“BISNES KAMPONG NI BOLEH PERGI JAUH KE?”- INI STRATEGI OMAKJENNY BINA BRAND PRODUK MAKANAN
Haa Korang! Hari tu team sifubad ada jumpa seorang founder ni dari Kuala Pilah @nubhan.ahamad . Siapa je tak kenal kan dengan suaranya serak-serak basah gituh, confirm buat hati korang cair bila dengar .. hehe..
Asalnya jual produk kosmetik, sekarang ni dia jual pula makanan kampung tradisional Negeri Sembilan. Alhamdulillah, sales dah capai 6-7 angka sebulan!
View this post on Instagram
Bila sampai je dekat kilang, ada pelbagai masakan dan resepi tradisional Omak Jenny seperti jual sambal, jual rendang, daging salai dan banyak lagi..
Ramai je orang tanya di luar sana;
“Bisnes makanan kampong boleh pergi jauh ke?”
“Alih-alih dekat situ jee bukan nya berkembang pun”
“Mesti pelanggan dia pun orang kampong je kan?”
Bisnes kampong ni, kalau kita mempunyai visi yang jelas, strategi dan ilmu yang kita ada confirm boleh buatkan bisnes kita pergi jauh!
Sepanjang berada di sana, kami boleh kongsikan beberapa strategi yang boleh dijadikan inspirasi untuk semua orang. Antara strategi yang digunakannya:
#1 Product development melalui Brand extension (tambahan kategori baru dalam bisnes). Asalnya, jual sambal hijau minang je, Sekarang, dia ada kategori Daging Salai, Masak Lemak Daging Salai dan Masak Lemak Itik Salai.
#2 Personal Branding melalui foundernya sendiri. Salah satu key yang boleh naikkan awareness dan convert to sales melalui personal branding founder. Yang menariknya, content marketing yang dihasilkan oleh foundernya bersama dengan omak jenny ada elemen kekeluargaan dan kasih saying.
#3 Research & Development melalui penyediaan produk dari segi packaging, penyediaan produk dan pembungkusan makanan yang menggunakan teknologi retort supaya produk boleh tahan dengan lama. Ada segmentation untuk proses penyediaan supaya proses jadi lebih tersusun dan teratur.
Korang rasa korang dapat sesuatu tak dari perkongsian kami?
Terima kasih, boleh apply dalam bisnes kami.
Banyak info. Tambah Semangat