7 CABARAN YANG FOUNDER PERLU HADAPI UNTUK SURVIVE & GROW BISNES!
Nak survive dalam bisnes sekarang ni memang dah tak macam dulu.
Kalau dulu korang buka kedai, orang datang beli sebab tak banyak pilihan lain.
Tapi sekarang, nak buat bisnes kena lebih kreatif dan berstrategi.
Cabaran bisnes tahun 2024 ni memang lain macam.
Jadi, post ni saya nak kongsikan cabaran-cabaran utama dalam dunia bisnes hari ini, dan macam mana korang boleh survive dalam situasi yang makin mencabar ni.
1. Banyak Pesaing, Market Super Saturated!
Korang perasan tak? Sekarang ni nak jual apa-apa pun dah macam perang.
Kalau kau jual tudung, ada ribu-ribu lagi brand lain yang jual benda sama.
Kalau kau buat produk kecantikan, ha… good luck lah, sebab pasaran tu memang sesak gila.
Apa yang beza kan korang dengan pesaing lain?
Kalau korang tak ada USP (Unique Selling Proposition) yang padu, confirm tenggelam.
Sekarang ni bukan setakat buat produk bagus je, tapi kau kena fikir macam mana nak ‘stand out’ dari crowd.
Kalau tidak, kau cuma jadi nombor dalam lautan pesaing.
2. Price War: Main Harga Murah Sampai Terkorban
Ni satu lagi isu besar. Bila pesaing banyak, semua berlumba-lumba turunkan harga.
Ada yang sanggup jual rugi semata-mata nak tarik pelanggan.
Tapi masalahnya, bila korang start main harga murah, korang sebenarnya bunuh bisnes korang sendiri.
Kenapa?
Sebab kos tetap ada, tapi margin makin kecil. Lama-lama, korang tak mampu sustain.
Lagi sedih, customer pun dah terbiasa dengan harga murah.
Bila korang naikkan balik harga, diorang cabut lari cari yang lagi murah.
Jadi, main price war ni sebenarnya satu perangkap yang bahaya.
3. Customer Loyalty Menurun, Semua Nak Instant Satisfaction
Dulu kalau orang suka brand kita, dia akan setia lama.
Tapi sekarang, customer punya expectation lain macam.
Dia nak semua cepat, murah, dan terbaik. Kalau satu benda tak kena, terus kena kecam kat media sosial.
Loyalty? Hmm, susah sikit nak jumpa sekarang.
Kalau korang tak pandai jaga relationship dengan customer, dia boleh hilang sekelip mata je.
Sebab tu penting untuk engage dengan customer, bagi diorang rasa dihargai. Kalau tak, pesaing yang ambil alih.
4. Keluar Produk Baru, Orang Tak Beli
Korang pernah alami tak? Dah susah payah buat R&D, keluar produk baru, tapi sales macam ‘krik krik’.
Masalahnya, bukan sebab produk korang tak bagus, tapi sebab korang tak betul-betul faham apa yang customer nak.
Kadang-kadang, kita rasa produk kita awesome, tapi customer tak rasa benda tu relevan.
Sebab tu penting untuk buat market research sebelum launch apa-apa.
Fahamkan dulu masalah atau keperluan customer, baru lah produk korang ada demand.
5. Pelanggan Mudah Dicuri Pesaing
Ini benda yang paling sakit. Bayangkan, korang dah invest banyak masa dan duit untuk dapatkan customer, tapi sekali pesaing datang dengan offer lebih menarik, terus dia lari.
Pesaing ni tak payah buat kerja keras sebab korang dah educate customer untuk beli produk kategori tu.
Diorang cuma tunggu masa je untuk ‘sapu bersih’.
Sebab tu korang kena selalu tingkatkan value dan experience yang korang bagi kat customer.
Kalau korang tak buat, pesaing korang akan buat.
6. Brand Baru, Susah Orang Nak Percaya
Kalau korang baru nak start, memang struggle gila.
Orang tak kenal brand korang, dan orang tak ada sebab nak percaya korang.
Lagi-lagi kalau market tu dah dominated oleh big players.
Korang kena usaha dua kali ganda untuk gain trust customer.
Buat benda yang buat orang rasa, “Eh, brand ni boleh pakai lah!”
Contoh, tunjuk testimoni, guna influencer, atau fokus pada customer service yang tip-top.
7. Kos Marketing Meningkat, Duit Cepat ‘Burn’
Last but not least, kos marketing sekarang memang tak masuk akal.
Dulu dengan RM50, korang boleh dapat reach yang banyak kat Facebook atau Instagram.
Sekarang? RM50 tu macam tak nampak apa-apa pun. Sebab apa?
Platform social media pun dah banyak pesaing, dan ads ni based on bidding.
Lagi ramai orang nak advertise, lagi mahal kos dia.
Jadi, kalau korang tak pandai optimize ads, korang boleh burn duit macam tu je.
Macam Mana Nak Survive?
1. Cari Niche Yang ‘Rare’
Daripada korang join crowd, cari niche yang kurang pesaing.
Bila korang jadi antara yang pertama, customer lebih mudah nampak korang.
Tapi niche tu kena relevan dan ada demand jugak lah, jangan main ikut syok sendiri.
2. Fokus Pada Value, Bukan Harga
Daripada korang berlumba-lumba turunkan harga, cuba fokus pada value yang korang boleh bagi.
Contoh, tambah free gift, buat packaging yang cantik, atau bagi after-sale service yang bagus.
Customer sanggup bayar lebih kalau dia rasa produk korang ada value.
3. Engage Dengan Customer
Gunakan social media untuk selalu berinteraksi dengan customer.
Buat konten yang relevan dan seronok, jawab soalan diorang, dan tunjukkan yang korang ambil berat.
Bila customer rasa connected dengan brand korang, diorang lebih susah nak lari.
4. Test Market Dulu Sebelum Launch Produk Baru
Sebelum korang all out, cuba test market dulu.
Buat pre-order ke, atau keluarkan dalam kuantiti kecil untuk tengok sambutan.
Dari situ, korang boleh adjust produk korang ikut feedback customer.
5. Build Trust Dengan Konsisten
Untuk brand baru, konsistensi adalah kunci.
Jangan putus asa walaupun nampak macam slow.
Lama-lama orang akan mula perasan dan percaya bila korang konsisten deliver quality.
6. Optimize Marketing Budget
Belajar guna tools yang boleh optimize ads korang.
Contoh, guna retargeting untuk follow up dengan customer yang pernah visit website korang.
Jangan terus blast ads secara membuta tuli.
Belajar sesuatu?
Bisnes hari ni memang penuh cabaran.
Saya share ni bukan nak buat korang stress, tapi nak bagi korang sedar, kita kena ubah cara main game.
Kita kena jadi lebih kreatif, lebih strategik, dan sentiasa ke depan daripada pesaing.
Korang kena sentiasa upgrade ilmu dan stay relevant dengan trend terkini.
Kalau korang pandai optimize dan belajar dari kesilapan, korang boleh survive.
Fokus kat branding, bagi high value kat customer, dan kena invest untuk business growth.
Bisnes bukan soal siapa paling kuat atau lama, tapi siapa paling bijak dan pantas bertindak.
So, korang ready nak fikir luar kotak untuk survive dan grow?
Kalau korang berjaya lalui semua cabaran ni, percayalah, korang akan jadi antara yang terbaik dalam game ni.