|

KONSISTEN – KUNCI UTAMA NAK SUSTAIN DALAM BISNES

Ada ramai founder naik.. Brand naik.. sales naik.. Agen naik.. Hartanya juga naik.. Populariti naik.. Kehebatan naik…

Tapi, cuba lihat sekeliling kita..

Founder-founder terdahulu..yang dulunya naik, mahsyur, popular, harta melimpah ruah.. tapi, sekarang hilang..

Mungkin hilang, mungkin jadi underground.. mungkin menurun …

Memang bukan senang untuk sustain.. Bukan senang untuk bertahan..

Dan salah satu sebabnya, TAK MAMPU UNTUK KONSISTEN!

  • Konsisten dalam marketing!
  • Konsisten dalam branding!
  • Konsisten dalam recruiting!
  • Konsisten dalam inovation!
  • Konsisten dalam people development!
  • Konsisten dalam market research.

Dan sebagainya!

“MACAM MANA NAK KONSISTEN?”

Tips saya;

1. Set visi, target & plan jelas lagi detail untuk apa yang kita nak buat.

2. Kena tingkatkan ‘burning desire’ untuk berjaya, untuk naik, dengan sebab & semangat yang sangat kuat.

3. Beri reward & penalty sekiranya berjaya konsisten, dan juga sekiranya tidak berjaya atau cuba tidak konsisten.

4. Kena paksa diri! Nak paksa, perbesarkan akibat/implikasi yang boleh berlaku sekiranya kita tidak konsisten.

5. Cari orang yang boleh push kita, monitor kita, tegur, perbaiki kita sekiranya kita tidak konsisten..

“Beza mengapa orang lain lebih berjaya, tapi mengapa kita belum berjaya adalah bergantung kepada konsistennya kita atau tidak..”.

Nak mulakan sesuatu mungkin senang.. Nak buat sesuatu yang hebat mungkin senang..Tapi, nak konsisten buat sesuatu tu, bukan senang…

Cuba tengok founder-founder berjaya dalan dunia bisnes ni.. Antara kekuatan mereka, adalah KONSISTEN!

  • Konsisten dalam training?
  • Konsisten dalam marketing?
  • Konsisten dalam bina content?
  • Konsisten recruitement?

Ya, apapun yang kita buat kena konsisten. Dalam beribadat pon kena konsisten… Dalam menjaga anak pon kena konsisten..

SIAPA YANG KONSISTEN, BIASANYA AKAN MENANG..

SIAPA YANG KONSISTEN, BIASANYA TAKKAN MUDAH MENGALAH…

SIAPA YANG KONSISTEN, BIASANYA LEBIH BERKOMITMEN UNTUK CAPAI KEJAYAAN..

BETUL TAK?

Ok, dapat ye.. Semoga korang semua terus konsisten dengan usaha korang dalam bisnes. 🤲🏻 AMIN!

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *