“MAK SURUH BERHENTI BUAT IKLAN FBADS..”

Takde yg sangka, lokasi kedai ikan patin yg jauh ke dalam kampung di Temerloh dan jauh dari jalan utama, boleh ‘tarik’ orang luar Temerloh untuk datang makan..Boleh dikatakan kedai ni akan ‘full house’ time cuti..

Jauh bezanya dari keadaan sblm2 ni..Jauh sangat bezanya.. Kalo dulu, kedai ni hanya buka time weekend jer tapi sekarang, 7 hari semiggu dibuka dan boleh dikatakan full house selalu..

Mesti ramai yg nak tahu sape gerangan yg berjaya ‘pukau’ org ramai utk datang dan makan di kedai beliau..Beliau adalah Tengku Helmieza Raihan atau nama manjanya adalah KuZa merupakan pemilik page Kancil Raja Patin yang beroperasi di Temerloh..Beliau jugak lah yang bertanggungjawab ‘menaikkan’ nama dan bisnes kedai makan milik family..

HANYA 7 EKOR TERJUAL..

Pada mula2 bukak kedai, beliau hanya fokus berniaga time weekend atau cuti umum saja…Ni disebabkan oleh tukang masak time tu adalah ibunya sendiri..Dan ibu beliau bekerja sebagai guru dan menetap di KL..

Dan selalunya, hanya 7 ekor ikan patin jer yg dapat dijual sehari..Ditambah pula, lokasi kedai time tu agak kedalam kampung dan orang luar susah nk ‘scan’ lokasi kedai dgn kurang promosi dan marketing time tu…

Bila tengok keadaan bisnes masih biasa2 dan tak de improvement, beliau ‘rimas’ dan mula mencari guru..Time tu la iklan Sifufbads selalu main lintas2 kat newsfeed henpon beliau..Dan time tu ada seminar Chapter S dibuka pada bulan october 2016…Terus beliau sign up..Dan pergi ke seminar..

SALES MULA BERUBAH LEPAS SEMINAR

Lepas abis seminar Chapter S tu, beliau balik dan terus buat apa yg dah diajar dlm seminar..Dan bisnes beliau mula nampak hasil sikit demi sikit secara konsisten.

Dan lepas seminar, beliau ‘terpaksa’ buka kedai setiap hari atas permintaan ramai. Start dari situ, beliau hanya praktikkan apa yg diajar dalam seminar..Lepas Chapter S, beliau ada join Missing Chapter dan HIIM.

Bila tanya sebab apa beliau banyak kali join seminar, ini jawapan beliau…

“Sebab setiap seminar akan ada benda baru yg saya tahu..Dan lepas seminar, terus saya apply kt bisnes saya..”

PALING TERKESAN DGN COPYWRITING

Antara perkara paling terkesan ada buatkan hidup beliau dan family berubah adalah COPYWRITING..Bayangkan…Dengan ayat copywriting yang dihasilkan oleh beliau mampu tarik customer utk datang ke kedai tanpa dipaksa..

Apa copywriting yg beliau gunakan? Mesti ramai yg nak tahu kan..Beliau gunakan copywriting jenis testimoni..Dan bila ditanya lagi, dari mana dapat idea ayat copywriting cam kat bawah ni..

“PENIPU!!! ORG KATA IKAN PATIN TEMERLOH MAHAL.KNPE KT KANCIL RAJA PATIN SEKETUL RM 10 JER???”

Ini jawapan beliau..

“Biasanya saya akan baca balik komen2 orang kat dalam page..Dan dari situ, ada seorang ni yg takut nak makan patin, sbb takut kena bayar mahal..Pendek kata, takut terkena..Dari situ la, timbul idea headline tu..”

Salah satu cara untuk dapatkan masalah dan testimoni orang adalah melalui komen2 dan review di page anda sendiri atau page pesaing..

Cara lain, anda boleh interview customer anda sendiri melalui phone, whatsapps atau secara direct..

Cara lain lagi, anda boleh buat survey..Anda boleh gunakan Survey Monkey atau yang paling mudah adalah Google Form.

SEKALI BUAT IKLAN TERUS JADI?

Ramai yang beranggap, lepas setting iklan terus jadi..Bukan semua akan berjaya lepas sekali setting..Sama gak dengan beliau, beliau terpaksa buat ‘experiment’ berkali-kali utk dapatkan ‘setting’ yang benar2 cun dan boleh jimatkan kos marketing..

Dan bila ditanya, bape budget sehari beliau buat iklan?

Simple jer jawapan beliau..

“Untuk satu post iklan, saya cuma spend RM10 sehari jer..Sebab saya tak berani nk spend banyak2..Takut..Heheh”

“Dan sy hanya pegang satu saja kata2 sifufbads, just monitor CPC bawah RM0.15..Kalo lebih RM0.15, stop dan adjust balik Copywriting/Gambar atau audience..Mudah jer..Benda ni la yg sy buat sampai sekarang..”

Bayangkan…Sampaikan mak beliau mintak benti untuk pergi seminar dan buat iklan fbads gara2 terlalu ramai yang ‘serbu’kedai..

Last skali, beliau sarankan peniaga2 kecil patut pergi ke seminar dan cari ilmu baru..Sebab rahsia kejayaan dalam bisnes adalah:

  • Sentiasa update ilmu
  • Praktik apa yg telah belajar
  • Konsisten dan tak mudah putus asa serta buat sampai jadi..

“Walaupon anda baru buka kedai, anda mesti sedia sikit budget utk marketing..Tak kira la online ke offline..Bukan apa, utk kenalkan bisnes anda kepada org ramai..”

Untuk anda yg masih baru dalam bisnes, Sifufabds WAJIB-kan anda cari ilmu dan cari mentor supaya anda tak ‘terlanggar’ dinding berulang kali..Semoga story si KuZa ni boleh beri inspirasi kat anda..

Sape sini suka makan patin? Say ‘ai’

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Firdaus says:

    Apa teknik marketing hogoh de coco buat Ea….sbb sy pun Nk buat untuk Coconut Shake sy

  2. Mohd Riza says:

    Minta send date akan datang seminar chapter s. T kasih

Program @ Sifufbads

24/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

20/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

18/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

Follow Instagram @sifufbads

  • Usahawan luarbiasa adalah usahawan yg bkn saja usahanya lebih dari
  • TheFoundrChapter class days 1  day 2  Alhamdulillah jap
  • Sifufbads percaya semua orang ada impianTapi ramai yg berani bertindakBayangkan
  • Sapa sini selalu tengok go shop ke wow shop atau
  • Untuk bina trust secara berterusanBranding perlu kuatDalam bina branding anda
  • Zaman millenial macam sekarang niOrang dh tak suka tengok iklan
  • Sifufbads nk throwback sikit pasal kisah sorang usahawan kedai makan
  • ESOK  LIVE SIFUTOK ANDA TANYA SIFUS JAWAB BERSAMA SIFU
JOM SERTAI HIIM PREMIER
JOM SERTAI HIIM PREMIER

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Ketahui Strategi Sulit Dalam HIIM Premier, Atau Terus Setia Dengan Cara Lama Yang Bakal Buatkan Bisnes Anda Terkubur!