Cara Gunakan Fungsi Promote Post

Promote Post
Promote Post

Promote post juga dikenali sebagai sponsored ads dalam pengiklanan Facebook.

Fungsi ini terdapat di bahagian bawah post di fanpage anda.

button promote post
Fungsi “promote” pada post timeline

Fungsi ini diperkenalkan oleh Facebook pada pertengahan tahun 2012 ini, untuk membantu pemilik fanpage untuk meningkatkan kadar reach sesuatu post kepada fans mereka.

Sebelum ini..

Sememangnya kalau kita buat post di wall page kita, biasanya bawah 10- 20% saja reach yang kita terima.10- 20% je akan lihat post kita di newsfeed mereka. Itupun jika mereka memang buka newsfeed ketika itu. Untuk dapatkan atas 20% reach, memang agak sukar.

Kerana..

  •  Bukan semua fans kita online FB mereka di kala kita buat post. Katakanla kita buat post pagi ini, mereka pula login FB jam 9 malam. Mereka berpotensi untuk tak terima post kita di newsfeed mereka.
  • Mereka sudah tentu LIKE banyak fanpage, subscribe banyak friends, sudah tentu newsfeed mereka sentiasa menerima update yang begitu pantas, sehinggakan mereka tak sempat melihat post kita.
  • Satu lagi, penglibatan fans kita dengan post kita (samada LIKE, komen, Share) juga memainkan peranan..
  • FB newsfeed ni ada algorithm nya sendiri…..


Sebab itu fungsi PROMOTE (button promot di ruangan action post) disediakan oleh FB. Ini bukan bertujuan untuk mengaut untung semata-mata, tapi membantu pengiklan FB beriklan dengan lebih berkesan. Post kita akan muncul di kedudukan PERTAMA newsfeed fans/audien yang kita sasarkan. Kelebihannya

  • Post iklan anda lebih besar, jelas berbanding iklan tepi tu..
  • Setiap audien yang berjaya dicapai, akan melihat post kita di awal newsfeed..Sebab itu CTR hasil ads ini mampu capai 5-20%.
  • Anda boleh dapat CPC bawah USD0.03 jika CTR tinggi..(biasanya mudah saja)..Walaupun ianya OPTIMIZED CPM, tapi kita boleh jimat banyak guna cara ni..
  • Sangat sesuai buat fanpage yang dah memiliki kredibiliti, TAT (Talking About This), dan jumlah LIKE melebihi 1000 LIKE…
  • Conversion juga boleh dapat tinggi jika tahu teknik PUSH MARKETING..

Ikuti Langkah-Langkah Buat Iklan Promote Post..

1. Bina post anda terlebih dahulu.

post contoh
Contoh Post yang telah dibina

2. Lihat button “Promote” di bawah post yang telah dibina tadi.

Button Promote
Button Promote

3. Klik dan paparan ruang setting iklan akan anda lihat seperti di bawah.

Paparan Setting Iklan
Paparan Setting Iklan

Panduan Isi maklumat ini:

Audience – Anda boleh iklankan post anda kepada fans anda sahaja, atau anda boleh memilih fans dan rakan mereka. (Anda boleh cuba yang pertama dahulu)

Maximum Budget – Anda pilih budget yang anda mahukan. Budget ini adalah berdasarkan slots sasaran Reach yang anda ingin sasarkan. Lebih tinggi reach, lebih tinggi kosnya. (Apapun, anda boleh PAUSE iklan ini selepas ianya dijalankan)

Pilihan budget berdasarkan jumlah audien sasaran
Pilihan budget berdasarkan jumlah audien sasaran

4. Anda akan diminta isikan maklumat kad kredit/kad debit bagi tujuan billing. (jika pertama kali membuat iklan FB)

5. Klik butang “Promote Post”  untuk pastikan iklan anda berjalan.

Mula Promot
Mula Promot

6. Button promote bertukar kepada Promoted jika iklan “post promote” telah dibuat.

Sudah promote
Sudah promote

Begitulah langkah-langkah untuk anda gunakan fungsi “promote” pada fanpage anda.

Apabila iklan anda telah diluluskan oleh pihak FB (biasanya sekejap saja), iklan anda mula dipaparkan di awal newsfeed audien anda. Contoh paparan adalah seperti berikut. (Anda dapat lihat perkataan sponsored pada post tersebut. Tiada waktu dipaparkan)

Paparan iklan sponsored post (promote post)
Paparan iklan sponsored post (promote post)

Anda dah faham? Saya harap begitulah! Ini lah kaedah pengiklanan FB ads paling mudah untuk dijalankan, terutamanya buat mereka yang baru.
Tapi perlu ingat..
Setiap teknik pasti ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.

Kelebihan iklan ini – mampu hasilkan CTR yang tinggi di mana paparannya adalah lebih besar, lebih jelas dari paparan iklan biasa (iklan di sidebar tepi FB). Paling efektif jika post anda adalah post promosi produk. Yang menarik lagi, iklan ini berpotensi untuk berikan anda kos iklan yang rendah (bawah USD0.05).

Kelemahan iklan ini – Ianya hanya sesuai apabila anda memiliki fans yang ramai (atas 1000). Jika bawah dari itu, agak kurang efektif. Selain itu juga, iklan ini berpotensi untuk sampai kepada audien bukan sasaran anda (bila anda memilih freinds of fans).

Sekian saja perkongsian dari saya. Jika anda belum cuba fungsi promote post ini, inilah masanya untuk anda gunakan. Selamat beramal!

Google

Similar Posts

86 Comments

  1. apa maksud billing post code dlm boost post/page manager?..semua detail kad atm dh masuk tp dia suruh masukn billing post code. bila masukkan postcode tak jadi jgk. macamana ya?

      1. Tuan kalau kita guna kad debit maybank adakah fb akan sentiasa potong duit dalam akaun kita setiap masa atau hanya sekali untuk setiap kali kita klik promote?

  2. salam sifu saya dah boost post then received notification kata sudah active. bila sy buka page tp tak boleh click botton save? means post tu dah bejaya ke belum ya?

  3. salam..sifu mcm mana nak bayar boost ni…sy dah masukkan detail utk kad debit maybank..tapi tak boleh jgk..mintak bantuan sifu..time kasih

  4. bila saya tekan select payment method dia jadi kosong sahja takboleh next kenapa ya

  5. tolong terangkan, bagaimana fb charge akaun kita? adakah setiap kali kita post atau sebulan sekali, atau based kepada brpa bnyk post kita buat dlm sbulan?

Comments are closed.