INILAH MINDSET YANG FOUNDER PERLU ADA UNTUK JADI LEADER DALAM BISNES

Korang pernah tak fikir, apa yang membezakan founder yang luar biasa, dengan founder yang biasa2?

Mungkin ramai yang ingat, bisnes hanya melibatkan produk, management, atau strategi marketing.

Tapi sebenarnya, ada satu perkara yang lagi penting iaitu.. mindset atau cara berfikir founder.

Kenapa Mindset Founder Sangat Penting?

Sebabnya, mindset ni akan mempengaruhi tindakan, keputusan, dan sikap kita dalam dunia bisnes.

Kalau mindset kita tak betul, memang susah nak bawa bisnes ke tahap yang lebih tinggi.

Mindset yang betul boleh mempengaruhi kejayaan atau kegagalan bisnes.

Dengan mindset yang betul, founder boleh hadapi cabaran dengan lebih berani, lebih bijak, dan lebih positif.

Diorang tak mudah give up kalau ada masalah dan sentiasa cari penyelesaian.

Kalau mindset founder tak betul? Apa yang akan jadi kepada bisnes kita?

  1. Cepat Gagal: Bisnes gagal walaupun baru je bermula. Bila mindset tak betul, founder akan buat keputusan yang salah dan mungkin terlalu cepat berputus asa.
  2. Susah Nak Grow: Kalau founder tak belajar dan berkembang, bisnes akan stagnan. Ini bermaksud tak ada pertumbuhan atau perubahan yang positif.
  3. Stres dan Tekanan: Mindset yang lemah boleh membawa kepada stres dan tekanan. Founder mungkin akan mengalami tekanan emosi yang tinggi kalau tak boleh atasi masalah dengan baik.

Jadi, dalam post kali ini, kita nak kaji apa mindset yang founder perlu ada untuk jadi leader dalam bisnes.

Mindset #1: Visi Yang Jelas

Ramai founder baru tak pernah fikirkan apa visi bisnes diorang. Hanya ikut2 orang, tanpa buat planning.

Tiada hala tuju yang jelas untuk masa depan bisnes.

Sebab itu, bila tiba2 ada masalah, diorang terus down dan give up.

Akhirnya, bisnes terpaksa tutup awal. Jadi, macam mana nak cipta visi bisnes ni? Kenapa ianya penting?

1. Matlamat Jangka Panjang: Bila nak cipta visi, fikirkan apa yang korang nak capai dalam jangka masa panjang, seperti 5, 10 atau 20 tahun dari sekarang.

Cuba kenalpasti matlamat utama korang. Apa yang korang nak capai dalam bisnes korang?

Nak jadi leader dalam industri apa?

Kenalpasti matlamat ni akan membantu korang faham di mana korang nak bawa bisnes korang.

2. Visi Yang Spesifik: Tanya diri sendiri. Kenapa korang nak berniaga? Kenapa korang pilih bisnes ni?

Kenapa korang nak capai? Soalan-soalan ni akan membantu korang mengenalpasti tujuan korang dan membina visi yang kukuh. Apa yang korang nak capai dalam 5 tahun, 10 tahun, atau lebih?

Ini dapat membantu korang fokus kepada matlamat yang betul.

3. Kekal Fokus: Jangan mudah terganggu dengan cabaran atau peluang lain yang boleh mengganggu visi kita.

Dalam bisnes, bila kita fokus, kita boleh jadi expert, dan orang pun akan kenal bisnes kita tu.

Jadi, jangan hilang fokus, tu lah kunci nak capai visi bisnes kita.

Dah nampak, kan? Visi ini adalah roadmap bisnes kita, ianya tak akan sama dengan orang lain.

Visi yang jelas akan buatkan kita lebih kuat untuk berusaha mencapainya, walaupun gagal berkali2!

Mindset #2: Team Work

Founder tak boleh buat semua kerja sendiri, walaupun korang hanya buat bisnes kecil je.

Kita perlu tahu leverage kerja2 untuk melajukan lagi bisnes.

Ini perkara yang founder perlu buat dalam team work.

1. Bina Team Yang Betul: Cari team yang sesuai dengan visi dan matlamat bisnes kita.

Jangan terburu-buru pilih orang. Kenal pasti kelebihan dan kelemahan diorang.

Apa kekuatan masing-masing, dan cara terbaik untuk bekerjasama.

Setiap orang perlu ada peranan untuk capai matlamat bisnes kita!

2. Komunikasi Yang Jelas: Komunikasi adalah kunci kepada teamwork yang berkesan.

Pastikan semua orang dalam team faham matlamat, tugas, dan deadline masing2.

Semua orang perlu tahu apa yang berlaku dan apa yang perlu dilakukan setiap hari.

3. Selesaikan Konflik dengan Bijak: Konflik dalam pasukan mungkin tak dapat dielakkan.

Tapi, yang penting, selesaikan konflik dengan bijak.

Jangan biarkan konflik kecil menjadi masalah besar, sehingga merosakkan hubungan dalam team.

Korang kena cipta teamwork yang kuat dalam bisnes.

Bila korang tahu macam mana nak kuasai dan manage team, korang akan jadi leader yang berpengaruh!

Mindset #3: Mental Emosi Kuat

Bisnes ni ada naik turunnya. Cabaran dan pressura yang tinggi akan selalu ada.

Sebab itu, kita perlu ada mental dan emosi yang kuat untuk hadapi semua tu.

Macam mana nak buat?

1. Sentiasa Positif: Bila ada masalah, jangan terus fikir negatif.

Tengok dari segi positifnya dan cari penyelesaian.

Positif thinking boleh bantu kurangkan tekanan mental.

Jangan panik. Panik hanya buatkan keadaan lebih buruk.

Sentiasa tenang dan fikir dengan tenang untuk mencari solution.

Kena berlatih kawal emosi dan uruskan stress dengan betul.

2. Amalkan Hidup Sihat: Gaya hidup kita boleh mempengaruhi mental dan emosi kita.

Pastikan korang amalkan diet sihat, tidur cukup, dan konsisten senaman.

Jaga kesihatan mental korang. Jangan kerja non-stop.

Luangkan masa untuk rehatkan badan dan mental.

Rehat yang mencukupi akan buatkan korang lebih bertenaga dan kuat mental.

3. Cari Mentor: Tak perlu lalui semua cabaran sendirian.

Ada banyak support di luar sana, dari rakan2, mentor, atau circle bisnes.

Boleh minta nasihat daripada diorang. Ini dapat buatkan kita lebih kuat, dan dapat banyak idea-idea baru untuk bangkitkan semula bisnes kita!

Ingat, bisnes ni bukan pasal untung je, tapi juga kesihatan mental dan fizikal korang.

Dengan mental yang kuat, emosi yang terkawal.. korang boleh hadapi cabaran dunia bisnes, tanpa rasa risau!

Mindset #4: Pantau dan Kawal Financial

Founder bisnes wajib tahu macam mana nak kawal kewangan bisnes dengan baik.

Sebab jualan bisnes kita ada masa untung, ada masa rugi.

Kalau kita belanja suka hati masa waktu senang, bisnes kita bakal ada masalah besar bila bisnes tengah down.

Jadi, ini 3 perkara utama yang founder perlu buat…

1. Buat Bajet: Korang kena tahu di mana duit masuk dan keluar.

Tulis semua expenses dan income.

Apa yang korang perlu bayar setiap bulan?

Berapa banyak yang korang boleh allocate untuk kos2 seperti gaji pekerja, pembelian inventori, atau promosi?

Korang kena tahu di mana duit digunakan, sama ada untuk pembelian stok, kos pengiklanan, atau upah pekerja.

2. Simpan Rekod:  Kena ada folder khas untuk simpan semua dokumen seperti resit, invois, dan dokumen kewangan lain.

Bila ada rekod yang teliti dan teratur, kita boleh kawal expenses dan menjalankan audit kewangan dengan lebih mudah.

Sentiasa pantau aliran tunai, buat audit berkala, dan pastikan semua urusan kewangan dalam keadaan terkawal.

Bila dah ada rekod financial yang tersusun, boleh la buat bajet bulanan, untuk pastikan tak over budget.

3. Cash Reserved: Sentiasa ada simpanan untuk kecemasan.

Ini boleh bantu korang prepare masalah tak dijangka akan datang.

Buat kira-kira dan kena decide berapa banyak cast reserved kita nak simpan setiap bulan.

Guna bila perlu je. Barulah bisnes lebih secure.

Ini boleh jadi penyelamat dalam situasi darurat seperti masalah kewangan atau krisis bisnes.

Bila kita bijak urus financial bisnes, bisnes kita akan lebih stabil.

Insha’Allah, bisnes kita tak akan tumbang walaupun dalam krisis ekonomi.

Mindset #5: Mampu Survive Perubahan Pasaran

Pasaran selalu berubah mengikut keperluan pelanggan.

Bila kita mampu beradaptasi, kita boleh bagi pelanggan apa yang diorang nak.

Pesaing juga tak akan duduk diam je. Kalau korang tak berubah, pesaing boleh kejar dan benam korang.

Nak ubah bisnes? Korang perlu buat ni…

1. Sentiasa Up-to-Date dengan PasaranBaca berita, ikuti perkembangan industri korang, dan jangan ketinggalan trend terkini.

Dengan maklumat yang terkini, korang boleh lihat apa yang bakal berubah dalam pasaran.

Pantau apa yang pesaing buat.

Mungkin ada idea yang korang boleh ambil contoh atau pelajari dari mereka.

2. Jangan Takut kepada Perubahan: Apa yang berubah? Apa yang berfungsi dan apa yang tidak?

Dengan buat perubahan, ini dapat bantu bisnes korang sentiasa relevan dalam market.

Bila ada perubahan positif yang kita perlu buat, jangan lambat bertindak.

Kalau masih bertangguh, kita mungkin akan terlepas dengan peluang baru.

Jadi, kita perlu terima perubahan sebagai satu cabaran dan peluang.

3. Bernetworking: Bina kerjasama dengan individu atau organisasi yang boleh bantu bisnes kita dalam pasaran yang baru.

Kita akan jadi lebih bersedia dengan perubahan, dan meningkatkan lagi peluang baru untuk grow.

Kalau kita bijak ambil peluang, kita boleh naik laju dengan bantuan networking.

Dunia bisnes akan sentiasa ke depan dengan teknologi dan pasaran baru, kita perlu teruskan berinovasi dan berani naik ke level baru!

Barulah bisnes kita mampu survive lebih lama.

Ada Belajar Sesuatu Hari Ni?

Perubahan teknologi, trend pasaran, dan keperluan pelanggan sentiasa berubah.

Apa yang penting adalah kita sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ni.

Kita perlu terus belajar, terus beradaptasi, dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

Founder yang ada mindset yang betul akan terus berkembang, dan akan menjadi leader yang luar biasa dalam bisnes mereka!

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *