7 MINDSET PENTING YANG FOUNDER BISNES PERLU ADA, SEBELUM MULA KEMPEN LAUNCHING

Sebelum buat launching, mindset kena ready dulu.

Korang plan nak buat kempen launching produk, tapi kalau tak ada mindset yang betul, boleh jadi kelaut!

Founder bisnes kena ada mentaliti yang kuat, untuk pastikan kempen berjaya dan produk meletup di pasaran.

Hari ni, saya akan share 7 mindset yang korang perlu ada sebelum buat kempen launching produk.

Nak tahu? So, jom kita tengok sama2..

#1. Speed in Action

Dalam dunia bisnes ni, kalau korang lambat bertindak, korang akan ketinggalan.

Market bisnes ni sentiasa berubah.

Apa yang trending hari ni, mungkin dah out esok.

Jadi, kalau korang ada idea baru, cepat-cepat la execute sebelum orang lain ambil peluang tu.

Kalau korang jadi yang pertama launch produk atau servis baru, korang ada kelebihan untuk capture market dulu sebelum pesaing masuk.

Orang akan ingat brand korang sebab korang yang mula dulu.

Ini yang korang kena buat kalau nak laju..

  • Jangan tunggu sampai semua perfect baru nak mula. Set dateline untuk setiap task dan pastikan korang ikut.
  • Jangan buat semua benda sorang-sorang. Belajar untuk delegate task kepada team korang. Kalau semua orang ada peranan masing-masing, kerja jadi lebih cepat siap.
  • Jangan terlalu lama nak decide something. Buat keputusan dengan cepat dan move on. Kalau salah, adjust dan belajar dari kesilapan tu.

Korang bukan sekadar buat kerja laju-laju, tapi lebih kepada bijak urus masa dan cepat bertindak bila ada peluang.

#2. Speed in Result

Pelanggan suka bila mereka nampak hasil cepat.

Contoh, kalau dorang order produk dari korang, pastikan penghantaran cepat dan tepat.

Ini akan buat pelanggan puas hati dan lebih percaya dengan bisnes korang.

Dengan hasil yang cepat, korang boleh tengok apa yang menjadi dan apa yang tak.

Kalau ada yang tak kena, korang boleh cepat-cepat ubah strategi sebelum terlambat.

Bila korang dapat hasil cepat, semangat untuk teruskan usaha tu akan lebih tinggi.

Momentum ni penting untuk keep the business growing.

Macam mana caranya?

  • Tetapkan Key Performance Indicators (KPI) yang jelas untuk setiap task dan pastikan korang pantau secara berkala.
  • Sentiasa tengok performance kempen korang. Dengan data, korang boleh buat keputusan yang lebih cepat dan tepat.
  • Pastikan setiap proses kerja korang tersusun. Pastikan setiap orang dalam team tahu peranan masing-masing.
  • Buat small testing dan adjust cepat. Contoh, kalau korang buat kempen iklan, buat A/B testing untuk tengok mana satu iklan yang lebih effective..

Dengan cara ni, korang boleh tengok hasil kempen dengan pantas dan adjust mana yang perlu untuk ensure kempen korang berjaya.

#3. No Excuse

Kalau nak berjaya dalam bisnes, korang kena buang jauh-jauh segala alasan.

Sebab, bila korang mula bagi alasan, korang sebenarnya menghalang diri sendiri dari capai potensi penuh.

Orang yang berjaya tak cari alasan, dorang cari jalan.

Bila korang tanamkan mindset ni, korang akan lebih fokus untuk capai matlamat tanpa terganggu dengan isu-isu kecil.

Korang akan lebih produktif, sebab korang akan sentiasa cari jalan untuk selesaikan masalah dengan cepat.

Bila korang selalu ada solusi instead of alasan, pelanggan dan team akan lebih percaya dan respect dengan korang.

Ini penting untuk bina hubungan yang kuat dalam bisnes.

Kalau korang dalam masalah atau ada cabaran, korang kena buat ni..

  • Bila ada masalah atau kesilapan, jangan cepat salahkan orang lain atau keadaan. Kena cari solusi. Contoh, kalau sales menurun, tengok apa yang boleh diperbaiki dalam strategi marketing korang.
  • Fokus pada penyelesaian, bukan masalah. Setiap kali berdepan dengan cabaran, tanya diri sendiri, “Apa yang aku boleh buat untuk selesaikan ni?”
  • Pastikan bisnes korang ada sistem dan proses yang teratur. Ini boleh kurangkan risiko masalah berlaku dan kalau ada masalah pun, korang ada guideline untuk selesaikan.
  • Biasakan diri dan team untuk cari solution tanpa alasan, buat kerja yang proaktif dan sentiasa improve.

Jadi, buang jauh-jauh mentaliti alasan dan jadilah founder yang berani hadapi apa saja cabaran!

#4. Giving Value

Untuk tarik dan kekalkan pelanggan, bisnes korang kena beri value kepada mereka.

Bila korang bagi value yang tinggi, pelanggan akan tertarik untuk beli dari korang.

Mereka akan nampak produk korang lebih berbaloi daripada competitor.

Pelanggan yang rasa dihargai dan akan setia dengan korang.

Mereka bukan je akan repeat order, tapi juga recommend bisnes korang kepada kawan-kawan.

Bisnes yang consistently bagi nilai tinggi akan bina reputasi yang baik.

Orang akan ingat korang sebagai brand yang boleh dipercayai dan selalu deliver yang terbaik.

Macam mana nak bagi value? Ok, saya bagi beberapa idea..

  • Faham apa yang pelanggan korang perlukan dan inginkan. Contoh, kalau korang jual skincare, tanya apa masalah kulit yang mereka selalu hadapi dan apa yang mereka harapkan dari produk korang.
  • Pastikan produk korang memang berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan. Pastikan produk tu memang solve masalah pelanggan.
  • Semua orang suka benda free. Beri tambahan nilai dengan bagi freebies atau bonus bersama pembelian.
  • Selain jual produk, korang kena educate tentang cara guna produk atau tips yang relevan. Contoh, kalau korang jual produk kecantikan, buat tutorial atau blog post tentang cara penjagaan kulit yang betul.
  • Pastikan customer service korang memang tip top. Bantu pelanggan dengan cepat dan efisien kalau ada masalah atau soalan.

Korang kena buatkan pelanggan rasa dihargai, dan puas hati dengan apa yang mereka dapat, daripada produk korang.

#5. Focus on Customer Satisfaction

Bila pelanggan happy, bisnes korang pun akan berkembang dengan lebih cepat.

Fokus pada kepuasan pelanggan bukan sahaja boleh tingkatkan sales, tapi juga boleh bina loyal customer base yang akan sentiasa support bisnes korang.

Pelanggan yang happy akan recommend bisnes korang kepada kawan-kawan dan family.

Ini adalah marketing percuma yang sangat powerful.

Korang akan kurangkan bilangan complaints dan masalah yang timbul.

Ini akan buat kerja korang jadi lebih mudah dan pelanggan pun akan lebih happy.

Bisnes yang sentiasa utamakan kepuasan pelanggan akan dapat reputasi yang baik.

Orang akan percaya dan yakin untuk beli dari korang.

Macam mana nak tingkatkan customer satisfaction?

  • Sentiasa minta dan dengar feedback dari pelanggan. Tanya mereka apa yang mereka suka dan tak suka tentang produk atau servis korang.
  • Pastikan korang reply setiap mesej, email, atau call dari pelanggan dengan cepat dan efisien. Kalau mereka ada masalah, selesaikan dengan segera.
  • Sentiasa cuba beri lebih dari apa yang pelanggan jangka. Contoh, kalau mereka beli produk dari korang, sertakan nota terima kasih atau freebie kecil.
  • Reward pelanggan setia dengan program loyalty. Contoh, beri diskaun khas atau point yang boleh ditebus untuk pembelian akan datang.
  • Personalisasikan servis korang untuk setiap pelanggan. Contoh, ingat nama mereka dan history pembelian mereka. Ini akan buat mereka rasa lebih dihargai dan istimewa.
  • Sentiasa cari cara untuk improve produk dan servis korang. Kalau ada feedback negatif, ambil sebagai peluang untuk improve.

Kalau korang nak bisnes grow dan boleh sustain lama, inilah yang korang patut buat.

#6. Willing to Face Challenge

Dalam bisnes, korang akan sentiasa berdepan dengan macam-macam cabaran.

Daripada masalah dengan supplier, persaingan sengit, hingga isu dalaman syarikat.

Tapi, founder yang berjaya adalah mereka yang berani hadapi semua cabaran ni dengan hati terbuka dan minda positif.

Setiap kali korang hadapi cabaran, korang akan dapat pengalaman baru yang boleh bantu korang jadi lebih baik dan bijak dalam bisnes.

Ini akan buat korang lebih kuat dan tahan lasak.

Korang akan belajar untuk tak mudah putus asa dan terus bangkit walaupun jatuh.

Korang akan cari cara baru dan kreatif, untuk selesaikan masalah yang mungkin tak pernah terfikir sebelum ni.

Sebagai founder, cara korang hadapi cabaran akan jadi contoh kepada team korang.

Kalau korang berani dan positif, team korang pun akan ikut dan jadi lebih bersemangat.

Bila korang rasa nak give up dan stop buat bisnes, apa nak buat?

  • Sentiasa kekalkan mindset positif dan optimis. Lihat setiap cabaran sebagai peluang, bukan halangan. Contoh, kalau sales drop, anggap itu peluang untuk improve strategi marketing korang.
  • Kuatkan kemahiran problem-solving korang. Latih diri untuk tengok masalah dari pelbagai sudut dan cari solusi yang paling efektif.
  • Bila ada cabaran, tetapkan matlamat jelas untuk apa yang korang nak capai. Korang akan lebih fokus dan tak mudah terganggu dengan masalah-masalah kecil.
  • Jangan takut gagal. Anggap setiap kegagalan sebagai pelajaran yang berharga. Contoh, kalau campaign marketing tak berjaya, analisa apa yang salah dan belajar dari situ untuk campaign seterusnya.
  • Jangan hadapi cabaran sorang-sorang. Libatkan team korang dan minta bantuan bila perlu. Ini boleh buatkan masalah jadi lebih mudah untuk diselesaikan.

Jadi, korang boleh hadapi apa sahaja cabaran yang datang, sentiasa bersedia dan berani untuk capai kejayaan!

#7. Planning & Strategy

Macam mana nak buat bisnes yang mantap kalau tak ada perancangan yang jelas dan strategi yang padu?

Founder bisnes yang berjaya tahu betapa pentingnya untuk merancang dengan teliti dan ada strategi yang kukuh.

Dengan perancangan yang baik, korang ada arah tuju yang jelas.

Korang tahu apa yang nak dicapai dan langkah-langkah untuk sampai ke situ.

Ini boleh bantu korang lihat potential problems dan sediakan backup plan.

Ini boleh kurangkan risiko kegagalan.

Strategi yang baik akan bantu korang guna resources dengan optimum.

Tak ada pembaziran masa, tenaga, atau wang.

Korang boleh track progress dan tengok sama ada korang on track, atau perlu adjust mana yang patut.

Tak tahu cara buat planning? Saya explain secara ringkas..

  • Pastikan matlamat korang jelas dan spesifik. Contoh, “Saya nak naikkan sales sebanyak 20% dalam masa 6 bulan”.
  • Buat research tentang market, competitor, dan target audience. Fahamkan trend semasa dan apa yang pelanggan korang perlukan.
  • Bina strategi yang jelas untuk capai matlamat korang. Contoh, kalau nak naikkan sales, strategi korang mungkin termasuk peningkatan aktiviti marketing, promosi khas, atau collaboration dengan influencer.
  • Tetapkan Key Performance Indicators (KPI) untuk setiap bahagian dalam strategi korang, untuk tengok sama ada korang on track atau perlu buat adjustment.
  • Sentiasa review progress dan adjust strategi bila perlu. Kena ubah plan kalau korang nampak ada cara yang lebih efektif.

Dengan cara ni, korang boleh pastikan bisnes berjalan dengan lancar dan capai semua objektif yang korang tetapkan.

Korang kena ingat, fail to plan, plan to fail!

#8. Dare to Invest

Kalau nak grow bisnes, korang kena berani melabur.

Tak kiralah melabur dari segi masa, tenaga, atau duit.

Investment yang bijak boleh jadi game changer untuk bisnes korang.

Tapi ramai yang takut nak melabur sebab risau risiko.

Investment yang betul boleh bantu bisnes korang grow dengan lebih cepat.

Contoh, melabur dalam teknologi baru atau marketing campaign yang besar boleh tarik lebih ramai pelanggan.

Dalam dunia bisnes yang penuh persaingan, korang kena sentiasa ada kelebihan.

Melabur dalam research and development (R&D) atau training staff boleh pastikan bisnes korang sentiasa up-to-date dan kompetitif.

Korang boleh tingkatkan efisiensi dan inovasi dalam bisnes.

Ini boleh bantu korang jadi lebih produktif dan kreatif.

Pelaburan yang baik boleh bagi pulangan jangka panjang.

Contoh, invest dalam branding atau customer relationship management boleh bina asas bisnes yang kukuh untuk masa depan.

Sebelum mula apa-apa investment, ini step yang korang patut buat..

  • Fahami apa yang bisnes korang perlukan untuk grow.
  • Sebelum melabur, buat research yang mendalam. Tengok trend pasaran, analisa competitor, dan fahami risiko yang terlibat.
  • Tak perlu terus melabur besar-besaran. Mulakan dengan small steps dan lihat hasilnya. Contoh, kalau nak buat marketing campaign besar, cuba dulu dengan budget kecil untuk test keberkesanannya.
  • Sentiasa monitor hasil pelaburan korang dan buat adjustment bila perlu. Kalau nampak sesuatu pelaburan tak memberi pulangan yang diharapkan, kena ubah strategi.

Boleh faham? Jadi, korang kena berani melabur nak berjaya dalam bisnes!

#9. Acting as Leader

Seorang founder bukan je kena urus bisnes, tapi juga kena jadi leader.

Korang kena jadi contoh yang baik untuk team..

Seorang leader yang hebat, tahu macam mana nak motivate team, buat keputusan bijak, dan mampu handle challenge dengan tenang.

Seorang leader yang baik juga, boleh motivate dan inspire team untuk bekerja dengan penuh semangat dan produktif.

Bila team korang motivated, productivity pun akan naik.

Sebagai leader, korang kena buat keputusan penting yang akan affect bisnes korang.

Keputusan yang bijak boleh bawa bisnes ke tahap seterusnya.

Seorang leader yang power boleh handle cabaran dengan tenang dan berkesan.

Mereka tahu macam mana nak cari solusi dan keep the team focused walaupun dalam keadaan sukar.

Leadership yang baik boleh bina culture kerja yang positif dan supportive.

Ini penting untuk kekalkan morale dan loyalty dalam team.

Macam mana nak jadi seorang great leader?

  • Sentiasa communicate dengan jelas dan terbuka dengan team. Dengar pendapat dan feedback mereka, dan pastikan semua orang faham visi dan matlamat bisnes.
  • Bagi team korang peluang untuk berkembang dan ambil tanggungjawab. Contoh, delegate tugas penting dan beri kepercayaan kepada mereka untuk handle projek.
  • Pastikan team korang ada semua tools dan resources yang mereka perlukan untuk berjaya. Contoh, training, software, atau apa saja yang boleh bantu mereka buat kerja dengan lebih baik.

Ini dapat buatkan korang jadi leader yang luar biasa dan inspirasi untuk team korang.

Belajar sesuatu hari ni?

Jadi, sebelum korang mula kempen launching produk, pastikan korang dah ada mindset-mindset ni.

Bila mindset betul, korang bukan je boleh naikkan sales, tapi juga bina brand yang kuat, buat pelanggan setia dengan produk korang, dan kurangkan risiko kegagalan.

So, dah ready untuk launch?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *