Teknik Menulis Matlamat Bisnes Anda

Pejam celik pejam celik, kejap je dah masuk thn 2017 ni. So far cmne, dah nampak hala tuju dan goals utk tahun ni? Dah tulis matlamat apa nk capai tahun ni?

“Dah sifu..matlamat saya tahun ni adalah utk selesaikan matlamat tahun lepas. Hehe..”

Haha..baguslah tu. At least ada..yg x bagus tu klu anda stil blur2 katak..xtau apa nak wat..xtau apa nk achieve..

Hello brader n sister..jgn comfort zone sgt..org yg dlm comfort zone ni je xtau apa nk capai dlm hidup die. Rilexx memanjang. Go with the flow..

Tapi..

Yg dh ada matlamat tu pun, jgn selesa gak. Jgn ingat dah letak matlamat, anda dh leh bjaya.

Sbb..

Nak letak matlamat pn ada caranya..kena jelas..crystal clear..

Xckup kalau juz letak matlamat spt:

“Saya nk jadi jutawan”

“Saya nk hantar mak abah gi umrah”

“Saya nk pakai ‘biyemdabelyu’ 3 series”

“Saya nk tmbah bini baru” ..ehh??

No no no..ni matlamat jenis old skol. Xckup power utk pacu semangat korang achieve goals tu.

Believe me! Matlamat yg x jelas, x clear, x spesifik, x relevan, x logik…sume tu akan bkn jd matlamat, tapi angan2 x sudah.

“Laa yeke sifoo? Abis tu cmne cara yg btol nye?”

Straight to the point..

korg kena guna satu teknik khas utk menetapkn matlamat, yg mmg trbukti proven sgt2 membantu utk anda achieve goals yg ditulis tu..

Teknik ni dinamakan sbg teknik..

—> S.M.A.R.T.

Natang apa teknik S.M.A.R.T. ni? Jgn tggu lama2. Teruskan baca dan hadamkan..

S – SPECIFIC

Yes..plg penting “be specific”. Kesilapan plg banyak org wat bila mnulis matlamat adalah sbb trlalu umum.

Cth:

“Tahun ni saya nak ada kereta baru utk bwk balik masa raya”

Ni x ckup spesifik..cth spesifik adalah:

“Saya nak beli kereta Honda Civic 1.8 baru, kaler merah, siap tinted, sportrim Vossen 17”, harga rm100k, byr downpayment 10k, bawak balik kampung sehari sebelum raya, then ajak mak ayah pusing ronda kampung dgn kete baru tu. Dlm kete cakap, “mak abah, tq sbb selama ni mndoakan kejayaan abang”. Sambil tenung wajah mereka puas2. “

Haaaa amacam? Ni baru btol tulis matlamat. Tulis se-spesifik yg mgkin. Feel it..

M – MEASURABLE

Ok elemen kedua bila tulis matlamat adalah MEASURABLE, atau dlm bahasa jawanya, bleh diukur.

Bila menulis matlamat, kita kena tau mcm mana caranya utk mengukur progress atau level kejayaan tu..

Ok2..saya bagi contoh supaya lebih senang faham.

Katakanlah matlamatnya adalah utk membeli rumah banglo baru di Melaka pada penghujung 2017 nanti..

So mcm mana kita nk measure matlamat ni?

Letakkan persoalan2 ni:

  • Berapa harga rumah
  • Berapa downpayment diperlukan
  • Berapa income yg perlu
  • Berapa sales yg diperlukan utk kumpul duit utk downpayment 
  • Bilakah saya patut ada duit tersebut

Dgn adanya elemen2 yg bleh diukur ni, ia akan mmbantu kita utk track progress kita achieve matlamat trsebut.

Kalau x ckup sales, apa kena wat?

Kalau x ckup downpayment pada masanya, apa nk kena improve? Dll..

Thats why kena pastikan matlamat tu measurable..

A – ATTAINABLE

Atau perkataan lainnya, ACHIEVABLE. Boleh dicapai. Logik utk dicapai. Bukan tulis cita2 yg trlalu tinggi melangit

“Tapi sifu..kan ke bagus kalau kita aim high? Lebih tggi lebih bagus, kan kan kan?”

Yes tu mmg btol. Tapi kena gak brpijak di bumi yg nyata

Cth yg x ATTAINABLE

“Tahun lps average sales sebulan rm2k-3k..tahun ni masuk je bulan 1 saya target nk trus hit sales 1million! I believe i achieve! Yeahh”

Cth atas ni..bkn lah salah utk kita aim high, tapi kena realistik. Klu sblm ni sales nk achieve rm5k pn payah, inikan plak nk trus hit sejuta.

Sebaiknya letakkan matlamat yg logik bleh dicapai dgn usaha dan strategi yg akan digunakan.

R – RELEVANT

Anda boleh senaraikan 1001 matlamat yg anda mahukan. Xde salahnya. Cuma.

Adakah matlamat anda tu relevan dgn diri anda? Relevan dgn bisnes anda

Anda juga perlu kenalpasti adakah matlamat anda tu boleh memenuhi BIG WHY anda. Bukan sekadar suka2..

Selain tu, anda juga perlu pastikan matlamat yg ingin dicapai itu tidak akn mengganggu matlamat2 lain yg lebih utama..kenalpasti btol2 yg mana betul perlu dan relevan dgn apa yg benar2 mahukan..

T – TIMELY

Last but not least. Timely. Tetapkan masa utk anda achieve goal trsebut. Letakkan timeline. Set benchmarks dari masa ke semasa supaya anda tidak lari dari target utama

Utk lebih mudah, set kan short term dan long term goal pd setiap matlamat anda

Sbg contoh.

Anda ingin mencapai sales sejuta pada bulan 7 nanti. So mcm mana nk pastikan progress anda on track

Letakkan short term goals..

  • Bulan Januari kena achieve 50k..
  • Bulan Mac kena achieve 200k..
  • Bulan Mei kena achieve 500k..

dan seterusnya shinggalah capai target 1million tu..

Dgn adanya timeline ni, anda akan lebih mudah utk monitor progress dan achievement anda. Memudahkan anda utk rangka backup plan. Membantu anda utk buat alternatif way jika progress x brjalan spt dirancang..itulah kepentingan Timely dlm menetapkan matlamat.

Ok thats all! S.M.A.R.T. teknik – cara proven dan terbaik utk anda tetapkan matlamat. Bukan wat goals secara meng-khinzir buta!

Jangan..

So now..tugasan anda plak..

Cuba tuliskan matlamat baru anda dgn menggunapakai teknik S.M.A.R.T. ni..cer tulis kt ruangan komen. Sifu nk tengok, hehe..

Similar Posts