5 PERSEDIAAN YANG FOUNDER WAJIB ADA UNTUK SUSTAIN DALAM DUNIA BISNES

“Kalau niat di hati ingin sampai ke puncak yang tinggi, pastikan mentaliti & persediaan diri kita ready untuk mula mendaki. Kalau tidak nanti, kita takut di tengah jalan sudah berhenti, dan akhirnya terpaksa menarik diri.”

Begitu juga buat orang-orang bisnes, yang ingin mencapai visi, iaitu kejayaan yang diimpi, yang bakal datang nanti.

Visi sudah ada dalam diri, perancangan dan perlaksanaan sudah ada di sisi, cuma sudahkan cukup persediaaan untuk ‘mendaki’?

Kalau tak cukup persediaan, takut kita terhenti, dan takut terpaksa tarik diri, atau mungkin terus mati bisnes kita sendiri.

“JADI, APA PERSEDIAAN KITA KENA ADA NI?”

1. MENTALITI. Persediaan mentaliti. Adakah cukup besar visi kita nak capai nanti? Bagaimana keyakinan diri kita terhadap visi yang dimiliki? Adakah kita ada sebab yang kuat, atau tujuan yang kuat untuk capai visi ?Ada ramai orang, terpaksa berhenti sebab lemah dari segi mentaliti. Lemah mentaliti, akan lemah segalanya. 😘

2. ILMU. Tanpa ilmu, kita berisiko buat silap.. Tanpa ilmu, kita boleh lambat.. Tanpa ilmu, jalan yang kita lalui boleh jadi gelap. Dalam bisnes, menuntut ilmu adalah keperluan sepanjang masa.

3. MENTOR. Ada mentor, akan kurangkan risiko kesilapan kita. Ada mentor, kita boleh ada shortcut dalam ‘pendakian’ ke arah visi kita.

4. PENGALAMAN. Ya, pengalaman diperlukan. Bagaimana? Dengan latihan.. dengan ulangan…dengan buat yang pertama dulu.. Dengan mencuba yang kecil dulu..

5. PERALATAN. Alat, tool, method, strategi, teknik, taktik untuk kita lebih mudah, lebih cepat, lebih kurang risiko utk sampai ke puncak..

Ok? Dapat tak ni?

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *