7 MINDSET BAHAYA YANG PERLU DIJAUHKAN OLEH USAHAWAN, KALAU NAK BISNES GROW

“KITA UBAH CARA BERFIKIR, MINDSET KITA AKAN BERUBAH.”

Kita ni kalau nak berjaya, cara berfikir kena ubah dulu. Pemikiran kita ni yang akan membentuk mindset kita.

Kalau kita terikat dgn cara pemikiran yang sama, itu yang buat kita susah nak mencapai sesuatu kejayaan.

Disebabkan itu juga, kita jadi mudah mengalah.. cepat rasa nak give up.. asal terima jer cabaran baru terus rasa ‘down’. Dan bila dah ‘down’, lama pula sangkut kat situ.

Bila kita dah terperangkap dalam mindset bahaya ini, kita mungkin akan hilang keyakinan, kurang semangat, dan sukar untuk terus maju.

Bisnes kita mungkin terbantut dan jauh dari potensi sebenar yang boleh dicapai.

Jadi, dalam post ni, saya nak kongsikan apa mindset bahaya yang kita perlu elakkan dan ubah, untuk membina bisnes yang kukuh dan mampu bertahan lama dalam market.. Jom baca!

#1. Takut gagal

Rasa takut gagal adalah musuh nombor satu bagi setiap usahawan.

Kita perlu sedar bahawa kegagalan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dan pertumbuhan.

Macam mana nak hilangkan perasaan takut gagal ni?

Kita perlu kenalpasti punca sebenar takut gagal kita.

  • Adakah kita takut gagal disebabkan oleh pengalaman lalu, tekanan sosial, atau ketidakpastian akan masa depan?
  • Dengan memahami punca takut gagal, kita boleh menguruskan dan mengatasi rasa takut tersebut.

Cari circle atau support dengan usahawan lain.

Berkongsi pengalaman dan belajar dari kegagalan mereka dapat membantu kita merasa tidak sendirian.

Carilah guru atau mentor yang berpengalaman dalam bisnes.

Mereka boleh memberikan nasihat dan bimbingan yang diperlukan

Setiap kali kita gagal, kita akan dapat pengalaman yang berharga untuk terus memajukan perniagaan kita.

Jangan biarkan rasa takut ini menghalang kita daripada mengambil langkah berani untuk mencuba sesuatu yang baru.

#2. Tak nak terima kritikan

Sebagai usahawan, kita perlu sentiasa terbuka untuk menerima kritikan dan maklum balas daripada pelanggan, rakan niaga, dan orang sekeliling kita.

Kritikan ini boleh membantu kita mengenal pasti kelemahan dan ruang penambahbaikan dalam perniagaan kita.

Namun, kadang-kadang ego kita menghalang kita daripada menerima kritikan ini dengan hati yang terbuka.

Kita perlu belajar untuk menyingkirkan ego dan mendengar dengan teliti apa yang orang lain katakan.

Bila kita dapat terima kritikan dengan terbuka, kita boleh perbaiki kelemahan dan tingkatkan prestasi bisnes kita.

Kita perlu kawal ego, dan belajar untuk menerima kritikan, mungkin dari pelanggan, rakan sekerja, atau mentor dan gunakannya untuk memperbaiki bisnes kita.

#3. Tak nak belajar

Ada masa kita rasa tak perlu belajar lagi. Kita rasa kita dah cukup pandai dan tak perlu belajar lagi. 

Dunia perniagaan sentiasa berubah, dan kita perlu sentiasa belajar dan menambah pengetahuan untuk kekal kompetitif.

Jangan sesekali berpuas hati dengan apa yang kita tahu sekarang.

  • Sentiasa cari peluang untuk belajar kemahiran baharu, menghadiri bengkel atau seminar, atau membaca buku-buku perniagaan terkini.
  • Jangan berpuas hati dengan apa yang kita tahu sekarang, sebaliknya sentiasa cari peluang untuk belajar baharu.
  • Dengan terus belajar, kita akan dapat memperbaharui idea-idea kita dan membawa perniagaan kita ke tahap yang lebih tinggi.

Cuba kenalpasti apa yang kita perlukan untuk belajar.

Adakah kita perlukan kemahiran teknikal, pengurusan perniagaan, atau kemahiran kepimpinan?

Buat perancangan yang jelas untuk belajar dan perkembangan diri.

Ini mungkin termasuk menghadiri kursus, bengkel, atau seminar yang berkaitan dengan perniagaan.

Kita juga boleh membaca buku, mendengar podcast, atau melanggan bahan bacaan yang dapat menambah pengetahuan.

Selepas dah belajar, kita kena apply ilmu yang kita dapat untuk kembangkan bisnes.

#4. Takut ambil risiko

Ramai usahawan takut nak ambil risiko. Mereka takut kalau buat keputusan salah atau kalau bisnes mereka tak berjaya.

Dalam bisnes, kita perlu berani mengambil risiko.

Kita perlu keluar dari zon selesa kita dan mencuba sesuatu yang baru.

Walaupun risiko itu ada, kita perlu yakin dengan kemampuan kita dan percaya bahawa kita mampu menghadapi cabaran yang ada.

Jangan biarkan rasa takut menghalang kita daripada membawa bisnes kita ke tahap yang lebih tinggi.

Kita memahami risiko yang kita ambil.

  • Analisis potensi keuntungan dan kerugian. kita kena nilai risiko dan faedah sebelum buat keputusan.
  • Lakukan penilaian risiko yang teliti.
  • Ini termasuk kajian pasaran, analisis pesaing, dan financial.

Ini akan membantu anda membuat keputusan yang lebih berasaskan data.

Bersiap sedia untuk kemungkinan kegagalan.

Kita kena sediakan perancangan lain jika sesuatu tak jalan seperti yang dirancang.

Dengan ada rancangan kecemasan, kita boleh rasa lebih yakin untuk ambil risiko.

Berbincang dengan orang berpengalaman atau pakar dalam bidang berkaitan boleh bantu kita dapat pandangan berbeza. 

#5. Tak disiplin

Disiplin adalah kunci kepada kejayaan setiap usahawan. Tanpa disiplin, strategi dan perancangan terbaik pun akan gagal.

Kita perlu mempunyai jadual kerja yang teratur, membuat perancangan yang teliti, dan sentiasa mengikuti prosedur yang ditetapkan.

Tanpa disiplin, kita akan mudah terpesong daripada matlamat dan visi perniagaan kita. Jadi, pastikan kita sentiasa mengekalkan disiplin dalam setiap aspek perniagaan kita.

Kekurangan disiplin boleh mengakibatkan kelewatan, kecacatan dalam operasi harian, dan kegagalan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. 

Macam mana nak disiplinkan diri?

  • Tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang untuk perniagaan kita. Buat jadual kerja yang teratur dan berdisiplin untuk mengikutinya.
  • Matlamat yang jelas dan jadual kerja yang teratur dapat membantu meningkatkan disiplin dalam operasi harian.
  • Mulakan dengan rutin harian yang teratur, seperti bangun pagi, melakukan rutin kerja, dan menetapkan had masa untuk setiap tugas.

Dengan amalan tabiat disiplin, ia akan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Belajar untuk mengutamakan tugas-tugas penting. 

Kekalkan konsistensi dalam semua yang anda lakukan.

Disiplin bukan sahaja tentang bekerja keras, tetapi juga tentang bekerja dengan bijak secara konsisten.

Gunakan sistem pengurusan untuk membantu meningkatkan disiplin kita. 

#6. Cepat putus asa

Perjalanan sebagai usahawan tidak semudah yang kita bayangkan.

Kadang-kadang kita akan menghadapi cabaran dan rintangan yang besar.

Dalam situasi sebegini, kita perlu bersabar dan terus berusaha untuk mencapai matlamat kita.

  • Jangan rasa cepat putus asa dan menyerah kalah.
  • Terus berjuang dan yakin bahawa kejayaan akan datang pada waktunya.
  • Tetapkan matlamat yang jelas dan terperinci untuk perniagaan anda.

Matlamat yang jelas dapat memberikan arah yang jelas dan membantu anda terus bergerak walaupun menghadapi cabaran.

Jaga kesihatan mental kita. Amalkan teknik pengurusan stres seperti relaxing, senaman, atau hobi yang menenangkan.

Fokus pada visi jangka panjang kita.

Ingatlah mengapa kita memulakan perjalanan ini dan apa yang ingin kita capai.

#7. Tak bersyukur

Akhir sekali, kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.

Jangan sesekali membandingkan diri kita dengan orang lain atau merasa tidak puas hati dengan pencapaian kita.

Sebaliknya, kita perlu menghargai setiap peluang dan kejayaan kecil yang kita capai.

Amalkan tabiat bersyukur dalam kehidupan seharian.

  • Macam tulis jurnal bersyukur, ucap syukur setiap hari, atau kongsi keberkatan dengan orang lain.
  • Amalan ini akan bantu kita kekal positif dan bersyukur.
  • Catatkan setiap langkah kecil yang kita ambil dan setiap sasaran yang anda capai.

Ini akan membantu anda melihat kemajuan yang telah dibuat.

Belajar untuk meraikan kejayaan orang lain.

Ini dapat membantu membina hubungan yang baik, dan juga jadi inspirasi kepada kita untuk improve lebih baik lagi.

Alihkan fokus daripada asyik bandingkan diri dengan orang lain, kita tukarkan kepada perkembangan diri sendiri.

Tumpu usaha untuk jadi versi terbaik diri, bukan cuba bersaingan dengan orang lain.

Hargai pelanggan, rakan niaga, dan peluang yang kita ada.

Dengan bersyukur, kita dapat kekal bermotivasi dan semangat untuk terus maju.

Dengan bersyukur, kita akan dapat kekal positif dan terus berusaha untuk mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

Harap korang belajar sesuatu?

Setiap usahawan mempunyai potensi untuk mencapai kejayaan yang luar biasa, tapi kita juga tak boleh lari pelbagai cabaran yang menguji kekuatan mental dan emosi kita.

Mindset yang kita pegang bukan sahaja menentukan bagaimana kita mampu hadapi cabaran tersebut, tapi juga bagaimana kita berkembang dan maju dalam bisnes kita.

Kalau kita dapat mengubah cara berfikir, kita boleh mengatasi halangan ini dan membuka jalan untuk growkan bisnes kita.

Ingat, perubahan bermula dari dalam diri kita sendiri.

Marilah kita bersama-sama membangun mindset yang sihat dan produktif, teruskan berusaha, jangan mudah putus asa, dan sentiasa bersyukur atas setiap pencapaian, tidak kira sebesar atau sekecil apa pun.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *