8 Tips Untuk Usahawan Internet
” Dalam bisnes internet ni kita akan jumpa macam-macam halangan. Kaedah pemasaran yang berjaya digunakan sebelum ini tak semestinya berguna pada masa akan datang. Persaingan pula muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kos pemasaran juga semakin meningkat. Orang dengki ? Ada juga di dalam dunia online ini. Belum kira ‘parasit’, hijack, dan macam-macam lagi lah.
Tapi takkan kita nak MENGALAH ?
Perkara normal dalam dunia bisnes ini, akan ada cabaran-cabaran menanti! Jika tiada cabaran, bagaimana kita nak jadi maju dan berdaya saing. Dengan ada cabaran-cabaran ini, barulah kita akan menjadi lebih kuat dan lebih bersedia!
Oleh itu, kita sebagai usahawan internet perlu;
1) Sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Orang guna fb ads, kita kena guna! Orang guna google adwords, kita pun kena guna! Whatssapp, kita pun kena ada.
2) Tidak terlalu bergantung dengan satu-satu medium pemasaran internet. Gunakan apa saja yang boleh bantu bisnes anda. Gunakan FB, gunakan google, gunakan emel, forum, web/blog, instagram dan lain-lain.
3) Kumpul database! Ya, dapatkan database pelanggan secara sah. Anda boleh kumpul dengan Emel, No telefon daripada fans yang sedia ada. Kena cepat bertindak!
4) Tingkatkan awareness terhadap branding (jenama)! Bila orang kenal brand kita ni, lagi senang kito nak berniaga. Tak perlu cari orang, orang akan cari kita!
5) Kreatif! Ya, kena sentiasa berseni dan kreatif dalam dunia bisnes ni! Takkan kita nak buat sama macam orang lain buat! Persaingan sengit, so kita kena jadi lebih kreatif. Kena lain dari yang lain. Bagaimana nak tonjolkan bisnes kita berbanding pesaing-pesaing kita ? Kaji pesaing anda dan buat lebih dari pesaing anda!
6) Bertindak pantas ketika peluang muncul! Ini antara rahsia jutawan-jutawan di internet! Contohnya, apabila ada produk hot yang memiliki permintaan tinggi di pasaran, kita cepat-cepat lancarkannya besar-besaran. PULUN HABIS-HABISAN SEBELUM PESAING-PESAING MASUK LINE!
7) Kos pengiklanan! Ya jangan terlalu kedekut untuk melaburkan wang pada bisnes anda. Tidak kira apa jua jenis pengiklanan pun – FB Ads ke, Google Ads ke , yang penting anda mesti berani melabur! Tiada kos pengiklanan tiada sales, ingat tu!
8) Rangka timeline bisnes anda untuk tempoh 2tahu, 5 tahum, 10 tahun atau 20 tahun. Sediakan ‘backup plan’ jika bisnes anda hampir gagal dan sediakan plan seterusnya jika anda dah berjaya capai satu tahap yang baru.
Sekian saja tips biasa-biasa dari saya untuk mereka yang berbisnes internet, semoga artikel ini dapat berikan manfaat pada anda semua.
sila baca..
Dalam semua kaedah pemasaran, email marketing adalah terbaik untuk menempah kejayaan jangka masa panjang.
Perkongsian yang menarik dari Tuan Jamal. Sememangnya pemasaran internet perlu dipelbagaikan. Lebih banyak medium yang kita guna, semakin tinggi capaian prospek akan kita terima.
Setiap medium pemasaran yang kita gunakan, ada peminatnya tersendiri. Untuk mempromosikan produk “149 Strategi dan Teknik Menjana Wang Dari Internet”, pelbagai platform pemasaran yang saya gunakan.
Terima kasih tuan atas perkongsian ini 🙂
Terima kasih 😉
Terima kasih sifu atas perkongsian ini.
Yang selalu kita lemah adalah bertindak pantas apabila peluang muncul.
Kerapkali terjadi sindrom tunggu dan lihat je.
Alhamdulillah! Terima kasih Tuan Jamal kerana sudi dan tak putus-putus berkongsi tips dengan orang-orang kecil macam saya ni…;) hehe Insya’Allah! Pesanan Tuan memang dah lama saya praktikkan…tapi cuma kekangan waktu yang tak mengizinkan. Rasa saya, waktu 24jam sehari ni tak cukup kot…haha
Semoga Tuan Jamal pun berjaya dan terus kaya iya…;) Ingin juga saya turut hadir bersama yang lain-lain ke kelas Tuan. Sekiranya sempat atau tiada urusan yang lebih memanggil, nanti saya khabarkan kepada Tuan Jamal iya. Sebenarnya, dah lama saya nak ikuti dan jengah kedalam seminar Tuan. Setiap kali ada program, pasti saya tak dapat nak turut serta. Kesian saya kan…hehe Doakan aje untuk saya juga berjaya iya Tuan Jamal…;)
kasih sifu atas Tukata2 semangatsemantsebut… 😉
Terima kasih tuan atas perkongsian.Semoga terus success.
assalam sifu,
t.kasih bbyk atas perkonsian tips dan ilmu tanpa jemu pd org baru spt saya ni…saya sudah praktikkan perlahan-lahan dan alhamdullillah npknya berhasil w/pun msih slow tpi sale sentiasa ada.
Saya bru berjinak cuba add kat Adwords Google…ada positive respond dri customers…akn trus mencuba smua media adds spt sifu sarankan.
Saya pernah hadir seminar sifu chapter F thn lps ….interesting tq.
terima kasih sifu atas ilmu semua ni.
terima kasih, memang kena update selalu tentang teknologi.