15 Tips Bagaimana Nak Tukarkan Fans Kepada Pembeli

convert fans to customer

Bagaimana nak tukarkan fans kepada pembeli? Ini memang topik yang sangat-sangat dinantikan oleh ramai penjual di FB.

Dalam PM saya, di ruangan komen FB, di seminar saya, di bengkel saya, memang kerap ditanyakan soalan seperti ini. Kini, sudah tiba masanya saya menjawab persoalan ini.

Ramai yang tanya;

“Fans saya dah beribu-ribu, tapi susah nak dapat sales”
“Saya dah habis ribuan RM untuk dapatkan LIKE, tapi sales slow sangat”
“Hari-hari saya promot di FB, tapi orang LIKE saja”
“Saya dah buat macam-macam promosi, tiada sales la”
“Buat ads, hasilnya cukup-cukup cover kos iklan saja”
“Bagaimana nak dapatkan sales konsisten setiap hari dari FB?”
“Produk saya demand tinggi, orang lain jual sales mencanak-canak, tapi saya – kosong..kosong..kosong (macam lagu Najwa Latif)

Dan macam-macam lagi soalan yang kerap ditanya. Kini, saya dah kumpulkan jawapan untuk semua persoalan tersebut.

Dalam Pemasaran Facebook, terutamanya menjual melalui Fanpage, adalah sangat penting untuk kita tukarkan Fans Menjadi Pembeli! Dapat fans banyak semata-mata, tidak memadai jika anda tidak berjaya menjual kepada mereka!

Memang ramai di luar sana yang miliki jumlah fans yang besar, tapi susah untuk menjual. Ramai yang mengejar kuantiti LIKE saja tanpa memikirkan KUALITI. Jadi, di sini saya terpanggil untuk share ilmu, pengalaman dan kajian mengenainya.

Untuk menukarkan fans untuk menjadi pembeli, 15 tips di bawah bakal membantu anda.

#1: Pastikan Produk Ada ‘Permintaan’ di Facebook

Ini paling utama. Adakah produk yang anda jual di FB memiliki permintaan? Menjual produk yang tiada permintaan, diibaratkan anda menjual air aiskrim lolipop 20 cen pada orang Eskimo. (betul ke pepatah ni? ) Untuk menjual di FB, pastikan anda memiliki produk yang memiliki permintaan, ada orang nak beli. So, apa kena buat?

  • Kaji dulu permintaan terhadap produk anda dengan melakukan pemerhatian terhadap produk yang lebih kurang sama yang ada dijual di FB.
  • Buat survey dengan menanyakan fans anda samada mereka suka produk tersebut atau tidak. Gunakan ayat “Anda minat tak dengan produk A yang dapat bantu…bla..bla..bla
  • Lihat discussion di FB, blog, forum tentang produk yang sama atau lebih kurang sama.
  • Kajian keyword di pakcik google..
  • Dan banyak lagi sebenarnya…(kalau saya share, tak habis muka surat ni..hehehe)

#2: Dapatkan “Real Audiens

LISTEN..LISTEN..LISTEN! Kalau nak menjual di Fanpage, kita perlu dapatkan “the real audiens“. Apa maknanya tu? Maksudnya, anda perlu dapatkan FANS yang benar-benar berkaitan atau yang berpotensi menjadi “bakal pembeli anda”. Pemilihan audiens yang salah bakal merugikan anda!

..Takkan anda nak jual ubat kuat lelaki kepada wanita?
..Takkan anda nak jual produk bayi kepada mereka yang berumur 13-20 tahun?
..Nak jual buku resipe pada lelaki?
..Nak promosikan kedai anda di KL pada orang di Perlis?

Sebab itulah anda perlu tahu bagaimana untuk dapatkan audiens yang benar-benar bersesuaian dengan fanpage anda. Anda boleh dapatkan audien sasaran ini berdasarkan;

  • Lokasi mereka tinggal
  • Jantina mereka..Lelaki atau wanita, atau kedua-duanya (pondan tak termasuk ye..)
  • Umur mereka. Anda perlu tahu lingkungan umur mereka.Shhh..nak bagitau rahsia skit –  Pengguna FB paling ramai yang memiliki kuasa membeli adalah mereka yang berumur 25-35 tahun. (jangan bagitau orang ye)
  • Apa yang mereka minat? Ini antara “keypoint” utama dalam pemasaran Facebook. Anda boleh dapatkan audiens yang paling convert berdasarkan apa yang mereka minat. Anda boleh sasarkan audien berdasarkan jenama mereka suka, band yang mereka minati, selebriti idola mereka, aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika saya ingin dapatkan LIKE untuk fanpage jual Resipi Kek, saya boleh sasarkan audiens seperti di gambarajah di bawah:

Audien yang dipilih menggunakan FB Ads
Audien yang dipilih menggunakan FB Ads

Dah dapat LIKE yang betul, berkualiti, tak susah untuk anda tukarkannya kepada pembeli. Saya dapati, ramai orang buat silap semasa mendapatkan, mengumpulkan LIKE untuk fanpage mereka. Mereka tak peduli siapa yang LIKE fanpage mereka. Apa yang mereka pentingkan, adalah kuantiti LIKE! Bukannya kualiti LIKE. Tahukah anda dengan mendapatkan LIKE yang berkualiti (real audiens), anda mudah tukarkannya kepada pembeli walaupun jumlahnya kecil.

#3: Real Engagement..

Anda miliki ribuan fans? Satu soalan mudah dari saya; Bagaimana anda tarik mereka menjadi fans bagi fanpage anda? Adakah anda gunakan application yang memaksa mereka menjadi fans tanpa mereka sedari? Mereka LIKE fanpage anda kerana dipaksa? Mereka LIKE fanpage anda dengan ayat iklan FB ads anda? Atau mereka LIKE fanpage anda kerana mereka suka dengan apa yang anda tawarkan ? Mereka LIKE sebab rakan mereka LIKE? atau sebagainya..

Walauapapun yang anda buat untuk tarik LIKE, anda perlu “engage” mereka dengan cara yang jelas dan berhemah. Jika anda tarik LIKE menggunakan FB Ads, ayat iklan anda perlu jelas, dan berkaitan. Dan yang paling penting, mereka tahu bahawa mereka telah LIKE fanpage anda. Biar LIKE sikit, tapi ‘engagement‘ yang dilakukan adalah betul.

Cara penggunaan ayat "engagement' yang betul.
Cara penggunaan ayat “engagement’ yang betul dalam iklan FB.

#4: Gunakan Ayat Yang Audiens Cari

Dalam pemasaran iklan FB mahupun penulisan post-post anda di FB, anda perlu gunakan ayat-ayat yang audien mahukan. Bagaimana tu? Begini..Kalau anda dapat tahu ayat-ayat carian, ataupun keyword yang dimahukan oleh mereka, ianya adalah peluang besar untuk anda menarik mereka menjadi pembeli. Anda tahu apa mereka cari, anda pancing dengan ‘keyword carian’ tersebut.

Sebagai contoh, seorang yang ingin menguruskan badan, sudah pasti akan atau pernah mencari cara kuruskan badan, cara diet, kurangkan lemak, dan sebagainya di google. Jadi, anda sebagai penjual di fanpage, anda perlu gunakan keyword-keyword ini untuk memancing prospek anda.

“Bagaimana kita nak tahu ayat-ayat carian prospek ni?”

Haha..Ini soalan yang cukup menarik. Mudah saja, anda boleh gunakan Google Keyword External Tool untuk ketahuinya. Dari sini, anda akan ketahui  keyword yang dicari oleh prospek anda.

Carian keyword di google keyword external tool
Carian keyword di google keyword external tool

Anda senaraikan ayat-ayat ini (keyword), dan gunakannya dalam penulisan post anda mahupun penulisan ayat iklan anda. Ini mampu membuatkan fans  memberikan perhatian tentang apa yang sampaikan dan seterusnya membeli. Pancing sudah mengena!

#6: Banyakkan Penggunaan “You” Bukannya “I”

Dalam penulisan post anda mahupun iklan, kurangkan penggunaan perkataan mengenai “saya”, tapi lebihkan kepada penggunaan perkataan mengenai “anda”. Bakal pembeli anda tak suka jika anda sibuk menceritakan berkenaan diri anda, produk anda, kehebatan anda. Mereka suka jika  anda atau produk anda dapat membantu mereka. Tekankan kepada manfaat, kelebihan yang prospek bakal terima dengan pembelian dari anda.

#7: “Sell The Dream”..

Apa tu? Jual mimpi ke? Haha..Bukan! Apabila kita menjual produk kita di FB, jangan tekankan kepada harga produk, jangan tekankan tentang kehebatan produk. Apa yang perlu anda tekankan adalah – Apa manfaat yang bakal diterima prospek selepas dapatkan produk anda. Manusia secara fitrahnya lebih bermotivasi sekiranya dijanjikan apa yang mereka impikan/idamkan.

Sebagai contoh; sekiranya anda seorang penjual krim pencerah wajah, anda boleh buatkan prospek termimpi-mimpi akan wajah yang cerah, cantik menawan selepas gunakan krim yang anda jual.

Mana satu di bawah anda lebih suka?

AYAT A – “Krim AAA, produk diet paling hebat di pasaran yang dibuat dari herba. Halal, buatan Malaysia, bermutu. Kami menjualnya dengan harga termurah di pasaran”

AYAT B – “Mahukah Anda Jika Ada Krim Yang Mampu Bantu Anda Cerahkan Wajah Anda Dalam Masa 29 Hari, Dan Seterusnya Membuatkan Anda Kelihatan Cantik Setiap Masa Walaupun Tanpa Sebarang Make Up”?

Pasti anda suka ayat B bukan?

#8: Bersosial Dengan Fans

Orang masuk FB sebab apa ye? Kebanyakannya adalah untuk chit chat bersosial! “Heyyy..Kan kita ni penjual, takkan nak bersosial dengan diorang plak?” Rileks..rileks..rileks..Jangan melenting! Anda perlu tahu, tujuan awal FB ditubuhkan untuk apa? Untuk bersosial! Begitu juga sekarang ni. Apabila fans berada di fanpage anda, jangan hanya menjual semata-mata. Cubalah bersosial dengan mereka. Anda boleh tanya apa yang mereka minat, apa yang mereka buat, anda buat kuiz, anda respons pertanyaan yang dibuat dan sebagainya.

Tapi ingat! Apa-apa yang dibincangkan dalam hubungan sosial anda dengan fans perlulah berkaitan dengan niche/topik fanpage anda. Kalau tidak, fans anda akan hilang fokus. Sebagai contoh, katakanlah anda menjual produk kuruskan badan. Di samping membuat promosi berkenaan produk anda, anda boleh juga selang selikannya dengan perkongsian tips-tips diet, tips senaman, cara kira BMI dan sebagainya. Ini akan mewujudkan hubungan 2 hala antara anda dan juga fans. Dan ini seterusnya akan mempertingkatkan “Relationship” antara anda dan juga fans. Kalau relationship dah kuat, kerja menjual menjadi lebih mudah.

#9: Berikan Offer..

Anda biasa pergi ke SOGO? atau mana-mana shopping complex? Apa yang membuatkan anda tertarik untuk membeli? Jawapannya, tak lain tak bukan adalah layanan ramah awek jurujual OFFER! Semua orang sukakan offer. Tawaran diskaun, jualan mega, beli 2 dapat 1, hadiah percuma, dan sebagainya. Anda juga tawarkan offer ini khas untuk fans anda. Hanya mereka yang menjadi fans fanpage anda sahaja layak untuk terima offer dari anda ini. Anda boleh berikan produk dengan harga diskaun, freegift dan sebagainya. Tapi ingat, jangan adakan offer yang sama dengan kerap. Adakannya sekali sekala, dan tawaran tersebut hendaklah berbeza dari satu sama lain.

Untuk menambahkan keberkesanan offer anda, masukkan juga faktor ‘limitation‘ seperti kuota terhad, stok terhad, 199 pembeli terawal, sah hingga 31 Jan 2013 dan mana-mana yang bersesuaian.

#10: Tingkatkan Kepercayaan

Anda boleh tukarkan fans kepada pembeli dengan lebih mudah jika anda mampu meyakinkan atau membuatkan mereka lebih percaya dengan fanpage anda, percaya dengan anda sendiri sebagai penjual, dan juga percaya akan keberkesanan produk anda. Bagaimana anda boleh tingkatkan kepercayaan di fanpage anda? Beberapa tips di bawah boleh anda ikuti.

  • Letakkan cara hubungi anda. Dengan meletakkan no  phone anda, prospek lebih percaya dengan apa yang anda jalankan.
  • Tunjukkan gambar-gambar aktiviti berkaitan bisnes anda. Contohnya gambar melayan pelanggan, gambar membungkus barang, gambar stok sampai dan sebagainya.
  • Banyakkan testimonial di fanpage anda. Banyak testimonial, prospek lebih percaya. Gunakan testimonial yang anda terima dari FB atau dari sms. Testimonial jenis ini sangat berkesan untuk meningkatkan kepercayaan orang untuk membeli. Ianya juga dipanggil social proof.
  • Gunakan ayat yang sesuai dalam penulisan post. Ayat tak terlalu skema, dan juga tak terlalu “sms”. Jangan guna penulisan gaya ‘sms’ ye.

#11: Berikan Respons

Respons terhadap pertanyaan atau komen yang diberikan audiens di fanpage anda. Jika boleh, tag nama mereka semasa menjawab komen. Ini membuatkan mereka merasa dihargai oleh anda. Dan kepantasan anda menjawab respons juga membantu untuk mereka percaya dengan anda. Jika anda tak berkesempatan menjawab pertanyaan mereka dengan segera, pastikan anda cuba memberikan respons dalam masa 24 jam.

#12: Banyakkan Testimonial

Seperti yang dibincangkan dalam point no 8, testimonial memang sangat membantu untuk tukarkan fans kepada pembeli. Cuba update testimonial-testimonial terbaru dari masa ke semasa. Semakin kerap anda kongsikan testimonial di fanpage anda, lebih mudah untuk anda dapatkan pembeli-pembeli baru dari kalangan fans anda sendiri.

Biasanya, pembeli membeli tanpa melihat produk, tapi mereka membeli disebabkan testimonial. Disebabkan testimonial, emosi mereka bertambah kuat  untuk mendapatkan produk anda untuk merealisasikan impian mereka.

#13: Kemaskini Fanpage Dengan Konsisten

Anda juga perlu sentiasa mengemaskini fanpage anda dengan post-post terbaru. Kekerapan anda mengemaskini fanpage anda dengan menghasilkan post-post terbaru, membuatkan ianya lebih kerap dilihat atau dipaparkan pada newsfeed fans. Dan ini seterusnya membantu mereka untuk sentiasa alert dengan sebarang update dari anda. Dan tak susah untuk mereka menjadi pembeli hasil dari kemaskini yang konsisten anda jalankan.

#14: Gunakan Gambar Yang Cantik

Gambar cantik dan jelas boleh tukarkan fans menjadi pembeli? Biar betul? Ya, memang benar. Lebih-lebih lagi jika anda menjual produk pakaian. Orang lebih percaya, minat untuk membeli sesuatu produk yang cantik di mata mereka.Seperti kita pergi ke kedai pakaian, di mana kita lebih tertarik dengan model patung yang memakai pakaian berbanding dengan pakaian yang tergantung di hanger sahaja. Begitu juga di Facebook! Cuba lihat fanpage yang laris menjual pakaian, kebanyakan mereka menggunakan gambar model bersama pakaian tersebut.

#15: Perkenalkan Siapakah Anda, Brand Anda.

Point terakhir yang ingin saya kongsikan adalah, siapakah anda? Jika fans anda mengenali anda, lebih mudah untuk mereka menjadi pembeli. Anda perlu tonjolkan juga diri anda sebagai pemilik fanpage kepada fans anda. Anda boleh letakkan gambar anda, profil ringkas berkenaan diri anda. Lebih ramai fans mengenali diri anda, lebih banyak pembeli yang anda boleh perolehi. Ramai orang membeli dari orang yang mereka kenali.(termasuk brand). Jika anda mewakili satu syarikat, badan, kumpulan, tekankan tentang ‘jenama’ organisasi anda.

Itulah 15 tips yang sempat saya berikan yang mana dapat anda gunakan untuk tingkatkan lagi jualan di fanpage anda. Tukarkan fans anda kepada pembeli dengan tips-tips ini. Selamat beramal!

PS – jika bermanfaat, jemputla share di facebook anda.

Similar Posts

146 Comments

  1. tq so much! makes me realized im on the right track, and also have lots of room for improvement! really appreciated your post. 😀

  2. tqvm utk maklumat yg diberi. Amat berguna bg sy yg baru nak ceburi pemasaran melalui fb.

  3. sifu, kat atas tu ade 14 tips je sebenarnya… sifu terlangkau dari tips #4…(mane la tau ade lg 1 tips ke..hehe)

  4. “Apabila kita menjual produk kita di FB, jangan tekankan kepada harga produk, jangan tekankan tentang kehebatan produk. Apa yang perlu anda tekankan adalah – Apa manfaat yang bakal diterima prospek selepas dapatkan produk..” ini adalah tips sangat berkesan 🙂 terima kasih bebanyak sifu.

  5. Terima kasih banyak. Sangat berguna untuk saya ebook di atas. Terima kasih.

  6. Saya banyak saingan dlm menjual baju kanak2..dan saya merupakan org baru dlm bisnes ini..setiap kali saya post iklan d page..like ada..tp jualan takde

  7. Terimakasih Sifu Jamal

    Lama saya nak dapat key point ”manfaat” dan “kehebatan” produk..

    Key point yang jauh perbezaannya..

    Sekarang dah jelas…

    Terimakasih sifu 🙂

  8. Terima kasih banyak2….info yang sangat bermanfaat.

    Mamamia-wellness.blogspot.com
    Fanpage:mamamia-wellness
    Ig: @nieda2011

  9. Hmmm…info dan ilmu yang sangat bagus
    langkah demi langkah yang betul

    apa ilmu yang diterangkan memang saya dah lakukan cuma, tidak tersusun macam yang telah dijelaskan…insyaallah bermula dari selepas membaca ini akan saya follow step by step

Comments are closed.