MACAM MANA NAK KUATKAN IMPACT LAUNCHING UNTUK BISNES FESYEN?
Saya nak share skit; Kajian dari pakar launching dunia, Jeff Walker – EVENT & RITUAL adalah elemen pshycological trigger paling kuat yang patut digunakan dalam launching.
Maksudnya – bila kita buat launching, perlu ada event & ritual (upacaranya), untuk mencipta pengaruh kuat kepada audien ssasaran..
Tak kiralah sama ada bisnes korang tu kecil atau besar, tips-tips ni boleh tolong korang naikkan lagi nama brand dan jualan produk korang.
Korang ada plan nak buat event launching? Ni 5 idea untuk korang…
#1: Event exclusive
Korang tahulah sekarang ni, ramai betul founder fesyen baru yang muncul.
Jadi, untuk buat event launching korang nampak lebih unik dan eksklusif, pastikan korang adakan event tu di lokasi yang istimewa.
Lokasi yang eksklusif akan memberikan kesan ‘wow’ kepada tetamu dan meningkatkan nilai jenama korang.
Tentukan tema yang sesuai dengan koleksi fesyen korang, dan hias lokasi tersebut dengan dekorasi yang menarik.
Contohnya, jika tema korang adalah ‘Raya’, gunakan lampu gantung, kain pelangi, dan elemen tradisional Melayu untuk mencipta suasana yang meriah dan glamor.
Korang boleh menggunakan kad jemputan fizikal yang elegan, atau jemputan digital yang interaktif.
Pastikan tetamu yang dijemput adalah mereka yang mempunyai pengaruh dalam industri fesyen, media sosial, atau komuniti setempat.
Korang juga boleh bekerjasama dengan jenama lokal lain untuk meningkatkan pengalaman event.
Contohnya, korang boleh menggabungkan fesyen dengan makanan dengan menjemput sebuah kafe hipster lokal untuk menyediakan kudapan atau minuman khas untuk event korang.
Kongsikan di media sosial untuk buat ‘teaser’ tentang event korang.
Shoot short video dan ambil gambar lokasi dan share di Instagram, Facebook, dan TikTok.
Ini akan membina keghairahan dan rasa ingin tahu tentang event korang.
Berikan pengalaman yang terbaik untuk tetamu yang datang.
Dari saat mereka tiba, layan mereka seperti VIP.
Sediakan ‘goodie bags’, persembahan muzik langsung, atau sesi fotografi untuk membuat mereka merasa istimewa.
Dengan lokasi ekslusif ni, ianya akan buatkan event launching korang lebih istimewa dan menarik minat ramai orang datang, dan korang juga boleh promote fesyen korang dengan lebih berkesan.
Bukan hanya launch produk baru je, malah boleh bina imej dan identiti jenama yang lebih kuat dalam minda pelanggan.
Apa pun lokasi ekslusif yang korang pilih, pastikan ia sesuai dengan tema dan imej produk fesyen korang.
Lokasi yang unik dan istimewa akan memberikan impak yang cukup kuat dalam mempromosikan produk dan jenama perniagaan fesyen korang di Malaysia.
#2: Online live event
Zaman sekarang ni, semua orang dah hidup dengan gajet dan media sosial.
Jadi korang perlu live kan event tu di sosial media – sama ada di Instagram, Facebook, YouTube atau TikTok, untuk promosi dan engage dengan followers.
Bagi pelanggan yang tak dapat hadir secara fizikal, diorang masih boleh ikuti event launching produk baru korang tu melalui live stream.
Contohnya, sebelum event bermula, korang boleh promote dulu di Instagram Story atau buat Reel untuk maklumkan tarikh dan masa live. Boleh bagi sedikit teaser bagi buat orang tertanya-tanya dengan koleksi baharu korang tu.
Kemudian pada hari event tu, setup beberapa kamera untuk live di pelbagai sudut.
Bagi angle panggung, belakang stage, suasana tetamu hadir dan sebagainya.
Ciptakan pengalaman seolah-olah mereka yang tengok live tu berada di situ juga.
Penting juga untuk berlaku aktif semasa live.
- Sentiasa berinteraksi dengan viewers yang komen dan tanya soalan. Jemput mereka turut memberi feedback dan pandangan.
- Korang juga boleh interaksi dengan mereka secara langsung, jawab soalan-soalan mereka, tunjuk koleksi-koleksi anda, dan ajak mereka untuk tempah baju raya korang.
Ini juga akan meningkatkan engagement dan brand awareness.
Kalau ada selebriti atau influencer yang hadir, boleh minta mereka turut wave atau cakap sesuatu dalam live tu sekali.
Ini bukan sahaja best untuk engage dengan followers, malah best untuk promosi dan bina reputasi jenama fesyen korang juga!
Satu lagi,
Beberapa jam sebelum live bermula, korang boleh alu-alukan mereka yang join untuk collect redeemable points atau bagi diskaun merchandise untuk mereka yang turut live nanti.
Cara ni akan buat lebih ramai orang tertarik untuk tonton acara korang secara live!
Bila dah habis event launching tu, korang boleh pasang video live penuh tu di YouTube atau Facebook page.
Jadi pelanggan lama dan baru boleh tonton bila-bila masa.
#3: Fashion show
Ini memang ritualnya untuk semua event fesyen, kan?
Korang kena faham, fashion show ni bukan sekadar mempamerkan koleksi raya baharu korang je.
Ia juga satu platform untuk korang mempromosikan jenama fesyen korang dengan cara yang lebih kreatif dan menawan.
Korang kena lakukan adalah merancang konsep fashion show yang bersesuaian dengan tema koleksi raya tersebut.
- Katakan koleksi korang kali ni berkonsepkan tradisional Melayu, korang boleh buat set pentas bergaya rumah teres lama atau kampung tradisi.
- Atau kalau konsepnya futuristik pula, korang boleh tampil dengan dekorasi pentas yang penuh dengan lampu neon.
Kreativiti korang di sini yang akan menarik minat para tetamu dan pelanggan.
Kemudian, korang kena cari peragawan atau model-model yang berkarisma dan bersesuaian dengan imej jenama korang.
Kena pilih betul2! Ingat, inilah wajah jenama fesyen korang untuk tahun ini!
Masa fashion show berlangsung, pastikan korang dah sediakan MC atau pengacara yang boleh menghiburkan para tetamu.
Orang ni penting untuk ‘hype’ kan suasana dan memandu acara supaya berjalan dengan lancar.
Apa yang best, korang juga boleh jemput stail influencer atau selebriti untuk hadir sebagai tetamu kehormat.
- Minta mereka ulas atau beri reaksi, kepada setiap outfit yang dipamerkan.
- Ini bukan sahaja menarik minat peminat mereka, malah akan tingkatkan lagi kredibiliti brand fesyen korang.
Last sekali, korang kena sediakan juadah makanan yang sedap dan minuman sewaktu fashion show berlangsung.
Jangan lupa atur juadah tersebut dengan gaya dan bersesuaian dengan tema acara.
Kita kena buat tetamu rasa dihargai dan dihormati, kan?
Dengan mengadakan fashion show secara meriah, korang bukan sahaja dapat mempromosikan koleksi raya baru, malah memberi pengalaman ekslusif kepada tetamu dan pelanggan.
Event ni akan merapatkan lagi hubungan brand dengan peminatnya.
Bila dah masuk Raya nanti, koleksi fesyen korang akan mendapat sambutan hangat kerana korang dah ‘hype’kan secara besar-besaran melalui fashion show eksklusif. Berbaloi betul usaha korang tu!
#4: Elemen suprise
Korang kena ingat, acara launching ni kena wah dan memikat perhatian.
Jadi dengan ada elemen mengejut, ia bukan sahaja dapat menambah kemeriahan, malah menarik lebih ramai orang untuk hadir atau tonton secara live.
Macam mana nak masukkan elemen kejutan yang boleh buat event anda tu lebih ‘wow’ dan tak boleh dilupakan.
Jenis surprise macam mana yang korang boleh buat? Banyak pilihan sebenarnya.
Yang paling mudah, korang boleh jemput kawan selebriti atau influencer popular untuk buat penampilan mengejut.
Contohnya,
Kalau konsep event korang ni berinspirasikan kebudayaan Melayu, korang boleh jemput artis popular berbaju tradisional untuk event opening atau meraikan tetamu.. atau korang juga boleh minta selebriti fesyen tu untuk berjalan di catwalk bersama peragawan semasa fashion show nanti.
Pasti jadi kejutan buat semua orang!
Pilih masa yang paling tidak dijangka oleh tetamu untuk mengumumkan kejutan korang.
Mungkin di tengah-tengah event atau sebelum acara berakhir.
Libatkan juga tetamu dalam elemen suprise itu..
Contohnya,
- Buat cabutan bertuah di mana tetamu boleh menang sesuatu yang eksklusif.
- Gunakan teknologi untuk buat kejutan. Macam, gunakan projector hologram untuk mempersembahkan produk baru, atau gunakan drone untuk hantar hadiah kepada tetamu.
Pastikan semua orang, dari yang online sampai yang di event, dapat merasai kejutan itu.
Jika anda live di media sosial, buat countdown atau hint kecil sebelum kejutan diumumkan.
Rakam reaksi tetamu..
- Pastikan ada kamera yang bersedia untuk merakam reaksi mereka.
- Video reaksi ini boleh jadi bahan promosi yang bagus untuk media sosial.
Paling penting sekali, sentiasa jaga keselamatan dan had kawalan keselamatan sepanjang berlangsung acara.
Jangan sesekali benarkan elemen surprise itu mengancam keselamatan tetamu atau merosakkan event pula.
Dengan ada unsur mengejut sebegini, saya pasti event launching raya korang akan menjadi bualan hangat di media sosial nanti!
Bukan setakat mempromosikan koleksi fesyen, malah membantu mengukuhkan brand dan reputasi company korang juga.
#5: Early bird offer
Ini satu strategi yang bijak untuk tarik perhatian dan jualan sebelum event besar macam pelancaran koleksi Raya.
Early bird offer ni akan memberi insentif kepada pelanggan untuk tempah baju raya anda lebih awal dan tak perlu tunggu sampai event selesai.
- Ianya juga akan meningkatkan sales dan revenue jenama anda sebelum raya tiba.
- Korang kena faham, ramai pelanggan sekarang ni memang dah menunggu-nunggu untuk koleksi raya baharu dilancarkan.
- Jadi dengan membuka promosi awal, korang bukan sahaja dapat menarik perhatian mereka, malah membolehkan mereka untuk book atau beli produk lebih awal.
Caranya simple je,
Seawal sebulan atau dua sebelum event launching, korang boleh mula umumkan di media sosial dan platform online shop korang tentang promosi early bird untuk koleksi raya baharu.
Tentukan offer korang. Fikirkan apa yang menarik untuk ditawarkan sebagai ‘early bird’. Boleh jadi diskaun khas, hadiah percuma, atau akses eksklusif ke produk baru.
Contohnya, bagi 20 pembeli pertama, anda boleh tawarkan diskaun 30% atau bagi mereka sebuah tote bag eksklusif dengan setiap pembelian. Atau berikan beg tangan branded percuma untuk setiap pembelian melebihi RM500.
Tambah value dengan memberi baucar diskaun atau percuma penghantaran untuk setiap produk yang dibeli ketika promosi itu.
Tetapkan bila nak mula dan bila nak tamat early bird offer ni.
- Biasanya, buatlah seminggu atau dua minggu sebelum event.
- Ini bagi peluang kepada pelanggan untuk ambil keputusan tanpa tergesa-gesa.
- Jangan lupa untuk sertakan juga butiran seperti kod promosi, tarikh akhir dan syarat-syarat di setiap iklan atau promosi korang.
Ini untuk mengelakkan kekeliruan dan memudahkan pelanggan membuat tindakan.
Pastikan proses pembelian tu mudah dan tak menyusahkan.
Kalau boleh, buat satu websitekhas untuk early bird offer ni, dengan butang ‘Beli Sekarang’ yang besar dan jelas.
Congrats customer terawal. Bila diorang dah early bird offer, berikan ucapan terima kasih dan pastikan mereka rasa dihargai. Ini boleh buat mereka jadi pelanggan setia.
Early bird offer ni amat penting kerana ia bukan sahaja membantu mendapat jualan awal, malah dapat mewujudkan rasa teruja dan bina hubungan baik dengan pelanggan untuk mengikuti event launching nanti.
Bila sampai hari event sebenar, korang dah boleh focus sepenuhnya untuk menjayakannya!
Belajar sesuatu hari ni?
Projek raya ni, memang kena buat event & ritual, untuk cipta kesan psikologi yang kuat..
Tapi, korang jangan ingat korang kena buat event offline semata.. Nak buat online saja pun takde masalah..
Itulah 5 tips untuk kuatkan launching projek raya untuk bisnes fashion yang saya nak kongsikan dengan korang hari ni.
Bila korang buat event launching untuk projek raya, korang bukan sahaja berpeluang untuk tingkatkan jualan, dan mengukuhkan brand fesyen korang.
Saya harap tips ni dapat membantu korang untuk buat event yang hebat dan memecahkan rekod jualan tahun ni.
Selamat mencuba dan selamat berjaya!