penjenamaan

5 Tips Penjenamaan Bisnes di Facebook

penjenamaan

Dalam kehidupan harian, kita banyak terdedah kepada pelbagai jenis iklan. Ada iklan mengenai produk kesihatan, produk kecantikkan, produk bina badan dan banyak lagi. Sampai anda pun dah bosan nak lihat iklan tu lagi.

Kalau anda nak tahu, inilah yang dinamakan penjenamaan. Ia adalah proses untuk meracun minda pengguna untuk ingat pada bisnes anda.

Penjenamaan adalah salah satu aspek penting dalam bisnes. Anda akan tenggelam dalam dunia persaingan bisnes jika anda gagal jenamakan bisnes anda. Tanpa jenama, bisnes anda tidak tahan lama.

Ada 3 unsur utama yang penting dalam penjenamaan iaitu dikenali, disukai dan dipercayai. Jika ketiga-tiga unsur ini ada pada jenama bisnes anda, maka jenama ini berada di laluan yang betul untuk berjaya.

Cuba anda bandingkan kasut yang dijual di kedai biasa dan di kedai Nike, harga kasut di kedai Nike lebih mahal…tapi kenapa ramai orang lebih suka beli di kedai Nike. Ini kerana dengan nama jenama sahaja, pengguna sanggup bayar lebih untuk membeli produk anda.

Pengguna akan rasa lebih selamat, lebih bergaya dan lebih percaya pada jenama Nike. Itulah kelebihan jika bisnes anda mempunyai jenama yang kukuh.

Sebagai seorang peniaga di Facebook, membina jenama juga sangat penting untuk bisnes anda.

Mengapa penting untuk kita tingkatkan kesedaran pengguna di Facebook pada jenama bisnes kita?

  • Untuk jadikan fanpage kita lebih dikenali berbanding pesaing-pesaing yang lain.
  • Untuk tingkatkan kredibilit terhadap bisnes anda.
  • Untuk beritahu pengguna yang bisnes anda masih lagi wujud
  • Untuk dapatkan kepercayaan dan kesetiaan pengguna pada bisnes anda.
  • Jika jenama kita semakin dikenali, semakin mudah pengguna untuk membeli dari kita.

Sebagai permulaan, anda mungkin rasa susah untuk bina jenama bisnes…berikut adalah 5 tips yang boleh anda buat untuk jenamakan bisnes anda di Facebook

1) Nama Bisnes

Gunakan nama fanpage yang bersesuaian dengan bisnes anda.

Nama fanpage bisnes anda mestilah unik dan menarik perhatian. Cuba anda lihat jenama-jenama besar di dunia, seperti Sony, Apple, Star Buck dan Mc Donald, nama yang digunakan sangat mudah diingati. Ini dapat memudahkan pengguna untuk ingat nama jenama bisnes anda.

Jika anda tiada idea apa nama yang sesuai untuk fanpage bisnes anda, gunakan sahaja nama anda. Matlamat utama adalah untuk memudahkan orang mengingati jenama anda.

nama bisnes anda

2) Logo dan Warna Bisnes

Logo dan warna memainkan peranan yang penting dalam bisnes anda. Salah satu elemen penting yang dapat kita lihat dari jenama besar adalah elemen logo. Logo mereka sedap dipandang, mudah dibaca dan diingati.

Anda boleh lihat syarikat seperti Google, Youtube, Paypal…logo mereka sangat simple, hanya menggunakan 1 hingga 3 warna sahaja.

Di Facebook, anda boleh letakkan logo bisnes pada gambar-gambar yang anda post di fanpage termasuk pada cover timeline fanpage. Anda juga boleh letakkan logo bisnes anda di profile fanpage.

Cara Menjenamakan Bisnes Anda

3) Slogan Bisnes

Slogan adalah ayat ringkasan yang menceritakan keseluruhan bisnes anda. Slogan yang baik adalah slogan yang unik, spesifik dan mudah difahami. Ia boleh membangkitkan emosi pengguna untuk ambil tahu mengenai bisnes anda.

Facebook_Hashtags

Dalam sosial media, anda boleh masukkan slogan bisnes dengan menggunakan fungsi hashtag. Letakkan hashtag slogan anda di setiap post yang anda buat. Apabila pengguna Facebook klik pada hashtag tersebut, mereka akan dapat baca semua post terbaru mengenai bisnes anda.

Fungsi ini dapat memberi kesan yang baik untuk jangka masa panjang jika anda dapat gunakannya secara optimum.

Ini antara contoh slogan syarikat besar yang popular..

“When it absolutely, definitely need to be there” – Fedex
“The Original Jeans” – Levi”™s
“Pizza in 30 minutes or FREE” – Dominos Pizza
“Imposible is Nothing” – Adidas
“I’m lovin It” – McDonald

4) Unik

Dalam dunia bisnes yang penuh persaingan, anda harus menjadi unik dan berbeza dari bisnes lain. Anda harus mempunyai USP yang jelas. Selain itu, anda juga perlu aktif mempromosikan diri supaya anda dapat dikenali.

Untuk menjadikan jenama bisnes anda kukuh, ia memerlukan masa dan komitmen yang tinggi. Anda perlu kreatif dalam menyampaikan mesej bisnes anda kepada pengguna secara efektif.

USP

5) Konsisten

Di Facebook, anda perlu hasilkan iklan dan post fanpage secara konsisten. Perbanyakkan perkongsian dalam bentuk tips dan testimonial.

Anda perlu bina post sekurang-kurangnya 1 post sehari. Iklankan produk anda di Facebook pada semua placement iaitu desktop feed, mobile feed dan juga right column.

fb ads placement

Anda juga perlu konsisten menyediakan kualiti produk dan sistem perkhidmatan untuk pelanggan anda. Sentiasa buat penambahbaikkan supaya bisnes anda lebih baik dari sebelumnya.

Contohnya;

Anda menjual produk kuruskan badan. Produk jenis ini mempunyai jangka masa hayat yang pendek, setiap tahun akan ada produk kuruskan badan terbaru dilancarkan.

Untuk bersaing, anda boleh buat penambahbaikkan dan perubahan dari segi reka bentuk produk.

Anda juga boleh buat personal training untuk bantu pelanggan anda kuruskan badan. Produk dalam bentuk buku dan video juga boleh membantu.

Ok, itulah 5 tips tersebut…

Anda boleh gunakan kesemua tips ini untuk jenamakan bisnes anda di Facebook. Semakin tinggi kepercayaan pengguna Facebook pada jenama bisnes anda, semakin mudah untuk mereka membeli dari anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Similar Posts

66 Comments

  1. Nasihat & tips yg power di pagi jumaat ni. Terima kasih tuan jamal, cerita pasal branding pulak. Barang branded yang mahal memang orang gila-gilakan & paksakan diri untuk beli. Walhal yg murah pon baik jugak tapi kalah disegi namanya. Paling ketara sekarang adalah gadgetlah. Rata-ratanya ramai yang dah mempunyai telefon pintar, namun pasti berlumba2 untuk mendapatkan keluaran terbaru jika ada.

    1. Terima kasih Sifu atas perkongsian yg sangat2 bermanfaat.. Saya Akan mengamalkan tip2 yg tuan Sifu sebagai panduan… Semuga dipermudahkan Allah atas segala urusan insyaAllah..!! Amin..

  2. Terima kasih Sifu Jamal,

    Sy teringin sgt nak pegi kelas sifu Jamal,
    tp masih tidak berpeluang disebabkan kekangan
    masa dan wang. InshaAllah suatu hari nanti kita
    akan jumpa di kelas insentif sifu.

    Sy selalu follow sifu. Sy ada semua buku dan DVD
    sifu. Dan tak penah missed baca email sifu.

    Terima kasih atas perkongsian ilmu 😀

  3. terima kasih atas perkongsian.saya baru berjinak dalam bisnes dan pengetahuan saya dlm marketing masih pada tahap sangat rendah.perkongsian Sifu Jamal banyak membantu

  4. Jazakallah khairan kathira. Semuga Allah membalas jasa baik Sifu yang tidak kedekut ilmu dan berkongsi dengan saya walaupun kita tidak kenal. Semuga kebaikkan Sifu menjadi inspirasi kepada saya untuk tidak jemu dan kecewa dalam membuat kebaikkan.

  5. Sifu…saya jd agen utk 2 produk berlainan..saya perlu bina satu fanpage @ dua? Saya nk promote dlm page yg sama atau bina page berasingan?
    Tq sifu utk ilmu yg dkongsi

  6. Alhamdulillah… Terimkasih en jamal atas perkongsian .. Ilmu yg mafaat… Moga dimurah rezeki yg berlipat kali ganda…amin

  7. Terima kasih sifu atas ilmu yg amat berguna ini.semoga sifu terus maju n sukses atas perkongsian ini.sifu begitu prihatin terhadap kami wlwpun tanpa modal…

  8. saya banyak kali mencuba membuat fan page….
    Terima Kasih atas dorongan dan perkongsian tips yang bermanfat

  9. Terima kasih SifuFBad ….
    Alhamdulillah… Banyak manafaat yang saya dapat dari tips ni… banyak elemen yang masih kurang saya lakukan dalam penjenamaan business saya… dengan perkongsian ini banyak membuka mata minda saya…
    Moga SifuFBad tidak jemu berkongsi ilmu dengan saya dan moga kita sama2 sukses.
    Amiin..

  10. Terima kasih Sifu…byk ilmu yg saya peroleh. Slps pergi missing chapter, chapter f dan join apprentice 3 hari tu..minda sy kini lebih terbuka…mmg Sifu terbaik…insyaallah…sy akn praktikkan ilmu2 yg tlh dipelajari..

  11. setelah sekian lama tertanya-tanya tentang fb ads akhirnya jumpa juga. terimakasih atas ilmunya Sifu.
    satu hal nak tanya, untuk mempromosikan iklan kita kena buat iklan berbayar ke…
    cara pembayaran pula macamna kalau dalam senarai metode pembayaran tdk ada no acc bank kita…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *