|

5 TIPS BAGAIMANA BUAT CONTENT YANG HIGH VALUE..

“Macam mana cara nak buat content yang high value? Saya buntu..!”.. Ni lah antara rungutan daripada student2 Sifubad yang stress nak buat content marketing di social media mereka..

– ada yang kata buntu lah
– ada yang kata takde idea lah
– ada yang kata susah lah
– ada yang kata tak pandai menulislah
– dan macam2 lagilah!

Jadi kali ni, kami nak share lagi. Cara mudah dan cepat nak buat content marketing yang value-nya tinggi. Ready? Baca post ni sekarang ok…

#1: SOLVE PROBLEM

Yess. Sekarang ni orang dahagakan informasi. Sebab banyak sangat masalah yang perlukan solusi.

Biasanya, mereka akan cari solution di Google atau sosial media.

Jadi, cuba kenalpasti, apa info yang boleh kita boleh share pada audiens, dan ianya menyelesaikan masalah.

Opss, jangan lupa. Pastikan ianya relevan dengan bisnes kita ye.

Contoh 1 – Anda jual tudung. Boleh share kan tips 5 teknik lilitan tudung super lawa untuk sis yang berwajah petak.

Contoh 2 – Anda jual ubat kuat? Boleh sharekan 5 makanan yang perlu anda elakkan jika tak mahu “tewas” awal.

Contoh 3 – Anda bukak restoran? Boleh jer share video resipi bagaimana sediakan asam pedas dengan cara pantas..

Konten yang berkualiti tinggi mesti dapat menjawab persoalan pembaca.

Fokuskan pada topik yang relevan dan berikan solusi praktikal. Dengar apa masalah yang dihadapi oleh pembaca dan cari cara untuk bantu mereka.

#2: KEYWORD CARIAN

Cara ke-2, kita boleh gunakan keyword yang boleh tarik perhatian audiens.

Bukan tu je, ianya juga memudahkan kita buat content, gunakan keyword2 spt:

TIPS, TEKNIK, CARA, RAHSIA, LUBUK, PANTANG LARANG, KESILAPAN dan yang sewaktu dengannya.

Kenalpasti keyword yang relevan dengan bisnes kita, dan sering digunakan oleh audiens sasaran kita untuk buat carian di Google.

#3: BERIKAN CONTOH

Jangan hanya bagi point je. Tak semua audiens boleh faham. Kalau mereka tak faham, pastinya mereka cari content lain (pesaing) yang simple.

Kita perlu bagi contoh mudah untuk bantu audiens yang membaca, faham tentang apa yang kita terangkan.

Gunakan analogi ataupun contoh fakta, kisah, isu semasa.. yang sesuai dengan point yang kita ceritakan.

Berikan contoh-contoh yang praktikal dan relevan, supaya audiens boleh apply dengan mudah. Ini akan bantu audiens memahami dengan lebih jelas.

#4: TIRUVASI PESAING

Kalau dah memang buntu sangat takde idea nak buat content apa, gunakan teknik tiruvasi.

Cari kat page lain ke, blog lain ke, web lain ke, emel2 yang anda subscribe ke..amik idea dari situ, dan olah semula ikut gaya bahasa kita.

Sesuaikan dengan niche anda. Jangan kopipes bulat2 ok?

Upgrade content tu jadi lebih baik, tambah value seperti masukkan lebih banyak contoh, infografik, template, buat video.. dan banyak lagi.

#5: CONTENT EDITING

Dah habis buat content tu, jangan post dulu!

Sabar2.. kene semak dulu, edit kalau perlu!

Next step, kita perlu baca balik content tu. Baca dengan letakkan diri kita sebagai pembaca, bukan sebagai penulis content tu.

Baca dan tanyakan soalan ni…

“Bagus tak content ni? Patut tak aku share content ni?”

Kalau korang jawab YA, then boleh lepas untuk post. Kalau nak lagi puas hati, mintak tolong kawan komen dengan seikhlas hati..

Kalau tak ok, kita kena buat editing dan adjust dari segi ejaan, simbol, contoh, fakta, susunan ayat dan lain-lain.

Dah konfem nanti, baru boleh post kat FB ke, IG ke, Youtube, blog ke, Twitter, terbaru ni Threads..

Ingat, jangan post kat satu platform je. Kena integrated kat platform2 lain juga..

Harap dengan 5 tips ni, korang boleh buat content yang bermanfaat dan mampu selesaikan masalah audiens.

Korang hanya perlu jadi kreatif dan unik supaya content korang tu lebih high impact dan high value!

Nak tanya sikit ni.. Adakah tips2 diatas dapat membantu korang mencipta content marketing yang high value?

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *