BAGAIMANA NAK BUAT PLANNING BISNES ANDA UNTUK TAHUN 2024?
“Tahun ni, alhamdulillah.. Kenaikan dari tahun lepas tu, lebih 300%. InsyaAllah, tahun ni capai 9-10 million. Dari awal bisnes ribu2 ke puluh ribu sebulan, sampai la dah berjaya cecah 7 figure sebulan ni banyak guna strategi yang sifubad bagi. Cuma utk tahun depan, camna nak planning ?”
Sebelum ni, Sifubad ada buat site visit anak murid business review quarterly. Diorang minta macam mana nak buat plan untuk tahun depan. Ada beberapa tips yang kami kongsikan..
1. Tengok segala data
Korang kena engok segala data, termasuk revenue, profit, cash flow, cash reserve, commitment, conversion rate, pecahan sumber sales, budget, dll. No data, no plan! Data can not lies..
Apa yang kita perlu buat adalah kumpulkan segala data yang berkaitan dengan bisnes kita.
Data ni boleh datang dari pelbagai sumber.
Ada yang datang dari jualan harian, ada yang datang dari laporan kewangan, dan ada yang datang dari data pelanggan.
So, buka komputer, buka fail-fail, dan mulakan dengan kumpul data-data ni.
Kemudian, kita perlu organize data tu dengan teratur.
Buat folder-foder khas untuk setiap jenis data, contohnya satu folder untuk laporan jualan bulanan, satu folder untuk data kewangan, dan sebagainya.
Dengan data yang teratur, kita takkan pening kepala bila nak tengok nanti.
Sekarang, kita perlu analyze data tu. Apa yang perlu diberi perhatian? Lihat trend penjualan, apa yang meledak, apa yang slow.
Tengok juga data kewangan, adakah kita untung atau rugi? Data pelanggan pun penting, kenal pasti siapa pelanggan setia kita, dan adakah ada penurunan jumlah pelanggan.
Semua ni akan memberi gambaran tentang prestasi bisnes kita.
Kita perlu cari corak dan trend dalam data.
Contohnya, mungkin setiap bulan penjualan meningkat sebelum cuti sekolah, atau mungkin data menunjukkan bahawa lebih ramai pelanggan lelaki berbelanja pada hujung minggu.
Ini akan bantu kita untuk membuat keputusan yang lebih bijak dalam perancangan tahun depan.
Lepas kita dah tengok segala data ni, sekarang masa untuk set matlamat.
Apa yang kita nak capai dalam tahun 2024?
Mungkin kita nak tingkatkan penjualan sebanyak 20%, atau kita nak kurangkan kos operasi.
Matlamat ni perlu jelas dan spesifik.
Dengan matlamat yang jelas, kita boleh fokus kepada apa yang perlu dilakukan.
Akhir sekali, kita perlu ada plan tindakan. Apa yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan?
Mungkin kita perlu tukar strategi pemasaran, atau kita perlu ubah cara pengurusan stok.
Buat senarai langkah-langkah yang perlu diambil, siapa yang bertanggungjawab, dan bila perlu dilakukan.
Plan ini akan menjadi panduan kita dalam mencapai matlamat bisnes kita.
2. Analisa kemampuan company..
Korang kena buat analisis dari segi modal, capability & capacity team. Ukur baju, ikut badan sendiri..
- Ofcos, kemampuan dari segi ilmu, experience, skill, expertise juga..
- Nanti letak target tinggi2, tapi takde kemampuan nak buat.
Ok sekarang, kita dah cek data bisnes, next step penting adalah analisa kemampuan company kita.
Macam mana nak buat benda ni?
Berapa banyak duit kita ada untuk buat perubahan atau perluaskan bisnes?
Kalau modal kita terhad, kita kena fikir betul-betul apa yang kita boleh buat.
Mesti ada orang dalam team kita yang boleh handle operasi, pemasaran, kewangan, dan lain-lain.
Kalau tak ada, maybe kita perlu fikir tentang latihan atau tambah pekerja yang sesuai.
Selain dari skill, kita kena tengok kapasiti team juga.
Kalau kita dah ada idea hebat untuk tahun depan, tapi pasukan kita dah overworked, mungkin kita perlu fikir tentang sama ada kita perlu tambah pekerja atau berdelegasi tugas.
Kita juga kena pastikan sumber-sumber lain cukup.
Ni termasuk bahan mentah, peralatan, ruang kerja, stor atau apa-apa yang diperlukan untuk operasi bisnes.
Kalau kita plan untuk expand atau buat lebih banyak produk, kita kena pastikan sumber-sumber ni mencukupi.
Gunakan teknologi untuk tingkatkan kemampuan kita.
Adakah kita perlukan perisian baru atau website yang lebih canggih?
Teknologi boleh bantu kita beroperasi dengan lebih cekap.
3. Set target
Korang kena setkan target yang selari dengan vision. Revenue nak berapa.. Profit.. Production bagaimana? Distribution bagaimana?
Mesti ada target, barulah wujud prosesnya.. flownya.. strateginya..
Kita kena faham apa itu vision. Vision ni adalah satu matlamat besar kita dalam bisnes.
- Ianya tunjukkan apa kita nak capai dalam jangka masa yang lebih panjang, seperti 3 hingga 5 tahun ke depan.
- Kalau kita tak tahu vision bisnes kita, mungkin masa ni lah masanya untuk fikirkan dan tentukan.
Lepas tu, bila kita dah faham vision kita, kita boleh buat target yang logik.
Selain tu, pastikan target yang kita set adalah spesifik.
Contohnya, jangan set target “nak untung banyak” sahaja. Lebih baik set target yang menyatakan jumlah untung yang kita mahu capai. Dengan target yang spesifik, kita tahu apa yang perlu kita fokuskan.
Gunakan prinsip SMART. Apa dia SMART? SMART ni singkatan untuk Specific, Measurable, Achievable, Relevant, dan Time-bound.
Maksudnya, target kita kena spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, berkaitan dengan visi kita, dan ada tempoh masa tertentu untuk mencapainya.
Prinsip SMART ni membantu kita set target dengan lebih berkesan.
4. Buat market analysis
Korang kena buat Analysis pengguna.. Analisis market condition/situation.. Analisa competitor.. Analisa risiko.. Analisa potensi..
Apa efek analisa ni kepada target kita? Baru bokeh tentukan, target tu sesuai atau tidak.. Maybe boleh dinaikkan lagi, atau diturunkan lagi..
kita kena kenal pasti pasaran kita. Apa benda yang berlaku dalam pasaran ni?
Contohnya, kalau kita jual pakaian, kita kena tahu trend fesyen terkini.
Juga, kena tahu berapa ramai pesaing dalam pasaran ni. Pasaran ni macam suasana, kita kena tahu cuaca sebelum kita keluar.
Lepas tu, tengok apa pesaing buat.
Kita perlu tahu apa yang diorang buat dengan betul. Apa produk yang diorang jual? Macam mana diorang promosi? Apa kelebihan diorang berbanding kita?
Ini akan tolong kita buat strategi yang lebih bijak.
Seterusnya, kita kena masuk dalam hati pelanggan. Kita perlu tahu apa yang pelanggan mahukan.
- Mungkin pelanggan nak produk yang lebih berkualiti, atau mereka nak servis yang pantas.
- Cuba tanya pelanggan atau buat survey untuk faham kehendak diorang.
Pasaran sentiasa berubah. Jadi, kita kena tengok trend dan perubahan pasaran.
Apa yang pelanggan cari sekarang? Apa yang akan jadi trend dalam tahun depan?
Bila kita faham ini, kita boleh buat keputusan yang bijak.
Market analysis ni juga boleh bantu kita cari peluang baru.
Mungkin ada segmen pasaran yang belum kita jangkau. Mungkin ada produk atau perkhidmatan baru yang boleh kita tambah.
Peluang-peluang ni boleh bantu bisnes hasilkan income baru.
5. Tentukan apa strategy growth yang kita nak guna?
Dari market analysis ni, kita boleh set kan strategy growth yg sesuai..
Nak besarkan market share ke.. nak develop new product ke.. Nak enter new market ke.. Nak duplicate branch ke.. Nak diversify ke.. Nak create sub brand ke.. dll.
Kita kena fikir pasal matlamat kita. Apa yang kita nak capai dalam bisnes kita? Nak tingkatkan penjualan?
Nak perluas pasaran? Nak tumpu kepada penambahbaikan produk atau perkhidmatan?
Kita kena faham matlamat kita sebelum decide strategi.
Kita kena fikir sama ada kita nak strategi growth dalam jangka masa panjang atau pendek.
- Untuk jangka pendek, kita mungkin nak jual lebih banyak produk dalam beberapa bulan.
- Untuk jangka panjang, mungkin nak buka cawangan baru atau perluas pasaran. Ni bergantung kepada visi kita.
Lepas tu, kita kena pilih strategi yang sesuai dengan matlamat kita.
Contoh, kalau kita nak tingkatkan penjualan, mungkin kita boleh fikir pasal promosi atau pengiklanan yang lebih berkesan. Kalau nak perluas pasaran, kita kena fikir pasal strategi pemasaran yang sesuai untuk pasaran baru.
Bila kita dah pilih strategi, kita kena buat rancangan tindakan. Ni macam road map untuk kita tahu apa yang perlu kita buat. Jangan terlalu general, kena spesifik.
Contohnya, kalau kita nak tingkatkan penjualan, kita kena buat rancangan pasal cara nak capai tu, seperti tumpukan kepada pelanggan sedia ada atau cari pelanggan baru.
Kita kena fikir sama ada kita nak tumpukan strategi kepada pasaran sedia ada atau cuba pasaran baru.
Pasaran sedia ada tu mungkin kita dah ada pelanggan setia, tapi pasaran baru boleh jadi lebih besar dan punya potensi pertumbuhan yang tinggi.
Setiap strategi ada risikonya. Kita perlu pertimbangkan risiko-risiko yang mungkin berlaku dan fikir bagaimana nak mengurangkan risiko tu.
Risiko ni boleh jadi dari segi kewangan, pasaran, atau operasi.
6. Susun strategy!
Sekarang, baru susun strategy! Strategy utk launching.. Strategy branding.. marketing.. strategy market penetration.. strategy customer retention.. dll..
Pastikan strategy2 ini disusun di bawah kempen2 khusus..
Susun strategy ni kena langkah demi langkah. Jangan terus buat semua benda dalam satu masa.
Bila kita buat langkah demi langkah, kita boleh fokus dan tahu apa yang perlu kita buat pada setiap peringkat.
Kita kena tentukan priority. Ini adalah perkara yang paling penting dan perlu kita buat terlebih dulu.
Contohnya, kalau kita nak buka cawangan baru, priority mungkin adalah mencari lokasi yang sesuai.
Bila kita dah tahu apa tindakan yang perlu diambil, kita buat jadual yang tunjukkan bila kita perlu buat apa.
Kita kena tentukan tempoh masa. Bila kita ada tarikh akhir, kita akan lebih berusaha dan rasa presure untuk mencapainya.
Ingat, tempoh masa ni perlu realistik.
Kalau matlamat besar, mungkin kita perlu tempoh masa lebih lama.
- Kita perlu kira bajet dan sumber yang diperlukan.
- Berapa duit, masa, dan tenaga yang kita perlukan?
- Kita kena pastikan kita ada sumber yang mencukupi untuk melaksanakan strategi.
Tentukan siapa yang akan uruskan setiap langkah dalam strategy.
Bila ada orang yang bertanggungjawab, kita boleh pastikan semua benda berjalan lancar.
7. Prepare team
Kita perlu develop team sama ada internal atau external untuk implement strategy ini..
Ada budget, invest recruit team!
Yang ada, invest untuk training team..Prepare plan, equipment, knowledge, skill
Macam nak prepare team untuk implement strategy yang kita dah susun tadi.
Kalau takde team yang power, strategy tu takkan jadi, kan?
Kita kena kenalpasti keperluan. Adakah kita perlu tambah staff baru yang ada skill tertentu atau guna team sedia ada?
Kita kena kenal siapa team kita.
- Apa kemahiran dan pengalaman diorang?
- Kenal pasti siapa yang boleh tolong implement strategy kita.
- Kita perlu tentukan peranan dan tanggungjawab untuk setiap ahli dalam team.
Setiap orang perlu tahu, apa yang diorang kena buat dan apa matlamat yang perlu dicapai.
Ini akan elakkan kekeliruan.
Bila kita dah kenal pasti team yang terlibat, kita kena beri arahan yang jelas.
Team perlu tahu apa yang diorang perlu buat, matlamat yang perlu dicapai, dan cara untuk mencapainya.
Bila arahan jelas, team akan lebih mudah bergerak.
Kita perlu pastikan team kita ada kemahiran yang mencukupi untuk implement strategy.
Kalau perlu, berikan training untuk develop skill baru.
- Team yang ada skill dapat bekerja dengan lebih efisien.
- Beri reward dan bonus kepada team yang berjaya mencapai matlamat.
Ini dapat berikan mereka lebih motivasi selepas bekerja keras.
Korang dah boleh mula buat planning bisnes 2024!
Kalau korang dapat ikut langkah-langkah yang kami dah kongsikan di atas, korang akan lebih bersedia untuk menghadapi tahun 2024 dengan yakin.
Tahun 2024 bakal membawa berbagai peluang dan cabaran.
Pasaran mungkin akan berubah, dan pesaing mungkin akan lebih kompetitif.
Tapi dengan perancangan yang bijak, kita boleh mengambil kesempatan daripada peluang-peluang baru dan bersaing dengan berjaya dalam pasaran.
Masa depan bisnes kita bergantung kepada apa yang kita dah plan sekarang.
Kita perlu fleksibel dan berani untuk terus belajar!
thank you untuk artikel. sangat membantu untuk planning 2024 saya.