Buying Motivator Influence

ARTIKEL 4

Dalam pada kita melakukan pemasaran di facebook, di antara perkara yang perlu kita fikirkan ialah apakah faktor yang membuatkan orang terpengaruh untuk membeli dari kita? Dengan kata lain faktor apakah yang membuatkan orang ingin membeli dengan kita.

Mesti ada sebab yang membuatkan orang perlu membeli produk kita dan dalam masa yang sama apa yang perlu kita lakukan untuk mempengaruhi prospek kita supaya membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kita.

Berikut merupakan senarai faktor-faktor yang membuatkan prospek membeli dengan kita. Setiap faktor ini mempunyai pengaruh dan kekuatannya yang tersendiri untuk meningkatkan kuasa membeli.

#1. NEED TO TRUST

Ya…! Orang membeli kerana percaya dengan produk, penjual, ataupun servis yang kita tawarkan. Kebiasaannya orang membeli produk kerana mereka sudah mempunyai kepercayaan terhadap produk dengan melihat dari pelbagai sudut seperti kesan atau hasil penggunaan dari produk tersebut.

Bagi penjual, kredibiliti memainkan peranan yang begitu penting. Kuasa membeli akan mudah wujud dengan mereka yang tidak asing lagi dengan prospek. Kita akan membeli kepada individu yang mereka yakin dan percaya.

Begitu juga dari segi perkhidmatan ataupun servis, kita akan mudah menerima sesuatu perkhidmatan yang kita yakin ianya mampu memberikan kesan yang terbaik buat diri kita. Selain itu testimonial juga memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan kepercayaan orang agar dengan itu kita dapat meningkatkan kuasa membeli.

#2. NEED FOR LOVE

Orang membeli kerana yakin ianya (produk) yang dibeli akan menggembirakan pasangan, keluarga, rakan-rakan. Kita sendiri sanggup membeli apa sahaja demi orang yang tersayang terutama isteri juga anak-anak. Tak sampai hati dibuatnya untuk kita tidak dapat memenuhi permintaan mereka yang tersayang.

Tawarkan sesuatu yang mampu menarik perhatian golongan tertentu supaya dapat meningkatkan kuasa membeli. Kita dapat lihat sendiri di kebanyakkan restoran makanan segera, pasti mereka ada menyediakann permainan dan juga hiasan yang mempu menarik perhatian golongan kanak-kanak dan juga remaja terutama wanita.

Selain itu ramai juga yang sanggup berhabis duit demi ibu bapa atau datuk nenek mereka dengan membeli produk kesihatan dan juga mesin-mesin urut juga terapi. Golongan muda pun banyak yang perlukan sebarang makanan tambahan bukan?

#3. NEED FOR SELF IMPROVEMENT

Orang membeli kerana ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kita dapat lihat terutama pada syarikat-syarikat yang menawarkan produk dalam bentuk latihan juga konsultasi. Faktor ini tidak semestinya terfokus kepada program yang mampu membina dan menguatkan jati diri serta memberi kesedaran kepada kita seperti motivasi dan sebagainya.

Tetapi ia juga tertumpu kepada program yang mampu memberikan ilmu juga kemahiran yang mana dengan ilmu tersebut bukan sahaja ia mampu membuatkan orang mengubah kehidupan meeka menjadi lebih baik, bahkan individu tersebut juga mampu menyampaikan pada orang lain dan seterusnya lebih amai lagi mampu mengubah kehidupan mereka.

#4. NEED OF EXCITEMENT & FUN

Orang membeli kerana teruja, ghairah dan suka dengan produk, dan penjualnya. Produk yang mempunyai ciri-ciri seperi juga banyak dapat kita lihat sendiri di pasaran.

Cukup laris apabila ianya ditawarkan, ditambah lagi apabila produk itu merupakan ‘limited edition’, pasti mampu mempengaruhi prospek untuk membelinya. Kita dapat lihat antara produk yang mempunyai ciri-ciri seperti ini ialah gadget yang mengikut trend terkini. ‘Smart Phone’ merupakan contoh yang mudah untuk kita fahami.

#5. NEED FOR IMPORTANCE

Orang membeli kerana rasa dihargai, special, hebat. Ada dikalangan usahawan internet yang hanya membeli produk yang mempunyai margin yang tinggi sahaja. Ini kerana pada mereka lebih baik mereka melakukan sebegitu kerana usaha dan masa yang digunakan untuk melakukan pemasaran adalah sama.

Apabila margin keuntungan tinggi, sudah tentu kualitinya agak esklusif dan produk seperti ini hanya mensasarkan pada golongan tertentu sahaja ditambah pula stok yang terhad pasti mampu menarik minat untuk membelinya.

#6. EASY

Orang membeli kerana rasa produk itu akan memudahkan, menjimatkan masa, tenaga dan kos. Tidak dapat dinafikan lagi…! Contoh mudah ramai yang menghasilkan software-software yang mampu memberikan kemudahan atau membantu para usahawan terutaman di internet untuk memudahkan urusan pemasaran dan juga perniagaan mereka.

Kita tentu pernah mendengar pepatah ‘masa lebih bernilai dari wang ringgit’ kan…? Orang sanggup melabur kewangan asalkan mereka dapat menjimatkan masa mereka dalam sesuatu urusan

#7. NURTURE

Orang membeli kerana ingin laksanakan tanggungjawab, perihatin, beri perlindungan kepada yang lain. Ya…! Ada juga dikalangan kita yang menjual produk-produk untuk tujuan ‘security’ seperti takaful, perancang kewangan dan sebagainya. Pasti ada mereka yang memerlukan perkhidmatan seperti ini.

Kita boleh mulakan dengan memberi kesedaran tentang kepentingan produk kita seterusnya menawarkan bantuan untuk prospek kita agar mampu menyelesaikan apa yang diperlukan oleh mereka.

Similar Posts