POST TAKDE RESPONS? 3 TIPS NI BOLEH BANTU ANDA..

“Sifuu.. saya dah buat banyak posting, tapi like kureng jugak walaupun hari2 post”

“Saya buat posting gambar nice pun, takde orang like.. buntu dah”

Tenang..  Hanya orang yang tenang sahaja boleh buahkan macam2 idea. Heheh..

Hari ini SifufBads nak bagitau beberapa  tips yang mungkin dapat bantu anda.

Kadang2 gambar untuk posting dah cun dah, tapi mungkin copywriting anda kelaut. Atau sebelum ni , main post je tanpa lihat kualiti gambar dan content post tersebut.

Semuanya berkemungkinan jadi faktor posting anda kurang tarikan untuk di baca dan dilihat.

Lebih bagus content anda, lebih ramai yang akan sentiasa ‘follow’ anda punya posting..setuju?

Posting2 yang anda buat inilah yang dipanggil content marketing.  Dan dari sinilah prospek yang membaca posting anda, kemungkinan bakal menjadi customer anda.

Meh sambung baca…

#1. GIVE  VALUE

Bila buat posting content, jangan syok sendiri. Beri apa yang audiens perlukan, bukan apa yang kita perlukan.  Audiens akan follow rapat2 posting anda bilamana posting tersebut ada manfaat pada mereka.

That why, pentingnya untuk anda kaji dahulu audiens anda. Dan pastikan presentation  content anda ada kepelbagaian, tak boleh ‘stick’ dengan presentation yang sama je.

Sebagai contoh, katakanlah anda membuat servis tukar tayar, anda boleh kongsikan tips penjagaan tayar, jenis tayar dan sebagainya. Tapi elakkan dari share tips copywriting je setiap hari.

Pelbagaikan dengan content lain, contoh buat live, adakan contest, video menunjukkan cara penjagaan tayar dan sebagainya.

#2. INTERESTING POST

Nak tulis content pun ada seninya, kena pastikan anda ada elemen ‘tarikan’ supaya mereka tak sabar2 membaca post anda tiap hari.

  • GUNAKAN BAHASA AUDIENS – Elakkan guna ayat skema level tinggi (depends pada audiens)
  • PUKAU AUDIENS GUNA GAMBAR & VIDEO – Ianya penting, lagi2 syok kalau posting tu lain dari yang lain. Dari segi design, colour, perkataan, dan lain2 semuanya boleh jadi faktor tarikan pada si pembaca.

Dan mengikut kajian, orang sekarang lebih suka membaca posting yang boleh naikkan hormone happy dan tenang pada dirinya. Kalau dalam kelas, sifu akan ajar lebih details lagi tentang gambar ‘wow factor’ni.

#3. FRIENDLY COPYWRITING

Bila hasilkan sesuatu copywriting, kena ambil kira juga kekemasan dan susunan ayat.

  • TARIK PERHATIAN DENGAN HEADLINE – Sebaiknya headline ni semuanya dalam huruf besar, supaya nampak jelas objektif posting tersebut.
  • SUSUN & KEMASKAN AYAT – Elakkan dari menulis terlalu panjang dan meleret. Create perenggan supaya mudah untuk audiens membaca dengan penuh fokus. Hihi. Dan jika anda menulis caption copywriting di Instagram, pastikan selit tanda sengkang atau titik noktah (- atau .) supaya ianya nampak ada border antara dua perenggan tersebut. Boleh lihat contoh di Instagram SifufBads.
  • BERI ARAHAN UNTUK BERTINDAK – Haa bila dah siap copywriting tersebut, at the end.. Kena letakla call to action supaya ada engagement di post tersebut. Dan dari situ jugak bolehlah kaji sama ada posting anda tu result berkesan ke tidak. Boleh rujuk komen, like dan share yang dapat di setiap posting tersebut.

“Terbaik la! Saya dah tau nak buat apa sekarang!”

Dah dapat idea? Bagus!

Insha’Allah.. dengan 3 tips ni je, dah cukup buatkan audien terpikat nak baca posting anda. Bukan tu je, mereka juga akan selalu ternanti2 semua posting terbaru. Itulah objektif utama anda buat konten. Bukan saja2.

.. dan akhirnya, mereka akan mudah terpukau dan sanggup bayar untuk dapatkan produk/servis anda. Ye, ni serius!

Cuba la try buat dulu. Lepas tu, kongsikan apa hasilnya kat komen bawah. Boleh?

Similar Posts

2 Comments

  1. In case you try to get for that qualified support together with your tailor made essay, basic research paper, time period paper, dissertation or almost every other bit of producing, you’re recommended to show.

  2. Dịch vụ cung cấp clone uy tín – Clone full định dạng uid-pass-token-cookie – Bảo hành login 1 đổi 1. – Nhận reg acc theo yêu cầu. Khách mới sẽ được dùng thử . Truy cập : http://accs.vn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *