3 Strategi Ricky Gunakan Untuk Letopskan Cantiqa!

Ini kisah brader produk kecantikan..  Ricky Syahputra, founder kepada brand, Cantiqa. Jom selami kisahnya..

JIKA DIUNDURKAN MASA 7 TAHUN KE BELAKANG…

Ricky ni dulu hanyalah peniaga pasar malam, area lembah Klang. Dia hanya bermula dengan menjual tudung sahaja. Waktu tu.. ibarat kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang. Kalau hujan? Lagilah haru… Fuhh mencabar betul hidup masa tu.

Bila berniaga di pasar malam ni.. banyak orang pandang rendah, pandang hina..

Almaklumlah pasar malam.. katanya “niaga pasar malam ni tiada masa depan..”  Itulah pandangan dari ramai orang.

Hina ke berniaga kat pasar malam ni?

Kemudian, dia start jual produk orang. Bawa masuk dari Indonesia. Lama kelamaan dia terfikir “ sampai bila nak jual produk orang? Foundernya  orang pun tak kenal..”. Baginya, kalau buat sendiri, lagi besar potensinya. Dia boleh control, plan dan manage sendiri.

INGATKAN JADI FOUNDER MASALAH SELESAI, TAPI…

Nak buat marketing, sales memang fail! Mana taknya, totally cara tradisional..

Pada tahun 2013, ada juga dia masuk Matrade pergi ke China, tapi tak kemana sebab isu modal dan kewangan.

PERTAMA KALI KENAL SIFUFBADS

First time kenal Sifufbads di youtube, tahun 2016 masa tu. Stalk punya stalk… terjumpa fb page SifufBads. Lepas tu dia follow di emel.. subscribe je email newsletter. Macam2 jenis emel yg diterimanya setiap hari.

Waktu tu dah start buat produk Cantiqa ni. Skeptikal juga sebenarnya pasal digital marketing. “ada ke orang nak beli kat online ni? Orang percaya ke?” Katanya dalam hati.

Kemudian jual juga guna online, tapi guna Fb personal jer.. kat kawan2 fesbuk je. Ada la dapat order, sebungkus dua parcel sehari.  Mana la nak pergi jauh camtu.. (menjual produk pada orang yg anda tak kenal lagi mudah dari jual pada kenalan.. #Fact.. kan kan? Hihi..

Lepas tu, terbuka hati nak join Seminar Missing Chapter tahun 2016 masa tu..gara2 galakkan dari ayahnya, yang nak sangat dia mencari mentor.

Lepas join tu, tak tunggu lagi dia join coaching program pula. Start dari situ.. macam2 belajar. Antara yang dia terus implement adalah teknik copywriting. Dalam kelas juga.. SifufBads suggest dia mencari kelainan…

Kelainan apa tu?

HIDUP DAN BISNES BERUBAH 360 DARJAH!

“lepas join SifufBads, semuanya berubah 360 darjah! Kehidupan… bisnes..” Katanya.

… jika sebelum tu sales statik je RM10,000 sebulan lepas tu naik hinggan ke RM300,000 setiap bulan!

… meroket lagi! Sehingga RM800,000 sebulan… terus join CEO!

Sekarang, Cantiqa dah capai millions sales!

Alhamdulillah… kini Cantiqa dah ada 3 branches di Johor, Terengganu dan di Indonesia.. Wow!

Bukan tu jer.. dia juga dianugerahkan dengan beberapa awards baru2 ni antaranya… Top Brand Awards, Honours Awards dan dia juga terpilih untuk menjadi ikon tekun!

Dan rezeki lagi, dia kini mampu tinggal di rumah banglo di Bangi Golf Resort.. Dan 2 biji rumah lagi.. Mula invest property, saving makin meningkat.. Tahniah2!

STRATEGI SI RICKY!

Ini antara strategi2 yg digunakannya,

  1. RECRUIT AGEN – kalau anda nak tau, Cantiqa ada lebih 1000 orang ejen, dan lebih 100 stokis. Bukan di Malaysia je tau.. di Indonesia pun hado! Hebat hebat… Yang paling best, Cantiqa develop mobile apps nya sendiri, yg mana apps ni adalah untuk manage ejen dan stokis. Segala pembelian, nak track sales adalah melalui apps ni je.. Selain tu, Ricky rajin buat training kepada ‘askar2’ dia ni.
  2. KELAINAN DALAM MARKETING – Bila produk kecantikan jer.. mesti model perempuan kan? Lepas SifufBads ‘basuh’ suruh cari kelainan.. Ricky gunakan model lelaki untuk produknya. What?? .. tup tup… produknya terus boommm time tu. Lelaki, perempuan semua guna.
  3. INTEGRATED MARKETING – Dia juga menggunakan pelbagai digital platform untuk bisnesnya. Antaranya, FB page, instagram, youtube dan website. Setiap platform ni di integratekan antara satu sama lain (online-online). Selain tu, dari platform2 online ni, dia juga tarik ke branchnya (online-offline).

Jika ditanya mengenai perancangannya untuk masa2 mendatang.. of course, macam2 planning ada. Antaranya,

  • Nak buka galeri khas untuk stokis dan agent.
  • Bercadang untuk kembangkan sayap ke negera seberang, Indonesia. Buat amsa ni kat sana dah ada 30 ejen, dan 5 orang stokis. Setiap negeri ada tau.. kat Bali, Jakarta, Jogja..  (tambah snediri).. hehe
  • Walapun kita dah di era digital.. cara konvensional jangan dilupakan.. Dia plan nak naikan billboard. Sebenarnya Cantiqa memang dalam usaha nak naikkan billboardnya dalam masa terdekat. Tunguu…
  • Berkolaborasi dengan ‘jerung2’ besar. Dan jadi ikon usahawan untuk menjadi inspirasi kepada usahawan2 lain..

Alright.. jom kita doakan kejayaaan Ricky dan Cantiqa! Amin..

Anda ada masalah seperti Ricky? Tak tahu bagaimana nak bermula? Sales statik? Tiada mentor? Masih skeptikal?

Anda nak dibantu step-by-step daripada mula? KLIK link bawah ni utk kami bantu tunjukkan step by step bagaimana nak mula & jadi seperti brader Ricky. KLIK button “learn more” di bawah ini

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *