“LIFE SEBAGAI OWNER BISNES 2019 VS 2021!”
Sedar atau tak, hari demi hari, tahun demi tahun dunia makin mencabar! Teknologi berkembang pesat! Kita diuji pulak dengan pandemic yang melanda seluruh negara sekarang. Semua berlaku dengan cepat tanpa kita sedar!
Dengan pandemic yang kita semua tak jangka sekarang menyebabkan ramai founder2 yang terpaksa struggle mencari exit plan demi menyelamatkan bisnes diorang.Yang lebih dasyat, bila ada bisnes yang dah tenat dan terpaksa gulung tikar sejak berlakunya musim ni.
Disebabkan itu jugak, Ada dikalangan founder2 yang terpaksa out of comfort zone atau bahasa mudahnya keluar daripada zon selesa yang mana, kita semua perlu biasakan diri dengan hidup norma baru, Saya faham, ramai founder2 yang sedang takut dan buntu dengan perubahan drastic ni.
Sama ada nak atau tidak, Setiap founder mesti bertindak mencari solusi demi meneruskan bisnes dengan baik.
Teruskan bacaan, sebab saya nak share beberapa perubahan owner bisnes yang dulu dengan yang sekarang ni! Jom checkout kat bawah ni.
Zaman dulu, kalau pelanggan nak cari tudung ke blouse atau dress, mesti kena pergi walk in di butik atau kedai betul?. Kadang-kadang tu sampai bersesak-sesak kat kedai semata-mata nak pilih barang. Founder pulak kena sediakan ruang yang selesa untuk pelanggan memilih barang. Tapi dengan keadaan sekarang yg tak mengizinkan, banyak platform online yang founder boleh pilih untuk ketengahkan produk diorang macam shopee, lazada, buat live dekat fb dan Instagram tanpa perlu bersesak macam dulu.
Untuk pastikan bisnes tetap berjalan seperti biasa, perbincangan masih boleh dilakukan secara online di rumah. Kalau dulu founder2 kena buat meeting dengan staff secara bersemuka, tapi dengan perubahan sekarang semua perbincangan terpaksa dijalankan secara online. Lagi2 musim pandemic ni kebanyakkan staff2 terpaksa bekerja dari rumah. Macam founder Dexandra ni anak didik sifuBad sendiri pun adakan meeting dengan staff2 nya secara online je.
Yang ni pulak, dulu founder- founder bisnes nak tuntut ilmu kena hadir ke kelas offline dekat hall ramai-ramai, sebab dulu kelas online tak banyak macam sekarang. Tapi dengan peredaran masa terkini founder-founder boleh join kelas online je tanpa perlu membazirkan masa, dan tenaga untuk bersusah payah hadir ke kelas offline. SifuBad sendiri pun banyak fokus buat kelas online sekarang sebab nak bantu founder-founder topup ilmu dan ubah game bisnes diorang yang lebih relevan dengan masa kini.
Ha yang ni kalau dulu owner-owner bisnes yang ada kedai makan atau restoran hanya ada kedai fizikal je untuk menjual makanan diorang. pelanggan kena beratur panjang kalau nak beli makanan. Tapi bila musim sekarang ni tak mengizinkan pelanggan makan di kedai, founder boleh guna exit plan menjual makanan diorang secara online je macam kat platform online seperti food panda dan grabfood, ada founder siap wujudkan order drive thru dan pickup tau ala-ala McD tu untuk tarik orang datang dan membeli.
Kebanyakkan orang terfikir yang bisnes online ni dekat ig dan fb jer, Tapi siapa sangka zaman sekarang app tiktok boleh menjual. Sambil menari smbil2 boleh tarik orang dengan content menarik. Siapa kenal dengan brand kakak Monster. My ni? Salesnya pun sedang naik! Dia ni pun dibwah bimbingan sifuBad. Ni nak cerita sikit founder brand Monster ni dulu, namanya Fatin. Asal2 memang sangat pemalu orang nya. Tapi sejak tiktok ni wujud dan menjadi fenomena, dia lebih yakin untuk buat content2 produknya dekat tiktok. Nampak? banyak cara yang founder2 boleh gunakan berbanding zaman dulu.
Okay itu sahaja point-point yang saya boleh sharekan. So far korang nampak tak dengan perubahan terkini? banyak peluang dan jalan! kita ni selagi hidup kena manfaatkan peluang2 yang ada. Jangan jadikan pandemic sebagai satu penghalang untuk bisnes down. Siapa kat sini nak saya bantu korang maju dan lajukan bisnes korang? Jika nak saya bantu komen dekat bawah sekarang!
Saya ingin join kelas online untuk menambah ilmu business.
Sy nak
Saya nak Join
Nak Laju Bisness
Saya perlukan bimbingan sangat2..bisnes saya makin drip masa pkp 2.0 sy dh buntu tak tahu nak buat ala
Saya nak sifu!! Plss
Saya nk bangun semula tahu bukan senang nk bangun dari kejatuhan. Bermula dari 0 semula In Sya Allah saya yakin boleh dengan bimbingan & pemantauan & utamanya izin Allah.
saya nak join
nak laju bisnes
SAYA NAK!
SAYA NAK JUGA SIFU!
Saya nak
SAYA NAK SIFU
Produk stuck..Dah dekat sgt dgn expired date
Produk Bidara Syifa stuck..Dah dekat sgt dgn expired date