Abang Yang Tolong Bayar Hutang Saya…

hafeez

Dulu, beliau pernah berhutang besar.. tapi, abangnya yg tolong bayarkan. Syg betul abg kat adik dia! Untung la dpt abang camni…

Siapa dia ni..?

Ok jap, sape sini yg pernah guna produk kecantikkan Feerna Beauty?

Abang ni la owner produk tu.. kacak tak? Hehe..

Dah berapa sales sebulan?

Takyah citer la, dah cecah 6 angka! Beliau dah ada byk agen & stokis di seluruh Malaysia.

Dulu nak dpt satu agen punyalah susah! Sekarang, agen dan stokis merata tempat..!

Nak tau siapa dia ni?

Baca dulu story ni, baru boleh tau..

“Asalamualaikum.. nama saya Abd Hafeez Amin Bin Saad. Mesra dengan panggilan Hafeez je. Umur 26 tahun dan inshaallah akan menimang cahaya mata pertama saya tidak lama lagi (Inshaallah bulan ini)

Saya merupakan anak bongsu dari 4 adik beradik dan asalnye dari Alor Star, Kedah..

Saya merupakan pengarah urusan kepada Feerna Beauty Sdn Bhd di mana perniagaan utama kami adalah di dalam bidang pengeluaran produk kecantikan. Kami mempunyai agen & stokis di seluruh Malaysia.

Sebelum ni saya ada buat satu bisnes (nama dirahsiakan), sales boleh tahan la.. tapi atas sebab2 tertentu, saya terpaksa tinggalkan bisnes tersebut dan mula bina produk kecantikkan sendiri, iaitu Feerna Beauty..

Jika ditanya dari segi jualan, syukur Feerna Beauty Sdn Bhd berjaya touch sales lebih RM100k pada bulan October yg lepas dan FBAds merupakan medium pemasaran Feerna Beauty yg utama..

Inshaallah, Feerna Beauty mensasarkan jualan RM300k pada Januari 2016..

Ya, jika ditanyakan pada waktu dahulu, sebelum saya mengenali FB Ads, amat sukar utk Feerna Beauty dapatkan sales. Nak dapat sorang agen pun.. amat laaa sukar.. apetah lagi stokis.. memang ‘tak la’ kan…

Sebelum ni (sebelum mengenali FB Ads), memang saya pernah buat byk bisnes.. tapi, semuanya boleh dikatakan 90% saya menggunakan Offline Marketing.. Dan resultnya, amat mengecewakan. Dlm byk2 bisnes yg saya buat, takde satu pun yg berikan hasil yg lumayan. Dah byk duit saya habiskan, namun apa yg saya dapat adalah rugi.. rugi.. rugi!

Saya pernah mengalami kerugian (5 tahun lalu) mencecah 6 angka dan yg paling teruknya, duit itu merupakan duit PERSONAL LOAN dari abang saya. Selepas kerugian itu, abang saya perlu bekerja semata-mata utk membayar loan yg telah dia buat utk saya dulu. Teruk kan dapat adik mcm saya ni?

Kalau tak silap, selepas saya jumpa sifu jamal pada awal tahun 2014, ia merupakan turning point utk diri saya. Pada waktu itu, saya agak ragu-ragu utk join kelas sifu ni kerana saya merasa amat mahal kelas sifu (pada waktu itu).

Duit dalam bank pun sebenarnya, x ckup lagi utk join kelas sifu.. tapi saya paksa diri utk join jugak kelas sifu. Tawakkal je pada Allah..

Saya berguru dengan pada sifu awal tahun 2014, syukur Alhamdulillah, hasil dari ilmu yg digunakan.. saya dah dapat apa yg saya impikan.. tapi, bukan kekayaan menggunung yg dicari buat diri saya..

Apa yg lebih saya hargai adalah, saya mampu membahagiakan keluarga saya.. itu priority saya, itulah impian sebenar saya..

Sebagai contoh, saya lantik ayah saya jadi salah seorang director syarikat dan bagi ‘gaji’ padanya setiap bulan. Alhamdulillah, gaji tu agak best (lebih kurang gaji gomen Kumpulan A) la jugak.

Syukur.. Almost every year(cakap omputeh siket), saya bawa mak ayah saya bercuti ke luar negara. Saya tahu mesti ramai lagi nak buat perkara yg sama kan? Nak bahagiakan Mak Ayah, nak ada rumah sendiri, legasi sendiri, nak rasa kereta besar, nak rasa duit besar semua..

Tapi apa yg boleh saya kongsikan di sini, semua tu tak akan tercapai jika kita semua berada dalam zon selesa. Serius! Sebab saya pernah berada dalam zon selesa..

Abang kakak semua perlu ambil tindakan, perlu berkorban untuk mencapai impian kita.. korban sekejap aje, lepas dah berjaya, semuanya akan jadi berbaloi..

Trust me, dengan izin Allah, bisnes anda akan menjadi ‘ala-ala korporat’.. anda akan mula melihat ‘WANG JUTAAN RINGGIT’ dalam akaun anda..

TRUST ME, TRUST YOURSELF…

Inshaallah, setakat ini je ye sharing saya.. saya harap semua yg membaca ni dapat jadikan ia satu iktibar dan pemangkin semangat buat anda semua. Assalamualaikum..”

Ok, saya nak tambah sikit..

Apa cara yg kita boleh buat berubah jadi lebih baik?

Jawapannya… keluar dari ZON SELESA!!

Selagi kita hidup dalam zon selesa, selagi itulah hidup kita takkan berubah!

Camner nak keluar dari zon selesa?

Buatlah sesuatu yang lain dari biasa! Benda yg tak biasa kita buat, cuba buat..! Itulah langkah pertama untuk lakukan sesuatu perubahan…

INSYAALLAH!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *