BISNES DARI ‘ZERO’, DARI 1 JADI 11 CAWANGAN, HANYA DENGAN ‘ROLLING PROFIT’ JER..

PASTA PANAS! Siapa jer yg belum rasa lagi menu2 di Pasta Panas ni. Brader Amiesh ni antara anak didik sifu yang sangat dikagumi. Kenapa? Sebab asalnya, Pasta Panas ni dulu niaga di stall mamak jer. Bukan tu jer – benda2 pasal marketing, pricing, untung rugi, cara nak kembangkan bisnes semua tu dia tak reti lagi. 

Tapi.. Yang bagusnya, brader Amiesh ni tau apa kelemahan dia, dan macam mana nak atasi masalah dia. Dengan cara apa? Menuntut ilmu bisnes dengan sifuBad lah!

Ini lah yg dikatakan mula dari ‘ZERO’. Brader Amiesh mula join sifuBad sejak 2017, sekarang da jadi anak murid CEO. 

Jom kita ikuti apa brader Amiesh da buat untuk kembangkan bisnes Pasta Panas ni.

Dia bermula dengan – RM1 sekotak! Itu la harga yg diletakkan pada awalnya, yg kemudiannye di ‘up’kan ke RM5 sekotak. Tapi tu semua sebelum masuk kelas sifu.. lepas dia belajar tentang VALUE dari packaging dan BRANDING di sifuBad, menu Pasta Panas mula dinaikkan hingga RM12 (dari RM1 tu..) dan setara dengan VALUE yang diberikan!

Dari sales kurang dari 10k, meningkat jadi 30k. Bila da buka branch ke-2, sales terus meningkat jadi 300k sebulan! Bila bisnes kita naik laju semacam maknanya permintaan da mula meningkat. Bagus tu, tapi bisnes ‘management’ kena la betul. Itu lah masalah di Pasta Panas dlu, haru biru jadinya. Mana taknya sales berdesup2.

Sifu tolak masa dia nak apply masuk CEO. Brader Amiesh kne betulkan dulu cash flow company dan jaga profit margin. Sebab apa? Sebab bila da masuk CEO, game-nya lain. Financial company kne strong dan stabil. Sebab strategy bila dalam CEO ni, company kena la betul2 ready. Cash flow terurus, manpower yg cukup, dll.

Itu lah misi baru brader Amiesh ni. Dalam masa yg sama, Pasta Panas dah mula bertambah channel untuk nak market-kan lagi. Dari fb, tambah ke infuencer, then masuk dalam foodpanda, then masuk grabfood. Untuk nak naikkan lagi, dia invest kepada signature grabfood. 

Ini lah contoh ‘Hanya Yang Laju Akan Maju’. Nak laju macam ni boleh maju bila kita ada planning ke mana arah tuju kita. Apa ‘Big Goal’ kita? Kalau nk laju tapi planning takdak, itulah selalunya tak jadi.

Setakat ni bole follow lagi kan? Sebab belum habis lagi ni..

Jadi bila da jaga margin, profit yg dia dapat, dia rolling balik untuk buka lagi branch2 baru. Antaranya, branch di Bangsar. Bayangkan dengan kalau 1 branch sahaja revenue dah 200k, 4 branch dah berapa? Sekarang dah 11 branch, hanya dikembangkan dengan dengan ‘rolling profit’ jer.

Tergugat tak? Mula dari “ZERO”, takdak hutang, profit margin terkawal. Lepas kne “clorox” dgn sifu, brader Amiesh mmg jaga cashflow company dan dia improve-kan lagi sistem2 dia. Guna sistem gaji yg tersusun untuk nak ‘manage’ bisnes dia. Bagusnya brader Amiesh, dia tak belanja sakan dengan untung, dia reinvest balik untuk bisnes dia.

Disebabkan sistem yg kemas, tambahan lagi rekod audit yg bagus, Pasta Panas dapat ‘pitching’ kepada ‘potential JV partner’ dan dapat kepercayaan dari organisasi2 yang besar termasuklah PKNS, Petronas, dll. 

Bila bisnes da maju, brader Amiesh mula bawa masuk talent2 CLASS A untuk support bisnes dia. Dia bawa masuk HR, accountant, strategic planner, system developer, yg mampu untuk bangunkan lagi dengan lajunya brand Pasta Panas! Dan memang naik lagi laju, total revenue lebih RM2 juta sebulan! (Ingat! dari ‘ZERO’ tau..)

Sekarang, ada wisma sendiri, 11 branch, central kitchen, dan ’soon’ akan buka lagi cawangan dengan beberapa konsep baru. Katanya ‘Licensing’ pun in shaa Allah ’soon’ (sifu nak jadi orang first). 

Pasta Panas sekarang 80% fokus pada delivery! Nak tau kunci kelajuan dia? FOCUS ON YOUR STRENGTH! Ini lah kunci kalau nak laju dalam berbisnes ni.

‘Finally’ korang da nampak antara contoh2 anak murid di sifuBad. Masing2 ade perjalanan yg berbeza, tp 1 persamaan. Apa persamaan? MENCARI STRATEGY BISNES YANG BETUL. 

Nak lagi tak tips2 dan kisah2 alumni sifuBad? Banyak korang bole belajar kann..

Komen ‘NAK’ untuk next sharing kita..  

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *