WANITA INI ASALNYA SORANG ENGINEER TAPI KINI, BELIAU BERGELAR FULL TIME USAHAWAN ONLINE PAKAIAN MUSLIMAH..

Tak de sapa tahu, time beliau pegang time engineer selama 8 tahun lebih di syarikat multinasional, beliau terpaksa ‘korbankan’ masa untuk anak2, suami dan family demi kerja..

Ramai ingat, yg kerja engineer tu, gaji dah lebih dari cukup..Sebenarnya, tanggapan tu salah sama skali..Gaji yg diterima tiap2 bulan hanya ckup2 utk belanja harian, komitmen2 lain serta duit bagi family kat kampung..

Tu pun rasa sikit jer bagi kat mak di kampung..Kekadang tu rasa gak malu..Tapi nak buat macam mana kan..Ada ‘komitmen’ lain juga yg kena settle-kan…

SIAPA DIA?

Sebelum gi jauh dan Sifufbads cerita lebih dalam lagi..Izinkan Sifufbads kenalkan pada anda siapa wanita ni sebenarnya yg ‘berdiri’ di belakang page SweetMuslimah.com..

Nama beliau adalah Yusni bt Idris dari Kulai, Johor..Dan merupakan pemilik butik online, SweetMuslimah.com yg mana bisnes lebih fokus pada baju kurung…

ASALNYA SORANG ENGINEER..

Pada asalnya, beliau adalah jurutera dan dah keje lebih 8 tahun..Cam tu gak dengan suami beliau yg bekerja sebagai engineer..

Walaupun sorang engineer dan keje kat multinasional company..Duit tu rasa ngam2 jer utk belanja bulan2..Yelah..belanja harian, keperluan anak2, rumah, komitmen lain..Nak bagi kat family lagi..Tu yg rasa ngam2 jer tiap2 bulan..Bagi kt family pn sikit2 jer..

Kata orang, asal bagi jer time tu..Memang sedih la..Yela..keja besar..tapi boleh bagi sikit jer kat family..

Dalam masa yg sama, masa dengan anak2 dan suami pun kurang..Keluar pegi kerja gelap..Balik kerja pn gelap..Yela, kerja engineer ni, kena selalu stanby 24 jam..Macam ne nak ada masa dengan family kan..Anak2 makin membesar..

Disebabkan anak dan suami, beliau decide utk mula buat bisnes secara part-time dulu..Time tu, beliau buat bisnes dan hanya belajar dari page Sifufbads jer..

‘DIPAKSA’ RESIGN UTK FOKUS BISNES

Lepas dah nampak bisnes makin grow dari hari ke hari, belaiu decide untuk resign dari keje..Tapi itu terjadi lepas beliau berbincang dgn mak dan suami beliau..Sebab nak lebih fokus dalam bisnes.

Dari situ, beliau ‘bulatkan’ hati untuk resign dari title engineer dengan bagi notis 24jam..Time berhenti kerja, sales beliau dah cecah RM20k sebulan..Tapi lepas jer beliau resign, sales beliau jadi double…

Bila ditanya pada beliau..Takde ke yg perli2 atau tanya kenapa beliau benti? Jawapannya..

“Memang ada yg cakap2..Gaji engineer tak cukup ke? Buat bisnes online ni boleh berjaya ke? Boleh senang ke?”

Tapi sekarang, beliau dah buktikan yang buat bisnes online pun dah boleh berjaya..Jika ada usaha dan strategi yang betul…

MAMPU HANTAR MAK AYAH GI HAJI

Alhamdulillah, lepas fokus pada bisnes..Kini, beliau mampu tersenyum puas..Sebab dah mampu tunaikan impian mak ayah beliau untuk pergi haji..

Bukan tu jer..Dari hasil bisnes, beliau mampu ‘sponsor’ family beliau pegi umrah..Bukan tu jer, dapat bawak family pegi bercuti di Australia 2 tahun lepas..

Dan paling best, kini beliau mampu bagi duit ‘lebih’ time2 bulan pada family kat kampung..Sampaikan mak beliau pernah call dan cakap “banyaknya bagi duit..”

Alhamdulillah, impian beliau untuk bagi duit belanja lebih pada family dah berjaya..Sifufbads percaya, anda pun ada niat yang sama..

Sekarang ni, suami beliau turut resign dan bantu beliau dalam bisnes..Dan beliau ada lebih banyak masa untuk family..Yang paling menarik, beliau boleh plan dan manage masa dengan family..Yang mana, beliau tak dapat time ‘makan gaji’ dulu..

5 PERUBAHAN BISNES DULU & SEKARANG

  • SALES BERUBAH dari awal2 dulu RM20k sebulan..Kini, beliau dah mampu cecah 6 angka sebulan..Dengan ilmu dan startegi yang betul..
  • Kemudian, dari segi MANAGEMENT bisnes makin proper dan teratur..Tak serabut macam dulu..
  • Jika dulu, STRATEGI MARKETING makin hentam jer..Orang kata, main langgar jer..Tak peduli apa yang akan jadi..Tapi sekarang, ada strategi yg lebih proper dan proven..
  • Antara improvement lain, content2 di page makin relevan dengan audience..Dah takde content2 yg tak relevan, yg xde kena mengena dgn bisnes..Dan takde la page tu jadi ‘zombie’ time awal2 dulu..Asyik pikir nak hardsell jer..
  • TARGET AUDIENCE lebih specific..Tak macam dulu, main ‘tembak’ jer..Contohnya sekarang, beliau lebih fokus pada certain2 group seperti cikgu2, orang kerja kerajaan dan sebagainya..

Lagi satu yang menarik pada bisnes beliau, design2 di page..

Beliau menggunakan design2 3D dan beliau gunakan software engineering untuk design..Hasil bantuan suami beliau..

Dari situ, beliau dapat bagi gambaran lebih jelas pada tailor dan audience yang lihat deisgn di page..

Kalau nak cerita lagi pasal beliau, memang banyak..Mungkin kat sini dulu yang Sifufbads boleh kongsikan pada anda..

Semoga story boleh bagi inspirasi pada anda diluar sana untuk usaha lebih gigih..

Nasihat Sifufbads, jangan mudah putus asa dan teruskan usaha untuk berjaya..Kerana sekarang ni, ilmu2 buat bisnes dah banyak ..Tinggal utk nak gali dan guna ja.. 🙂

Sapa sini, masih bekerja lagi?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *