5 KUNCI PENTING YANG USAHAWAN PERLU ADA DALAM DIRI, UNTUK BISNES TAHAN LAMA

Nak jadi usahawan untuk tempoh yang lama, kita perlu memiliki mindset yang betul dan motivasi yang kuat, untuk pastikan bisnes kita terus berkembang, dan kekal kompetitif dalam pasaran yang sentiasa berubah.

Nak masuk ke dalam dunia bisnes bukanlah satu jalan mudah.

Kita perlu usaha gigih, pengorbanan, dan kegigihan yang tinggi untuk mengharungi pelbagai cabaran.

Tapi, dengan memiliki kunci-kunci kejayaan yang betul, insya-Allah kita akan mampu menjadi usahawan yang luar biasa!

So, sebelum korang teruskan baca, make sure korang relax, ambil nota, dan sedia untuk ketahui rahsia kejayaan usahawan yang bakal ubah game korang!

Jadi, pastikan korang baca sampai habis ya! Let’s go! 

#1. Minat

Salah satu sebab, kenapa ramai orang bisnes ni success adalah sbb mereka minat, ada passion dengan apa yang mereka buat.

Minat + Usaha, InshaaAllah akan berjaya.

Jika niat hanya sekadar untuk dapatkan duit, agak mencabarlah.

Bukan apa, dunia bisnes ni memang kena kental, jatuh bangun.. hutang sana sini.. takde untung.. itu benda normal.

Hanya yang ada passion je akan stay and sustain.

Kalau takde minat, susah kita nak kekal semangat dan tahan lasak hadap cabaran bisnes.

Minat ni akan buat kita sanggup stay up malam, kerja lebih masa, dan sentiasa cari jalan untuk improve diri dan bisnes kita.

Kalau kita minat, kita akan rasa seronok walaupun tengah busy.

Sebab kita buat apa yang kita suka..

Cuba kenal pasti apa yang korang betul-betul minat.

  • Buat list aktiviti yang korang suka buat, topik yang korang selalu baca, atau hobi yang korang selalu buat.
  • Tanya diri sendiri, apa yang buat korang rasa happy dan puas hati?
  • Kalau korang minat memasak, maybe bisnes makanan atau katering adalah pilihan yang tepat.

Bila dah tahu apa yang korang minat, spend masa untuk belajar lebih dalam pasal bidang tu.

Ikut kursus, baca buku, dan jumpa orang yang berpengalaman dalam bidang tu.

Next, kita kena mula plan bisnes based on minat korang.

Buat research market untuk pastikan ada demand untuk produk atau servis yang korang nak tawarkan.

Plan strategi marketing dan set target pelanggan.

Bila dah start bisnes, cuba kekalkan semangat dan motivasi.

Bisnes ada ups and downs. Bila hadap cabaran, ingat balik kenapa korang start bisnes ni. Minat yang mendalam akan bantu korang untuk tak mudah give up.

Lepas tu, kembangkan bisnes based on minat korang.

Bila bisnes dah mula stabil, fikirkan cara untuk expand.

Tambah produk atau servis baru yang still related dengan minat korang.

Faham?

Kejayaan dalam bisnes bukan just pasal duit, tapi juga pasal kepuasan buat apa yang kita suka.

Korang macam mana? Apa minat korang?

#2. Fokus

Fokus tak bermaksud yang 24 jam kita kena fikir pasal kerja.

Tetapi lebih kepada fokus pada apa yang kita nak capai dalam bisnes cth, nak licinkan stok.. nak buat marketing kaw2.. itu semua perlukan fokus.

Buat macam2 bisnes, boleh ke? Boleh tetapi sebaiknya hanya fokus pada niche yang sama la.

Sebagai contoh, bisnes kita adalah niche kecantikan, kita keluarkan produk kosmetik, supplemen dan skincare yang berkaitan dengan kecantikan.

Dalam dunia bisnes yang penuh cabaran dan distractions ni, fokus adalah kunci untuk capai matlamat dengan lebih cepat dan efektif.

Tanpa fokus, kita mudah hilang arah dan mungkin tak capai kejayaan yang diimpikan.

Macam mana nak boostkan fokus?

First thing first, kita kena tahu apa matlamat utama bisnes kita.

  • Matlamat ni kena clear dan spesifik supaya kita tahu apa yang kita nak capai.
  • Lepas tahu matlamat, kita kena buat plan yang detail tentang macam mana nak capai matlamat tu.
  • Plan ni kena ada langkah-langkah kecil yang kita boleh buat setiap hari.
  • Untuk fokus betul-betul, kita kena elak distractions yang boleh buat kita hilang tumpuan.

Ni mungkin termasuk gangguan dari media sosial, email yang tak penting, atau meeting yang tak productive.

Dalam bisnes, banyak benda nak buat, tapi kita kena pandai prioritize.

  • Fokus pada task yang paling penting dan urgent dulu.
  • Jangan takut nak delegasikan task kat orang lain.
  • Ni membolehkan kita fokus pada benda yang betul-betul perlukan perhatian kita.

Fokus berterusan perlukan rehat yang cukup.

Jangan lupa ambil masa untuk berehat supaya otak kita sentiasa fresh dan bertenaga.

Bila fokus kita tinggi, tak ada apa yang boleh halang kita dari capai kejayaan yang kita impikan.

#3. Pushing factor

Biasaannya orang bisnes ni akan ada orang sekeliling yang menjadi push factor untuk dia lebih berusaha dalam bisnes.

Misalnya.. ada mentor, pasangan, parents atau lain2.

Kadang2 bila alone jer, tanpa siapa2 boleh buat kita jadi give up lagi2 bila sesuatu masalah muncul dalam bisnes kan?

Pushing factor adalah sebab utama yang mendorong kita untuk terus bergerak ke hadapan dalam bisnes.

Ia boleh jadi apa sahaja yang memberi kita semangat dan motivasi untuk terus berusaha, walaupun keadaan menjadi sukar.

Pushing factor ni penting sebab ia boleh jadi sumber kekuatan kita bila kita rasa down atau hilang arah.

Cuba mengenal pasti apa pushing factor kita.

  • Tanya diri sendiri, apa sebab utama kita buat bisnes?
  • Apa yang kita nak capai?
  • Jawapan kepada soalan-soalan ni boleh jadi pushing factor kita.

Lepas kenal pasti pushing factor, tulis dan letak kat tempat yang kita selalu nampak.

Ini untuk ingatkan diri kita kenapa kita buat semua ni, especially bila rasa down.

Ianya sebagai tenaga boost untuk terus berjuang.

Ingatkan diri korang tentang pushing factor tu bila korang rasa down atau lemah semangat.

Dia akan jadi fuel yang bakar semangat korang untuk terus go all out.

Pastikan pushing factor kita selari dengan matlamat bisnes kita.

Dia kena jadi power up untuk kita capai kejayaan dalam bisnes.

Kalau pushing factor kita strong, korang akan lebih semangat dan takkan give up walaupun ada cabaran.

#4. Idea

Bila ada ilmu, adalah idea. Tak kisahlah dengan apa cara sekalipun samaada anda buat research, pergi berguru dan sebagainya.

Setiap orang lain2 cara, ada orang dapat idea melalui pengalaman, ada certain yang guna jalan shortcut, pergi berguru.

Yang penting, anda ada idea dan planning yg betul untuk bisnes anda. Ok?

Idea adalah asas kepada setiap bisnes yang berjaya.

Tanpa idea yang bagus, susah untuk kita nak mula dan kekalkan bisnes.

Idea ni tak semestinya kena unik sangat, tapi ia mesti relevan dengan pasaran dan ada potensi untuk berkembang.

Kita cuma perlu bina kelainan sedikit daripada apa yang dah ada di pasaran untuk jadi lebih luar biasa.

Nak dapat idea yang luar biasa, kita kena faham pasaran dan apa yang pelanggan nak.

  • Kenalpasti trend terkini, apa yang orang belum dapat, dan peluang yang korang boleh explore dalam industri korang.
  • Cari masalah yang kita boleh selesaikan.
  • Bisnes yang berjaya biasanya bisnes yang selesaikan masalah yang dihadapi ramai orang.

Lepas dapat idea awal, buat kajian pasaran untuk pastikan ada permintaan untuk produk atau servis kita.

Tengok siapa pesaing kita dan apa yang mereka tawarkan.

Kita kena brainstorm untuk dapat idea-idea baru yang fresh.

Cuba cari inspirasi dari market luar negara.

Jangan lupa kaji juga idea tu untuk pastikannya relevant dan ada potensi.

Sebelum lancarkan produk, kumpul feedback dari potential customers.

  • Buat prototaip atau sampel dan minta pendapat mereka.
  • Ini boleh bantu kita buat penambahbaikan sebelum produk tu dilancarkan.
  • Berdasarkan feedback yang kita dapat, perbaiki dan ubah suai idea kita supaya ia lebih baik dan memenuhi kehendak pasaran.

Jangan takut untuk buat perubahan besar kalau perlu.

Lepas tu, kita perlu buat perancangan yang rapi untuk lancarkan produk atau servis kita. Ini termasuk strategi pemasaran, pengeluaran, dan logistik.

Akhir sekali, lancarkan produk kita dan buat promosi besar-besaran.

Gunakan media sosial, influencer, dan platform lain untuk tarik perhatian pelanggan.

Kita perlu sentiasa inovasi dan jadikan idea sebagai asas untuk bisnes korang maju!

#5. Improvement

Improvement? Ya, penambahbaikan. Anda perlu sentiasa fikirkan bagaimana untuk naikkan bisnes anda.

Mungkin dari segi produk, upgrade produk, buat lain dari yang lain.

Sebagai contoh, wujudkan brand extension untuk perkembangan bisnes.

Contoh lain, adalah anda boleh menambah baik management, team sales, atau marketing anda supaya anda tidak berada ditakuk yang sama.

Sebagai usahawan, kita perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri dan bisnes kita agar terus kekal kompetitif dan relevan.

Improvement bukan sahaja penting untuk memastikan bisnes kita berkembang, malah ia juga dapat bantu kita improve produk dan servis yang lebih baik kepada pelanggan.

Kita kena spot area atau benda yang kita rasa boleh improve dalam bisnes.

Check performance bisnes, dengar feedback pelanggan, atau tengok apa pesaing buat.

Dari situ, kita boleh tahu mana yang perlu diperbaiki.

Lepas dah jumpa area nak improve, buatlah plan yang clear untuk implement improvement tu.

Set matlamat yang jelas, tentukan resources yang kita perlukan, dan buat jadual yang realistic untuk buat perubahan tu.

Pantau progress secara berkala dan adjust bila perlu.

Pastikan apa yang kita buat tu betul-betul memberi impak positif pada bisnes.

Kita kena sentiasa ikuti dengan perubahan pasaran dan kehendak pelanggan. Sentiasa upgrade diri kita dan bisnes kita.

BONUS #6. Komitmen

Ok saya nak tambah satu lagi kunci! Saya rasa ianya sangat penting!

Apa2 kerja sekalipun anda buat, komitmen tu penting.

  • Kalau takde komitmen atau rase tanggungjawab susahla untuk anda sustain dalam bisnes.
  • Tapi, jika dari awal memang beri full komitmen untuk berjaya. InshaAllah kejayaan itu milik kita.
  • Bila kita betul-betul commit, baru la kita boleh capai matlamat dan kejayaan dalam bisnes.
  • Untuk dapatkan komitmen yang kuat, kita kena menetapkan matlamat dan sasaran yang jelas dalam bisnes.

Matlamat yang jelas akan memberi arah dan tujuan yang jelas untuk dicapai.

Sasaran pula jadi panduan untuk kita capai matlamat tu.

Kalau takde matlamat yang jelas, susah la nak ada komitmen yang mantap.

Lepas tu, decide apa tindakan yang korang kena ambil untuk capai matlamat tu.

Plan jadual kerja, fikir pasal risk management, dan jaga pengurusan masa.

Kita perlu berkorban masa, tenaga, dan duit untuk capai matlamat yang ditetapkan.

Usahawan kena bersedia bekerja lebih keras, belajar dari kesilapan, dan terus berusaha walaupun ada cabaran.

Disiplin kena jaga! Pastikan ikut rutin harian dengan konsisten dan tak terganggu dengan apa pun.

Dalam bisnes, takkan la kita boleh buat sendiri kan?

So, cari lah partner, mentor, guru atau join komuniti usahawan yang boleh tolong support kita.

Setiap cabaran tu pelajaran. Guna pengalaman dari kegagalan sebagai pembelajaran untuk improve diri dan kuatkan lagi komitmen kita.

Harap korang belajar sesuatu hari ni…

Jadi, itulah 6 kunci utama yang perlu ada dalam diri setiap usahawan yang nak berjaya dalam dunia bisnes!

Ingat, kejayaan tak datang dengan mudah.

Korang kena gigih, tabah, dan tak putus asa.

Tapi, bila dengan semua kunci ni dalam genggaman, korang boleh capai impian dan kejayaan dalam bisnes.

Percayalah pada diri sendiri dan teruskan usaha korang.

Kejayaan tu pasti di depan mata!

Semoga tips hari ni bagi korang semangat dan panduan yang berguna!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *