5 Tips Untuk Memikat Fans Supaya Mereka Baca Post Anda
Untuk buatkan fans sentiasa follow update dari fanpage kita, bina la post yang mereka SUKA.
Macam mana nak tahu mereka suka atau tak post kita?
Anda perlu buat post harian, kemudian lihat post jenis yang bagaimana dapat ENGAGEMENT yang paling tinggi.
.. bina post dalam bentuk gambar, share link artikel, video atau post text biasa.
Lebih menarik, jika kita boleh berikan maklumat yang ada kaitan dengan ISU SEMASA. Biasanya, post jenis ini selalu dapat engegament yang tinggi.
So, jangan buang masa, jom kita sama-sama korek.. apa 5 tips mudah ini. Tak perlu keluar duit pun. FREE je. Hari ni juga boleh buat.
Jumzz baca 5 tips ini:
#1: Gaya Bahasa Penulisan
Gaya penulisan kita tu mestilah intonasinya sama seperti kita sedang bercakap dengan audiens.. tapi, jangan pula anda guna bahasa yang kasar. Jangan main kasar! Gunakan BAHASA yang baik-baik je, hormat audiens kita. Jika kita nak orang hormat kita, kita kena la hormat orang dulu.. tak gitu..?
Secara ringkasnya, bila mereka baca post kita.. mereka akan rasa seperti tengah bersembang dengan kita.
Contohnya macam ni ha, “Meh saya kongsikan 3 cara bagaimana nak jana duit daripada Facebook dengan kos pemasaran yang rendah. Sila baca dan komen ye..”
Guna ayat yang MUDAH orang faham. Walaubagaimanapun, benda macam ni ikut NATURE penulisan kita. Kalau anda seorang yang professional dan selalu guna Bahasa Melayu Tinggi.. maka seeloknya gunakan perkataan yang FORMAL.
Jika anda jenis yang sempoi-sempoi, jadi tulis jelah macam blogger-blogger tu. Cun!
#2: Isi Kandungan Post
Pastikan anda tulis content post yang fans anda nak baca, bukan suka hati je anda nak tulis apa! Isi kandunagn post ni tak perlu gempak sangat. Tips atau perkongsian biasa-biasa pun dah okay. Yang penting bermanfaat!
Contohnya, macam kita nak kongsi pasal cara nak jadi hensem. Jadi, kita tulislah cara-caranya macam mana, sama ada sikat rambut ke, pakai suit ke, dan sebagainya.
Kalau anda jenis suka kongsi tentang cerita yang terjadi kepada anda tu lagi syok. Cerita dan tulisan dari pengalaman sendiri tu antara topik yang paling fans suka baca.
Contohnya, macam cerita kita pergi melancong ke luar negara ke, cerita kita kena perlu join seminar di luar negara ke, atau apa-apa sahajalah pengalaman anda yang menarik untuk dikongsikan.
Yang paling penting, mesti ada isi. Isi yang FUN dan audiens boleh dapat manfaat daripadanya.
Jika mereka SUKA dengan post anda, pasti mereka akan SHARE dan post anda akan jadi VIRAL. Dapat free marketing..
#3: Kenal Siapa Sasaran Audiens
Anda WAJIB tahu siapa target audiens post anda dan tulis mengikut gaya yang sesuai dengan mereka.
Senang cerita macam ni, siapa followers fanpage anda?
Contohnya, jika anda fanpage anda khas untuk geng ustaz-ustaz, masukkanlah ayat-ayat islamik dalam tulisan anda seperti “bismillah” pada permulaan post ke, atau kalimah-kalimah yang menyerupai bahasa-bahasa ustaz nih. Kongsikan doa harian dengan mereka.
Kalau fans anda ramai daripada geng-geng bisnes, seeloknya buat tulisan yang berasaskan tip-tip berkaitan marketing. Ayat pun tak perlulah tulis macam karangan SPM sangat. Simple-simple sudah.
Jika anda takde IDEA nak tulis apa, anda tulis je satu TIPS ringkas pun dah cukup. Nak lagi senang, anda SHARE je post dari fanpage lain. Berikan sedikit pendapat mengenai post yang anda share tu, ini dapat tingkatkan ENGAGEMENT dengan fans anda.
#4: Tetapkan Fokus Penulisan Anda.
Fans anda ni semuanya manusia, dan manusia ni FOKUS mereka taklah sehebat macam fokus kamera DSLR tu. Jadi, TAJUK dan ISI kandungan mestilah berkaitan antara satu sama lain. Flow cerita juga mestilah TERSUSUN.
Kalau kita tulis bab Facebook Ads, fokus pasal tu je. Jangan pula masukkan bab politik pula. Bila tulisan kita bercampur-campur dan tak fokus, post anda akan jadi macam ROJAK! Macam-macam ada! Nanti, fans akan jadi tersangatlah BOSAN dan MALAS nak baca.
Jadi, tentukan MATLAMAT dan fokus pada awal sebelum anda menulis. Tanya pada diri anda, anda nak kongsi apa sebenarnya kepada fans anda? Orite?
#5: Penulisan Kemas dan Tersusun.
Yang ni juga sangat penting!
Semasa menulis, gunakan noktah, koma, dan tanda baca yang sesuai. Jangan guna lebih-lebih pula! Nanti audiens naik MENYAMPAH nak teruskan membaca…
Gunakan susunan perenggan yang TERATUR. Jangan terlalu padat sangat tulisan. Kelaskan point penting dalam 1 perenggan khusus dan sebagainya.
Contohnya macam ni..
Jadi, itu sahaja untuk artikel kali ni. Menulis ini sebenarnya mudah sahaja. Bagaimana kita mahu membaca tulisan orang lain, macam itu jugalah orang lain mahu baca tulisan kita.
Ada faham..?
Jika kita suka satu post itu, cuba kita KAJI apa sebab kita suka baca post tersebut?
Gaya bahasa? Ayat yang digunakan? Adakah kerana isinya? Susunan ayat yang mudah difahami.. atau lain-lain sebab lagi..
.. lepas kaji tu, jangan lupa pula praktik apa yang anda dah dapat. Okay?
Baik, terima kasih kerana baca tip ini dan teruskan bersiar-siar di blog sifufbads!
Trime ksih sifu.
Byk da sy dpt blaja dr sifu..
Smoga kkal sihat,kaya dan berjaya dunia akhirat.
terima kasih sifu Jamal…. terbaik laahhh…
erimakasih sifubad atas pengkongsian ilmu , semoga dimurahkan rezeki
Terima kasih atas perkongsian ini..sgt2 menghargainya dan akan cuba belajar buat penulisan yang baik mcm sifu..sy nak bersiar2 lagi dlm blog ni..
Tq cikgu bnyk ilmu cikgu beri .. suka saya membaca nya .. insyaAllah dipraktikan .. semoga cikgu bertambah sihat dan beroleh rezeki melimpah !.. agar dapat manafaatkan buat kami semua.. ? tq cikgu sifuads.
terima kasih cikgu jamal..atas perkongsian ilmu yg diberikan..
ni no whatsapp saya..017-3742984
salah seorang ketua program jaringan usahawan..
Terima kasih berkongsi ilmu dengan saya…
Terima kasih atas perkongsian ilmu
terima kasih sifu atas perkongsian.semoga kita sama2 menjadi jutawan dunia dan akhirat
Terima kasih atas ilmu yg dikongsi.
Terima kasih atas perkongsian ilmu yg diberikan.. sangat berguna… semoga sifu dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik utk beri kami semua ilmu yg berterusan…. Aamiin
tq alhamdullilah sifu ats perkongsian yg diberikan dan bermanafaat
Tq sifu, sangat bermanfaat utk saya, in sha Allah, akan dipraktikkan.
memang bagus & manfaat
tq sifu..sangat bermanfaat tuk sy..
terima kasih atas perkongsian tuan
Terima kasih sifu kerana sudi berkongsi panduan yg bermanfaat ini
Terima kasih sifu utk semua ilmu, semoga sifu sentiasa dalam lindungan Allah
Tq cikgu bnyk ilmu cikgu beri .. suka saya membaca nya .. insyaAllah dipraktikan .. semoga cikgu bertambah sihat dan beroleh rezeki melimpah !.. agar dapat manafaatkan buat kami semua.. ? tq cikgu sifuads.
Terimakasih Sifu ..atas perkongsian bertambah ilmu saya dapat..saya doakan semuga Sifu terus maju jaya dalam mencurahkan ilmu yang bermaafaat ini..amin…
Terima kasih sifu atas tips yg diberi.sangat bermanfaat untuk saya yg masih baru dlm online bisnes ni.
Thanks sifu..akan sy apply kn….insyaAllah
Tq sifu. Byk ilmu ni. Semoga terus berjaya.
Terima kasih banyak Sifu. Banyak yang dipelajari. Saya akan ubah cara penulisan saya mengikut ilmu yang telah dipelajari.
moga sifu akan terus mencurah ilmu bermanfaat seperti ini…
Alhamdulillah..
terima kasih atas perkongsian sifu. in sha allah akan saya manfaatkan.
Terima kasih atas tunjuk ajar sifu
Terima kasih sifu.. Byk yg dpt sy manfaatkan dr tips2 ini. Semoga sifu semakin d murahkan rezeki dan kita semua.
T/kasih Sifu diatas segala perkongsian ilmu… muga sifu bahagia dunia Dan akhirat..
Terima Kasih sifu. ILMU yang bagus 🙂 moga sifu terus sharing ILMU2 yg best222…
Terima kasih sifu Jamal..
Tak lokek berkongsi ilmu,semoga dimurahkan rezeki olehNya..
tq sifu dengan ilmu yang bemanfaat yg sifu kongsikan
semoga murah rezeki
Tqvm Sifu
Terima kasih atas perkongsian ilmu, Sifu!
🙂
Tq sifu! Penyampaian yg mudah difahami.insyAllah akan diperaktikan.
Tq sifu atas perkongsian ilmu yg bermanfaat ini…?
Terima kasih sifu atas ilmu yg diberikan.
Tq so much Sifu…nieda cuba praktikkan ilmu yg sifu bg…keep teaching me ok 😉
thanx sifu…very very enlightening…will put into practice…in sya allah
Nice n simple. Terima kasih tuan
Terima kasih SifufBads. Tip yg sgt bergina. Byok lah weeh ayat2 sebelum ni. Dok power lasung ayat ambe. Tq veri much.???
Bagaimana caranya kita nak buat org follow fb kita
terimakasih… sgt berguna
Terima ksih atas perkongsian ilmu,,,
Ni no wasap sya ,0174190996.
terima kasih sifu.. tips sifu ni banyak ajar saya.
Terima kasih..sgt berguna…dan bermnfaat…
terima kasih dgn perkongsian ilmu ni…mudahan saya mampu untuk hadirkan diri dlm majlis ilmu sifu nanti.InsyaaAllah,amin.
thx sifu..
Terbaik sifu
Ada faham Sikit-sikit. …………..
Sebenarnya saya bermula dari 0
Banyak lagi nak kena belajar
Terima Kasih Coach
Terima kasih atas perkongsian sifu…