7 VIDEO YOUTUBE ADS PALING BANYAK DITONTON 2017
“Jap jap sifu..Youtube Ads ni, iklan yg keluar sebelum kita dapat tengok video yg kita search tu kan? Bagus ke? Biasanya saya terus skip je..”
Good question!
Sejujurnya, Sifufbads pun buat mcm tu(haha!). Biasanya kami klik je terus button Skip Ad tu.
Bukan sbb tak suka atau menyampah dengan iklan Youtube tu, tapi sebab kita tgh nak tengok video lain, bukan iklan tu. Betul kan?
“Haaa kan! Habis tu sifu, mcm mana plak Youtube Ads ni leh bantu lebarkan brand saya? Cam something wrong somewhere jek..”
Betul..tapi x semua video mcm tu. Jika kena caranya, audiens boleh terpukau utk tgk iklan tu sampai habis, sampai dia lupa sebenarnya dia tgh nak tgk video lain.
Dan itulah yg berlaku pada “7 MOST WATCHED YOUTUBE ADS 2017” ni!
Ini bukan data syok sendiri dari Sifufbads tau. Ni Youtube sendiri keluarkan hokeyy..
(Actually, Youtube keluarkan 10 video, tapi kami pilih 7 yg relevan)
Jadi persoalannya..mcm mana nak hasilkan iklan yg boleh buatkan org terpukau, terpesona, dan akhirnya sama2 viralkan video tersebut sehingga femes di serata dunia digital?
Jom..Sifufbads kupaskan sedikit, satu persatu KEPOWERAN video2 ini, dan apa yg boleh kita implement-kan utk pemasaran video kita selepas ini..
VIDEO #1: SAMSUNG INDIA SERVICES
208.6M VIEWS
Video Youtube Ads paling meletops 2017! Dalam video cerita pendek yg bertajuk “We’ll take care of you wherever you are” ini, Samsung India sebenarnya ingin menunjukkan bahawa di sebalik jenama mereka yg cukup terkenal di India(khususnya di kawasan bandar), kini servis mereka boleh menjangkau sehingga ke pelusuk ceruk pedalaman India.
Dalam video ini, ianya berkisar tentang perjalanan Samsung Van melalui pelbagai liku utk sampai ke destinasi yg agak ceruk, di kawasan luar bandar. Tapi apa yg menjadi kemuncak story ini, yg benar2 menyentuh emosi, adalah di saat pemandu van ini bertemu dengan orang yg menelefon mereka itu..apa yg berlaku? Tonton video ni..
APA YG BOLEH ANDA PELAJARI:
Teknik matching – Ya, iklan ini disasarkan pada org di negara India. Jadi mereka menggunakan elemen movie ala2 Bollywood dalam cerita ini. Memang sebijik mcm Bollywood movie! Bila matching(kena dgn jiwa audiens), iklan tersebut akan lebih cepat diterima dan dihayati. Begitu juga dengan anda. Kenali audiens yg ingin disasarkan dahulu, dan pastikan elemen yg ada dalam story anda sesuai dengan mereka..
Permainan emosi – Pada awal story, kita dibawa bersama-sama ‘khayal’ dengan keindahan muzik latarbelakang, pemandangan, dan pengalaman2 yg dilalui oleh si pemandu van. Dan apabila si pemandu bertemu dengan customer yg istimewa itu, kita sama2 tersentap dengan ‘twist’ emosi yg dimainkan. Begitu juga dengan anda. Bila bermain dgn story, kenalpasti dahulu apakah emosi2 yg ingin anda masukkan. Barulah story anda tidak hambar..
Softsell – Dalam story ni, mereka langsung tidak promotkan produk mereka. Sebaliknya visi mereka – utk bina long-term relationship dgn customer melalui servis mereka. Mcm mana nak dapatkan servis yg hebat mcm ni? Kenalah beli produk mereka, jadi customer mereka. 🙂
VIDEO #2: PING PONG TRICK SHOTS 3 – DUDE PERFECT
122.1M VIEWS
Video ini dihasilkan oleh team Dude Perfect. Sebelum ni, mereka banyak menghasilkan video2 ‘tricks sport’ yg luar biasa, seriously awesome, dan kadang2 buat kita terfikir “biar betul dorang boleh macam ni!”
Mereka menggunakan Channel Youtube mereka sendiri, dan sambutan followers mereka memang serius dahsyat. Hinggakan jenama makanan terkenal pun berkolaborasi dgn mereka utk hasilkan video. Contohnya Oreo, dan ini video yg mereka hasilkan:
APA YG BOLEH ANDA PELAJARI:
Gunakan influencer – kalau diikutkan, Oreo dan Dude Perfect tidak ada persamaan. Tapi Oreo gunakan populariti mereka, followers mereka, dan keunikan mereka utk hasilkan video yg awesome ni.
The WOW Factor – ini bukan iklan tentang “pilihlah Oreo”, “makanlah Oreo”..ia hanya video yg di sponsor oleh Oreo. Tapi disebabkan kreatif dan inovatifnya mereka dalam menghasilkan aksi2 yang WOW ini, ianya mudah menjadi viral, dan dengan senangnya ‘membawa’ nama Oreo skali apabila ianya di-viralkan. Keunikan, boleh mencetuskan ketularan(viral)..
VIDEO #3: CLASH ROYALE – THE LAST SECOND
113.1M VIEWS
Clash Royale, sebuah aplikasi permainan mobile ini, memaparkan video pendek yg tidak sampai 50 saat pun durasinya. Dimulakan dengan countdown 3 saat. Di saat2 akhir permainan itu, seorang gadis berambut pink melepaskan anak panahnya ke arah sasaran. Selepas itu, ia menjadi video slow motion. Apa yg berlaku di sepanjang perjalanan anak panah itu, membuatkan penonton terhenti seketika, tertunggu2, tertanya2 apa yg bakal berlaku di hujung nya..
APA YG BOLEH ANDA PELAJARI:
Audiens – ya, pastinya ianya disasarkan pada para pemain permainan mobile ini. Kerana perjalanan story ini sebenarnya banyak berlaku apabila mereka bermain permainan ini. Kemenangan di saat2 akhir. Dan ia ‘matching’ dengan mereka.
Experience – video ni terang2 citer tentang ‘produk’ itu sendiri – game itu sndiri. Mereka tidak hardsell, tapi mereka ‘jual’ pengalaman/situasi yg akan dilalui apabila bermain game tersebut – debaran LAST MINUTE!
Curiosity – apa yg berlaku bila video tersebut menjadi slow-mo, perjalanan arrow tu sebenarnya telah mewujudkan elemen cusriosity. Org tertunggu2 apa bakal jadi ye? Anda juga boleh gunakan idea ini utk buatkan org ‘tersangkut’ lama dlm video ini.
VIDEO #4: MISS DIOR
75M VIEWS
Iklan yg menggunakan pelakon terkenal, Natalie Portman, shot dan scene yg cantik, membuatkan kita rasa terbuai dgn emosi2 yg dimainkan. Emosi apa? Actually ada trlalu banyak emosi yg dimainkan dalam video ini. Ia merujuk kepada kepelbagaian emosi yg biasanya berlaku pada wanita moden hari ini.
Yg tersiratnya, mereka nak gambarkan yg perfume Dior ni juga begitu – ada pelbagai feel bila disembur pada si pemakai. Ada rasa soft, sweet, dan juga ‘undertone’. Tricky sikit kat situ kan? Mungkin peminat perfume je paham, hee..
APA YG BOLEH ANDA PELAJARI:
Influencer – dalam kes ini, mereka gunakan Natalie Portman. Anda juga boleh gunakan duta anda dari kalangan selebriti terkenal – jika anda mempunyai bajet yg secukupnya.
Tersurat vs tersirat – anda nampak ke Natalie Portman cakap tentang best-nya bau perfume tu? Langsung xde. Tapi mcm mana nk gambarkan bau tu? Melalui emosi2 yg ditunjukkan. Itu yg tersiratnya..
VIDEO #5: BUDWEISER 2017 SUPER BOWL – BORN THE HARD WAY
28.6M VIEWS
Well, iklan ini adalah video berbentuk story. Story tentang perjalanan founder dan penubuhan Budweiser. Perjalanan seorang lelaki muda Jerman yg mengambil langkah berisiko berpindah ke Amerika. Yang akhirnya….korang tgk la sendiri video ni. Nanti spoil plak. Hee…
APA YG BOLEH ANDA PELAJARI:
Inspiration – tiada yg lebih menarik jika ianya berbentuk inspiration story. Org suka membaca sesuatu yg boleh menaikkan semangat mereka, memberi inspirasi pada mereka..dan ini adalah salah satunya, disampaikan dalam video pendek x sampai 1 minit.
VIDEO #6: MR. CLEAN 2017 – CLEANER OF YOUR DREAMS
17.8M VIEWS
Video ini dimulakan dengan seorang wanita yg kelihatan stres, bosan dengan dapur nya yg kotor. Dan tiba2, lembaga bermuka kartun, licin kepala, berpakaian serba putih, berbadan sado, berjalan masuk dgn langkah macho – itulah Mr. Clean!
27 saat seterusnya memaparkan Mr. Clean seolah-olah ‘hero’ kepada wanita berkenaan. Bersihkan kotoran di dapur, lap cermin bilik air, dan mengemop lantai – dengan gaya yg cukup ‘mencairkan’ wanita berkenaan. Sehingga wanita tu sanggup….
Apa yg berlaku? You better watch it yourself, hee..
https://www.youtube.com/watch?v=GDzMxlw2Fgo
APA YG BOLEH ANDA PELAJARI:
Value – iklan ni dgn tepat menerangkan value produk mereka. Penyelesai masalah surirumah yg ingin membersihkan rumah. Dgn Mr. Cleaner, kerja mengemas menjadi sgt mudah, sgt bersih walaupun yg mengemas itu adalah suami anda yg ‘biashe2’ je rupanya. Hee..
Branding – dari awal sehingga ke saat ke 30 video tersebut, dgn jelasnya brand Mr. Clean itu ditonjolkan secara terang, jelas dan nyata – melalui karakter Mr. Clean itu sendiri. Tiada yg terlalu tersirat dalam video ini. Kerana dengan jelas, Brand (karakter Mr Clean) itu membawa value yg ingin mereka sampaikan..
VIDEO #7: 2017 KIA NIRO – HERO’S JOURNEY
15.1M VIEWS
Hoyeahh! Boleh kata inilah iklan Youtube Ads paling kelakar utk tahun 2017! Menampilkan pelakon Melissa McCarthy, iklan yg dihasilkan sempena pelancaran kereta terbaru Kia, Niro, ia ternyata mencuit hati dan mempunyai ‘deep message’.
Ia menceritakan tentang perjalanan seorang wanita pencinta alam, pejuang kempen isu kesejahteraan ekologi, atau dipanggil ‘Eco Warrior’..bukan senang nak jadi Eco Warrior spt yg digambarkan. Ada sesetengah kempen itu, hanya kempen di mulut sahaja. Penguatkuasaannya tiada..
Tapi apa kaitan-nya dengan Kia Niro, sebuah kereta hybrid ini?
Di hujung video, anda boleh dengar mesej-nya:
“It’s hard to be an Eco Warrior, but it’s easy to drive like one”. 🙂
APA YG BOLEH ANDA PELAJARI:
Mesej – dlm video ini, mereka jelas ingin mengutarakan isu2 berkaitan kempen ‘menyelamatkan planet’ dan perjuangan eco warrior yg nyata bukan suatu kerja mudah. Dan mereka kaitkan isu ‘eco’ ini dengan kereta ‘mesra eco’ mereka iaitu Kia Niro. Begitu juga dengan anda. Anda boleh pilih apakah mesej yg ingin anda sampaikan, dan cari satu titik penting yg boleh mengaitkan mesej tersebut dengan produk anda. For sure, pandu kereta Kia Niro sahaja tidak boleh menyelamatkan paus, pokok, dan badak sumbu. Tapi isu ‘eco’ itu adalah titik persamaan di antara isu alam dan kereta Kia Niro.
=======
Akhirnya..itulah dia 7 TOP VIEWED YOUTUBE ADS yang boleh anda jadikan rujukan dan sumber inspirasi utk anda yg dah x sabar nak hasilkan video marketing anda sendiri. Tengok video2 ni berulang kali dan fahami seni serta mesej yg cuba diselitkan dalam setiap video.
Mana yg baik kita amik. Mana yg buruk, kita campak jauh2 ok.
Oh ye..dalam banyak2 video ni, yg mana paling menarik perhatian anda? Cer share sikit..
P/S: Citer2 pasal Youtube ads ni, dah subscribe lom Channel Sifufbads?