BELIEVE IT OR NOT? TAK SAMPAI 6 BULAN “BBNU” NI HIT 1ST MILLION!

“Kita ni hidup zaman semua dihujung jari. Bisnes offline memang laju je jalan, seronok jumpa orang face-to-face. Tapi, langit tak selalunya cerah! Kita diuji pulak dengan musim sekarang ni. Alhamdulillah, ada bisnes online as backup!”

Siapa setuju dengan kata-kata student saya sorang ni.. Nama dirahsiakan! Hehe. Begitulah lumrah bisnes ni, ada pasang surutnya. Betul?

Tapi, kita ni sebagai usahawan tak kan nak terus hanyut, down, duduk diam je mengharap sales dan duit jatuh dari langit ketujuh? Huhuhu. So, hari ini saya nak share pasal 5 orang anak didik CEO SifuBad.

Yang mana mereka bertiga ni saya sendiri menyaksikan perubahan drastic dan bisnesnya berkembang dan BOOM dgn laju. Kurang dari 6 bulan je!

Dan..sekarang diorang ni menjadi inspirasi kepada  usahawan2 diluar sana. Saya share ni supaya korang juga ter-inspired!

SASS- CHANRAKTER

Korang pernah minum air Chanrakter? Alaa…  air viral yang ada cincau sikit lepastu letak pulak susu tambah dengan ais perghhh! Memang sedap gila! Korang kena cuba! Hehehe.. Okay bukan nak cerita pasal kesedapan air tu tapi nak cerita macam mana dengan jual air mcm tu je, brand dia boleh naik dgn laju! Dah hit 7 angka bulan 12 haritu.

Sass ni orang nya muda lagi tau! Dari muda lagi memang dah start berniaga! Macam2 bisnes dia pernah buat! Dari jual gajet, fon, pernah jadi ejen orang smpai la skrg memang dah run bisnes sendiri.

Dan mula la bisnes jual air Chanrakter ni. Pernah mengadu sales statik je, tak berkembang! Sampai lah dia join sifuBad 2019.  Dan selepas dia dapat advice, dia guna strategi sales funnel & launching yg dia belajar terus sales BOOM! Kalau dulu sales dia statik dari rm200k-300k lepas dia apply, dia belajar, terus naik sehingga rm500k!

Dari join kelas biasa, sampai la dia join kelas CEO 2020 masa bulan Ogos tahun lepas. Lepas join kelas ni belajar pulak teknik macam mana nak rekrut ejen, guna teknik marketing yg di belajar mcm influncer mktg, guna media sosial yg viral mcm tiktok dan IG Marketing. Dngar cerita, sekarang SASS ada keluar new produk Chanrakies. Belum launch dah sold out, ya Allah! Nampak kan perjalannya?

NAOMI- LEDEE

Okay ni pulak Naomi! Pernah dngar brand Ledee? Ledee alaaa siapa yg tercari cari suplement nak kurus tu!

Anak kelahiran dari sabah ni berhijrah ke Kl dan pernah bekerja di receptionist hotel dan pernah jgak kerja kilang! Okay lepas je berhenti kerja, dengan saving yg dia ada, dia start run bisnes sendiri. Dia ni dulu memang zero knowledge pasal bisnes! tak tahu mktg.. tak tahu live.. tak tahu ads.. tak tahu research product..taktahu bina team.. taktahu launching, dan segala2nya lah!

Walaupun 2 tahun yang lepas buat bisnes langgar dinding, tapi nak tahu tak apa rahsianya skrg yang buat dia lebih grow? Dulu, dia ni rajin usya ig sifuBad, beli buku2 sifuBad dan dari situ dia dapat idea nak growkan bisnesnya. Sales dia naik sikit2 dari 1k sampai la boleh hit 10k.. Dan Lepas daripada tu, join pulak seminar2 yg sifuBad anjurkan naik lagi sales 30k!

Dan ada satu masa ni, sales dia stuck smpai 30k je! Apa yg membuatkan sales dia naik lagi? Dia belajar development produk, development brand dan strategi marketing!

Dari situ dia improvekan bisnes sampai la akhirnya dia boleh capai revenue atas 300k bulanan! Fuhh! Dan sekarang pun dia berada dalam circle CEO yg mana dia memang berhak dan layak atas semua usaha dia selama ni!

NATRAH & HAZIQ- IVETPETCARE

Siapa kat sini buat bisnes servis jugak? Macam pasangan Dr Ivetpetcare ni sekarang dah jadi dokter haiwan jutawan tau! Haaa..siapa cakap bisnes jual produk je boleh jadi jutawan? Bisnes servis pun boleh jadi jutawan ,asalkan tahu cara.

Ada juga student CEO saya yg buat bisnes servis, dah cerita di blog haritu. Korang boleh scroll2 ye!

Kalau nak tahu, Dr haiwan ni pun active tiktok juga brandnya sedang naik. Yg boleh saya kata di Malaysia ni tak ramai veterinary buat mcm pasangan Dr ni buat! Hohoho

Apa yang membuatkan bisnes dokter haiwan jutawan ni grow? Korang mesti nak tahu kan? Salah satunya adalah marketing berterusan! Contoh nya, buat content yang memberi information dan sharing kepada orang dan dia sangat konsisten tau! Dari situ dia cipta autoriti yang mana tingkatkan trust orang terhadap service dan bisnes yang dia jalankan!

Nak bagitahu lagi ni, dia ni start dari bawah juga bukannya berguru atau masuk kelas sifuBad je terus lompat join The CEO. Tidak! Saya pun akan suggest bermula dari darjah 2 dulu. Korang boleh check out ig bisnes diorang ni (kalau rajin lah).

ANISSA FAIZUL- AF BEAUTY

Haaa ni pulak kisah Inspirasi gadis kelantan ni. Nama nya Anissa Faizul. Alaa.. yang geng2 Mael Totel tu haa,, Suaminya youtuber terkenal. Orang kelantan mesti lebih kenal dengan instafamous ni iaitu Anissa founder Anissa Beauty ni.

Pengakuan dari Anissa sendiri sebelum ada mentor“Nissa ingat dengan follower yang Nissa ada, dah cukup dah senang nak buat sales, tak perlu cari guru/ mentor2 ni! tapi rupanya sia-sia je selama setahun buat bisnes sebab takde ilmu dalam bisnes yang betul”.

Instafamous pun rasa perlu ada bimbingan ini kan pulak kita ni orang yang biasa2 jah..Anissa ni dulu pun start dari bawah jugak. Mula2 join kelas sifuBad iaitu Missing Chapter sales. Lepas belajar, terus apply dalam bisnes dan terus nampak result dari 40k naik ke 150k..

Then masa tu dia decide nak upgrade lagi ilmu dia join pulak kelas 2 Comma Tribe. Dengn Strategi yang dia belajar masa kelas, Dia improve copywriting iklan dia, cara posting yg betul, strategi marketing dan sebagainya la.. Resultnya naik sampai 200k.

Dia niat dan usaha, Alhamdulillah, sekarang dia dah berada dalam circle CEO. Ni lah salah satu azam Anissa yg mana dia berhajat nak berada dalam circle CEO sifuBad. Kenapa dia nak join sangat level CEO ni? Sebab dekat level CEO ni majoriti semua sales dah cecah smpai 7 angka. Amazing bukan? Then dari situ dia banyak belajar dari founder2 lain dari segi strategi, risiko, problem yang founder2 hadapi. Ni lah usaha dia dari zero marketing, takde mentor yang guide tapi lepas join sifubad sekarang dah cecah lebih 6 angka.

FATIN- MONSTER.MY

Pernah dengar brand cookies Monstr.my packaging dia yang kaler kuning tu! Foundernya bernama Fatin. Siapa pernah makan brownies dengan cookies dia kompem korang akan repeat lagi! Tak tipu ni.. Haaa kalau korang nak tahu, Fatin Monster ni start buat bisnes kecil2 dari rumah je. Buat sikit2 je masa tu. tapi masa tu buat brownies bukan biskut. Itupun sebab musim je laku..

Dia ni pun bermula dari A to Z jugak. Sebelum brand dia meletops lagi memang buat apa2 sendiri je dari baking brownies sampai la reply semua whatsapp customer pun sendiri jugak.  Modal pun start dari rm40 je masa tu.

Start join kelas sifuBad 2017. Masa tu boleh dikatakan memang zero knowledge dalam bisnes ni. Masa mula2 belajar sales dah boleh capai 20k.  Tapi sekarang lepas dah makin bnyak ilmu makin grow lagi sales dah cecah lebih 6 angka sebulan dan pada tahun 2020 dia berada dalam circle2 CEO sifuBad yang hebat2. Fuhh! Amazing founder Monster.my ni.

Nak tahu strategi yg dia gunakan? First, Rebranding brandnya dari brownies monster cookies kpd Monstr.my! Lebih simple, lebih diingati, dan ofkos lebih padu! Kaler brand dia yg kuning tu pun dia start dgn research spaya betul2 ‘tangkap’ mata audiens utk membeli. Yang kedua dia guna funnel strategi yang dia belajar masa dalam kelas. Dari jualan direct pada pelanggan secara online, dia develop agent. Bila agent saja dan bertambah dari situ la sales dia memang naik kaw2!

Fuhh ni la hasil usaha founder Monster.my ni. Siapa kata orang yg famous je boleh berjaya? Buktinya founder Monster.my ni pun org biasa2 je yang dah pun berjaya naikkan brandnya. Tak semestinya kena famous baru boleh berjaya. Semuanya ada jalan dan cara. Kuncinya adalah konsisten dan berusaha. Dapat?

Tak ada yang mustahil kan? Kalau diorang pun bermula dari bawah, zero, bisnes dah jalan tapi masih terabur. Sekarang, mereka mampu buktikan! Saya percaya, hasil yang kita akan dapat, bergantung pada effort dan kepantasan kita bertindak sekarang!

Okay, sekian saja sharing saya. Terima kasih sebab sudi baca article ni sampai habis.

Similar Posts

4 Comments

  1. salam sifu. Saya dah jual mcm2 brg dan dah join agent mcm2 produk.
    Latest saya buat gubahan/ dexo/ suprise gift, agent dexandra dan agnet sabun baju.

    Saya x sure bisness mcmna yg saya nak buat.
    semuanya x lah dpt pulangan yg besar.

    apa pendapat sifu?

  2. Sifu, minta ajar cara naikkan sales.. saya buat bisness semua nya Sendu..

    Saya tak tahu nak buat macam mana.. bantu saya sifu

  3. Sifu, sy power marketing offline. 1st year sy resign, focus naikkn bsnes, sy blh hit 1 mil. Hanya marketing offline. Tp ad bnda sy silap, sy rasa sy terlmbt nak grab teknik online marketing. Kalau sy blh combine dua2, sy rasa sy blh create multi mil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *