7 STRATEGI BAGAIMANA FOUNDER 1 MINUTE MIRACLE INI KAUT UNTUNG BESAR SEHINGGA 7 ANGKA!
Ain Fatin, dia ni anak murid The CEO Sifubad sejak 2017. Mula belajar dengan Sifubad tahun 2015. Ingat lagi waktu dulu, masa dalam seminar di Wisma MCA, masa tu berlari-lari dia naik atas stage, sebab masa tu dia jadi volunteer untuk review copywriting kepada 3 orang bertuah masa tu..
Masa tu, dia dapat ayatnya – SECRET OF GLOWING OVERDOSE.. yang naikkan produk foundationnya..
Walaupun, dah naik tinggi hari ni, tapi Ain sentisa laju..
Kalau korang nak tau, dia ni founder yang sangat murah rezekinya, laju je rezekinya, mencurah-curah rezekinya. Salah satu amalan diorang ni, suka MEMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN
Saya nak share sikit rahsia kejayaan dia. Ini antara tips yang digunakan dulu sehingga sekarang adalah;
#1: Keunikan yang tersendiri
Rahsia kekuatan 1 minute miracle terletak pada USP dan value produknya, dari segi idea produk, packagingnya, warna dan aksesori yang digunakan.
Warnanya yang funky membuatkan 1 minute miracle terus menerkam dan menarik perhatian pelanggan dengan design yang sangat unik dan sangat istimewa.
Lagi-lagi produknya target rakyat marhaen, memang win sangat..
View this post on Instagram
#2: Memberi Kembali Kepada Komuniti
Foundr nya sendiri berkongsi di sebalik kejayaannya dengan membantu golongan yang memerlukan.
Contohnya di bulan puasa yang mulia ni, bersedekah kepada masyarakat setempat dengan memberikan juadah berbuka puasa.
Cuba bayangkan, jika kita rajin bersedekah rezeki yang kita perolehi akan mencurah –curah hasil daripada membantu orang lain.
Kejayaan dan kekayaan tidak memberi kita tiket untuk kita bermegah dan menyombong diri, sebaliknya rezeki yang Tuhan bagi haruslah di kongsi bersama semua.
#3: Selalu Memberi
Berkongsi rezeki dengan menghulurkan bantuan makanan kepada golongan yang kurang berkemampuan sejak pandemic Covid-19.
Dia ni setiap minggu, akan berkongsi rezeki kepada penduduk Pendang dengan bantuan makanannya..
Setiap bulan, dia buat! Lagi, banyak rumah-rumah anak yatim, tahfiz yang dia beri sumbangan..
Lagi, banyak peniaga2 kecil, termasuk tepi jalan yang dia bantu, bagi nasihat, bagi bantuan termasuk wang ringgit..
Dari tahun ke tahun, makin berjaya! Dari RM3k sblan dulu, kini boleh cecah lebih 2 juta sebulan.
Walaupun kaya berjaya, yang bagusnya dia ni sentiasa merendah diri.. Rilek-rileks ja..
NAK TAU TAK?
Ni saya share 7 point korang patut tahu sebagai founder dari perkongsian Ain Fatin,
1. Dalam persaingan tinggi, korang kena betul2 jelas siapa target market korang.
2. Dah tau target market, korang kena buat swot analysis terhadap pesaing & korang sendiri dalm market.
3. Create brand identity sendiri yang unik dan lain dari lain. BE DIFFERENT!!! Dari segi produk, packaging, spesifik value dll.
4. Founder sendiri kena banyak munculkan diri dalam kempen2 yang dijalankan. (dlm kosmetik, ni juga mencipta brand identiti)
5. Kekuatan dalam dunia kosmetik, speed, easy & quality perlu diutamakan, yang mencipta nilai utama dalam brand.
6. Brand kosmetik perlu ada “killer product” yang menjadikan brand ada sebab utama untuk pengguna terus loyal, terus repeat membeli.
7. Nak taknak, game brand awareness perlu dibuat secara konsisten, yang menguatkan kesedaran & kewujudan brand di pasaran.
Ok, dapat sesuatu hari ni?
Congrats @ain.fatin.lyana atas kejayaan berganda ni!