How To Start Online Business
Untuk memulakan sesuatu bisnes online, anda perlu ketahui langkah-langkah yang betul terlebih dahulu. Anda perlu ikut langkah-langkah ini mengikut turutan supaya anda lebih mudah untuk lakukan langkah seterusnya.
Saya berikan 6 langkah mudah untuk anda mulakan bisnes online. Baca langkah-langkah tersebut di bawah…
Langkah 1: Faham Bisnes Online
Ini adalah perkara paling asas untuk anda memulakan bisnes online. Anda perlu faham bagaimana bisnes online berlaku. Biasakan guna platform internet seperti Google, Facebook dan Instagram.
Dalam bisnes online, apa yang perlu anda ketahui adalah;
- Produk apa yang sesuai untuk dijual di internet?
- Produk atau servis apa yang mempunyai permintaan?
- Siapakah bakal pelanggan anda?
- Bagaimana cara anda promosikan produk atau servis anda?
- Bagaimana proses jual beli melalui online?
“Saya orang baru, mana nak belajar semua benda ni?”
Alasan je tu. Dalam dunia sekarang ni, sudah ada banyak cara anda nak cari ilmu. Beli buku, join seminar, join group fb berkaitan bisnes internet dan banyak lagi. Cuma nak atau tak nak je.
Jika anda berminat nak belajar berkaitan bisnes internet, anda boleh baca buku Legenda Jutawan Facebook. Anda boleh dapatkan buku ni di sini –> Buku Legenda Jutawan Facebook
Langkah 2: Pemilihan Idea Bisnes
Sebelum memulakan apa-apa bisnes, anda perlu PERAH OTAK dulu untuk cari idea yang sesuai dengan diri anda. Lebih baik buat bisnes untuk LONG TERM. Di sini saya beri beberapa tips untuk memilih idea bisnes;
1) Kepakaran
Kepakaran anda boleh dijadikan sebagai bisnes. Jangan sia-siakan dengan KELEBIHAN yang anda ada.
Contohnya;
Jika anda mempunyai kepakaran dalam membuat kek, anda boleh buat kelas atau panduan ebook atau video tutorial cara membuat kek. Kongsikan pelbagai resepi yang menarik dalam blog, pasti ramai yang baca.
2) Minat/Hobi
Anda pasti mempunyai minat atau hobi yang biasa anda lakukan setiap hari. Anda boleh ubah dari hobi ke model bisnes anda.
Sebagai contoh;
Jika anda minat memancing, anda boleh buat kelas memancing, tulis ebook cara memancing, atau kongsikan tips-tips dan pengalaman memancing. Pasti ramai pemancing yang berminat dengan produk anda.
3) Masalah
Biasa dengar tak, masalah adalah PELUANG untuk anda buat duit. Setiap orang pasti mempunyai masalah yang ingin diselesaikan. Sekarang, cuba lihat di sekeliling anda, apa masalah yang sedang dihadapi dalam masyarakat sekeliling.
Contohnya;
Di universiti, ada pelajar menghadapi masalah nak cari makanan apabila larut malam. Inilah peluang anda untuk buat duit, anda boleh jual air dan makanan dari bilik ke bilik, pasti mereka suka dengan servis anda.
4) Trend
Ada produk tertentu mempunyai PERMINTAAN yang tinggi pada waktu-waktu tertentu, inilah yang dipanggil trend. Jika anda tahu apa trend bisnes terkini, anda memang untung besar. Macam mana nak tahu trend bisnes terkini?
Saya akan ceritakan dalam langkah seterusnya…
Langkah 3: Cari Sumber Produk
Dah tahu apa bisnes yang anda nak buat? Mana pula nak cari produk tersebut? Ok, di sini saya berikan beberapa tempat untuk dapatkan produk…
1) Pusat Borong Malaysia – Antara pusat pemborongan yang boleh anda lawati di Malaysia adalah seperti GM Klang Plaza, GM Chow Kit, Jalan Kenanga Plaza dan Jalan TAR.
2) Pusat Borong Luar Negara – Anda juga boleh borong produk dengan harga murah di luar negara seperti China, Vietnam dan Indonesia.
4) Website Alibaba – Anda boleh borong produk secara online dari website Alibaba, ada banyak produk yang anda boleh beli dalam kuantiti yang banyak.
5) Dropship – Dropship adalah program yang berkonsepkan jual produk TANPA perlu simpan stok. Anda hanya perlu dapatkan gambar produk, kemudian iklankan. Apabila anda mendapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier dan mereka sendiri yang akan hantar produk tersebut kepada pembeli. Anda boleh jadi agen produk secara percuma di yosh.my, dropship.im dan edymall.com.
6) Affiliate – Program affiliate juga lebih kurang sama dengan konsep dropship, salah satu program jana duit TANPA MODAL. Anda mempromosikan produk melalui link affiliate dan anda mendapat komisen apabila ada orang membeli dari link affiliate anda. Antara program affiliate yang anda boleh join secara percuma adalah Klikjer, Ashadee, Clickbank dan Jvzoo.
Langkah 4: Test Market
Selepas anda dah tahu mana nak dapatkan produk tersebut, sekarang anda perlu TEST MARKET untuk lihat sama ada produk anda tersebut mempunyai permintaan atau pun tidak.
1) Survey
Anda boleh test market dengan menggunakan teknik survey, senaraikan beberapa soalan yang berkaitan dengan produk anda.
Contohnya; Jika produk anda berkaitan dengan produk kecantikkan kulit. Ini antara soalan-soalan yang anda boleh gunakan…
- Adakah anda mempunyai masalah kulit?
- Bagaimana anda menyelesaikan masalah kulit anda?
- Sudah berapa lama anda menghadapi masalah ini?
- Sudah berapa banyak produk kecantikkan yang telah anda pakai?
Teknik ini juga sesuai digunakan untuk kaedah pre-order, di mana anda boleh ambil tempahan daripada pelanggan terlebih dahulu untuk dapatkan produk.
2) Guna carian keyword
Anda boleh gunakan Google Trend atau Google Adword untuk buat carian produk yang mempunyai carian paling tinggi. Selepas anda tahu produk apa yang paling tinggi cariannya, jadikannya sebagai bisnes utama.
Contohnya;
Pada bulan Ramadhan, carian produk yang tertinggi adalah baju kurung. Inilah peluang anda untuk buat duit raya. Ramai anak murid saya berjaya buat untung besar selepas guna cara ini. Anda cubalah!
Anda faham kan? Rugi kalau anda tak cuba teknik ini.
Langkah 5: Promosi Percuma
Produk dah ada permintaan, sekarang kerja anda adalah fokus kepada pemasaran. Mula-mula, anda boleh gunakan teknik promosi percuma. Teknik ini lebih sesuai digunakan dalam bentuk SOFT SELLING.
Ini beberapa tempat yang sesuai;
1) Wall Profile Fb
Untuk promosikan di wall fb, saya sarankan anda untuk buat akaun profile baru, kemudian add kawan-kawan yang berminat dengan produk anda. Mana nak cari mereka ni? Anda boleh cari di fanpage atau group fb yang relevan dengan produk anda.
Lepas dah add tu, cubalah berkenal-kenalan…KOMEN dan LIKE post mereka ni. InsyaAllah, mereka akan suka dengan anda.
2) Group Fb
Ada banyak group fb yang boleh anda promosikan, tak semua sesuai. Ada yang aktif, ada yang dah bersawang. Cara nak lihat sama ada group tersebut aktif atau pun tidak, anda boleh lihat pada komen di setiap post di group tersebut.
Biasanya group yang aktif mempunyai komen yang banyak. Kalau group iklan penuh dengan komen ‘pm, pm, pm’…group perkongsian pula penuh dengan komen perbincangan. Jangan lakukan promosi SPAM, anda akan dibanned seumur hidup.
3) Forum
Ada banyak forum-forum yang sesuai untuk promosikan produk anda, tapi jangan terus lakukan promosi. Aktifkan diri dahulu dengan berikan komen-komen yang membina di post-post di forum. Biar ahli-ahli forum mengenali siapa anda dan apa kepakaran anda. Setiap forum pasti mempunyai thread untuk jual beli. Gunakan sebaiknya.
4) Instagram
Instagram merupakan platform baru untuk promosikan produk anda. Peraturan Instagram tidak terlalu strict seperti di Facebook. Lebih mudah untuk anda dapatkan followers. Prosesnya, lagi ramai followers anda, lagi ramai nampak iklan, kemudian mereka berminat dan anda dapat jualan.
Cara yang selalu di gunakan biasa sahaja tapi iklan akan menjadi sangat targeted. Anda perlu bina satu instagram khusus untuk bisnes dan mula upload 10 gambar ke atas ke Instagram bisnes anda. Setelah selesai anda boleh mula mencari followers baru.
Langkah 6: Promosi Berbayar
Cara promosi berbayar lebih menguntungkan dari promosi percuma. Anda WAJIB gunakan promosi ini. Jangan KEDEKUT! Kalau nak untung besar, kenalah labur kos iklan besar. Tak tahu, kena belajar…saya kan ada 🙂
1) Promosi melalui Facebook Ads
Cara untuk jual produk di Facebook adalah dengan membina fanpage. Untuk menarik pelanggan ke fanpage tersebut secara efektif, anda perlu menggunakan Facebook Ads. Anda boleh gunakan Facebook Ads DI SINI.
Facebook Ads telah terbukti membantu ramai usahawan internet menjana jualan besar dalam masa singkat. Ia membantu pengiklan untuk bina iklan yang berkesan.
Bagaimana nak hasilkan iklan Facebook yang berkesan?
Ada 4 elemen yang perlu ada dalam iklan Facebook;
- Audiens
- Gambar
- Tajuk
- Ayat Iklan
4 elemen ini perlulah saling berkaitan antara satu sama lain, barulah iklan yang berkesan terhasil.
2) Promosi melalui Google Adword
Google Adword juga merupakan salah satu program pengiklanan yang sudah lama digunakan dalam dunia bisnes internet. Ia memberi anda peluang untuk mencipta iklan dengan MUDAH dan EFEKTIF, serta memaparkannya kepada pengguna yang sedang mencari info secara online.
Untuk menggunakan Google Adword, KLIK SINI.
Untuk hasilkan iklan di Google Adword dengan berkesan, anda perlu tahu apa keyword yang mendapat carian tertinggi di enjin carian. Keyword carian juga ada pelbagai jenis seperti;
- Broad Match
- Phrase Match
- Exact Match
- Negative Match
Anda perlu buat kajian terlebih sebelum mula bina iklan, apa keyword yang sesuai untuk diletakkan dalam iklan anda. Barulah iklan yang anda hasilkan capai pada audiens yang tepat.
Inilah langkah-langkah untuk anda mulakan bisnes online.
Semoga bermanfaat.
Macm mana nak bagi ayat power untuk setiap produk? Tips2 iklan yg effective
cara nak tulis ayat iklan, tuan boleh baca di sini http://sifufbads.com/blog/tips-fb-ads-2/5-tips-menulis-ayat-iklan-page-post-engagement-ppe/
Thanks Tuan Sifu FBAds. Artikel yang bagus! Salute!
P.s. Sahabat2 sekalian, saya ada buat servis bina Minisite (Squeeze Page, Lead Page, Landing Page dan Minisite Affiliate) . Saya juga ada servis setup Facebook Page dan Facebook Ads untuk yang berminat.
Nak tahu lebih lanjut? Klik disini >> http://www.minisitekosrendah.com
ada lagi?
Assalamualaikum, alhamdulillah info sangat membantu, saya juga teringin benar sertai seminar fb ads ni, semoga dipermudahkan urusan insyaALLAH 🙂
Apa yg dimaksudkan dgn buat akaun profile baru?…is it efficient?!
Salam.. sye bru nk berjinak2 dgn dunia bisnes.. sy takde modal.. sye cadang nk buat secara pre oder.. perlukah sy meminta pelanggan membuat pembayaran penuh atau hanya 50% dr hrga produk?
kalau xde modal, lebih selamat buat dropship dulu.