Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Lelaki Hensem Ni Berhenti Kerja Jual Botol Susu…

Diterbitkan pada Apr 6, 2016 oleh

 

Shahaeil

Abang hensem ni jual botol susu besi..

Beliau dulu kerja sebagai Jurutera Elektrik. Lepas tu, berhenti kerja tanpa persediaan yang rapi.

Masa kerja, gaji dah berbelas-belas ribu.. lepas berhenti kerja, gaji jadi kosong.

Bisnes pula belum cukup stabil lagi. Hutang pula makin hari makin bertambah! Macam mana nak bayar hutang semua tu. Simpanan yang ada masa kerja pula makin kurang.

Camner nak hidup camtu? Ini kisahnya…

” Saya jual botol susu besi je…

Hmmm… jual botol susu besi jeee..?

Tu soalan yang biasa saya dapat kalau bagitau apa yang saya buat sekarang…

Siapa saya?

Nama saya Mohd Shahaeil Bin Nordin. Saya adalah Sales & Marketing Director Botol Susu Besi dan saya berasal dari Johor Bahru. Tahun lepas, pada tarikh lahir saya yang ke-30 saya telah buat keputusan drastik untuk berhenti kerja sebagai seorang Engineer Elektrik.

Alhamdulillah, saya ada seorang Isteri yang juga supporter terkuat dalam hidup saya Norshahida Binti Zainal Abidin dan kami sekarang dah ada 3 orang cahaya mata. Syukur juga kami dah ada 4 orang staf dan sales kami dah capai 6 angka setiap bulan. Kami juga baru je dapat kunci rumah impian kami selamani.

Tapi dulu, sebelum jumpa MENTOR yang betul iaitu Sifu Jamal, macam-macam cabaran yang kami dah tempuhi. Bayangkan sebelum ni gaji belas-belas ribu tetiba buat je business langsung takde gaji. Kononnya dah hebat sangat berhenti kerja nak buat business full time tanpa ilmu. Dah masuk bulan ke-3 sales still sikit sangat-sangat.

Hutang dah mula tak boleh nak bayar. Bank asyik call je tanya bila nak bayar itu ini. Simpanan pun semua dah paras hidung. Memang STRESS kan kalau takde duit ni? Tuhan je yang tahu betapa rasa down time tu. Nak kerja semula boleh ke dapat gaji macam tu? Dapat ke cover balik hutang-hutang ni semua?

Dah start tanya balik pada diri sendiri betul ke tindakan aku ni? Rasa macam ada yang tak kena. Then, saya start cari dan baca buku pasal perniagaan, tentang marketing apa semua. Tapi buat-buat still tak jadi. Puas semua blog saya explore, kononnya nak belajar pasal marketing online tapi buat-buat tak jadi.

Dipendekkan cerita, saya berguru bertalaqi dgn sifufbads..

Alhamdulillah, balik je kelas terus praktik ilmu yg Sifu Jamal ajar. Dahulu 1 orang staf je, bila praktik fb ads yg sifu ajar terpaksa tambah staf sebab keadaan semakin huru hara bila tak menang tangan nak jawab pm dan whatsapp order masuk tak henti-henti.

Stok yang dulunya rasa sangat susah nak habiskan sekarang tak sampai seminggu habis licin dan kena buat backup order dan buka pre-order selalu.

Sifu ajar cara cari targeted audience yang betul dan lepas tu sales start naik. Sebelum ni nak dapat RM5k sebulan pun susah! Lepas beberapa bulan sales kami naik kepada 5 angka. Then, yang tak tahan sekali… sifu ni suka FOLLOW UP student dia.

Time Sifufbads adakan seminar di Johor Bahru, dia jumpa kami berdua personally untuk guide kami. (kami jadi tourist guide saya di JB) Beliau check personally teknik closing yg kami buat..Syukur sangat-sangat lepas tu sales kami naik kepada 6 angka.

Tak pernah lagi jumpa mentor yang betul-betul dah hebat, tapi tak kisah spent masa untuk kami yang baru nak naik dalam business ni. Bila dah touch target sales yang ok, Sifu still pesan jangan selesa dengan pencapaian yang ada sekarang.

Dia still minta kami untuk push lagi supaya betul-betul pergi jauh dengan business kami ni. Syukur sangat-sangat sebab ada mentor yang terbaik macam sifu Jamal ni.

Saya nak bagi sikit tips la ye….

Kalau dah baca dekat 100 buku pun macam saya ni, tapi takde orang guide, agak susah nak berjaya. Carilah mentor untuk tunjuk jalan yang betul. Senang je cara nak berjaya dengan cepat, ikut apa yang mereka buat dan step-step yang meraka ni dah buat untuk berjaya. Kalau sifu tu dah PROVEN success tak kan kita tak boleh?

Kedua, jangan selesa dengan pencapaian yang dah kita ada sekarang. Sifu Jamal selalu pesan kat kami supaya “push your limit”. Jangan syok pada zon selesa. Orang berjaya selalu bertindak LUAR BIASA dalam hidup mereka.

Nak short cut untuk berjaya? Laburkan sikit untuk belajar dengan mentor yang betul.

InsyaAllah! Lepas dah berjaya nanti mesti ada akan cakap pada diri sendiri ‘kenapa dulu sifu charge murah sangat? Tak padan dengan ilmu yang diberi sebab saya pun dah alami sendiri situasi ini.”

Jika kita baru nak mulakan sesuatu bisnes, kita boleh belajar sendiri.. baca buku, follow fb profile org lain, hari2 baca emel, baca ebook.. tgk youtube, tgk tv dll…

YES.. boleh! Cuma.. LAMBAT! Slow sangat..!

Malah, banyak kesilapan yang kita akan lakukan semasa dalam proses tersebut. Bila gagal je, putus asa! GIVE UP..!

.. itu bukan salah orang lain… tu salah diri sendiri!

Sepatutnya, kita pergilah cari mentor yang sesuai dengan bisnes yang kita sedang lakukan.

Itulah cara paling PANTAS dan BERKESAN untuk berjaya! Tak tipu..!

Ingat pesanan saya ni…

–> BELAJARLAH DARI ORG YG LEBIH BERJAYA DARI KITA!

Komentar (1)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!