11 MINDSET YANG FOUNDER WAJIB ADA, KALAU NAK SURVIVE LAMA DALAM DUNIA BISNES

Dunia bisnes sekarang tak macam dulu. Teknologi makin canggih, persaingan makin sengit, dan pelanggan makin demanding.

So, untuk kekal relevan, kita kena ada mindset yang yang betul untuk survive, dalam dunia bisnes yang makin laju ni.

Ini 11 mindset yang founder wajib ada.. (Post ni panjang tau)

#1. Visionary Thinking

Korang kena ada visi yang jelas tentang hala tuju bisnes korang dalam jangka masa panjang.

Korang bukan sekadar fokus pada apa yang ada depan mata, tapi korang dah boleh bayang apa yang akan datang, apa yang bakal jadi trend, dan macam mana nak prepare dari sekarang.

Contohnya, kalau korang ada bisnes fashion, korang bukan sekadar ikut trend semasa.

Sebaliknya, korang dah ready dengan design yang bakal jadi trend 2-3 tahun akan datang.

So, bila sampai waktunya, korang dah ke depan daripada pesaing lain.

Korang berani ambil langkah yang orang lain mungkin rasa risky.

Kadang-kadang orang tak faham apa yang korang buat sebab diorang tak nampak apa yang korang nampak.

Tapi, sebab korang ada visi yang jelas, korang yakin dengan apa yang korang buat.

Inilah mindset yang bezakan founder biasa dengan founder yang luar biasa.

Korang dah ready dengan strategi untuk setiap situasi.

Inilah kekuatan visionary thinking! Korang bukan sekadar follow the flow, tapi korang create the flow sendiri.

Korang kena asah skill ni.

Selalu tanya diri, “Apa yang akan datang lepas ni?”, “Macam mana aku nak stay relevant dalam masa 5-10 tahun lagi?”, dan “Apa langkah yang aku perlu ambil sekarang untuk capai visi tu?”

Boleh faham ke ni?

#2. Breakthrough

Korang mesti pernah rasa stuck, kan? Rasa macam semua usaha tak jalan, macam ada satu tembok besar halang korang dari capai potensi sebenar yang korang impikan.

Bila korang berjaya rempuh tembok tu, dan tiba-tiba korang nampak jalan yang lebih luas, lebih clear untuk terus maju.

Ini adalah moment yang ubah game, yang bawa korang ke next level dalam bisnes.

Ia perlukan keberanian untuk ambil langkah luar biasa, buat benda yang orang lain takut nak cuba.

Contohnya, kalau korang selalu guna strategi marketing yang sama je, sampai satu tahap korang kena berani cuba approach yang totally berbeza.

Mungkin guna teknologi baru, atau cuba masuk market yang lain dari biasa.

Kadang-kadang kena buat benda yang orang kata tak logik, tapi korang percaya itu yang akan bawa korang ke tahap seterusnya.

Korang kena sentiasa push diri, push boundaries, dan aim untuk jadi lebih baik dari hari semalam.

So, kalau korang rasa bisnes korang macam dah stagnant, cuba fikir balik, apa langkah luar biasa yang korang boleh ambil sekarang untuk capai breakthrough?

Bila korang berjaya capai breakthrough, korang akan rasa macam semua usaha, semua penat lelah tu berbaloi, korang akan tengok hasil yang korang tak pernah bayangkan sebelum ni.

#3. Dare to Change

Dunia bisnes yang sentiasa berubah. Apa yang jadi trend hari ni, mungkin esok dah tak relevan.

Jadi, korang kena berani untuk berubah dan adapt dengan keadaan baru.

korang kena berani tukar strategi, tukar cara kerja, atau even tukar target market untuk pastikan bisnes korang stay relevant dan terus berkembang.

Rasa risau? Takut? Itu normal, sebab kita tak tahu apa yang menunggu di depan.

Tapi kalau korang berani ambil risiko tu, korang mungkin akan jumpa peluang yang lebih besar.

Jangan terikat sangat dengan cara lama atau formula yang korang rasa “dah terbukti berjaya.”

Dalam dunia bisnes, kejayaan masa lalu tak menjamin kejayaan masa depan.

Apa yang berkesan dulu mungkin dah tak relevan sekarang.

So, always be ready to learn, unlearn, and relearn.

Ini dapat buatkan bisnes korang akan sentiasa ada langkah ke depan dari pesaing.

#4. Dare to Grow

Selalunya, kita ni mudah rasa selesa dengan apa yang kita dah capai.

Kalau bisnes dah okay, sales steady, kita pun mula rasa selesa.

Tapi masalahnya, kalau korang asyik duduk dalam comfort zone, korang takkan berkembang.

Korang kena berani ambil cabaran baru, belajar benda baru.

Dunia bisnes ni berubah dengan pantas, so ilmu yang korang ada sekarang mungkin tak cukup untuk bertahan lama.

Kena rajin upgrade diri sendiri, baca buku, join seminar, atau even belajar dari founder lain yang lebih berpengalaman.

Jangan pernah rasa cukup dengan apa yang korang tahu sekarang.

Korang kena berani cabar diri untuk ambil tanggungjawab yang lebih besar, walaupun rasa macam tak ready.

Mungkin ada banyak kesilapan dan kelemahan, tapi dari situlah, ruang untuk korang buat improvement.

#5. Speed in action

Korang kena cepat bertindak! Dari buat keputusan sampai execute plan, semua kena on point. Kalau korang lambat, orang lain dah tapau peluang tu dulu.

Tapi, jangan buat decision terburu-buru!

Korang kena buat keputusan yang bijak, jangan sampai langgar dinding!

Ia juga melibatkan team korang. Semua orang dalam team kena ada sense of urgency yang sama. Kalau korang sorang je laju, tapi team slow, hasil pun takkan jadi.

So, pastikan semua orang on the same page, semua faham kepentingan bertindak cepat dalam setiap situasi.

Satu lagi, jangan tunggu terlalu lama untuk test idea baru atau launch produk baru. Kalau tunggu lama sangat, korang mungkin dah tertinggal jauh ke belakang.

Jangan tunggu, jangan berlengah. Setiap peluang yang datang, grab cepat-cepat, execute dengan pantas.

Ingat, dalam bisnes ni, siapa cepat dia dapat, siapa lambat dia tinggal!

#6. Speed in result

Bila dah cepat bertindak, nak dapat result juga kena cepat!

Korang kena bijak pilih strategi yang boleh bagi impact besar dalam masa pendek.

Contohnya, daripada spend masa berbulan-bulan untuk launch satu produk, cuba buat pre-launch dengan minimum kos.

Dapat feedback awal, tweak apa yang perlu, dan cepat-cepat launch versi yang lebih polished.

Dalam masa yang sama, korang dah mula dapat hasil awal, tak perlu tunggu lama sangat.

Korang kena track progress. Kalau ada sesuatu yang perform, kena cepat improve. Jangan buang masa buat benda yang tak bagi result.

Jangan stick dengan satu jalan je kalau korang tahu ada cara lain yang boleh bagi result lebih cepat.

Korang juga boleh guna teknologi atau tools yang boleh bantu percepatkan hasil.

Automate apa yang boleh, simplify proses, dan sentiasa cari cara nak buat benda dengan lebih efisien.

Lagi cepat korang nampak result, lagi cepat korang boleh grow dan move on ke next step.

#7. Opportunist

Korang kena sentiasa alert, sentiasa peka dengan apa yang berlaku sekeliling.

Setiap situasi, setiap perubahan, korang nampak potensi dan peluang yang orang lain mungkin tak perasan.

Bila korang ada mindset opportunist, korang tak tunggu peluang datang kat korang. Sebaliknya, korang yang aktif cari dan grab peluang tu.

Korang boleh lihat potensi dalam setiap situasi.

Contohnya, bila korang nampak trend baru muncul, korang terus fikir, “Macam mana aku boleh manfaatkan trend ni untuk bisnes aku?”

Tak kisah sekecil mana pun peluang tu, kalau korang nampak ada potensi, korang akan cuba manfaatkan sepenuhnya.

Mungkin ada perubahan dalam market, atau ada masalah yang belum ada solution.

Sebagai opportunist, korang cepat detect dan datang dengan idea atau produk yang boleh solve masalah tu.

Orang lain mungkin nampak benda biasa, tapi korang nampak peluang untuk buat bisnes grow.

Korang tak boleh terikat dengan satu cara je.

Kalau cara A tak jadi, korang cepat tukar ke cara B.

Yang penting, korang sentiasa cari jalan untuk maximize setiap peluang yang ada.

Fleksibiliti ni penting sebab dalam bisnes, keadaan boleh berubah dengan cepat, dan korang kena ready untuk adapt.

Tapi, korang bukan setakat pandai cari peluang, tapi juga bijak menilai mana peluang yang berbaloi untuk dikejar.

Tak semua peluang tu sesuai dengan bisnes korang, jadi kena pandai pilih dan buat keputusan cepat.

Siapa yang pandai grab peluang, dia yang akan cepat naik, dan korang akan sentiasa ada advantage untuk grow lebih cepat dan lebih besar!

#8. Always optimize

Korang tak boleh mudah rasa cukup dengan apa yang korang dah capai.

Selalu ada ruang untuk improvement, tak kira dalam bisnes, produk, atau even diri sendiri.

Kalau korang nak bisnes grow dengan steady, korang kena ada mindset untuk sentiasa optimize segala benda yang korang buat.

Kena selalu fikir, “Macam mana aku boleh buat benda ni lebih baik?”

Contohnya, kalau marketing korang dah perform, cuba tengok data dan cari mana-mana bahagian yang boleh improve lagi, macam tweak iklan, ubah copywriting, atau target audience yang lebih specific.

Ianya juga melibatkan proses kerja dalam team korang.

Tengok balik workflow, mana-mana yang ambil masa lama, atau ada bottleneck, korang kena cari cara untuk streamline.

Mungkin boleh guna tools yang lebih efisien, automate task yang repetitive, atau adjust cara communication dalam team.

Lagi smooth workflow, lagi cepat korang boleh deliver hasil yang berkualiti.

Korang juga kena sentiasa optimize diri sendiri, upgrade skill, tambah ilmu, dan jaga mental serta fizikal.

Kalau korang tak optimize diri, macam mana nak bawa bisnes korang ke tahap yang lebih tinggi?

Sentiasa cari peluang untuk improve diri, sebab korang adalah aset paling penting dalam bisnes korang.

Optimize apa yang korang boleh, dan tengok macam mana bisnes korang akan terus berkembang dengan steady!

#9. No excuse


Ni mindset power yang korang kena ada kalau nak berjaya dalam bisnes.

Tak kira apa pun cabaran yang datang, korang takkan bagi alasan.

Instead, korang akan cari jalan, ambil tindakan, dan make sure benda tu jadi.

Bayangkan korang ada target untuk capai sales RM100,000 dalam sebulan.

Tapi, tiba-tiba ada masalah dengan supplier, atau iklan korang tak perform macam biasa.

Korang akan bagi alasan macam “Supplier lambat, tak boleh nak buat apa” atau “Iklan tak jalan, takde rezeki la bulan ni.”

Sebaliknya, korang akan terus cari solution, mungkin cari supplier baru, tweak iklan, atau cuba channel marketing lain.

Korang kena take full responsibility atas apa yang berlaku dalam bisnes korang. Kalau ada masalah, korang tak salahkan orang lain atau keadaan.

Instead, korang fokus kepada apa yang korang boleh buat untuk fix masalah tu.

Contohnya, kalau team korang tak perform, instead of bagi alasan macam “Team tak cukup skill,” korang boleh ambil tindakan dengan bagi training, restructure team, atau even hire orang baru yang lebih capable.

Jangan biarkan alasan jadi penghalang untuk korang capai target.

Jangan tunggu sampai masalah jadi besar baru nak bertindak.

Korang kena sentiasa alert dan ready untuk solve masalah sebelum benda tu jadi isu besar.

Ingat, alasan takkan bawa korang ke mana-mana, tapi tindakan boleh bawa korang ke puncak kejayaan!

#10. Focus to value

Korang kena sentiasa prioritize nilai yang korang bagi kat customer, bukan setakat nak kejar sales atau keuntungan je.

Kalau korang boleh bagi value yang tinggi, customer akan rasa puas hati, percaya, dan setia dengan brand korang.

Itu yang akan buat bisnes korang grow dengan steady.

Bayangkan korang jual satu produk, katakan skincare. Kalau korang just jual produk dan janji kulit akan cantik, itu biasa.

Tapi kalau korang bagi lebih dari tu, macam free tips penjagaan kulit, info tentang bahan-bahan yang selamat, atau panduan lengkap cara guna produk, korang dah bagi extra value.

Customer bukan je rasa diorang dapat produk, tapi juga knowledge yang boleh bantu diorang guna produk tu dengan lebih efektif.

Korang kena sentiasa fikir, “Macam mana aku boleh tambah nilai dalam setiap benda yang aku buat?”

Contohnya, kalau korang buat servis, pastikan servis tu bukan je memenuhi expectation, tapi exceed expectation. Korang bagi lebih dari apa yang customer jangka—servis cepat, friendly, lepas tu follow up untuk pastikan diorang puas hati.

Korang juga boleh apply dalam marketing. Daripada hanya promote produk secara hard sell, korang boleh bagi content yang educative atau entertain customer.

Macam korang buat video TikTok yang bukan je promote produk, tapi juga bagi tips, tricks, atau info yang berguna.

Bila korang focus kepada value, customer akan rasa diorang dapat sesuatu yang lebih bermakna daripada sekadar iklan.

Bila korang sentiasa utamakan value, korang akan nampak bisnes korang berkembang dengan cara yang lebih sustainable.

Customer akan jadi loyal sebab diorang tahu korang bukan sekadar nak ambil duit diorang, tapi betul-betul nak bantu diorang dengan produk atau servis yang berguna.

Word of mouth pun akan jadi kuat sebab customer yang puas hati ni biasanya akan recommend brand korang kat orang lain.

So, dalam apa-apa yang korang buat, selalu tanya diri sendiri, “Apa lagi value yang aku boleh bagi kat customer?”

Korang bukan je dapat buat customer happy, tapi juga boleh bina brand yang kukuh dan berjaya dalam jangka masa panjang.

Dalam bisnes ni, yang penting bukan berapa banyak korang jual, tapi berapa banyak value yang korang bagi!

#11. Impact to people

Bisnes korang bukan setakat nak buat duit, tapi juga nak buat sesuatu yang ada makna dan beri kesan positif kat orang lain.

Dalam erti kata lain, korang nak pastikan apa yang korang buat tu boleh bagi perubahan dalam hidup orang, tak kira besar atau kecil.

Bayangkan korang jual produk kesihatan. Kalau produk tu boleh bantu orang jadi lebih sihat, lebih bertenaga, atau kurangkan stress, korang dah buat impact yang besar kat hidup diorang.

Itu yang akan buat diorang ingat dan hargai brand korang.

Ianya lebih dari sekadar jual produk atau servis—ia tentang bagaimana apa yang korang tawarkan tu boleh buat hidup customer korang lebih baik.

Korang kena sentiasa tanya diri, “Macam mana produk atau servis aku boleh bantu orang?”

Bila korang fokus pada impak yang korang boleh bagi, bisnes korang secara automatik akan jadi lebih meaningful dan lebih disayangi oleh customer.

Contohnya, kalau korang ada bisnes makanan, cuba pastikan makanan tu bukan je sedap, tapi juga sihat dan baik untuk kesihatan. Bila customer makan, diorang bukan je rasa kenyang, tapi diorang juga rasa lebih sihat dan bertenaga.

Selain tu, korang juga boleh buat impact to people dengan involve dalam community.

Macam kalau bisnes korang support local community atau engage dalam aktiviti charity, itu pun satu bentuk impak yang besar.

Customer akan nampak yang brand korang bukan sekadar nak buat duit, tapi juga nak bagi balik kepada masyarakat.

Ini termasuk juga dalam cara korang layan customer dan team korang.

Kalau korang layan customer dengan baik, dengar feedback diorang, dan sentiasa cuba improve, korang dah bagi kesan positif kat customer experience diorang.

Sama juga dengan team korang, kalau korang jaga kebajikan team, bagi diorang peluang untuk grow, korang dah buat impact yang akan bawa vibe positif dalam bisnes korang.

So, dalam apa yang korang buat, selalu fikir macam mana nak bagi impact kat orang lain.

Korang faham ke ni?

So, kalau korang nak jadi founder yang berjaya tahun 2024 ni, mindset korang kena lebih sharp, evolve, grow, lebih berani, dan lebih laju dari yang lain.

Dunia bisnes tak tunggu sesiapa, so make sure korang ready dengan mindset yang betul.

Kalau korang boleh bina mindset ni, korang akan ready untuk hadapi apa saja cabaran yang datang tahun ni. Keep pushing, keep innovating, and keep winning!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *