CTR 40%, Bagus ke Tidak ?

ctr402

Kali ni, sifufbads nak share tentang % CTR yang tinggi. Bukan 5%, bukan 10%, tapi 40%!

CTR 40% ? Memang tinggi tu..

ctr giler babas

CTR, click through rate antara term paling famous dalam dunia fb ads marketing ni. Setuju?

Atau anda masih belum jelas tentang CTR? Cuba baca tentang CTR di SINI

Kali ni, saya nak share bagaimana nak dapatkan CTR lebih dari 40% untuk iklan page post ads. Nak tau tak?

Langkah 1: Upload gambar untuk post yang ingin diiklankan. (upload saja ye, bukannya post)

CTR tinggi

Langkah 2: Anda nampak kotak sebelah imej yang telah anda upload tu ? Klik situ.

CTR tinggi

Langkah 3: Upload gambar lain pula.

CTR tinggi

Langkah 4: Ulang langkah 1 – langkah 3 sehingga anda dapat sekurang-kurangnya 4 gambar! Kemudian, klik post

4

Langkah 5: Buat page post ads menggunakan jenis bid CPC sidebar ataupun CPC mobile newsfeed  placement. (tak tau buat? Rujuk manual page post ads di http://www.sifufbads.com/37tips/)

7

Begitulah caranya…

Dari pengalaman sifufbads sendiri, dan juga student-student sifufbads yang menggunakan kaedah ini, CTR memang boleh dapat sehingga 45%! Sebenarnya, atas 20% pun dikira sangat tinggi. Best ke dapat CTR tinggi ni?

Best, kerana ianya boleh..

  • Dapat kos CPC yang rendah (bawah 0.09)
  • Reach tinggi
  • Ramai orang klik iklan anda!

Best memang best! Tapi, di sini, sifufbads nak bagitau ada RAHSIA DI SEBALIKNYA. Hasil dari kajian dan eksperimen didapati;

Iklan ni mencapai klik yang sangat tinggi dalam masa yang singkat, tapi conversionnya sangat teruk! Dalam masa sejam, iklan sifufbads pernah dapat klik hampir 2500 klik, tapi tiada sales! Comment dan PM kurang dari 10! Dan ada juga ads yang dijalankan hanya terima 1-2 comment daripada lebih 1000 klik dalam masa yang singkat. Dah banyak jumpa case study ads CTR atas 40% ni, yang mana result dari segi conversion (sales) tak berpadanan!

Jadi, sifufbads rasa ada sesuatu di sini! Yang pelik! Jadi, sifufbads jalankan eksperimen bagi ads yang sama dengan menggunakan placement newsfeed desktop pula. Hasilnya, CTR nya tidaklah sama dengan hasil iklan yang gunakan desktop mobile dan sidebar placement (right column). CTR nya di bawah 5%! CTR yang diperolehi lebih logik!

So, bagaimana iklan begini boleh dapat CTR yang sangat tinggi?

Dari sudut pandangan peribadi sifufbads, berdasarkan dari kajian, dan eksperimen, iklan ini sememangnya mudah dapat jumlah klik yang tinggi kerana paparannya;

Paparan mobiles placement

Jika audiens melihat iklan yang telah anda buat tadi di smartphone (iphone & android users) mereka, paparannya adalah seperti imej di bawah.

CTR mobile

CTR

Audiens akan melihat gambar utama, dan juga bahagian tepi gambar ke-2! Ini membuatkan audiens tadi akan bertindak klik dan menarik gambar ke-2 tadi! Tindakan audiens menarik gambar tadi dikira sebagai KLIK! Kebanyakan audiens menarik gambar ke-2 dan gambar-gambar yang seterusnya TANPA klik pada gambar pertama! Tindakan ini (tarik gambar) dikira sebagai klik! Dan apabila anda memilih jenis bid CPC (cost per click), klik tadi dikenakan cas oleh FB! Kalau dalam masa sejam, ads anda telah dilihat oleh 1000 orang, dan terdapat 500 tindakan menarik gambar (sliding), anda boleh lihat CTR yang diperolehi;

Katakan frequency (kekerapan) 1.0..

CTR = (klik, 500 / Impression, 1000) x 100%

= 50%

Paparan sidebar placement

Jika audiens melihat iklan yang telah anda buat tadi di sidebar desktop mereka, paparannya adalah seperti imej di bawah.

CTR sidebar

Audiens akan melihat gambar utama, dan juga button next! Ini membuatkan audiens tadi akan bertindak klik button tersebut untuk melihat gambar-gambar yang ada! Tindakan ini dikira sebagai KLIK! Kebanyakan audiens hanya klik button NEXT tersebut TANPA klik pada gambar iklan yang utama! Tindakan ini (klik button) dikira sebagai klik! Dan apabila anda memilih jenis bid CPC (cost per click), klik tadi dikenakan cas oleh FB! Kalau dalam masa sejam, ads anda telah dilihat oleh 1000 orang, dan terdapat 500 tindakan klik button NEXT tadi, anda boleh lihat CTR yang diperolehi;

Katakan frequency (kekerapan) 1.0..

CTR = (klik, 500 / Impression, 1000) x 100%

= 50%

Begitulah..

Jika anda mendapat CTR yang tinggi, memang bagus. Bagus jika ianya membantu anda tingkatkan sales! CTR tinggi, sales tinggi, kos iklan anda boleh jadi murah. Tapi jika anda menggunakan kaedah upload lebih dari satu gambar ni, CTR memang boleh tinggi, tapi sales anda mungkin SLOW! Silap haribulan, anda boleh rugi! Sifufbads sendiri pernah buat eksperimen menggunakan kaedah ini, CTR memang tinggi, tapi dalam masa sejam habis duit iklan lebih kurang RM300! Dan sifufbads nak tambah lagi, iklan jenis ni juga berpotensi berjalan laju di waktu malam, di mana ianya akan merugikan jika “kuasa membeli” prospek anda adalah rendah pada waktu ini.

CTR tinggi ni, lebih kepada iklan anda untuk mendapat klik saja, bukannya untuk dapatkan sales! Tapi, anda masih boleh mendapatkan sales yang tinggi dengan iklan yang memiliki CTR yang tinggi. Tak semestinya 40%, CTR atas 10% pun sudah sangat bagus! Kos iklan juga boleh menjadi lebih murah.

Anda boleh baca artikel di bawah untuk dapatkan iklan dengan CTR yang tinggi.

http://sifufbads.com/8-teknik-bagaimana-untuk-dapatkan-ctr-tinggi/

Sekarang, mana anda mahu ?

  1. CTR tinggi, kos tinggi, sales tak seberapa?
  2. CTR tinggi, kos murah, sales tinggi ?
  3. CTR rendah, kos biasa, sales mencanak-canak ?

Tepuk dada, tanya selera!

Similar Posts

2 Comments

  1. Kaedah ini sangat berkesan untuk CPM punya strategi =)

    Sebab walaupun banyak click, tetap per 1000 impression. So CTR tinggi, tapi cost mungkin akan lagi murah =)

    Sale nie bergantung juga kepada jenis produk dan berapa tepat targeting kita kepada sasaran prospek kita. Kalau kita jual tudung kanak-kanak di stadium yang dipenuhi orang tengok perlawanan bola sepak, ianya pasti kurang berkesan =)

    So Sasaran Pasaran juga perlu dititikberatkan untuk mendapatkan convertion rate yang tinggi =)

    Sekadar pandangan Sifu. Terima kasih banyak sifu Jamal atas perkongsian. Sangat bermanfaat.

    Salam ceria =)

  2. Salam sifu…saya nak bertanya…untuk new 2015 adakah masih sama mcm tahun yg terdahulu…sbb kalau di smartphone atau tab…bila kita buat iklan dengan gambar yang banyak..contohnya kalau saya letakkan 10 gambar, hanya dengan sekali klik sahaja 10 gambar tersebut akan keluar kesemuanya…jadi persoalannya adakah kos perklik tetap sama seperti terdahulu dalam artikel sifu…mohon sngat2 penjelasan..sbb saya menjual pakaian yg mengunakan gambar yg banyak….

Comments are closed.