Kesilapan Besar Peniaga di FB! Sibuk Jual Feature, Bukan Benefit Produk…
BETUL, MMG TOTALLY WRONG! Kebnyakkanya, peniaga di fb mahupun peniaga di luar sana, kerap menjual dgn fokuskn pada ciri-ciri produk. Sibuk sgt nk UP ciri2 produk dia tu.. Nk tjuk kepoweran produk dia..
Percayalah,
Mrk tk pndg pn apa ciri-ciri produk anda, itu bukanlah asbab pertama utk mrk dptkan produk anda.. Mmbli sbb ciri-ciri tu dah jd no 2 mungkin no 3, mngkin 4.. Bkn yg pertama! Ingat ni.. Bkn yg pertama….
Nk tau apa kesilapan yg sering dibuat oleh peniaga2 di FB ni?
“Nak sifu! nak tahu..”
Cth dia cmni, katalah anda jual produk kecantikan, dlm tu ada 48 ingredients, ye tahu ada banyak.. ada pati kurma la, ada jus mangga la, ada sirap la.. mcm2 lagi lah.. So, anda sibuk nk upkan bnda2 tu.. Boleh nk bgtau tu, tp jgn terlalu tekankan kat situ.. Ni tak.. Sibuk nk bgtau yg produk dia tu cmni;
“Produk ini mngandungi PATI KURMA! Satu2nya produk di Malaysia yg mngandungi PATI KURMA…”
No..
No…
No….
Trust me! org taknak tahu pn apa bnda PATI KURMA tu.. Org nk tahu apa yg boleh datangkan faedah dgn PATI KURMA tersebut.. Cth, katalah pati kurma tu mmpnyai kelebihan utk menghaluskan kulit.. So, bgtau kebaikannya dgn gaya bahasa cmni..
“Produk ini boleh melembutkan kulit anda persis bayi yg brumur 9 bulan! Ini mmbuatkan geng ofis anda berkata.. ‘haluih bak hang kulit kau!'”
Change your words, change your world.. Igt lagi video kisah pakcik buta yg duduk tepi jln tu? Bila awek tu tukarkan ayat pkcik trsbut dgn lebih menarik, trus rmi yg nk bersedekah… Tukar gaya bahasa anda!
So, igt.. Ciri-ciri bkn bnda prtama yg prospek nk tahu! Bkn yg pertama….
“Baik sifu.. Sy igt.. Bkn yg pertama….”
Good, so igt jgn jual ciri-ciri.. Tapi jual manfaat.
Okay, sy bg lg contoh.. Katalah anda jual kain ke baju ke jubah ke.. So, msti anda nk bgtau apa material yg digunakan tu.. Dn kebiasaannya peniaga di FB hny bgtau cmni..
“Kain Cotton Viscose, diimport khas dari KOREA! Terlatest ni!”
Bukan.. Bukan cmtu.. Tukar skit.. Bgtau manfaat dia.. Tambah lg..
“Kain ini bkl menjimatkan masa sis sbyk 10minit! No need to iron sis..” Contoh…
Okay, boleh nmpk tak perbezaan dia..?
“Ooh.. Bru tahu sifu.. Nmpk ssgt!”
Utk yg blum fhm lg tu, teruskan bacaan.. Ni sy nk kongsikan CIRI VS MANFAAT..
Apa yg selalu di mention oleh peniaga di FB ttg ciri2 produknya;
1. SAIZ : Mngkin terlalu kecil atau terlalu besar produknya..
2. PACKAGING/DESIGN : Trlalu unik katanya.. Sbb tu je?
3. WARNA : Warna-warna baru.. Terlatest.. So?
4. BAHAN : Mngkin satu2nya bahan yg ada di Malaysia.. Apa yg bestnya?
5. TEKNOLOGI : Mngkin dia adalah org yg pertama gunakan teknlgi trsbut.. So what?
Yg tu ciri.. Mmg tak lengkap kalau tak ditambah dgn kelebihan dan manfaatnya.. Tp utk topik ni nak cerita manfaat dia shj.. So, kalau cita manfaatnya pula..
1. SAIZ : Bgtau apa yg besntya dgn saiz produk anda tu.. Kecil? Mudah dibawa kemana2, ltk dlm beg jer.. Besar? Takde hilang2 dah pasni, boleh nmpk je.. Skit2 teringat.. (ni contoh je)
2. PACKAGING/DESIGN : Bgtau yg mereka akan nmpk lebih uptodate, nmpk berbeza dr org lain.. Jd yg terawal.. Org msti tertanya2..
3. WARNA : Bgtau apa yg bestnya dgn pilihan warna ni, mngkin ini adalah top 10 warna plg top didunia? Katakan yg mrk akan jd trendsetter, akan jd yg terawal, mndpt pujian drpd org lain.. Mndpt perhatian..
4. BAHAN : Setiap bahan tu bgtau apa kebaikannya, bkn kelebihan ya.. Yg ni sme mcm cth yg produk kecantikn kt atas tu.. Yg PATI KURMA tu..
5. TEKNOLOGI : Org tknk tahu pn teknologi Nano ke apa ke.. Tp org nk thu apa yg bestnya? Mngkin anda boleh nyatakan setelah mnggunakan teknologi ni, result dia 20% lebih pantas brbnding produk org lain.. So, dgn teknologi nano tu, kwn2 ofis akan terperanjat dgn perubahan kulit anda yg sgt pantas! Biasa 7 hari, ni 2 hari.. Tu contoh..
Ni hny sbhagian contoh, ikutkan mmg byk ssgt ciri-ciri yang ada.. Ni cth utk anda mudah faham..
So, persoalannya.. Nk bgtau MANFAAT sahaja ke??
Tak juga, ciri-ciri pn perlu juga.. Cuma perlu tekankan pada bahagian manfaat.. Kelebihan pn tak dilupakan juga ya.. Kan anda dah belajar.. Tahukan formula AIDCA?
- A (Attention) – Headline
- I (Interest) – Intro
- D (Desire) – F.A.B <– part ni yg kita tengah cerita sekarang..
- C (Convince) – Testimoni
- A (Action) – CTA
So, bukan perlu ada BENEFIT sahaja.. FEATURES pn kena ada.. ADVANTAGES pn kene ada..
Ada 2 kaedah nk bgtau FAB anda.. Yg pertama F+A+B, jadikan satu ayat terus! Cth cmni;
PATI KURMA. Membuatkan kulit anda lebih halus dan lembut. So, confirm lepas ni cik suami puji2, kata “kulit awak lmbut cm baby kita ni la..”
Yg kedua pula F=A=B.. Cerita Suma features, pastu advantages.. last skali benefits plak..
Okay, itu sahaja nk kongsi arini..
Berapa ramai yang pelajari sesuatu?
Ce SHARE ngn membe anda.. Dorg pn nk tahu juga tu..
Terima kasih berkongsi ilmu yg bermanfaat
As salam
Tuan saya merupakan seorang newbie yg baru brjinak dgan bisnes online.
Saya telah membuat brand sendiri untuk FB page tapi saya Tak boleh masuk keriangan website.sblum tu saya klik produk/ service.aa masalahnye ye tuan pages sy susah nk buat bulaasalah mcamni