TIPS & TRICK BAGAIMANA BINA BRAND IDENTITY DALAM CONTENT BISNES ANDA
Korang pernah tak terfikir, dalam dunia digital yang semakin padat ni, macam mana nak buat content kita melekat dalam ingatan orang?
Kalau semua orang boleh buat content, macam mana nak buat orang ingat kita punya content? Macam mana nak buat content kita lebih menonjol dalam lautan persaingan yang semakin sengit ni?
Jawapannya adalah dengan mempunyai brand identity yang kuat!
Kita semua tahu, dalam dunia digital hari ini, nak cipta brand identity yang kuat sangat mencabar! Lebih2 lagi untuk content.
Bayangkan korang kat pasar ramai, dengan beratus-ratus gerai jual barang serupa. Macam mana korang nak decide kat gerai mana nak beli? Biasanya, mata korang tertarik dengan gerai yang ada logo yang kenal, muka friendly, dan mesej yang jelas.
Itulah kuasa brand identity dalam dunia sebenar.
Sekarang, bawak situasi ni ke dunia digital. Kita ada blog, ada media sosial, atau bisnes online, tapi tak dapat nak connect dengan audience! Diorang akan susah nak kenal dan ingat kita.
Kenapa? Problemnya, sebab kita takda brand identity yang kukuh.
Banyak brand baru stuck dan kalah dalam persaingan content ni, akhirnya bisnes diorang tenggelam..
Bagaimana kita mahu bersaing di dalam pasaran yang sentiasa berubah dengan pantas?
Bagaimana untuk pastikan brand kita bukan hanya dilihat, tetapi diingati dan dihubungi oleh customer kita?
Jadi, jika korang nak tahu cara nak bina brand identity yang padu dalam content, follow rapat-rapat post ni, sebab saya akan kongsi tips dan trik yang korang boleh guna. Let’s go!
Apa Itu Content Brand Identity?
Sebelum bina brand identity, kita kena faham apa itu brand identity dulu. Brand identity ni macam karakter dan personaliti kita dalam bisnes.
Ia terdiri daripada beberapa elemen seperti logo, warna, fon, dan tone komunikasi yang digunakan.
Ia juga bukan sekadar bagaimana kita nampak, tapi juga pasal bagaimana kita rasa.
Cuba bayangkan McDonald’s, apa yang korang teringat? Apa yang terlintas dalam fikiran? Mesti rupa burger, fries, dan warna merah kuning, logo iconic mereka, dan rasa burger yang konsisten. Itulah brand identity yang kuat!
Jadi, brand identity ni bukan setakat tentang visual, tapi juga rasa dan pengalaman.
Mengapa Content Brand Identity Penting?
Kenapa brand identity ni sangat penting dalam content? Sebabnya, ianya dapat buatkan brand kita mampu bersaing dan menonjol daripada competitor.
Kalau kita tak ada brand identity yang kuat, macam mana nak bezakan diri kita daripada yang lain? Orang pun takkan ingat brand kita.
Jadi, bagaimana brand identify boleh bantu content kita?
- Meningkatkan Awareness: Kalau brand kita ada identity yang unik, orang akan ingat. Ingat lagi pasal logo yang iconic, warna yang melekat, atau suara yang unik? Itulah yang buat brand kita lebih diingati.
- Mencipta Trust: Bila kita dapat bina brand identity secara konsisten, orang akan mula percaya. Bila dah percaya, mereka lebih mudah convert jadi customer. Nak dapat trust ni susah, tapi senang hilang.
- Memudahkan Komunikasi: Bila brand identity dah clear, kita tak payah berbelit-belit nak explain siapa kita dan apa kita buat. Orang dapat faham dengan pantas.
- Mengukuhkan Imej: Imej brand kita akan jadi kuat dan positif kalau brand identity dijaga. Kalau kita buat content yang tak relevan dengan brand identity, orang akan confuse. Kita jual apa sebenarnya?
Brand identity ni macam first impression kita dalam dunia digital. Bila orang tengok logo atau baca konten kita, mereka akan tahu siapa kita dan apa yang kita offer.
Jika brand identity kita kuat, orang akan rasa yakin sebab dah kenal kita.
Contoh, kalau kita nampak logo Nike yang iconic, kita tau ia berkaitan dengan sukan dan kualiti. Ini mempercepatkan proses decision-making customer.
Sebelum buat konten, kita kena tentukan dan asingkan sama ada nak buat untuk brand company atau personal branding..
Apa pun, kedua2nya perlukan penetapan brand identity..
So, bagaimana nak set up tu?
1. Tentukan Niche Content
Tentukan niche yang kita nak fokuskan, yang akan kita konsisten buat konten tu.. Jangan campur2! (macam K. Aming, Angah Raja Lawak, fokus kepada niche F&B. Macam Shaick Ombak, fokus niche sharing operation kilang printingnya.. Macam Sifubad, fokus share inspirasi/motivasi bisnes dalm marketing/branding strategy)
- Cari Passion: Cuba cari apa yang kita minat dan paham. Kalau kita minat makanan, jadi food blogger lah. Kalau suka travel, jadi travel blogger lah. Kalau suka gaming, jadi gamer lah.
- Analisis Persaingan: Lepas tu, tengoklah persaingan dalam niche yang kita minat. Kalau persaingan terlalu sengit, cuba cari sudut yang unik. Kalau kita suka makanan, cuba fokus pada makanan vegan atau makanan tradisional je.
Contoh lain, kita minat dalam bidang fesyen, mungkin korang boleh fokus dalam niaga pakaian hipster. Kenapa perlu tahu niche? Sebabnya, niche akan mempengaruhi brand identity kita.
Macam kalau kita bukak kedai makan, kena tahu la nak serve makanan apa, kawasan mana, dan kepada siapa.
Lagi satu contoh, kita pilih niche makanan Korea, mungkin kita akan serve bulgogi, kimchi, dan ramen. Tapi kalau kita pilih niche makanan segera,korang akan serve burger, fries, dan nugget.
Niche ni penting sebab ianya akan bantu kita tahu apa yang orang nak. Kita juga lebih mudah fokus untuk kumpulkan followers yang berkualiti, dan relevan dengan brand kita.
2. Tentukan Jenis dan Format Konten
Lepas dah tahu niche apa nak fokus, next.. kita perlu tentukan 3-5 jenis konten yang kita nak fokuskan. Contohnya, buat konten tips + case study, konten story telling + konten interview, konten quote (text).
Lihat platform yang kita nak gunakan. Lain platform, lain audience, lain format kontennya.. seperti artikel, video, gambar, atau audio. Inilah format yang kita boleh buat untuk engage dengan audience kita..
- Artikel: Sesuai untuk audience yang suka membaca. Kalau artikel panjang, boleh tulis di blog. Ada juga dalam short form artikel. Boleh post di X(Twitter) atau Facebook.
- Video: Video adalah medium yang sangat kuat. Kalau kita suka bercakap, cuba buat vlog. Kalau suka masak, buat cooking show. Kita boleh aktif di Youtube atau Tiktok.
- Gambar dan Grafik: Kalau kita lebih suka dengan gambar, gunakan Instagram atau Pinterest. Buatlah gambar2 yang unik dan berkaitan dengan niche kita.
- Podcast: Kita boleh juga buat podcast audio. Ada orang lebih suka mendengar semasa drive kereta.
Kita perlu tahu, apa format yang paling sesuai untuk jual produk kita. Kena sesuaikan juga dengan target audience dan niche bisnes kita.
Contohnya, kalau kita nak jual baju online, content kita boleh include gambar baju yang cantik, video model pakai baju tu, atau artikel fashion trends.
Kalau target audience kita suka tengok video, buatlah video. Kalau diorang suka baca, tulislah artikel.
Yang penting, jenis content ni kena relevan dengan produk yang kita jual.
So, kene bijak pilih jenis dan format content untuk kongsikan dengan followers kita.
3. Tentukan Storyboard dan Flow Content
Set flow atau storyboard bagi setiap konten tu, supaya konsisten dan nampak bersistem. Flow itu akan jadi brand identity kita..(kira SOP konten kita tu) NOTE! Please jangan ikut2 orang..
Dengan adanya storyboard ni, kita lebih jelas dengan apa mesej yang nak disampaikan, bagaimana nak tarik perhatian audience, adakah konten kita ni mampu convert sales.. dan banyak lagi.
Kemudian, kita kena plan content. Buatlah jadual untuk content kita. Jangan buat ikut suka hati je.
Contohnya, kalau kita blogger travel, boleh plan untuk tulis pasal destinasi berbeza setiap bulan.
Bila kita dah tahu niche dan jenis content yang kita nak hasilkan, lebih mudah untuk bina ‘flow’ dalam content kita.
Sebelum susun storyboard tu, ada beberapa elemen penting yang kita kena masukkan, antaranya…
- Konsisten dalam Gaya Bahasa: Pastikan gaya penulisan atau penyampaian kita konsisten. Kalau kita selalu ceria, jangan tiba-tiba jadi serius pula. Nanti follower kita rasa pelik dan lari.
- Storytelling: Semua orang suka cerita. Gunakan storytelling dalam content kita. Cerita pengalaman kita, kisah-kisah unik, dan jadikan audiens rasa mereka sebahagian daripada pengalaman kita.
- Call to Action (CTA): Jangan lupa letak CTA dalam content kita. Apa yang kita nak audiens buat selepas baca? Mungkin nak diorang subscribe, share, atau tinggalkan komen. Pastikan CTA tu selari dengan brand identity kita.
Belajar sesuatu hari ini?
Inilah rahsia besar dalam dunia digital.. bina brand identity yang mantap dan unik dalam setiap content kita!
Brand identity bukan sahaja membantu kita membezakan diri dari yang lain, malah ia adalah kunci untuk memenangi hati dan kepercayaan audiens kita.
Tapi, proses ni tak mudah! Ianya mengambil masa, usaha, dan konsisten.
Tetapi, hasilnya untuk long term dapat bantu kuatkan brand kita!
Insha’Allah, lepas korang follow langkah2 dan tip2 yang telah saya kongsikan, korang boleh membina brand identity yang kukuh dan menonjol dalam dunia bisnes.
Semoga korang berjaya bangunkan brand identity dan kukuhkan lagi ranking brand korang di pasaran. Good luck, geng!
Jika korang mempunyai sebarang soalan atau mahu berkongsi pengalaman, jangan segan-segan untuk tinggalkan komen di bawah ye…