dian pixy

Dari Dropship Jadi Tokey

dian pixy

Saya nak share citer sorang cik adik ni.

Nama dia Nurul Diana, nama manja, Dian..

Dia bermula dengan hanya jual produk org lain secara dropship, untung pun sekadar RM5 jer. Kecik giler untung..

Dian start main dropship ni pada zaman politeknik lagi. Umur dia sekarang ni, tak silap, 23 tahun..

Masa buat dropship sebagai pelajar dulu, macam-macam cobaan;

1) sibuk masa dengan belajarnya
2) kawan takde, ye la sibuk ngadap laptop aje
3) line internet slownya
4) untung ciput je .. lepas la makan nasi bungkus

Tapi tu dulu la. Sekarang lain!

Sekarang, Dian ni;

.. dah ada produk sndri! Dian Pixy. Scrub masker purple untuk keluarkan blackhead di wajah.

.. ada beberapa produk kosmetik yang lain.

.. sales bulanan, lebih RM1 juta dah sekarang. Kalau untung 10-50%, dah berapa tu?

.. agen? boleh tahan! agen pun hebat-hebat! totally main fb ads marketing.

Nak tau tak..

Bulan lepas, beliau dapat hasilkan jualan RM1.36 juta untuk tempoh 1 bulan jer..

WOW!

AMAZING 23 YEARS OLD GIRL..

JOM KITA DENGAR KISAH YANG DIKONGSIKAN SEMULA KEPADA SIFUFBADS ..

” Saya bermula berniaga dengan menjual produk orang lain selama 3 tahun.. bermula dengan dropship yang untung sekadar RM5.. pendapatan bulan pertama saya masa tu RM500..

Setiap 3 hingga 4 bulan akan bertukar produk. Takde strategi pun.. hanya jual hentam kromo saja. Mana yang laris di pasaran, tulah yang saya jual.. lepas tu baru mula berani stok.

3 tahun jual produk orang lain.. income bulanan sekitar RM3k hingga RM5k sebulan.

Purata bungkusan pos setiap hari 30 hingga 50 pcs. Saya takde ilmu.. tak pernah pergi mana-mana seminar waktu tu.. 3 tahun bertemankan google, belajar sendiri..

Selepas 3 tahun, terdetik hati nak buat produk sendiri. Saya rasa kalau produk sendiri lebih untung. Lebih mudah nak promot. Berbekalkan PENGALAMAN sendiri kononnya.. akhirnya saya kecundang.

Saya laburkan hampir semua saving saya untuk buat produk jenama sendiri.. tapi hasilnya? Takde pun yang sudi membeli. 1000 pcs di keluarkan dalam masa 3 bulan pon masih diperam.. saya pernah jadi pengemis di media sosial.. PM sorang-sorang untuk beli produk saya.. tapi sedih. Dah la produk baru, takde marketing.. sape nak percaya produk ni berkesan ke tak kan?

Masa tu betul-betul zaman kejatuhan saya, saya ingat saya boleh.. tapi tak.. pengalaman 3 tahun berniaga produk orang tak membantu saya.

Kalau promosikan produk orang lain, mereka dah ada pasaran SENDIRI tapi jika produk sendiri.. saya yang perlu tentukan pasaran saya sendiri. Dari situ, abang saya ajak untuk berniaga dgn ilmu.

Bermula dengan Sifufbads.. SEMINAR FB ADS MISSING CHAPTER 2013, seminar marketing pertama yang saya pergi.

Masa mula-mula pergi, blurnya.. Apa la yang sifu Jamal merepek ni.. CTR la, CR la, CR la, CPC la, OCPM la.. macam-macam!

Tapi paksa juga untuk belajar..

Kemudian, sambung belajar lagi dengan program mentoring sifufbads. Nov 2013..

Sekarang, alhamdulillah, selepas gunakan fb ads marketing;

Retails 100% pakai ads. Retails kalau all out bajet tinggi atau hari gaji. Sehari boleh dapat 30-40 order. Kalau tibe-tibe 1 hari terstop ads sebab acc takde duit ke flagged or reject. Memang sale boleh drop. Inbox tibe-tibe kosong.

Untuk stokis lak, macam sekarang ada 1 ads maintain run untuk pendaftaran stokis. Tak pernah stop, kalau sehari 8 orang yang daftar. Sebulan untuk pendaftaran stokis ads saja boleh dapat 200-300k. Bajet halus je untuk ads stokis ni. RM15 per day.. saya target setiap hari 5 stokis baru .

Lagi satu, dian ajar juga apa sifu ajar kat stokis. Majoriti pon stokis buat sale pakai fb ads. Dari sifu turun ke dian turun ke stokis.. tapi tak semua share. Fb ads paling banyak membantu la, kalau takde ilmu fb ads.. sapa pon tak mau jadi stokis ku hahaha..

Produk tak letak offline, memang focus 100% online.. stokis pon tak kan letak produk kat kedai.. sales memang dari fb ads la banyak tolong. Takde fb ads, sales boleh drop habis.. instagram tak pandai main macam ni la..

Alhamdullilah, tiada penyesalan.. saya bersyukur ditemukan dgn sifu Jamal.

Jualan saya yang sedih mula MENINGKAT secara perlahan.. dari 1000 pcs/3 bulan.. jadi 1000 pcs/1 bulan. Tibe-tibe ramai orang nak jadi pengedar saya tanpa perlu saya mengemis.

Jualan meningkat dari 1000 pcs kpd 3000 pcs dan meningkat lagi 10,000 pcs dalam masa SEMINGGU. Masa tu, saya rasa nak pitam. Tension sebab tak mampu uruskan produk dan permintaan..

Dalam banyak-banyak teknik fb ads yang sifufbads ajarkan, saya tak guna semuanya! Saya gunakan satu dua teknik aje..

Walaupun 1-2 teknik je,

.. Impaknya sgt LUAR BIASA!

Kalau saya praktikan semua teknik yang sifu Jamal beri. Saya fikir mungkin akan separa gila nak uruskan jualan.. sedangkan 1 teknik pon dah HURU-HARA!

Pada tahun lepas, hasil jualan produk saya adalah RM2.8 juta untuk tempoh 6 bulan.. lepas guna teknik marketing sifu Jamal, tahun ini, bulan Mac 2015 yang lepas.. sales saya capai RM1.36 juta utk tempoh 1 bulan sahaja.

Memang tak menyesal..

Hingga harini, jika saya tak faham mengenai teknik jualan. Saya masih boleh tanya sifu. Berguru dari mula, hinggalah kini.. “

MENJALANKAN BISNES ONLINE DENGAN ADA ILMU,

SANGAT PENTING!

.. anda akan rasai beza BERNIAGA DGN ILMU DAN BERNIAGA TANPA ILMU.

Anda belajar sesuatu?

Similar Posts

6 Comments

  1. Halo, Adakah anda ingin mengetahui cara menjual buah pinggang anda? Adakah anda ingin menjual buah pinggang anda untuk wang? Donor Buah Pinggang diperlukan dengan segera, Hubungi Dr Schmidt untuk menjual organ anda, untuk 240000 pound; melalui e-mel UNIVERSITYOFABERDEENHOSPITAL@qualityservice.com atau whatssap +447520637030
    Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *