan tak baik, banyak lagi lah.. Kualiti servis ni PALING PENTING! Produk packaging yang tak berapa cantik boleh di improve, tapi KUALITI SERVIS YANG TERUK BUAT KORANG HILANG TRUST!

#3 TINGKATKAN KEMUDAHAN

Key dia, korang kena sentiasa usaha mencari jalan bagaimana nak memudahkan lagi pelanggan korang. Boleh jadi dari segi nak order produk, tak susah pelanggan nak pm sini pm sana. Buat cara automated ke.. Satu lagi, tengok balik pm yang korang dapat, kadang tu ada yang selalu dapat soalan yang sama. Soalan2 itu boleh dijadikan content korang. Itu pun boleh memudahkan lagi bakal pelanggan korang. Simple jer..

Kalau korang boleh capai tahap maksima dalam kemudahan pelanggan ni, diorang sendiri akan bantu promote brand korang. Sebab apa? Orang suka bila diambil berat walaupun dengan hal-hal kecil sekalipun. Pelanggan happy bila rasa di appreciate dan mereka TRUST korang akan beri kemudahan yang sama pada pelanggan-pelanggan lain.

#4 IMPROVE CUSTOMER SERVICE

Cipta satu standard bagaimana nak beri layanan yang terbaik pada pelanggan, terutama sekali bagi bisnes niche servis. Macam mana korang terima aduan, atau apa tindakan korang bila terima aduan. Pelanggan complain ni memang normal, tak boleh nak elak. Tapi apa korang buat bila lepas tu yang akan tingkatkan VALUE pada brand korang. Umpama macam “KAMI DENGAR SUARA RAKYAT!” haa camtu lah.

Value layanan yang korang beri ni besar effect dia pada bisnes korang sebenarnya, macam kalau kita masuk hotel, perhatikan layanan yang korang dapat.. itu semua strategi untuk tarik pelanggan; nama pun dalam bisnes hospitality sebab tu layanan di hotel ni lain macam. So tengok pada niche korang, apa gaya layanan yang sesuai dan mungkin unik yang korang boleh bagi. Semua tu value..

#5 OFFER DISCOUNT

Diskaun kat semua orang ke? Bukan.. offer discount bagi yang second time purchase.. Itu boleh dijadikan cara korang nak tunjuk korang appreciate bila pelanggan repeat order. Macam baru-baru ni, ada kedai makan offer free ikan patin pada sesiapa yang ada nama Ismail dalam IC. Korang boleh juga bagi diskaun bersempena dan buat limited–terhad untuk 50 yang pertama, contoh.. Offer mcacam ni juga akan tambah value pada brand korang.

Kesimpulan dia, apa jua yang korang buat dalam bisnes, fikirkan cara bagaimana korang boleh tambah lagi value untuk audiens atau bakal pelanggan korang. Jangan ada rasa rugi bila bagi value yang tinggi, orang akan nilai value2 ni dan compare antara brand-brand yang ada. Jadi jangan biarkan competitors offer value yang lebih tinggi.. Faham?

Komen “faham sifu”

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply to Faridah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *