|

57 Tips Branding Online

“TENSIONNYEERR! SEKARANG NI MEMANG SUSAH BETUL NAK DAPATKAN PELANGGAN! NAK DAPAT WHATSAPP SUSAH, KOMEN SUSAH, PM SUSAH… SEMUALAH SUSAH!”

Adakah anda orangnya yang mengalami masalah seperti di atas ini? Jika bukan, sila tinggalkan posting yang bakal mengambil masa anda lebih dari 7min ini. Jika ya, teruskan bacaan sehingga point terakhir.

Tahun 2018 – Tahun yang sesangat mencabar untuk mereka yang berbisnes. Hasilnya semakin ramai yang terpaksa bungkus kedai, terpaksa exit dan giveup.. Mengapa ia mencabar? Apakah puncanya? Nak tahu? Anda memang patut tahu apakah asbab yang menyebabkan persaingan bisnes makin tegang. Ni antara sebab-sebab utamanya ;-

1. Semakin ramai orang berniaga
2. Produk yang tumbuh bak cendawan
3. Supply over demand
4. Zaman millennial mengubah pattern pembelian
5. Pengaruh millennial behavior

Inilah antara asbab utama yang menjadi cabaran dan halangan besar dalam dunia bisnes pada tahun 2018 ini.

“BETUL TU! ABES TU, MACAM MANA NI SIFU? BOLEH BANTU SAYA TAK! APA SAYA PATUT BUAT SEKARANG NI?”

Sabar.. Tenang.. Masih ada jalannya, inshAllah Sifufbads akan kongsikan 1 daripada 9 strategi bagaimana atasi masalah ini. Nak tahu? Teruskan bacaan ye.

Salah satu strategi yang bakal Sifufbads kongsikan adalah – TIPS & TRICKS : BRANDING ONLINE..

Yes! Kalau anda nak tahu.. Antara faktor utama orang membeli sesuatu produk adalah kerana branding. Perasan tak, kita lebih selesa, percaya dan mudah untuk beli sesuatu produk apabila kita kenal dan tahu tentang brand tersebut. Jika tidak, ia akan ambil masa untuk berfikir dan akhirnya tak jadi membeli. Begitulah juga tanggapan prospek terhadap brand anda.

Orang selalu kata.. “Tak kenal makanya.. Tak Tahu!” Bukan tak cinta..

That’s why kita kena bagi orang kenal dengan brand kita dulu. Harini Sifufbads akan kongsikan 57 Tips & Tricks Branding Online yang paling latest, paling up-to-date dan paling proven untuk anda implementkan pada tahun 2018 ini!

Jom baca satu per satu point kat bawah ni;-

#1. PEMILIHAN NAMA – Nama mainkan peranan yang penting. Brand & produk adalah dua perkara dan nama yang berbeza. Ramai orang selalu buat kesilapan ini, nama produk dijadikan sebagai nama brand!

Pstt.. Starbucks dulu nak dapatkan nama tu terpaksa listkan lebih dari 100 pilihan nama. Anda ada berapa pilihan nama? Hehe..

Kaitan : Tips penjenamaan di Facebook –> KLIK SINI

#2. KNOW YOUR BRAND – Kenal pasti apakah keunikan brand anda (USP). Anda perlu tahu kekuatan brand anda dan apa yang membezakan brand anda dengan pesaing lain. Dengan itu barulah boleh fokus dan highlight apa kekuatan/keunikan brand anda.

#3. PERSONAL BRANDING – Disamping ada brand/company profile. Anda juga perlu gunakan personal profile sebagai booster untuk kuatkan branding anda. Bina FB & IG profile untuk promote brand anda.

#4. ‘BRAND IS NOT JUST A BRAND’ – Selain bina branding semata-mata, objektif yang sebenar-benarnya adalah anda harus fokus pada berikan pengalaman kepada pelanggan atau bakal pelanggan anda. Dengan cara apa? Berikan value, tambah nilai atau sesuatu yang bakal beri manfaat pada mereka. JUAL PENGALAMAN…

#5. GUNAKAN #HASHTAG PADA SPESIFIK KEMPEN – Cipta kempen hashtag anda sendiri. Buatkan orang ingat dan tertanya-tanya tentang hashtag anda. Cara paling mudah mungkin motivasi atau kata-kata hikmat dari brand anda.

#6. “CREATE YOUR POSITIONING” – Salah satu strategi pantas untuk membuatkan orang membeli dengan brand anda adalah dengan mencipta positioning yang betul dan tepat dengan kehendak audiens.

Contoh.. Bila orang fikirkan tentang ubat gigi mesti fikir colgate.. Bila fikir tentang ayam goreng fikir kfc.. So apa yang anda nak orang ingat tentang brand anda?

#7. MAXIMUMKAN PLATFORM DIGITAL MARKETING – Gunakan semua platform online yang ada. Semakin kerap orang nampak brand anda semakin mudah orang nak ingat tentang brand anda. Buatkan orang nampak brand anda dimana-mana.

#8. BINA RUMAH ‘VIRTUAL’ ANDA – Dalam dunia online marketing tak sah kalau tiada website atau blog. Ia mampu kuatkan brand anda dan ianya bakal dijadikan sebagai hub untuk pelanggan dapatkan informasi tentang produk dan brand anda di dalam online.

#9. UNDERSTAND YOUR CUSTOMER – Untuk buatkan orang lebih mudah dan cepat untuk ingat brand anda, pilihlah bakal pelanggan yang tepat. Caranya? Lakukan survey atau audience segmentation. Kemudian buat iklan yang matching dan pastikan ia adalah kehendak pelanggan atau masalah pelanggan.

Kaitan : 5 tips ketahui fahami audiens  –> KLIK SINI

#10. CHAT SUPPORT 24/7 – Bakal pelanggan atau pelanggan lebih gemar apabila segala soalan atau persoalan dapat dijawab oleh anda. Secara tak langsung anda juga sedang membina relationship dengan mereka. Jika anda brand baru elakkan daripada menggunakan robot! Orang tak suka berurusan dengan robot.

#11. 1 NAME FOR ALL PLATFORM – Ramai orang buat silap. Gunakan nama yang berbeza pada platform yang berbeza. Salah! Anda sepatutnya gunakan 1 nama yang sama pada semua platform lain. Tujuannya? Bagi orang mudah ingat, hafal dan tahu tentang brand anda!

#12. GET YOUR AUTHORITY – Pelanggan lebih percaya dan yakin apabila sesuatu brand mempunyai endorsement daripada mereka yang berpengaruh seperti artis, tokoh, social media influencer dan lain2. Buat produk review atau dapatkan testimony.

#13. MORE COMMUNITY MORE BETTER – Semakin ramai yang berikan feedback positif atau testimoni pada brand anda semakin mudah untuk anda buatkan bakal pelanggan membeli dengan anda.

#14. CREATE YOUR FOLLOWERS – Jangan pernah berhenti mencari followers baru. Salah satu cara untuk bina raving fans iaitu follower tegar, anda harus sentiasa recruit yang baru kemudian berikan content marketing.

Kaitan : Tutorial tingkatkan follower fanpage –> KLIK SINI

#15. HIGH FREQUENCY HIGH AWARENESS – Anda boleh gunakan posting yang sama pada semua platform digital anda. Contoh, posting yang sama di facebook, anda gunakan juga di IG, blog dan lain2.

#16. HIGH IMPRESSION HIGH TRUST – Buatkan orang nampak anda berulang-ulang kali dan kerap dalam masa satu hari. Katakan anda ada 5 platform digital, setiap hari anda lakukan 3 posting, 5 x 3 = 15x orang nampak tentang anda dalam masa sehari. Belum termasuk iklan berbayar seperti fbads, instaadss, googleads dan lain2.

#17. CREATE RELATIONSHIP – Mereka suka apabila persoalan mereka mendapat respons. Contohnya hanya dengan like, reply komen, PM dan lain2. Secara tak langsung anda telah meningkatkan lagi relationship dengan bakal pelanggan/pelanggan anda.

#18. RELEVANT CONTENT – Message atau content marketing yang nak disampaikan pada followers anda haruslah relevan dengan produk/servis anda. Supaya anda dapat menghasilkan followers yang berkualiti. Content anda itulah yang menggambarkan siapa bakal pelanggan anda. Jika lemah dan tiada kaitan maka makin susah untuk convert jadi pelanggan.

Kaitan : 7 idea killer content marketing –> KLIK SINI

#19. COLLECT YOUR DATABASE – Tak guna kalau berniaga 20 tahun pun tapi masih tiada database. Gunalah walaupun ianya kaedah percuma seperti google forms, sheets dan lain2. Jika yang berbayar anda boleh pilih seperti Getresponse, Aweber dan banyak lagi.

Kaitan : Cara pantas kumpul database –> KLIK SINI

#20. PERSONALIZE & RELATIONSHIP – Email autresponder adalah salah satu platform online yang boleh bantu tingkatkan relationship anda dengan pelanggan atau bakal pelanggan. Kerana terdapat fungsi menyebut nama si penerima, ini membuatkan keadaan jadi lebih friendly.

#21. LIVEFEED IS A KILLER WEAPON – Ada sesetengah usahawan yang masih belum mula menggunakan LIVEFEED kerana malu dan takut tiada respons. Percayalah, anda harus bermula sekarang. Mark Zuckerberg sendiri berkata, livefeed adalah salah satu tools paling efektif untuk meningkatkan engagement dengan audiens anda. Do it now or never!

Kaitan : Idea LIVEFEED –> KLIK SINI

#22. CONTENT CONTENT CONTENT – Zaman millennial tak suka di jual. Maksudnya, mereka tak suka apabila terlalu kerap nampak posting yang berbentuk iklan. So bagaimana nak approach mereka? Kena gunakan content marketing, seperti tips, idea, engage, beri sample dan lain2.

#23. INCREASE YOUR NUMBERS – Semakin banyak numbers pada posting anda seperti like, comment, share, retweet, review, rating dan lain2 semakin dekat bakal pelanggan anda untuk menjadi pelanggan anda. Numbers membuatkan mereka jadi lebih percaya dan curiousity terhadap brand anda.

#24. SHARE YOUR STORY – Salah satu cara terpantas untuk buatkan orang ingat/ suka / inspirasi pada anda atau brand anda ialah dengan cipta story. Yes! Real story bukan rekaan, berkaitan tentang perjalanan hidup anda dalam dunia bisnes. Buatkan mereka terinspirasi. Contohnya Mamadil, salah satu senjata rahsia yang membuatkan brandnya naik dengan cepat adalah melalui story di fb personalnya.

#25. CREATE SOCIAL PROOF – Kebiasaanya bakal pelanggan takut untuk jadi yang pertama. That’s why anda perlukan testimony atau feedback yang banyak dari pelanggan sedia ada anda. A customer can create another customer.

#26. CONTEST & GAME – Salah satu kaedah pantas untuk membina relationship dan engagement yang mana akhirnya win kepada branding anda adalah dengan melakukan contest di social media anda. Banyak kelebihan dengan contest ini, antaranya; follower baru, engagement meningkat, awareness dan banyak lagi.


#27. INTEGRATED MARKETING – Jangan berharap pada satu platform sahaja terutamanya facebook atau Instagram. Gabungkan kesemua platform digital marketing, contohnya dari fb bawa ke blog dan dari blog bawa ke website dan seterusnya.

#28. VIRAL MARKETING – Fikirkan sesuatu content yang boleh jadi viral dan of course akan meningkatkan brand awareness anda. Tips hasilkan content yang viral adalah lakukan sesuatu yang relevan pada isu dan situasi semasa. Namun anda harus ketahui yang viral marketing bersikap sementara. Oleh itu, anda harus support dengan website dan lain2.

#29. OMNICHANNEL SUPPORT – Selain menggunakan satu platform seperti whatsapp untuk customer service, anda juga perlu pelbagaikan lagi channel seperti wechat, mobile web, video messanger, telegram dan lain2.

#30. WORDL CLASS DESIGN – Design yang digunakan haruslah menepati elemen creative marketing, bukan hanya semata-mata design sahaja. Fikirkan bagaimana design yang mampu menarik perhatian audiens. Ia wajib ada elemen beremosi dan menjual.

#31. PROBLEM SOLVER – Untuk grab attention audiens. Bina posting yang mampu menyelesaikan masalah audiens. Samada dalam bentuk tulisan, video ataupun livefeed. Jika ia adalah betul-betul masalah audiens, anda pasti akan dapat engagement yang sangat tinggi!

#32. VIDEO MARKETING – Salah satu cara untuk upgrade brand anda ke new level dengan lebih cepat adalah dengan banyakkan guna video. Mungkin video corporate, video testimony, video story, video tutorial dan macam2 lagi. Fikirkan satu kemudian iklankan!

Kaitan : Impak video marketing –> KLIK SINI

#33. CREATE A CHARACTER – Elakkan dari menggunakan nama ganti diri admin, sis atau bro. Sebaiknya gunakan nama anda sendiri atau cipta satu supaya ia lebih mesra dan senang diingati oleh audiens. Audiens akan lebih suka jika mereka tahu dengan siapa mereka berurusan.

#34. KONSISTENSI – Anda haruslah konsisten dalam melakukan posting pada platform digital anda. Bukan seminggu sekali, tetapi letakkan minima sekurangnya 1x sehari. Lebih kerap lebih bagus, impression lebih tinggi, orang akan lebih senang ingat pada brand anda.

#35. NARROW YOUR AUDIENCE – Kata pakar digital marketing, Gary Vee. Nak tingkatkan branding awareness adalah dengan kecilkan audiens anda atau spesifikkan sasaran audiens. Supaya mereka akan lebih trigger dan matching dengan mesej iklan anda. Dengan ini anda dapat kurangkan risiko daripada menghadapi masalah prospek yang sama atau tepu.

#36. QUESTIONS – Biasakan posting-posting anda berakhir dengan bentuk soalan. Untuk apa? Untuk bina engagement dengan audiens anda. Biarkan mereka menjawab, dari situ engagement akan bermula.

#37. SWOT NOT SWAT – Tak sah berbisnes kalau tak pernah buat SWOT analysis. Ketahui apakah Strengt, Weakness, Opportunities dan Threat anda dan juga pesaing anda. Dari situ anda dapati apakah kekuatan yang boleh di highlight dalam kempen marketing anda.

Kaitan : Cara lakukan SWOT analisis –> KLIK SINI

#38. ORIGINALITY & FRESH – Untuk menjadi market leader yang beri inspirasi kepada audiens. Design & content anda haruslah sentiasa paling latest, uptodate dan relevan. Dengan ini, bakal pelanggan & pelanggan akan sentiasa rasa excited dengan brand anda.

#39. MOST-WANTED KEYWORD – Gunakan google search atau google trends untuk ketahui apakah keyword paling trending atau paling ramai orang sedang cari. Anda boleh gunakan keyword tersebut dalam blog, iklan dan lain2.

#40. BEHIND THE SCENES – Kadang-kadang aktviti di belakang tabir yang berkaitan dengan company anda juga perlu di upload untuk menampakkan bisnes anda adalah real dan dipercayai selain ia mampu meningkatkan engagement dan relation.


#41. CREDIBILITY – Anda haruslah nampak professional, mungkin dari segi penampilan, posting di social media, dengan siapa circle anda. Imej syarikat dan owner mainkan peranan penting. Buatkan prospek nampak seperti anda adalah sebuah syarikat yang paling dipercayai dan berpengaruh.

#42. PROFESSIONAL MEDIA – Sesetengah posting terutamanya bagi tujuan promosi, sila gunakan professional videographer atau photographer untuk hasilkan result yang berkualiti dan lebih professional.

#43. TAGLINE YOUR BRAND – Cipta satu tagline yang menunjukkan ia adalah brand anda. Pastikan ia beri sesuatu maksud dan relevan dengan produk/servis anda.

#44. RETARGETTING LIKE A KING – Anda memang silap besar kalau dah belanja bajet marketing besar tapi tak buat retargeting semula. Sasarkan pada mereka yang pernah lihat atau engage pada iklan, pasti resultnya sangat luar biasa.

Kaitan : Salah satu teknik retargetting –> KLIK SINI

#45. ONLINE TO OFFLINE – Jika anda ada booth, premis, kiosk dan lain2. Pastikan anda gunakan medium online marketing untuk dapatkan traffic ke premis anda. Jangan bergantung pada organic traffic iaitu orang yang lalu-lalang sahaja.

#46. SHOW YOUR BRAND STORY – Selain berikan inspirasi tentang founder, anda juga boleh berikan inspirasi kepada audiens tentang bagaimana brand anda grow atau bagaimana ia bermula. Anda boleh ceritakan melalui penulisan ataupun video. Secara tak langsung mereka akan rasa lebih dekat dengan brand anda.

#47. FOCUS ON BRANDING NOT CONVERSION – Anda kena faham objektif utama anda. Bilamana anda lakukan branding marketing, ia tidak convert kepada sales tetapi awareness. Orang tahu, nampak dan dengar tentang brand anda, itu branding marketing. Akan tetapi, ada beberapa strategi yang anda boleh lakukan untuk convert pada sales semasa lakukan branding marketing. Salah satu strateginya, kumpul database dahulu dan follow-up kemudian. Sambil menyelam minum air.

#48. RUN A PROMOTION DAY – Bina kempen marketing khas mengikut peristiwa raya seperti gong xi fa cai, aidilfitri, thaipusam dan lain2. Anda juga boleh adakan special day untuk menarik perhatian audiens anda. Contoh; anda tetapkan hari-hari tertentu untuk ladies’day, student’s day, men’s day dan banyak lagi. Dengan ini anda bakal mengatasi brand2 yang lain.

#49. MEMBERSHIP PROGRAM – Untuk membuatkan pelanggan anda lebih setia pada brand anda, bina membership program untuk meraikan mereka dan buatkan mereka rasa mereka adalah pelanggan yang eksklusif dan vip.

#50. WORK WITH INFLUENCERS – Tujuannya untuk dapatkkan 1st impression pada audiens baru, awareness baru dan social proof yang lebih kuat dan dipercayai. Setiap influencers ini mempunyai followers sendiri, jadi anda boleh pengaruh followers baru tersebut dengan cara kaitkan dengan brand anda.

#51. CREATE 1-WAY DELIVERY INFO – Anda boleh dikatakan ketinggalan zaman dalam dunia digital marketing jika masih tidak menggunakan platform yang disediakan seperti Telegram, Messengger Marketing, Newsletter yang digunakan untuk tujuan menghantar info berkaitan produk/servis anda secara 1-way.

#52. TELL THEM STORY OFFLINE – Jika anda mempunyai staff atau memiliki premis, ofis dan lain2. Branding kan juga mereka melalui offline-online atau online-offline marketing.

#53. BIG EVENT – Jika anda menghadiri mana-mana big event yang mempunyai kredibiliti dan authority. Bergambar bersama mereka dan upload di social media. Cara ini akan meningkatkan kredibiliti anda dan brand anda.

#54. RESEARCH & CASESTUDY – Salah satu kaedah lagi yang mampu meningkatkan trust dan kredibiliti brand anda ialah dengan buat research atau casestudy. Namun, pastikan ia beri benefit pada brand anda dan ia harus berkaitan dengan produk/servis anda.

Contoh; Apa yang Sifufbads biasa lakukan adalah menunjukkan comparism jenis-jenis headline. Mungkin comparism gambar yang berbeza. Anda perlu lakukan yang relevan dengan niche anda.

#55. TUTORIAL & DEMONSTRATE – Cara cepat untuk viralkan brand anda adalah dengan lakukan video tutorial atau demo yang berkaitan dengan niche anda. Berikan info yang bakal pelanggan atau pelanggan anda inginkan. Pastikan ia adalah benda yang diperlukan bukan syok sendiri. Jika ia beri manfaat pada semua orang pasti video tersebut akan viral.

Contoh; Jika anda ada niche makanan, mungkin video tutorial bagaimana proses menyiapkan makanan tersebut. Produk kesihatan, mungkin tutorial “cara pantas kuruskan badan dari rumah” dan banyak lagi yang penting ia relevan dengan niche anda.

#56. MOTIVATE PEOPLE – Semua manusia sukakan motivasi yang mampu berikan mereka semangat dan inspirasi. Tetapkan minima mungkin seminggu 1x atau 3x share posting berbentuk motivasi. Setiap niche ada jenis motivasi tersendiri. Anda boleh gunakan content orang lain dan creditkan mereka atau anda boleh gunakan idea anda sendiri. Terjemahkan dalam bentuk tulisan, video atau tips quote.

#57. CATEGORIZED YOUR POTENTIAL CUSTOMER – Anda perlu kelaskan siapa dan bagaimana cara untuk tarik perhatian bakal pelanggan anda. Contohnya; ada jenis B2B, B2K, B2C, B2G, B2E. Setiap jenis ini perlukan cara yang berbeza untuk dekati mereka.

Untuk lead market dan kuatkan brand anda di online, susun kempen marketing anda dengan spesifik mengikut jenis bakal pelanggan anda.

 

Okay, inilah 57  tips & tricks untuk lakukan branding online marketing. Semoga ia dapat beri manfaat kepada anda semua 🙂

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *