9 Teknik Efektif Tarik Trafik Ke Website Guna Facebook

9 Teknik Efektif Tarik Trafik Ke Website Guna Facebook

9 Teknik Efektif Tarik Trafik Ke Website Guna Facebook

Facebook adalah antara rangkaian sosial yang mempuyai ramai trafik. Agak rugi kalau anda tidak gunakannya untuk tarik trafik ke website anda.

Jika anda baru sahaja membina website, sudah tentu tiada lagi trafik yang masuk.

Jadi, cara paling pantas untuk tarik trafik ke website anda adalah dengan menggunakan Facebook. Anda boleh bina fanpage untuk kumpulkan audiens yang pernah ke website anda.

Anda boleh jalankan iklan Like Marketing untuk kumpulkan fans, kemudian promosikan artikel anda ke fans fanpage tersebut. Tapi cara ini kurang berkesan jika anda tidak menggunakan teknik yang betul.

Untuk tarik trafik ke website anda dengan lebih efektif, anda boleh gunakan 9 teknik yang biasa saya gunakan di bawah…

1) Gunakan Share Link Post

Share link post salah satu jenis post di Facebook. Jenis post yang lain adalah text-only status updates, photos, videos, offer dan event.

Untuk buat share link post, buat satu post pendek mengenai artikel anda, letak link artikel dalam post tersebut.

Klik ‘Upload Image‘, kemudian pilih gambar (saiz 470 x 246 ke atas)

share link post

2) Gunakan Gambar Yang Besar

Post yang menggunakan gambar mudah dapat engagement berbanding post yang tiada gambar. Jadikan gambar anda menonjol dan besar, post anda pasti akan lebih mudah dapat likes, share dan comment.

image besar

3) Bina Post Yang Pendek

Gunakan ayat yang ringkas dan jelas di post anda. Kebanyakkan audiens anda melayari Facebook menggunakan smartphone. Pada tajuk post, gunakan huruf besar. Kemudian, letak ayat arahan untuk menggalakkan audiens baca artikel anda.

bina post pendek

4) Tanya Soalan

Setiap soalan pasti ada jawapan kan?

Setiap orang pasti mencari jawapan apabila ditanya soalan.

Gunakan konsep ini untuk mengajak audiens respon dengan post anda. Soalan yang dibuat mesti berkaitan dengan niche fanpage anda. Bina ayat soalan dan kaitkan dengan artikel anda. Anda juga boleh berikan pendapat atau penyelesaian dalam sesuatu persoalan.

tanya soalan

5) Gunakan Social Sharing Plugin

Mudahkan pelawat untuk likes atau share artikel website anda ke Facebook. Social sharing plugin yang anda boleh gunakan adalah seperti Shareaholic, Sharethis, Digg Digg, Filament atau Wp Social Sharing. Anda boleh cuba mana-mana plugin ini mengikut kesesuaian dengan website anda.

floating bar

6) Kongsikan ‘How To’ Artikel

Tulis artikel yang boleh menyelesaikan masalah audiens anda seperti tips dan tutorial. Artikel jenis ini sentiasa dicari oleh audiens.

Contoh tajuk artikel yang menyelesaikan masalah adalah seperti di bawah…

7) Gunakan Facebook Ads

Anda boleh gunakan Facebook Ads untuk promosikan artikel anda menggunakan Click to Website. Kemudian, masukkan kod pixel Website Custom Audience (WCA) ke dalam website anda. Dengan menggunakan WCA, anda boleh sasarkan semula iklan anda pada audiens yang pernah melawat ke website anda.

Anda boleh baca artikel di bawah cara tarik trafik menggunakan Website Custom Audiences.

8) Kumpul Mailing List

Cara lain promosikan artikel anda adalah menggunakan autoresponder. Untuk kumpulkan mailing list anda perlu bina squeeze page terlebih dahulu. Kemudian, promosikan squeeze page tersebut di fanpage dan website anda untuk dapatkan nama dan emel audiens anda. Setiap kali anda update artikel anda, hantar link artikel tersebut ke mailing list anda.

kumpul list_1

9) Aktif dan Konsisten

Untuk dapatkan audiens yang responsif, anda perlu sentiasa bina hubungan dengan mereka. Bina post secara konsisten dan tingkatkan reach fanpage. Balas komen dan pm mereka. Anda juga boleh tanya dan survey apa jenis informasi yang mereka mahukan atau apa jenis tawaran yang mereka suka.

Dengan cara ini mudah untuk anda tulis artikel yang mendapat sambutan dari fans anda. Setiap post yang anda buat akan dapat likes, comments dan share yang banyak.

aktif konsisten

Jika anda dapat gunakan teknik-teknik di atas secara optimum, saya pasti trafik website anda akan meningkat.

Semoga bermanfaat.

Similar Posts

11 Comments

  1. mntak tuan share website saya bleh x? macam xde kesan ape pun since website ni launch.. ape yg tuan bgtau tu seme dh buat.. keciwa pn ad skrg ni.. duit dh byk abis..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *